Petua Dan Tips Rumah Tangga Keluarga Bahagia


Petua keluarga bahagia Very Simple

Lumrah berumahtangga, dugaan dan cabaran sentiasa datang dan pergi, pasang dan surut tidak mengenal masa dan ketika. Pasangan mana yang tidak bergaduh, rumahtangga mana yang tidak bergegar. Ianya normal, tiada apa yang perlu dimalukan, hanya perlu banyak belajar dan bersabar.

Antara faktor yang menyebabkan suami isteri bertengkar dari masa ke masa ialah kerana mereka tidak menggunakan teknik-teknik yang betul untuk berdamai. Pakar-pakar komunikasi interpersonal memberi panduan bagaimana cara untuk mencapai perdamaian yang tahan lama.



1. Jangan merajuk

Semenjak kanak-kanak lagi, perempuan sudah pandai menggunakan strategi merajuk untuk mendapat apa yang mereka hendak. Perbuatan merajuk ialah sejenis tingkah-laku manipulatif, atau putar-belit. Ramai isteri menggunakan strategi merajuk untuk menang dan untuk memaksa suami mengalah. Apabila membujuk, jangan suka merajuk.

Merajuk tidak berguna sama sekali untuk tujuan menyelesaikan masalah. Malah ia boleh memburukkan lagi masalah yang ada. Walaupun dengan cara merajuk isteri boleh mendorong suami mengalah, namun strategi merajuk tidak membawa kedamaian yang kekal. Malah perbuatan merajuk sangat membahayakan kerana ia akan menyusahkan usaha untuk berdamai semula. Semakin kuat dan semakin lama rajuk seseorang isteri, semakin susah bila mereka hendak berdamai. Ini disebabkan si suami tahu bahwa dia sedang dihukum oleh isterinya dengan cara merajuk. Orang yang menganggap dirinya dihukum tidak mempunyai dorongan untuk memulakan proses berdamai.

Manakala orang yang menghukum tidak mahu berdamai selagi dia belum menang. Isteri-isteri berani merajuk kerana dia yakin suaminya akan mengalah dan memenuhi kehendaknya. Dengan itu, maka menanglah si isteri. Tetapi itu adalah keyakinannya saja. Banyak perbuatan isteri adalah berdasarkan keyakinan palsu. Lain kali, bila dia merajuk lagi, helah itu mungkin memakan dirinya sendiri kerana tidak ada lelaki yang suka dihukum oleh isterinya sendiri.


2. Jangan menghukum

Pergaduhan, pertengkaran dan koflik antara suami isteri meninggalkan kesan buruk kepada hati dan perasaan kedua-dua belah pihak. Dalam keadaan begitu, masing-masing cenderung mahu menghukum satu sama lain kerana hendak memuaskan hati yang sakit atas kata-kata berbisa dan perbuatan salah pihak yang satu lagi.

Lelaki dan wanita mempunyai cara-cara sendiri apabila menghukum pasangan. Lelaki cenderung untuk “menarik diri” di mana mereka tidak mahu lagi bercakap-cakap dengan isteri, melainkan terpaksa. Wanita pula cenderung untuk merajuk, menekan, menarik muka masam, menyindir, tidak mahu senyum dan tidak mahu melayan suami. Namun, hukuman tidak mungkin menyelesaikan sebarang masalah. Hukuman juga tidak menolong proses berdamai. Malah hukuman akan hanya mempercepatkan proses kerosakan hubungan. Walau apa bentuk hukuman sekalipun, sama ada ia kecil ataupun besar, hukuman hanya menyukarkan proses perdamaian. Jadi, kalau benar masih ada niat mahu berdamai, jangan menghukum.


3. Jangan berdusta atau menipu

Kalau pasangan kita menunjukkan sikap mahu berdamai, dan kita sendiri pun mahu berdamai juga, jangan berdusta. Jangan pura-pura tarik harga atau jual mahal. Jangan pura-pura tidak sudi. Jangan pura-pura sudah benci. Perbuatan seperti itu ada risikonya. Dia mungkin menyangka kita betul-betul tak sudi dan tidak mahu berdamai. Akibatnya, dia terdorong bersedia untuk melupakan usaha berdamai.


4. Jangan mencari salah

Kalau mahu berdamai, hentikan tabiat suka mencari salah orang. Di sini, mencari salah termasuklah perbuatan mencari kelemahan-kelemahan dan kekurangan-kekurangan orang itu, dan menuduh orang itu salah atau silap. Ia juga termasuk perbuatan berleter, menegur, mengkritik dan menasihati orang itu. Mencari salah tidak mungkin membawa penyelesaian. Kajian-kajian mendapati, wanita cenderung menuduh suami mereka bersalah apabila berlaku masalah dalam hubungan perkahwinan.


5. Berhenti menggunakan bahasa kasar dan negatif

Dua jenis bahasa negatif yang biasa digunakan apabila bergaduh ialah: bahasa tuduhan /makian dan bahasa celaan. Kalau mahu berdamai, berhentilah daripada menggunakan bahasa negatif.

