Petua Dan Tips Agar Nasi Tak Mudah Basi
Petua dan tips agar nasi tak mudah basi | Assalamualaikum dan salam sejahtera. Pernah tak berlaku macam ini, nasi yang kita baru sahaja masak, tak lama selepas itu jadi basi. Basi itu maksudnya dah tak boleh makan. Nasi tu dah berair dan berbau. Pernah tak jadi macam ini? Ha, apa sebab nasi cepat basi ya? Dan apa cara supaya nasi tak cepat basi? Hari ini, kami nak kongsikan dengan semua tips agar nasi tak cepat basi.
Orait! Mungkin sebelum ini kita Cuma tahu masak nasi. Tapi tahukah anda petua masak nasi yang betul? Ha, masak nasi pun ada juga petua petuanya. Kalau kita masak nasi dengan cara yang betul, nasi yang di masak awal pagi mampu bertahan sehingga ke malam hari. Itupun kalau tak habis di waktu tengahari. Hehehe.
Petua dan tips agar nasi tak mudah basi
Ok. Hari ini kami akan kongsikan dengan korang, tips atau petua agar nasi tak cepat basi.
#1. Basuh sampai bersih.
Kena basuh bersih bersih. Ada orang yang Cuma basuh sekali sahaja kerana takut nutrisi pada beras itu hilang. Tapi kena faham, ini adalah satu sebab kenapa nasi cepat basi. Seeloknya, basuhlah sebanyak 3 kali ya.
#2. Pastikan periuk yang digunakan juga bersih
Kita dah basuh beras dengan betul, periuk pula kotor. Aduh! Periksa dengan betul dan pastikan periuk anda bersih. Cara ini memang sangat berkesan supaya nasi tidak cepat basi.
#3. Hilangkan wap nasi selepas nasi masak.
Lepas nasi masak, jangan terus tutup. Ini adalah satu sebab kenapa nasi cepat basi. Sebab wap air di dalam periuk berkumpul. Jadi, selepas sahaja nasi masak, bukakan sedikit penutup dan kaiskan nasi supaya nasi masak dengan rata dan biarkan wap di dalam periuk keluar seketika.
#4. Pastikan air cukup
Ini juga salah satu penyebab nasi jadi cepat basi. Pastikan air cukup. Ini adalah kerana, air yang banyak akan menyebabkan nasi jadi lembik dan mudah basi. Kalau air kurang pula, nasi akan jadi kering dank eras. Jadi, pastikan sukatan air adalah betul.
#5. Mengacau nasi ketika dalam proses masak.
Waktu nasi dah nak masak tu, kita kacau nasi agar nasi masak sempurna. Ini sama dengan tips no #3 tadi agar wap air tidak berkumpul di dalam periuk nasi sekaligus menjadi penyebab nasi mudah basi.
Oklah, rasanya cukuplah 5 Petua dan tips agar nasi tak mudah basi ini ya. Harapnya selepas ini tak akan ada lagi masalah ini ya. Kita tak lah membazir kalau terpaksa buang nasi sebab dah basi. Selamat mencuba!
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://thesyokmakan.blogspot.com/2020/01/petua-dan-tips-agar-nasi-tak-mudah-basi.html