Petisyen Tolak Cadangan Th Bawah Seliaan Bnm Kumpul Lebih 13 500 Tandatangan


 Siti Hafidah
PEMBELA desak cadangan ditolak demi kepentingan umat Islam BANGI – Setakat jam 5 petang tadi, petisyen atas talian ‘Menolak cadangan meletakkan Lembaga Tabung Haji di bawah seliaan Bank Negara Malaysia’ berjaya mengumpul 13,564 tandatangan.
Petisyen yang dilancarkan Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA) itu bertujuan mendesak kerajaan menolak cadangan menyerahkan seliaan TH kepada BNM bagi menjaga kepentingan umat Islam dan orang Melayu di Malaysia.
Menerusi satu kenyataan, Pengerusi PEMBELA, Haji Aminuddin Yahaya berkata, dana TH bukanlah dana kerajaan, malah agensi itu adalah benteng umat Islam dan tidak bermatlamat seperti institusi perbankan.
Melalui petisyen yang dilancarkan juga, PEMBELA menimbulkan beberapa persoalan yang menuntut penjelasan iaitu:
(i) Tidak ada penjelasan terhadap frasa-frasa dari Akta Tabung Haji 1995 yang akan dipinda seperti yang dinyatakan dalam kenyataan Kementerian Kewangan. Ini membimbangkan rakyat kerana adakah nanti pindaan ini akan menjejaskan kepentingan lebih 9 juta pendeposit itu?;
(ii) TH adalah sebuah institusi yang ditubuhkan untuk bukan sahaja sebagai tempat orang Melayu menyimpan wang mereka tetapi juga satu institusi yang membina kekuatan ekonomi orang Melayu. Dengan meletakkan TH di bawah BNM, adakah fungsi ini dapat dimainkan atau apakah ianya akan dikekang disebabkan oleh peraturan yang ada di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013?;
(iii) Umum mengetahui bahawa kakitangan BNM tidak semuanya orang Islam. Adakah akhirnya sebuah institusi Islam akan diurus tadbir oleh orang bukan Islam? Apakah kepentingan umat Islam dapat difahami dan dijamin jika ianya ditadbir oleh orang bukan Islam?;
(iv) Status TH adalah lebih besar dari hanya sebagai sebuah institusi kewangan seperti yang dijelaskan dalam perkara (ii) di atas. Apakah dengan menyenaraikan TH sebagai ‘sebuah institusi kewangan Islam yang ditetapkan’ akan merendahkan statusnya menjadi seperti sekadar sebuah bank? Walhal, TH sudahpun memiliki Bank Islam sebagai sebuah syarikat subsidiari?;
(v) Dengan menukarkan penyeliaan kepada BNM adakah bermaksud bahawa pengurusan TH sudah tidak lagi mampu untuk mengurustadbir TH secara telus dan berintegriti? Jika benar, kenapa tidak diganti anggota-anggota Lembaga Pengara yang ada dan melantik mereka yang benar-benar layak? Jika campur tangan politik menjadi isu, maka apakah tidak boleh diletakkan syarat di dalam Akta LTH bagi melarang penglibatan orang politik? Ertinya, ada langkah-langkah alternatif yang boleh dilakukan selain dari menyerahkan TH kepada BNM;
(vi) Apakah dengan penyeliaan oleh BNM nanti, TH masih bebas untuk membuat pelaburan di dalam pelbagai sektor seperti hartanah, pertanian, ekuiti dan sebagainya demi memperkukuhkan ekonomi umat Islam dan bangsa Melayu, atau apakah ianya akan disekat oleh BNM kerana pelbagai frasa-frasa yang terkandung di dalam Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 itu?
Haji Aminuddin berkata, berdasarkan senario berkenaan, PEMBELA bimbang langkah itu akan memberikan impak negatif kepada nasib pendeposit.
“Oleh itu, PEMBELA mendesak agar kerajaan untuk menolak cadangan menyerahkan seliaan LTH kepada BNM bagi menjaga kepentingan umat Islam dan orang Melayu di Malaysia ini,” katanya.
Sebelum ini, Kementerian Kewangan mengumumkan TH akan dikawal selia oleh BNM.
Kementerian dalam kenyataan berkata, Jemaah Menteri bersetuju dengan penyenaraian TH sebagai institusi kewangan Islam di bawah Seksyen 223 Akta Perkhidmatan Kewangan Islam.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2021/07/petisyen-tolak-cadangan-th-bawah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Lebih 12 000 Tandatangan Tolak Cadangan Th Bawah Seliaan Bnm

Lebih 12 000 Tandatangan Tolak Cadangan Th Bawah Seliaan Bnm

papar berkaitan - pada 22/7/2021 - jumlah : 330 hits
Bimbang langkah itu beri impak negatif kepada nasib pendeposit BANGI Lebih 12 000 tandatangan berjaya dikumpulkan menerusi petisyen atas talian Menolak cadangan meletakkan Lembaga Tabung Haji di bawah seliaan Bank Negara Malaysia setakat ja...
Bimbang Nasib Pendeposit Pembela Lancar Petisyen Tolak Cadangan Th Diselia Bnm

Bimbang Nasib Pendeposit Pembela Lancar Petisyen Tolak Cadangan Th Diselia Bnm

papar berkaitan - pada 19/7/2021 - jumlah : 377 hits
Adakah akhirnya sebuah institusi Islam akan diurus tadbir oleh orang bukan Islam BANGI Bimbang nasib pendeposit dan implikasi negatif pada masa hadapan Pertubuhan Pertubuhan Pembela Islam melancarkan petisyen secara atas talian bagi membant...
Pas Pandang Serius Letak Tabung Haji Di Bawah Seliaan Bank Negara Malaysia