“Ini semua kerana sikap kamu yang tak betul tu.” (tuduhan)

“Kenapa abang tak mau dengar nasihat saya?” (tuduhan)

“Ini salah awak juga.” (tuduhan)

“Kalau awak baik dan sayang kepada anak isteri, kita takkan

selalu membujuk.” (tuduhan)

“Abang tak guna langsung.” (celaan)

“Awak tak senonoh!” (celaan)

“Abang ni, sekolah saja tinggi, tapi otak bodoh juga.” (celaan)

“Awak tak sedar, diri awak tu siapa.” (celaan)

Untuk tujuan berdamai, tukar bahasa negatif kepada bahasa positif. Jenis-jenis bahasa positif yang sangat baik kesannya kepada hubungan cinta suami isteri ialah bahasa pengiktirafan, penghargaan, pujian dan sanjungan. Gunakan bahasa ini dengan murah dan lumayan.


6. Bercakaplah tentang hari ini dan esok

Setelah berdamai, jangan bercakap melainkan tentang hari ini dan hari esok. Jangan pandang ke belakang, melainkan untuk tidak mengulang lagi kesilapan kita sendiri pada masa lalu. Jangan sekali-kali mengungkit perkara-perkara yang menyebabkan konflik itu. Jangan sentuh apa yang sudah terjadi, sebaliknya bercakaplah tentang apa yang hendak dibuat. Buangkan perkataan “dahulu” dan “semalam” daripada kata-kata kita. Kedua-dua perkataan itu sangat berbahaya. Tidak ada siapa pun yang boleh menyelesaikan “dahulu” dan “semalam”.


7. Senyum semula

Di dalam sebuah kajian, antara perkara yang banyak disebut oleh lelaki terhadap bekas-bekas isteri mereka ialah bahwa isteri mereka tidak senyum lagi. Jadi, senyumlah, walaupun susah, kerana senyuman ialah cara yang mujarab untuk berdamai semula.


8. Mulakan berdamai

Biasa terjadi, konflik yang berlaku itu berlarutan beberapa lama kerana masing-masing tidak mahu memulakan proses berdamai. Walaupun masing-masing mungkin mahu berdamai, tetapi masing-masing takut risiko jika dia yang memulakannya. Mana tahu kalau orang itu tidak mahu berdamai? Kalau benar kita mahukan perdamaian, ambil langkah pertama untuk berdamai. Jangan tunggu sampai orang itu yang mesti memulakannya. Tunjukkan bukti bahawa kita mahu berdamai. Gunakan kata-kata ataupun perbuatan. Andai kata orang itu menolak usaha kita, kerana dia memang tidak mahu berdamai, sekurang-kurangnya kita telah berusaha untuk berdamai, jadi kita tidak berasa bersalah lagi atas alasan kurang usaha.


9. Kenal pasti puncak masalah

Masalah ialah punca konflik yang utama. Selagi puncak masalah itu tidak dikenal pasti dengan tepat dan diatasi, selagi itu konflik yang sama akan berulang-ulang kali tercetus lagi. Sebagai contoh, perbuatan isteri yang suka mengugut suami mungkin menjadi punca konflik. Selagi tabiat buruk itu tidak diatasi, selagi itu si isteri akan mengulang ugutan-ugutannya, dan konflik demi konflik akan tercetus. Kenal pasti dengan tepat puncak masalah itu. Tujuannya bukanlah untuk mengungkit-ungkit perkara yang sudah berlaku, tetapi untuk mengelakkannya daripada berulang lagi pada masa depan. Apabila mengenal pasti punca masalah, jangan gunakan perkataan-perkataan yang berfungsi sebagi label kepada perbuatan orang itu. Gunakan perkataan-perkataan yang menerangkan apa yang sebenarnya dia telah lakukan sehingga tercetusnya konflik.

a. “Awak tak bertanggungjawab.” (x)

“Saya mahu supaya saya diberi uang belanja dapur yang cukup tiap-tiap bulan.” (/)

b. “Awak degil.” (x)

“Saya mahu supaya cakap saya didengar dulu sebelum awak bantah.” (/)

c. “Awak sudah bosan dengan saya.” (x)

“Saya mahu supaya saya diberikan sedikit perhatian, jadi saya tak berasa diri saya diabaikan.” (/)


10. Kenal pasti perubahan

Terangkan dengan bahasa yang tepat apakah perubahan yang kita mahukan. Oleh kerana konflik biasanya berpunca daripada tingkah-laku yang tidak disetujui, maka cara berdamai ialah dengan mengubah tingkah-laku itu.

Ramai orang, apabila mereka mahu supaya pasangannya mengubah tingkah-lakunya, mereka bercakap secara am dan kabur. Mereka menggunakan perkataan-perkataan yang mempunyai banyak makna. Ini menyebabkan pasangannya tidak faham dengan jelas tingkah-laku yang mana satu yang mesti diubahnya.

