Ini Tips Mudah Untuk Sambung Master
Assalamualaikum semua. Diharap pembaca sihat walafiat lah ye. Saya tahu ramai antara korang yang ada plan nak sambung Master kan? Ataupun mungkin korang dah lama sebenarnya plan, tapi asyik was-was dan tak yakin je “Boleh ke aku nak sambung master ni?” Haa kali ni saya akan share pengalaman saya sendiri selama bergelar post-grad student okay
#1 Kursus dan bidang
Okay, untuk korang yang nak sambung Master tu, first thing yang paling penting korang kena pilih bidang atau kursus yang memang korang nak. Lebih baik sebenarnya jika bidang tu adalah bidang korang masa degree dulu (especially yang memang aim nak grab academic position lah). Kalau korang memang akan sambung bekerja semula di industri selepas habis study nanti, so no problem pun jika korang ambil bidang lain. Contohnya, misal kata masa degree dulu korang ambil kursus perbankan, master korang boleh ambil kursus kewangan islam
#2 CGPAHaa yang ini penting juga sebenarnya tau! Biasanya IPTA memang akan tengok CGPA korang. Syarat kebanyakan IPTA untuk terima pelajar sarjana adalah sekurang-kurangnya 3.0 ke atas. So kalau korang yang tengah degree tu dan ada plan nak sambung Master one day, please lah belajar elok-elok ye adik-adik huhu. Unless korang okay je nak masuk IPTS. IPTS biasanya takkan tengok sangat CGPA
#3 Kena ada pengalaman kerja dulu ke?Okay, sebaik-baiknya carilah pengalaman kerja dulu. Okay je kalau terus sambung master lepas habis degree. Tapi rugilah, sebab sekarang semua nak orang yang dah ada pengalaman kerja. So tak salah nak bekerja setahun dua dulu. Memang sangat beza tau sebenarnya student post-grad yang dah ada experience dengan yang tak ada experience dalam industri. Bila you dah ada experience, korang pun akan lebih matang, and nanti bila korang dah habis master, korang dah ada expeience + master. Rugilah kalau korang habis master tapi just ada segenggam sijil master je without experience, umur pun bukan makin muda kan. Susah juga nanti kalau korang kena bersaing dengan adik-adik fresh grad degree yang tak ada experience juga untuk rebut position. Bezanya? Dorang muda, dan cuma ada degree. Korang pula ada master, but bukan muda lagi dah huhu. TAPI, kalau korang nak merebut academic position, tak perlu cari pengalaman industri dulu pun tak apa. Yang penting, research kena gempak, tesis & Viva lulus, bentang paper sana-sini, publish paper jurnal ISI or SCOPUS, dan sambung PhD. Haa korang pilih la nak mana. Hehe
#4 UniversitiPilih universiti betul-betul sebelum korang nak sambung master. Tengok pada pengurusan institut pengajian siswazah dorang, staff, rate, pencapaian, ada skim-skim untuk pasca-siswazah tak. Personally bagi saya, saya amat menitikberatkan staff. Sebab apa? Contoh kalau korang ambil master research, kebanyakan urusan tesis korang tu memang under staff tau. Jadi kalau staff dari awal dah memang tak membantu, susah korang nak grad nanti. Macam mana nak tau? Tengok review-review dan pengalaman blogger lain. So far saya dah dapat detect ada satu uni kat Malaysia ni yang memang bermasalah skit staff nya. Sebab dah 3 review yang kurang elok saya baca. So pastikan korang check betul-betul okay
Okaylah, ini saja buat masa ni. Gigih betullah taip pakai phone ni! Haha. Sooo good luck ek untuk korang yang nak sambung master tu! Nanti saya akan kongsikan lagi tips-tips yang berguna untuk korang okay
Boiiiii
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://msnurulfadli.blogspot.com/2019/09/nak-sambung-master-ini-perkara-yang.html