Pesawat Lion Air Berkecai Selepas Terhempas


Pesawat Lion Air berkecai selepas terhempas. JAKARTA: Pesawat Lion Air disahkan berkecai akibat hentaman kuat selepas terhempas di permukaan laut di perairan Tanjung Karawang pada 29 Oktober lalu.


Pesawat Lion Air berkecai selepas terhempas
Ketua Komite Nasional Keselamatan Transportasi Indonesia (KNKT) Soerjanto Tjahjono, berkata pesawat itu tidak meletup di udara, sebaliknya berkecai selepas terhempas di laut akibat kelajuan tinggi dan hentaman kuat.

“Pesawat itu meledak atau pecah (berkecai) selepas menyentuh air, serpihan-serpihan pesawat ditemui berselerakan di radius 250 meter di dasar laut,” katanya.

Setakat operasi pencarian pesawat itu yang memasuki hari kesembilan hari ini, pasukan mencari dan menyelamat (SAR) menemui serpihan-serpihan pesawat, enjin dan roda pesawat, barangan milik peribadi penumpang serta cebisan dan anggota mayat penumpang.

Pada Khamis lalu, pasukan SAR menemui perakam data penerbangan (FDR) pesawat, dan kini fokus pencarian adalah kepada sebahagian lagi kotak hitam pesawat itu iaitu “Cockpit Voice Recorder (CVR).”

Operasi SAR yang menggunakan teknologi canggih seperti teknologi sonar, menemui FDR itu kira-kira 500 meter dari koordinat pesawat itu terhempas.

Penerbangan JT610, yang membawa 181 penumpang dan lapan anak kapal, terhempas di koordinat S 5 49.052 E 107 06.628 selepas berlepas dari Lapangan Terbang Soekarno-Hatta pada 29 Oktober jam 6.20 pagi.

Operasi SAR itu turut mengorbankan seorang penyelam awam, Syachrul Anto, 48, seorang penyelam dari Indonesia Diving Rescue Team pada 3 November lalu akibat mengalami ‘decompression sickness’.

Ketua Badan Nasional Pencarian dan Pertolongan Indonesia (Basarnas), Muhamad Syaugi, berkata fokus operasi kini bertumpu di koordinat yang ditemui alat FDR, namun menghadapi kesukaran berikutan isyarat ‘ping’ dari CVR itu gagal dikesan sejak dua hari lalu.

“Setakat hari ini, 164 kantung (beg jenazah) dihantar ke Rumah Sakit Polis Indonesia untuk proses identifikasi, kantung itu terdiri daripada 429 cebisan anggota badan,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Setakat ini juga, sebanyak 27 jenazah dikenal pasti menerusi ujian profil asid deoksiribonukleik (DNA). - BERNAMA



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://theviral-news.blogspot.com/2018/11/pesawat-lion-air-berkecai-selepas.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Menteri Madagascar Berenang 12 Jam Selepas Pesawat Terhempas

Menteri Madagascar Berenang 12 Jam Selepas Pesawat Terhempas

papar berkaitan - pada 23/12/2021 - jumlah : 341 hits
Gelle berenang selama 12 jam untuk meneylamatkan diri selepas pesawat yang dinaikinya terhempas Facebook ANTANANARIVO MADAGASCAR Menteri Polis Madagascar Serge Gelle terpaksa berenang selama 12 jam untuk menyelamatkan diri selepas pesawat y...
Pesawat Mig 21 Tentera Udara India Terhempas Ketika Latihan Video

Pesawat Mig 21 Tentera Udara India Terhempas Ketika Latihan Video

papar berkaitan - pada 25/12/2021 - jumlah : 395 hits
Pesawat MiG 21 Tentera Udara India Terhempas Ketika Latihan VIDEO NEW DELHI Sebuah pesawat MiG 21 milik Tentera Udara India terhempas di negeri Rajasthan India lapor Agensi Berita memetik media tempatan Pesawat itu terhempas pada Jumaat ket...
Ada Indikasi Gangguan Di Kabin Lion Air Tujuan Batam Kembali Ke Padang

Ada Indikasi Gangguan Di Kabin Lion Air Tujuan Batam Kembali Ke Padang

papar berkaitan - pada 15/12/2021 - jumlah : 259 hits
Ilustrasi Jakarta nomor JT 145 tujuan Batam Kepulauan Riau memutuskan kembali ke Padang Pariaman Sumatera Barat Pesawat sempat terbang selama 15 menit Setelah 15 menit mengudara pilot memutuskan untuk kembali ke bandar udara asal ke Bandar ...
Selepas Hilang Dua Minggu Mayat Firdaus Ditemukan Di Tebing Sungai

