Tips Agar Bihun Tidak Hancur
Ramai kata tak pandai goreng bihun dengan alasan hasil kejadian tak seperti diharapkan. Bihun yang digoreng hasilnya keras atau lembik, memang potong selera makan. Tapi korang jangan risau akan masalah ini kerana kalau kena gayanya, goreng bihun sangat mudah. Tak percaya korang baca info ini dan cuba buat, harap hasilnya tidak mengecewakan.SA seringkali hadapi masalah ni..rupanya ada cara untuk bihun tu tak hancur dan tak putus2 macam biasa tengok orang jual kan...SA memang failed kalau buat bihun goreng...
source from google
Semasa membeli bihun, pastikan berkualiti dan keadaan bihun itu dalam keadaan baik. Contohnya pastikan bihun dalam keadaan bersih, warnanya jernih dan tidak kusam. Hanya bihun yang berkualiti dan dalam keadaan baik saja jika dimasak ia masak sempurna dan tidak hancur
Rendam bihun dengan air panas dengan alasan cepat lembut, ia adalah SALAH.Jika rendam bihun terlalu lama, ia boleh sebabkan bihun mudah hancur bila digoreng. Sebaiknya rendamlah dengan air biasa, dan rendam sekurang-kurangnya 30 minit. Baru bihun yang digoreng cantik kejadiannya.
source from google
Semasa menggoreng pastikan anda menggunakan api sederhana, jika hampir masak, kecilkan api. Walaupun ia ambil masa sikit tetapi hasil bihun yang digoreng cantik, tak hancur mahupun keras. Gerenti mengundang selera bila dihidangkan
Seperkara lagi, semasa menggoreng bihun, jangan kerap kacau kerana ia boleh sebabkan bihun mudah hancur atau patah. Kacau sekali sekala untuk memastikan bihun sebati rata dengan bahan penumis. Tambahkan sedikit air atau minyak ketika memasak bihun agar bahan tumisan lebih mudah meresap dan sedap semasa dimakan
Harap info ini dapat membantu korang sukses memasak bihun goreng untuk suami dan anak-anak atau boleh dijadi hidangan untuk tetamu yang datang berkunjung.
So lepas ni boleh praktikkan tips-tips diatas..SA pun kadang- kadang tak puas hati dengan hasil bihun yang SA masak sebab adakala lembik dan hancur...rupanya tak perlu rendam lama pun bihun ni...punya la SA rendam bihun semalaman...no wonder la dia jadi hancur dan putus- putus...lepas ni boleh la cuba...yeay..harap perkongsian ini dapat membantu korang...bukan apa..kadang- kadang frust kan sebab hasil tak cantik macam orang lain masak..mula la SA cakap jenis bihun tu tak bagus padahal cuma cara tu yang tak betul...
Sumber Rasa.my
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.suriaamanda.com/2020/02/tips-agar-bihun-tidak-hancur.html