Pesara Di Pelawa Sumbangkan Idea Bantu Kerajaan Pahang



KUANTAN- Pesara kerajaan di negeri ini dipelawa menyumbangkan pandangan serta idea mereka demi menambahbaik sistem penyampaian awam kerajaan.

Exco Kemudahan Asas, Sistem Penyampaian Awam dan Inovasi negeri, Datuk Seri Norol Azali Sulaiman berkata, pendekatan ini mampu membantu kerajaan meningkatkan mutu perkhidmatan dan memperbaiki kelemahan yang masih ada kerana pengalaman dimiliki pesara kerajaan boleh digunakan.

Menurutnya, pihaknya percaya ramai di antara pesara masih mempunyai pandangan bernas yang boleh digunakan sebagai panduan kepada kerajaan negeri bagi memberikan perkhidmatan lebih efisien kepada rakyat di negeri ini.

"Kita (kerajaan negeri) sentiasa mengalu-alukan sekiranya ada dalam kalangan pesara kerajaan yang ingin berkongsi pandangan buah fikiran dan pandangan serta mampu memberi sumbangan dalam memantapkan lagi perkhidmatan awam di Pahang.

"Adalah menjadi satu penghormatan kepada saya dan juga kerajaan negeri sekiranya mereka (pesara kerajaan) sudi memberikan pandangan dan kritikan membina, demi kebaikan dan manfaat kepada semua pihak, sama ada pihak kita sebagai pentadbir yang diamanahkan menjaga kebajikan rakyat dan paling penting ia memberi manfaat kepada rakyat secara keseluruhannya," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan Kali Ke-25 Persatuan Pesara Kerajaan Malaysia Bahagian Negeri Pahang di Wisma Belia, di sini hari ini.



Kira-kira 400 daripada 4,545 ahli persatuan menghadiri mesyuarat berkenaan.

Sementara itu, Norol Azali berkata, usaha persatuan mengadakan mesyuarat dan pemilihan barisan pimpinan baharu persatuan secara matang membuktikan bahawa setiap ahli menghormati amalan demokrasi secara matang.

Menurutnya, proses pemilihan pimpinan baharu adalah amalan biasa dalam semua persatuan dan juga parti politik di negara ini dengan memfokuskan kepada pembinaan karaktor serta kredibiliti persatuan itu sendiri.

"Saya difahamkan pada mesyuarat kali ini, ada pemilihan (pimpinan) berlangsung dan ia adalah perkara biasa dalam mana-mana persatuan atau badan bukan kerajaan (NGO) dan parti politik.

"Kita memilih bukan kerana ingin menjatuhkan sesiapa kerana persatuan ini adalah satu keluarga besar yang sama-sama ingin melihat kebajikan semua ahli dapat diperjuangkan dan dipelihara.

"Sudah pasti proses (pemilihan) ini akan mematangkan lagi persatuan dan boleh membawa persatuan ini ke satu tahap yang lebih membanggakan satu hari nanti," katanya. #sumber


http://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://pahangdaily.blogspot.com/2019/05/pesara-di-pelawa-sumbangkan-idea-bantu.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+blogspot%2FLWFdy+%28Pahang+Daily+Online%29

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tengku Hassanal Titah Agensi Kerajaan Bantu Golongan Asnaf

Tengku Hassanal Titah Agensi Kerajaan Bantu Golongan Asnaf

papar berkaitan - pada 1/5/2019 - jumlah : 799 hits
KUANTAN Agensi kerajaan harus memainkan peranan penting dalam membantu golongan asnaf meningkatkan taraf hidup bagi memastikan mereka tidak terus terpinggir Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al Sultan Abdullah Ri ayatud...
Wan Rosdy Kerajaan Pahang Luluskan 6 000 Rumah Makmur

Wan Rosdy Kerajaan Pahang Luluskan 6 000 Rumah Makmur

papar berkaitan - pada 26/4/2019 - jumlah : 398 hits
JERANTUT Sebanyak 6 000 unit Rumah Makmur telah diluluskan untuk pembinaan sehingga April tahun ini bagi membantu golongan berpendapatan rendah di Pahang memiliki rumah Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata jumlah tersebut h...
Pesara Atm Kecewa Kerajaan Ph Kurangkan Bantuan Rm1 200 Jadi Rm500

Pesara Atm Kecewa Kerajaan Ph Kurangkan Bantuan Rm1 200 Jadi Rm500

papar berkaitan - pada 30/4/2019 - jumlah : 404 hits
Pesara tentera tidak berpencen meluahkan rasa kecewa selepas kerajaan Pakatan Harapan memansuhkan skim Bantuan Bakti Negara sebanyak RM1 200 Sebaliknya Pertubuhan Kumpulan Veteran Tentera Tidak Berpencen Negeri Pahang berkata jumlah bantuan...
Suasana Penyatuan Ummah Di Pahang Isyarat Rakyat Kerajaan Pakatan Harapan

