Pesara Wanita Ditipu Wang Simpanan Rm123 500 Oleh Pegawai Bank Negara


KUANTAN, 27 Julai (Bernama) — Seorang pesara wanita kehilangan kesemua wang simpanannya berjumlah RM123,500 dalam tempoh seminggu, selepas mendakwa diperdayakan oleh seseorang yang mengaku sebagai  ‘pegawai Bank Negara’, sejak April lalu.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang Supt Mohd Wazir Mohd Yusof berkata mangsa yang berusia dalam lingkungan 60-an mendakwa dihubungi suspek lelaki kononnya ‘pegawai polis’ dari Bukit Aman pada 24 April lalu.
Suspek mendakwa nama mangsa dikaitkan dengan sindiket judi haram dan perlu bercakap dengan ‘wakil’ Bank Negara dikenali sebagai Razak bagi membantu siasatan.
“Razak didakwa telah mengarahkan mangsa untuk memindahkan semua wang simpanannya di tiga bank termasuk simpanan Tabung Haji ke akaun sementara yang dibuka Bank Negara supaya wang itu tidak dirampas dalam siasatan.
“Mangsa yang bimbang akan kehilangan duitnya telah melakukan 24 transaksi pemindahan wang dari 26 April hingga 2 Mei lalu ke empat akaun yang diberikan suspek,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Mohd Wazir menambah mangsa menyedari ditipu selepas gagal menghubungi Razak, namun hanya membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Temerloh semalam, kerana masih berharap akan menerima panggilan daripada Razak.
Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebat dan boleh didenda, jika sabit kesalahan.
Pada kes berasingan, Mohd Wazir berkata seorang guru ,43, mendakwa kerugian RM2,200 selepas menyertai pelaburan tidak wujud yang mencari mangsa di laman sosial, sejak 2 Julai lalu.
Beliau berkata mangsa mendakwa berminat untuk menyertai pakej pelaburan berjumlah RM700, yang dibayar menerusi transaksi perbankan online pada 20 Julai lalu, sebelum diarahkan membuat bayaran tambahan, kononnya sebagai yuran pelaburan.
“Mangsa mendakwa sekali lagi dihubungi wakil syarikat itu semalam, meminta dia memasukkan wang kerana pelaburan itu akan dikenakan yuran antarabangsa kerana melibatkan transaksi kewangan luar negara.
“Bagaimanapun mangsa berasa ditipu selepas mendapati nombor telefonnya disekat oleh wakil syarikat itu selepas tidak menunaikan permintaan mereka,” katanya.
Sehubungan itu, mangsa membuat laporan polis di IPD Lipis dekat sini, semalam.
Sumber: Bernama


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2019/07/27/pesara-wanita-ditipu-wang-simpanan-rm123500-oleh-pegawai-bank-negara/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Wang Tunai Lagi Ayo Kata Bekas Pegawai Bank

Wang Tunai Lagi Ayo Kata Bekas Pegawai Bank

papar berkaitan - pada 1/8/2019 - jumlah : 217 hits
KUALA LUMPUR Berjuta juta ringgit dalam bentuk wang tunai telah didepositkan ke dalam akaun Datuk Seri Najib Tun Razak dari Jun 2014 hingga Mac 2015 walaupun diperingatkan oleh pegawai bank mengenai kemungkinan ia mencetuskan amaran mengena...
Cuka Epal Adakah Ia Selamat Diambil Oleh Wanita Hamil

Cuka Epal Adakah Ia Selamat Diambil Oleh Wanita Hamil

papar berkaitan - pada 1/8/2019 - jumlah : 376 hits
Cuka epal atau apple cider vinegar adalah makanan perasa dan bahan semula jadi di rumah yang sangat popular Ia dihasilkan daripada buah epal yang melalui proses penapaian Sesetengahnya mungkin mengandungi bakteria berfaedah apabila dibiarka...
Korupsi Kredit Fiktif Bank Riau Kepri Rugikan Negara Rp 32 4 Miliar

