Petua Buat Sambal Belacan Sedap Tahan Lama Tak Berkulat


Jika tekak Melayu, tak ada Stok Sambal Belacan di rumah memang tidak sah. Rasa tak lengkap je bila makan. Selain sambal belacan, terdapat pelbagai lagi sambal homemade yang mudah dan sedap. Malah cara penyediaannya pun ringkas. Jadi, bolehlah pakat cuba. Cikgu Afy Al Habibi ada kongsikan resipi-resipinya.
Oh ya…Pasti ramai yang ragu-ragu untuk buat stok sambal ini kerana bimbang tidak tahan lama. Cikgu Afy berpesan, ada petua supaya stok sambal yang dibuat tahan lama tanpa kulat atau rosak. Caranya ialah guna sudu kering dan bersih setiap kali mengambil sambal. Beliau sendiri telah amalkan petua ni sekian lama. Memang menjadi. Jadi, cubalah!
KOLEKSI RESIPI STOK SAMBAL HOMEMADE PALING SEDAP 1. SAMBAL BELACAN MENYENGAT
BAHAN A:
2 genggam cili padi merah & cili padi hijau
*2 biji bawang merah (saiz bola ping pong)
*1/4 bawang Holland – beli online disini
*1 biji tomato saiz kecil
*1 ulas bawang putih
*2 inci belacan – beli online disini
(bahan bertanda (*) dibakar atas pan terlebih dahulu) BAHAN B:
3 sudu makan cuka – beli online disini
1/2 sudu teh garam – beli online disini
2 sudu makan gula – beli online disini
Secubit dua MSG
Sedikit air masak (jangan letak banyak. Nanti cair sangat)
Garam dan gula secukup rasa BAHAN C:
1-2 hiris limau nipis CARA MEMASAK:
1. Masukkan bahan A ke dalam pengisar bersama bahan B. Kisar hingga lumat.
2. Tuang ke dalam bekas dan perah 1-2 hiris jus limau nipis. Sebatikan.
3. Sambal Belacan sedia untuk dinikmati.  
2. SAMBAL AYAM PENYET MENGOSEK