Selepas Hilang Dua Minggu Mayat Firdaus Ditemukan Di Tebing Sungai

papar berkaitan - pada 1/1/2022 - jumlah : 346 hits
KUANTAN Mayat seorang lelaki yang dilaporkan hilang di jambatan Sri Damai Sungai belat di sini ditemukan lemas dan tersangkut pada tebing sungai itu kira kira jam 8 10 malam Khamis RAKAMAN VIDEO TERJUN DI BAWAH SEKALI Penolong Pengarah Oper...
Selepas Bonda Rozita Sound Direct Aliff Syukri Berlakon Nazak Isterinya Positif Covid 19 Video

Selepas Bonda Rozita Sound Direct Aliff Syukri Berlakon Nazak Isterinya Positif Covid 19 Video

papar berkaitan - pada 1/1/2022 - jumlah : 293 hits
Selepas Bonda Rozita Sound Direct Aliff Syukri Berlakon Nazak Isterinya Positif Covid 19 VIDEO BERITA usahawan kontroversi Datuk Seri Aliff Syukri yang dijangkiti Covid 19 setelah pulang dari Turki mengundang persoalan ramai tentang kesahih...
Selepas Ditegur Emak Mengada Ngada Kerana Status Umur Tidak Panjang Aliff Syukri Kemuka Surat Doktor

Selepas Ditegur Emak Mengada Ngada Kerana Status Umur Tidak Panjang Aliff Syukri Kemuka Surat Doktor

papar berkaitan - pada 31/12/2021 - jumlah : 351 hits
Oleh ALIFF Syukri telah dimasukkan ke hospital sejak beberapa hari lepas dan sedang sembuh Surat pengesahan Aliff dijangkiti COVID 19 PADA awalnya ramai netizen yang bersimpati dan sedih melihat video usahawan Datuk Seri Aliff Syukri meneri...
Cef Viral Murah Senyuman Dah Move On Selepas Kehilangan Akui Lesung Pipit Jadi Tarikan Cuma Jodoh Tak Kunjung Tiba

Cef Viral Murah Senyuman Dah Move On Selepas Kehilangan Akui Lesung Pipit Jadi Tarikan Cuma Jodoh Tak Kunjung Tiba

papar berkaitan - pada 2/1/2022 - jumlah : 309 hits
PERJALANAN enam tahun jejaka ini dalam bidang perhotelan bagaikan terhenti apabila pandem1k c0v1d 19 melanda Biarpun kehilangan kerja cef dari Melaka ini tidak putus harapan sebaliknya dia mengorak langkah demi meneruskan kelangsungan hidup...
Segera Bentuk Khemah Besar Pembangkang Gesa Pemimpin Amanah Selepas Kalah Prn

Segera Bentuk Khemah Besar Pembangkang Gesa Pemimpin Amanah Selepas Kalah Prn

papar berkaitan - pada 2/1/2022 - jumlah : 216 hits
Ketua Amanah Bahagian Bukit Bintang Ahmad Asri Talib berkata khemah besar pembangkang perlu dibentuk segera tahun ini jika pembangkang ingin melihat kerajaan baharu ditubuhkan selepas PRU15 PETALING JAYA Seorang pemimpin Amanah menggesa sem...
Sajian Berpantang Juadah Majlis Cukur Jambul

Pggold88 20 September Pggold88 500wallet Kyc Top 84 By Nathaniel

Aweroad 1 Perjalanan Ke Tempat Kerja Ii Honda Wave 110a

Hiburan Greta Thunberg Diheret Dengan Rambut Dipukul Amp Dipaksa Cium Bendera Isra L Dilayan Seperti Haiwan

Onesiamclub 24 July Onesiamclub Top 47 By Floy

Doa Malam 5 Okt 2025

Malaysians Wonder If Selangor S Planned Heroic Homecoming For Gsf Volunteers Is Justified

Alhamdulillah Zizi Kirana Kembali Aktif Di Media Sosial Kongsi Video Ketibaan Peserta Flotilla Di Istanbul


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Hadiahkan Cawan Kucing Comel Untuk Member

Quick Healthy Vegan Apple Crisp Recipe

T25j06 Tangki Radiator Proton Persona Kering

Dalam Mengejar Kebebasan Jangan Hilang Kestabilan

Keindahan Keunikan Iskandar Polo Club Ipoh

Lirik Lagu Saidina Abu Bakar Omar Hana