Korupsi Kredit Fiktif Bank Riau Kepri Rugikan Negara Rp 32 4 Miliar

papar berkaitan - pada 16/7/2019 - jumlah : 164 hits
Empat terdakwa yaitu Ardinol Amir selaku mantan Kepala BRK Capem Dalu Dalu dan tiga bawahannya Zaiful Yusri Syafrizal dan Heri Aulia
Najib Trial Day 37 Cross Examination Of Bank Negara Officer Continues

Najib Trial Day 37 Cross Examination Of Bank Negara Officer Continues

papar berkaitan - pada 15/7/2019 - jumlah : 374 hits
The criminal trial of former prime minister Najib Abdul Razak involving the alleged misappropriation of funds from SRC International Sdn Bhd enters its 37th day today at the High Court in Kuala Lumpur Malaysiakini brings you live reports of...
Pegawai Bank Kata Rm2 000 Itu Duit Palsu Rasa Nak Rebah Ke Bumi

Pegawai Bank Kata Rm2 000 Itu Duit Palsu Rasa Nak Rebah Ke Bumi

papar berkaitan - pada 22/7/2019 - jumlah : 636 hits
The ReporterKini segala urusan jual beli hanya di hujung jari Jika tidak menggunakan sistem pos peniaga juga boleh menggunakan kaedah penghantaran terus ke rumah atau sesebuah lokasi Cuma yang membezakan kedua dua sistem ini adalah cara pem...
10 Negara Yang Dianggap Surganya Wanita Seksi 2019

10 Negara Yang Dianggap Surganya Wanita Seksi 2019

papar berkaitan - pada 22/7/2019 - jumlah : 915 hits
10 Negara dengan wanita yang dianggap sebagai gudangnya wanita seksi 2019 Posisi pertama diduduki oleh Ukraina kemudian Denmark Filipina dan Brasil
Najib Trial Day 42 I Was Asked To Leave After Bank Negara Raid Ex Ambank Officer

Najib Trial Day 42 I Was Asked To Leave After Bank Negara Raid Ex Ambank Officer

papar berkaitan - pada 24/7/2019 - jumlah : 383 hits
The criminal trial of former prime minister Najib Abdul Razak involving the alleged misappropriation of funds from SRC International Sdn Bhd enters its 42nd day today at the High Court in Kuala Lumpur Malaysiakini brings you live reports of...
Pegawai Bank Mengaku Guna Duit Sendiri Untuk Kawal Atur Akaun Najib

Pegawai Bank Mengaku Guna Duit Sendiri Untuk Kawal Atur Akaun Najib

papar berkaitan - pada 1/8/2019 - jumlah : 270 hits
KUALA LUMPUR Seorang bekas pegawai bank yang menguruskan akaun Datuk Seri Najib Tun Razak di AmBank memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa dia terpaksa menggunakan wangnya sendiri untuk mengawal atur akaun itu pada 2014 Joanna ...
Wn Australia Ditipu Wanita Ngaku Dari Hollywood Disuruh Ke Indonesia Main Film

Wn Australia Ditipu Wanita Ngaku Dari Hollywood Disuruh Ke Indonesia Main Film

papar berkaitan - pada 22/7/2019 - jumlah : 187 hits
Seorang atlet asal Australia Damien Rider jadi korban penipuan bermodus industri hiburan Ini juga dialami sejumlah selebritas dengan modus diminta datang ke Jakarta
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Ismail Sabri Ajak Pemimpin Asean Berucap Dalam Bahasa Melayu Di Sidang Kemuncak 2024 Di Malaysia

Arsenal Selesa Tewaskan Crystal Palace Kali Kedua

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi


echo '';
Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3

6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi


Tidur Di Masjid Istimewa Pas Menjelas Kehidupan Saranan

178 House A Contemporary Architectural Marvel In Jalisco Mexico

18 Indonesian Cops Held For Alleged Extortion Of Malaysians At Concert

Jkr To Repair Four Sinkholes On Lojing Gua Musang Road

Umno Ns Harap Bahagi Kerusi Dun Sama Rata Untuk Pru

Myplayvip