BAHAN A:
20 batang cili merah
Segenggam cili padi merah + hijau
1/2 biji bawang holland
2 biji bawang merah saiz bola pingpong
4 ulas bawang putih
2 biji tomato kecil
2 genggam kecil ikan bilis – beli online disini
1 sudu kecil udang kering – beli online disini
1/2 inci belacan – beli online disini BAHAN B:
Sedikit nise Kelantan @ gula melaka – beli online disini
Gula secukup rasa
Garam bukit secukupnya – beli online disini CARA MEMASAK:
1.Gorengkan bahan-bahan A untuk seketika. Cili perlu digoreng asing dengan bahan-bahan lain. Setelah siap digoreng, sejukkan seketika.
2. Masukkan semua bahan yang digoreng tadi ke dalam tabung pengisar. Tambah sedikit air untyk melumatkan bahan. Simpan juga 1 genggam bilis goreng untuk ditabur dalam sambal selepas ini.
3. Panaskan kembali minyak gorengan tadi. Masukkan bahan kisar dan tumis sehingga sedikit garing.
4. Masukkan lebihan ikan bilis goreng. Biarkan sambal dimasak dengan api perlahan.
5. Perasakan sambal dengan nise @ gula melaka, gula, garam bukit dan secukup rasa.
Kuantiti terpulang kepada cita rasa sendiri.
6. Masak kira-kira 30-45 minit dalam api perlahan. Keluarkan sedikit lapisan minyak setelah sambal pecah minyak sepenuhnya. IKUT TIPS PENYIMPANAN UNTUK TAHAN LAMA:
• Bahagikan stok untuk simpanan dalam tempoh lama dan letakkan dalam freezer.
• Jika buat stok untuk tempoh 2-3 minggu, memadai sahaja simpan dekat chiller.
• Sambal boleh bertahan seminggu jika diletakkan di luar peti sejuk.
• Gunakan sudu kering setiap kali mengambil sambal.
3. AIR ASAM KETAGIH
BAHAN A:
2 biji bawang merah saiz bola ping pong
1 biji bawang besar Holland
1 biji tomato
3 ulas bawang putih
1 inci belacan BAHAN B:
5 biji limau kasturi
2 biji limau nipis – perah jusnya. Asingkan biji
5 tangkai cili padi hijau
5 tangkai cili padi merah BAHAN C:
1 1/2 gelas air asam jawa. (segenggam besar asam jawa + 1 1/2 gelas air)
1 sudu makan garam bukit – beli online disini
1/2 sudu makan gula perang – beli online disini CARA MEMASAK:
1. Belah dua bahan A kecuali belacan. Bakar dalam kuali non-stick.
2. Masukkan ke dalam pengisar bersama bahan B.
3. Tambahkan air asam jawa. Boleh kurangkan jumlahnya mengikut kepekatan sambal yang diingini.
4. Masukkan juga garam bukit dan gula perang. Kemudian kisar selumatnya.
5. Selepas dikisar, masukkan stok air asam ke dalam bekas kedap udara. Simpan dalam peti. CARA HIDANGAN UNTUK KESEGARAN AIR ASAM YANG BERPANJANGAN
• Ambil beberapa sudu makan stok air asam. Masukkan dalam mangkuk.
• Tambahkan potongan bawang merah, tomato dan cili padi atau nak tambah kerisik stail orang utara pun boleh. Sedia dihidangkan.
• Untuk tempoh penyimpanan yang lebih lama dan mengekalkan rasanya, cikgu tak terus tambah kulit limau kasturi, nak makan baru letak.
4. SAMBAL JANTAN POWER
BAHAN-BAHAN:
2 genggam cili padi merah
2 sudu makan gula
3/4 sudu kecil garam – kuantiti rasa boleh ditambah@dikurangkan mengikut citarasa sendiri.
Cuka secukupnya CARA MEMASAK:
1. Satukan semua bahan ke dalam bekas pengisar.
2. Cuka sukatannya adalah hingga paras 1/2 dari sukatan cili dalam blender. Boleh tambah sedikit air jika alah dengan cuka.
3. Kisar semua bahan hingga lumat. Biarkan sambal selama 1-2 hari sebelum dimakan supaya rasanya lebih sedap.  
Kredit resipi & foto: Afy Al Habibi
 
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Sedap Sampai Ke Tulang. Resipi Ikan Bakar Kuala Perlis Ni Patut Try

Resipi Kebab Daging 5 Minit. Sedap Macam Beli Dekat Pasar Malam

Resipi Cakoi Sedap Untuk Minum Petang. Dah Sejuk Pun Masih Lembut

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official
 


from RASA

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://rasanakmasak.blogspot.com/2024/09/petua-buat-sambal-belacan-sedap-tahan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sedap Tahan Lama Ini Petua Buat Pes Tomyam Sedap Macam Orang Thai

Sedap Tahan Lama Ini Petua Buat Pes Tomyam Sedap Macam Orang Thai

papar berkaitan - pada 23/9/2024 - jumlah : 146 hits
Rasa Pes Tomyam Thai yang dimasak menggunakan rempah yang dibuat secara homemade memang lebih sedap jika dibandingkan dengan pes yang dibeli Terasa sangat beza rasanya Bagi anda yang teringin nak cuba masak pes tomyam secara homemade resipi...
Tip Buat Lempeng Lembut Gebu Sambal Bilis Sedap Untuk Dicicah

Tip Buat Lempeng Lembut Gebu Sambal Bilis Sedap Untuk Dicicah

papar berkaitan - pada 20/9/2024 - jumlah : 158 hits
Hidangan lempeng yang dicicah dengan sambal bilis memang mengundang selera di pagi hari Apatah lagi jika dapat lempeng yang lembut dan gebu Memang takkan cukup sekeping Meski buat lempeng ini nampak mudah tapi kalau tak kena cara lempeng bo...
Jangan Salah Inilah Urutan Make Up Yang Benar Agar Tahan Lama Dan Tidak Mudah Pudar

Jangan Salah Inilah Urutan Make Up Yang Benar Agar Tahan Lama Dan Tidak Mudah Pudar

papar berkaitan - pada 23/9/2024 - jumlah : 157 hits
Kamu ingin tampil flawless natural atau make up tetap on dan nggak rusak terutama di acara acara penting Nah saatnya pelajari urutan make up yang benar di sini yuk Ada beberapa tahapan yang harus dilakukan setiap wanita untuk mempertahankan...
Cara Betul Simpan Salad Agar Tahan Lama 3 Minggu Dalam Peti Ais Pun Segar Lagi

Cara Betul Simpan Salad Agar Tahan Lama 3 Minggu Dalam Peti Ais Pun Segar Lagi

papar berkaitan - pada 16/9/2024 - jumlah : 159 hits
Pengambilan makanan sihat seperti salad sayur sayuran dapat memberikan banyak manfaat terutamanya kepada kesihatan tubuh badan manusia Bukan sahaja mengenyangkan daun salad juga dikatakan mampu mengawal berat badan mereka yang menikmatinya ...
Raised Beds Dan Potensinya Tahan Lama

Raised Beds Dan Potensinya Tahan Lama

papar berkaitan - pada 13/9/2024 - jumlah : 291 hits
Potensi raised beds yang pertama adalah ketahanannya Raised beds boleh bertahan lama andai beberapa perkara di buat 1 Menggunakan dinding raised beds dari bahan yang tahan lama contohnya batu bata 2 Sentiasa menambah tanah kompos sungkupan ...
Kenapa Barang Elektrik Zaman Dulu Lebih Tahan Lama Berbanding Sekarang

Kenapa Barang Elektrik Zaman Dulu Lebih Tahan Lama Berbanding Sekarang

papar berkaitan - pada 14/9/2024 - jumlah : 156 hits
Kalau ingat balik barang elektrik zaman kecil pastinya mengimbau kenangan apatah lagi ketika membersihkan televisyen yang besar dan tebal Selalunya barangan ini lebih tahan lama jika mahu dibandingkan dengan zaman sekarang yang jangka hayat...
Resipi Acar Pisang Sedap Masak Ikut Petua Orang Dulu Dulu

Resipi Acar Pisang Sedap Masak Ikut Petua Orang Dulu Dulu

papar berkaitan - pada 26/9/2024 - jumlah : 178 hits
Lauk Acar ni ada pelbagai jenis Ada Acar Ikan Acar Daging Acar Pisang Acar Timun dan macam macam lagi Malah cara masak dan bahan bahan pun sedikit berbeza ikut negeri Bagi orang Kelantan Acar Pisang Gala adalah antara menu orang dulu dulu y...
Cara Menyimpan Cili Agar Tahan Lama

Cara Menyimpan Cili Agar Tahan Lama

papar berkaitan - pada 25/9/2024 - jumlah : 115 hits
Cara menyimpan cili agar tahan lama Basuh cili hingga bersih dan tos sehingga kering Sediakan sebuah botol mineral dan masukkan cili yang telah dikeringkan ke dalam botol tersebut Cili tidak perlu dibuang tangkainya dan tidak perlu dimasukk...
Petua Masak Daging Lada Hitam Sedap Tak Perlu Cari Resipi Lain Dah

Petua Masak Daging Lada Hitam Sedap Tak Perlu Cari Resipi Lain Dah

papar berkaitan - pada 30/9/2024 - jumlah : 183 hits
Daging Lada Hitam Daging Blck Pepper ni tak sukar dimasak Bahan bahannya juga ringkas sahaja namun ramai yang rasa renyah nak sediakan sajian ini Jika menggunakan sos sedia ada di pasaran boleh je Tetapi jika boleh jimat dan rasa rencah yan...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3

6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi


10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Razer Umum Koleksi Squid Game