Suasana Penyatuan Ummah Di Pahang Isyarat Rakyat Kerajaan Pakatan Harapan

papar berkaitan - pada 27/4/2019 - jumlah : 374 hits
Ribuan rakyat membanjiri di Pahang semalam Ini isyarat rakyat kepada kerajaan Pakatan Harapan Rakyat akan terus membuat perubahan pada Pilihan Raya Umum Ke 15 kelak Politik fitnah dan propaganda tidak lagi relevan di dalam politik Malaysia ...
Pahang Mahu Tuntut Pampasan Rm17 1 Bilion Daripada Kerajaan Pusat

Pahang Mahu Tuntut Pampasan Rm17 1 Bilion Daripada Kerajaan Pusat

papar berkaitan - pada 18/4/2019 - jumlah : 316 hits
KUANTAN 17 April Kerajaan negeri Pahang bercadang untuk mengemukakan permohonan kepada kerajaan pusat untuk mendapatkan pampasan bagi kawasan hutan simpan dan hutan rezab hidupan liar yang digunakan sebagai kawasan tadahan air untuk menseja...
Hutang Kerajaan Rejim Pakatan Harapan Naik Mencanak

Hutang Kerajaan Rejim Pakatan Harapan Naik Mencanak

papar berkaitan - pada 25/4/2019 - jumlah : 622 hits
By Akhirnya Timbalan Menteri PH terpaksa mengaku di Dewan Negara bahawa hutang rasmi negara telah naik ke RM741 bilion pada akhir tahun 2018 berbanding RM686 8 bilion pada akhir tahun 2017 Sekarang hutang sudah mencanak naik ke RM785 2 bili...
Kerajaan Sepenggal Pak Pandir Bahagian 2

Kerajaan Sepenggal Pak Pandir Bahagian 2

papar berkaitan - pada 25/4/2019 - jumlah : 861 hits
Oleh Rosly Yusof Siapa Pak Pandir Pak Pandir adalah watak dalam cerita penglibur lara hikayat cerita cerita dongeng melayu yang di tulis atau di ceritakan oleh generasi dahulu sebagai pengajaran kepada kanak kanak di dalam berhadapan dengan...
Kerja Di Spad Jadi Pegawai Selepas Bubar Ditawar Gred 19 Campak Ke Sarawak Bekas Staff Spad Dakwa Dianiaya Kerajaan

Kerja Di Spad Jadi Pegawai Selepas Bubar Ditawar Gred 19 Campak Ke Sarawak Bekas Staff Spad Dakwa Dianiaya Kerajaan

papar berkaitan - pada 26/4/2019 - jumlah : 417 hits
Seorang bekas pegawai Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat mendakwa telah dianiaya oleh kerajaan yang telah memberhentikannya sehingga hilang punca pendapatan Egard Mohd Aizat melalui Facebook berkata semasa berkhidmat di SPAD beliau memegan...
Gelaran Profesor Kangkung Tanda Kerajaan Gagal

Gelaran Profesor Kangkung Tanda Kerajaan Gagal

papar berkaitan - pada 25/4/2019 - jumlah : 384 hits
KUALA LUMPUR 24 April Gelaran profesor kangkung kepada ahli akademik yang memberi pandangan mengenai Statut Rom disifatkan sebagai kegagalan kerajaan menerima pendapat umum secara positif mengenai isu tersebut Perkara itu ditegaskan oleh Ah...
Send Unlimited Emails With 100 Delivery

Malaysia Airlines A330 300 Takes To The Skies In Manchester United Livery

Timbul Dakwaan Zahnita Bagi Lelaki Masuk Rumah Suami Akui Terkejut Bila Ada Orang Lain Anak Anak Pun Mengeluh

Senarai Universiti Luar Negara Kampus Malaysia Bidang Perubatan

Terrazza Aperol In Milan Reopens With A Bold New Identity By Vudafieri Saverino Partners

Cara Buat Bayaran Semula Yayasan Bank Rakyat Secara Online Menggunakan Jompay

Hp Elitebook 840 G5 Randomly Disconnecting From Wi Fi

Pelancaran Galeri Keratan Akhbar Muka Hadapan Di Pejabat Ppim Kaca Tv 17 04 2025


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Rutin Pagi

How To Buy Terpenes Without Getting Burned Insider Tips

Gaya Bunyi Yang Tidak Dapat Ditandingi Emberton Iii Dan Minor Iv Hadir Dengan Warna Baharu

Transform Your Passion Into A Career With Taylor S College Diploma In Digital Design

Menjelang Pru16 Pn Boleh Kehilangan 32 Daripada 74 Kerusi Parlimen Sekiranya

Kl Tower Handover Sparks Concern Over Threats And Vandalism