Pas Pandang Serius Letak Tabung Haji Di Bawah Seliaan Bank Negara Malaysia

papar berkaitan - pada 21/7/2021 - jumlah : 428 hits
KUALA LUMPUR PAS memandang serius keputusan Jemaah Menteri Malaysia untuk meletakkan Lembaga Tabung Haji di bawah kawal selia Bank Negara Malaysia Naib Presiden PAS Senator Ustaz Idris Ahmad menegaskan TH merupakan institusi umat Islam yang...
Tolak Usulan Pelanggar Prokes Dipidana Tina Toon Beri Sanksi Alternatif Yang Lebih Humanis

Tolak Usulan Pelanggar Prokes Dipidana Tina Toon Beri Sanksi Alternatif Yang Lebih Humanis

papar berkaitan - pada 24/7/2021 - jumlah : 356 hits
Di masa sulit ini nyawa masyarakat udah terancam penyakit dan kelaparan Tina Toon tak ingin kurungan penjara makin menambah penderitaan mereka
5807 Ppim Bantah Sekeras Kerasnya Letak Th Bawah Bnm Pn Bbc Portal 19 07 2021

5807 Ppim Bantah Sekeras Kerasnya Letak Th Bawah Bnm Pn Bbc Portal 19 07 2021

papar berkaitan - pada 21/7/2021 - jumlah : 314 hits
19 JULAI Lembaga Tabung Haji bukanlah sebuah institusi kewangan Islam biasa dan tidak layak untuk diletakkan di bawah pentadbiran Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 Justeru Persatuan Pengguna Islam Malaysia merayu agar kerajaan mengkaji ...
Usdjpy Terdedah Kepada Tahap Rendah Yang Lebih Rendah Di Bawah 109

Usdjpy Terdedah Kepada Tahap Rendah Yang Lebih Rendah Di Bawah 109

papar berkaitan - pada 28/7/2021 - jumlah : 244 hits
USDJPY ditolak ke arah 110 50 dan kini diperdagangkan di bawah 110 lagi Harga telah meningkat tinggi dan penolakan harga selepas kembali menguji garis trend merah USDJPY berpotensi untuk menembusi di bawah paras terendah baru baru ini 109 1...
Mpm Tolak Keputusan Kabinet Letakkan Th Bawah Bank Negara

Mpm Tolak Keputusan Kabinet Letakkan Th Bawah Bank Negara

papar berkaitan - pada 18/7/2021 - jumlah : 284 hits
MAJLIS Perundingan Melayu dengan ini mengeluarkan kenyataan berikut 1 Keputusan Kabinet meletakkan Lembaga Tabung Haji di bawah BNM ditolak Maka dengan ini keputusan Jemaah Menteri mengenainya hendaklah ditangguh dengan segera 2 Kami terkej...
Letak Th Di Bawah Bnm Dibimbangi Akan Jadi Kecuaian Kerajaan

Letak Th Di Bawah Bnm Dibimbangi Akan Jadi Kecuaian Kerajaan

papar berkaitan - pada 17/7/2021 - jumlah : 287 hits
Keputusan untuk menyenaraikan Lembaga Tabung Haji sebagai institusi kewangan Islam di bawah Bank Negara Malaysia mengikut Seksyen 223 Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 dibimbangi akan menjadi satu kecuaian pihak kerajaan Presiden Parti ...
Kapolda Jateng Bakal Tindak Tegas Penebar Provokasi Ajak Kumpul Demo Tolak Ppkm

Kapolda Jateng Bakal Tindak Tegas Penebar Provokasi Ajak Kumpul Demo Tolak Ppkm

papar berkaitan - pada 24/7/2021 - jumlah : 420 hits
Dia meminta masyarakat tidak mudah terpancing dengan isu dan provokasi yang membuat Jateng tidak kondusif Pelaku tidak bertanggung jawab dengan membuat ajakan yang menimbulkan kerumunan katanya juga pernah ditindak di Tegal dan Brebes
Buasir Otak Tv Tak Buat Latihan Cikgu Bagi Be Like

Plastik Terbiodegradasi Pilihan Mesra Alam Untuk Masa Depan

Navigating The Wild How To Use Natural Landmarks For Direction

Drama Mandul Bukan Pilihan

My Life As A Teacher At Smk Ladang Kerilla

Rundingan Perdagangan Amerika Syarikat Jepun Buntu Boj Kekal Berdiam Diri

Memalukan Nak Cabar Siapa Ni Aksi Mesra Pempengaruh Bertudung Dan Penyanyi Undang Kritikan Netizen

Polis Lari Lintang Pukang Dengar Bunyi Letupan


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Terima Kasih Untuk 13 Juta Pageviews Blog

Sayuran Berkilat Dan Nampak Segar Bila Di Masak

Jemputan Kahwin

Igp Malaysia Risks Becoming Terror Transit Hub As Is Linked Bangladeshis Recruit Migrant Workers Via Social Media

Unboxing Hadiah Daripada Blogger Kak Amie Terima Kasih Sudi Menghargai

Tuan Ibrahim Perikatan Nasional Akan Tubuhkan Jawatankuasa Khas Bantu Rakyat Hadapi Tekanan Ekonomi