Sebagai contoh, perkataan biadab di dalam ayat “Awak biadab.” mempunyai makna yang kabur, kerana perkataan itu tidak memberitahu dengan tepat perbuatannya yang mana satu yang dimaksudkan sebagai biadab. Jadi, sukarlah bagi si isteri untuk mengenal pasti perbuatannya itu dan bagaimana dia hendak mengubah tingkah-lakunya kepada yang “tidak biadab”.

a. “Jangan biadab pada saya.” (x)
“Jangan memaki saya.” (/)

b. “Jangan suka tunjuk gaya.” (x)

b. “Jangan suka beli baju yang mahal-mahal sangat.” (/)

c. “Jangan pemalas.” (x)

“Jangan selalu tidur siang.” (/)

d. “Layani saya dengan betul.” (x)

“Jangan paksa saya makan nasi bungkus selalu.” (/)

e. “Jangan syirik.” (x)

“Jangan cemuhkan saya.” (/)

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://redzuan-ridz.blogspot.com/2018/07/petua-dan-tips-rumah-tangga-keluarga.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tips Petua Cara Membuat Aloe Vera Gel Homemade

Tips Petua Cara Membuat Aloe Vera Gel Homemade

papar berkaitan - pada 18/8/2021 - jumlah : 357 hits
AssalamualaikumTips Petua Cara Membuat Aloe Vera Gel Homemade Tips kali ini aku nak kongsi cara bagaimana nak buat aloe vera gel homemade Aku suka try benda benda homemade nie Sebab lately dah tak berapa nak yakin dengan apa yang ada dipasa...
4 Doa Keluarga Bahagia

4 Doa Keluarga Bahagia

papar berkaitan - pada 15/8/2021 - jumlah : 465 hits
4 Doa Keluarga Bahagia Keluarga bahagia idaman semua insan lebih lebih orang beriman Mukmin hidupnya di dunia memang bermatlamatkan menjadikan diri dan ahli keluarga sebagai orang terbaik Demikian antara sifat hamba al Rahman yang didedahka...
Tips Petua Bedak Yang Sesuai Dengan Kulit Wajah

Tips Petua Bedak Yang Sesuai Dengan Kulit Wajah

papar berkaitan - pada 15/8/2021 - jumlah : 497 hits
Assalamualaikum Tips Petua Bedak Yang Sesuai Dengan Kulit Wajah Bedak boleh dikatakan menjadi modal penampilan wanita Dengan menggunakan bedak seorang wanita terkadang merasa lebih percaya diri dengan penampilannya Kenapa Bedak bukan sahaja...
6 Langkah Mudah Dan Realistis Bangun Bisnis Sampingan Untuk Ibu Rumah Tangga

6 Langkah Mudah Dan Realistis Bangun Bisnis Sampingan Untuk Ibu Rumah Tangga

papar berkaitan - pada 10/8/2021 - jumlah : 297 hits
Peluang bisnis bagi ibu rumah tangga sangatlah besar Agar lebih maksimal dalam menjalankannya kamu bisa menerapkan langkah langkah sebagai berikut
Atta Dan Aurel Umumkan Kabar Kehamilan Kedua Keluarga Sambut Penuh Haru Dan Bahagia

Atta Dan Aurel Umumkan Kabar Kehamilan Kedua Keluarga Sambut Penuh Haru Dan Bahagia

papar berkaitan - pada 22/8/2021 - jumlah : 319 hits
Atta dan Aurel kembali memberikan kabar bahagia lewat kehamilan Aurel yang kedua Selamat
Ibu Saya Ditiarapkan Achey Ris4u 7 Ahli Keluarga Positif C0vldl9 Jadi Runner Hantar Keperluan Di Hospital Rumah

Ibu Saya Ditiarapkan Achey Ris4u 7 Ahli Keluarga Positif C0vldl9 Jadi Runner Hantar Keperluan Di Hospital Rumah

papar berkaitan - pada 13/8/2021 - jumlah : 237 hits
Pelawak Achey memberitahu ibunya Ngaisah Hassan 73 kini masih menerima raw4tan sebagai pes4kit C0VlDl9 tahap tiga di Hospital Segamat Johor Bagaimanapun ibunya terp4ksa diletakkan di dalam w4d pes4kit C0VlDl9 tahap empat memandangkan perlu ...
Resep Masakan Sederhana Sehari Hari Ibu Rumah Tangga

Resep Masakan Sederhana Sehari Hari Ibu Rumah Tangga

papar berkaitan - pada 27/8/2021 - jumlah : 1811 hits
Masing masing dari masakan pasti terdapat menu masakan sehari hari untuk anak Kali ini kami akan berbagi Menu Praktis Sehari Hari Pin Di Rahasia Cara Memasak Mudah Resep Nasi Goreng Sosis sederhana Resep masakan sederhana sehari hari ibu ru...
Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Scammer Di Facebook

Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Final Call The Huawei Service Giving Season Ends On 31 December 2024

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Raih Gigi Putih Alami Dengan 7 Bahan Sederhana Ini

5 Rahasia Mata Sehat Yang Direkomendasikan Pakar Mata

7 Tanda Kerusakan Otak Yang Kerap Dianggap Remeh

Kawal Alergik Bila Alahan

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord