Petola Jenis Kandungan Nutrisi Dan Potensi Khasiat


Negara kita terkenal dengan pelbagai jenis sayuran termasuklah petola.
Walaupun mempunyai rasa yang pahit, namun ia kekal menjadi salah satu sayur-sayuran kegemaran rakyat Malaysia khususnya bagi golongan yang lebih berumur.
Maklumlah, tak semua orang boleh terima rasa sayur yang pahit dan kelat, lebih-lebih lagi kanak-kanak!
Tanaman ini dipercayai berasal dari India, namun ia telah ditanam secara meluas di seluruh Asia Tenggara.  
Sayuran ini juga sesuai untuk disediakan dalam pelbagai juadah seperti sup, masak lemak, tumis air atau digoreng.
Bukan sahaja enak untuk dijadikan hidangan sampingan, malah sayuran ini juga popular sebagai sabut semulajadi.
Struktur sabutnya yang kukuh membuatkan ia sesuai digunakan sebagai span mandian atau berus mencuci pinggan.
Ayuh sama-sama kita kenali keistimewaan sayuran ini dengan lebih mendalam.
Jenis Petola dan Perbezaannya Terdapat tiga jenis sayur petola yang popular dalam kalangan rakyat Malaysia iaitu petola segi, petola ular dan petola bantal.
Mempunyai nama saintifik Luffa acutangula, petola segi merupakan antara pilihan sayuran yang cukup popular dalam kalangan warga tempatan.
Ia mempunyai bentuk yang panjang dan sedikit melengkung di bahagian hujung.
Sayuran ini juga merupakan spesis petola dengan kepadatan sabut yang paling tinggi.
Ini membuatkan ia sesuai untuk digunakan sebagai span mandian atau span pencuci pinggan.
Kulitnya yang berwarna hijau tua ketika masak pula mempunyai permukaan yang keras, kasar dan bersegi.
Rasanya pula pahit dan kelat.
Sementara itu, petola ular atau snake gourd berbentuk panjang namun mempunyai kulit yang berwarna lebih terang berbanding petola segi dan kulitnya pula lebih licin.
Sumber : Ayur Times Petola bantal pula mungkin lebih mudah dikenali kerana bentuknya yang lonjong membulat.
Rasanya dikatakan lebih manis berbanding dua petola segi dan petola ular.
Sumber : IDN Medis Kandungan Nutrisi Berikut merupakan kandungan nutrisi yang terkandung dalam petola segi bagi setiap 100 gram.
KandunganJumlahAir94.2 gProtein0.5 gKarbohidrat3.0 gLemak0.1 gSerabut0.5 gKalsium40 mgZat besi1.6 mgFosforus40 mgKalium50 mgVitamin A56 I.UVitamin C5 mg Potensi Petola Untuk Kesihatan Baik Untuk Turunkan Berat Badan Mempunyai kandungan air yang tinggi dan rendah lemak, sayur ini sangat sesuai untuk dinikmati bagi yang sedang berdiet.
Ia juga padat dengan pelbagai vitamin dan mineral penting untuk diamalkan selalu.
Menyihatkan Kulit Seperti yang kita tahu, isi petola yang telah kering sering digunakan sebagai span jenis loofah. Ia didapati mampu menyingkirkan sel kulit mati dan membuatkan kulit menjadi lembut.
Di samping itu, sayur ini juga dipercayai dapat mengurangkan bau badan dan masalah jerawat pada wajah.
Bersifat Antiradang Beberapa kajian menunjukkan bahawa flavonoid dan phenolic acid yang tinggi dalam ekstrak biji sayuran ini mempunyai potensi untuk bertindak sebagai antiradang.
Mencegah Jangkitan Bakteria dan Virus Sayuran ini merupakan ramuan yang popular dalam perubatan tradisional Ayurveda bagi merawat jangkitan fungus, virus dan bakteria.
Beberapa kajian mendapati ekstrak sayur petola mampu menghalang perkembangan beberapa jenis bakteria termasuk E.coli, S.aureus, B.subtilis dan P.aeruginosa.
Baik Untuk Penghadaman Sayuran yang tinggi kandungan air juga dapat melancarkan sistem penghadaman dan mencegah masalah seperti sembelit dan buasir.
Berpotensi Untuk Merawat Demam Kuning Sayuran ini telah digunakan secara tradisional untuk merawat jaundice atau demam kuning. Bagi mengatasi masalah ini, isi sayuran ini biasanya dikisar dan diminum.
Bagus Untuk Kesihatan Mata Kandungan vitamin A yang tinggi dalam sayuran ini juga membuatkan ia baik untuk diamalkan bagi mengekalkan kesihatan mata.
Tambahan pula, zaman ini ramai yang menggunakan telefon bimbit dan laptop untuk tugas harian, jadi pengambilan vitamin A yang mencukupi adalah sangat penting.
Sesuai Untuk Pesakit Diabetes Satu lagi kebaikan sayur petola yang ramai terlepas pandang adalah manfaatnya kepada pesakit diabetes.
Manganese yang terkandung dalam sayuran ini memainkan peranan dalam menghasilkan enzim pencernaan bagi menghasilkan insulin dan menguatkan mitokondria dalam tubuh.
Oleh itu, pengambilan sayur ini dilihat berpotensi dalam membantu mengawal paras gula dalam tubuh khususnya bagi pesakit kencing manis.
Tak sangka rupanya petola mempunyai pelbagai potensi dalam meningkatkan kesihatan tubuh.
Rasanya yang unik juga membuatkan ia menjadi hidangan yang menarik untuk dinikmati setiap hari.
Jadi, memang tak rugi untuk anda nikmati sayuran ini setiap hari bersama seisi keluarga kerana kandungan khasiatnya yang tinggi.
Sumber : doa.gov.my, healthbenefitstimes.com, Facebook Dr Rizal Abu Bakar
Baca Juga : Kandungan Nutrisi Dalam Sayur dan Keistimewaannya Mengikut Warna


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/petola/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=petola

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bayam Jenis Khasiat Dan Nutrisi

Bayam Jenis Khasiat Dan Nutrisi

papar berkaitan - pada 25/5/2024 - jumlah : 186 hits
Anda suka makan bayam Memang tak dinafikan sayur yang satu ini memang ramai penggemarnya Tambahan pula harganya sangat berpatutan dan mudah untuk dijumpai di pasar raya Nak memasaknya pun tidak rumit Ia boleh disediakan dengan cara merebus ...
Timun Jepun Kandungan Nutrisi Dan Manfaatnya Pada Kesihatan

Timun Jepun Kandungan Nutrisi Dan Manfaatnya Pada Kesihatan

papar berkaitan - pada 30/5/2024 - jumlah : 255 hits
Timun Jepun digemari ramai kerana rasanya yang lebih rangup dan tidak terlalu berair berbanding timun biasa Ia juga boleh dibezakan dengan mudah melalui kulitnya yang berwarna hijau gelap dan bentuknya yang lebih panjang iaitu 15 hingga 30 ...
Kandungan Nutrisi Dalam Sayur Dan Keistimewaannya Mengikut Warna

Kandungan Nutrisi Dalam Sayur Dan Keistimewaannya Mengikut Warna

papar berkaitan - pada 24/5/2024 - jumlah : 254 hits
Seperti yang kita tahu sayur sememangnya penting dalam diet harian Namun sejauh manakah pengetahuan anda terhadap sayuran yang sering dimakan setiap hari Bergantung kepada jenis sayuran ia memainkan peranan penting bagi kesihatan tubuh anta...
Waspadai Potensi Peningkatan Covid 19 Di Indonesia

Waspadai Potensi Peningkatan Covid 19 Di Indonesia

papar berkaitan - pada 28/5/2024 - jumlah : 103 hits
Masyarakat juga diminta segera melengkapi vaksinasi Covid 19 khususnya pada kelompok berisiko
Soal Potensi Robert Bonosusatya Jadi Tersangka Kasus Timah Ini Respons Kejagung

Soal Potensi Robert Bonosusatya Jadi Tersangka Kasus Timah Ini Respons Kejagung

papar berkaitan - pada 30/5/2024 - jumlah : 172 hits
Febrie menyebut dalam persidangan nanti jaksa pun akan mencatat adanya perkembangan kasus
Ada Potensi Buat Hal

Ada Potensi Buat Hal

papar berkaitan - pada 26/5/2024 - jumlah : 100 hits
Kata PAS ia bersedia tanding enam kerusi Parlimen dan satu kerusi Dewan Undangan Negeri jika pilihan raya kecil diadakan Tujuh kerusi itu disandang wakil Bersatu yang menyokong perdana menteri Ternyata PAS yakin kerusi itu akan dikosongkan ...
Bertemu Elon Musk Jokowi Bahas Potensi Pengembangan Investasi Di Indonesia

Bertemu Elon Musk Jokowi Bahas Potensi Pengembangan Investasi Di Indonesia

papar berkaitan - pada 20/5/2024 - jumlah : 74 hits
Jokowi mengundang Elon Musk untuk mengembangkan lebih lanjut investasinya di Indonesia
Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

Raih Gigi Putih Alami Dengan 7 Bahan Sederhana Ini

7 Tanda Kerusakan Otak Yang Kerap Dianggap Remeh

5 Rahasia Mata Sehat Yang Direkomendasikan Pakar Mata

Presiden Pas Kupas Isu Syria Balah Mazhab Gangguan Seksual Um

Do Our Infamous Bali Bombers Deserve A Second Chance At Life


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Penat Dengan Rumah Bersepah Dan Tak Wangi Ini Solusinya

Kenali Jenis Jenis Sakit Kepala Dan Rawatannya

What To Expect From A Consultation With A Premier Data Analytics Company

Isteri Nekad Bakar Suami Kaki Judi

Kelantan Pengedar Dadah Menyamar Jadi Pegawai Risik Tentera

Seronoknya Kalau Ada Kebun Durian Sendiri