Pesara Atm Kecewa Kerajaan Ph Kurangkan Bantuan Rm1 200 Jadi Rm500


Pesara tentera tidak berpencen meluahkan rasa kecewa selepas kerajaan Pakatan Harapan (PH) memansuhkan skim Bantuan Bakti Negara (BBN) sebanyak RM1,200.
Sebaliknya, Pertubuhan Kumpulan Veteran Tentera Tidak Berpencen Negeri Pahang berkata, jumlah bantuan itu dikurangkan kepada RM500 setahun di bawah program baru yang diberi nama Bantuan Harapan Negara (BHN) menggantikan BBN.
Pengerusinya, Mohd Sani Ishak berkata lebih mengecewakan bantuan itu juga diberikan secara bersyarat dan tidak semua pesara tidak berpencen layak menerimanya.
“Bantuan di bawah BBN RM1,200 yang kami dapat dulu sudah tidak ada, sekarang ini kerajaan sudah tukar nama, tiada lagi BBN, tukar kepada BHN dengan bayaran RM500 one-off, tapi ia hanya dimaklumkan tapi belum dapat lagi kita juga sedang tunggu.
ADVERTISING
inRead invented by Teads
“Antara syarat yang diletakkan, pesara tidak berpencen layak bagi mereka yang mempunyai pingat perkhidmatan. Dulu semua pesara tidak berpencen dapat,” katanya kepada FMT.
Mohd Sani Ishak.
Sani berkata pihaknya bukan tidak bersyukur diberi bantuan RM500 tetapi jumlah itu tidak mencukupi memandangkan kos sara hidup sekarang semakin meningkat.
“Kita perjuang demi negara pertahankan negara, kami kecewa, sebelum ini kami dapat RM1,200 sepatutnya dinaikkan kepada RM2,500 sepertimana cadangan sebelum ini, bukan dikurangkan kepada RM500.
“Ia tidak cukup memandangkan kos sara hidup meningkat, kami tidak ada bantuan lain dari kerajaan. Dulu dapat juga BR1M boleh tambah-tambah pendapatan kami,” katanya sambil memaklumkan pesara tidak berpencen terpaksa berniaga sendiri untuk menyara keluarga.
Katanya, pihaknya juga bercadang untuk bertemu Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad untuk membangkitkan perkara ini.
“Kita juga bercadang untuk jumpa bekas perdana menteri, Najib Razak dan bekas menteri pertahanan supaya mereka boleh bawa permasalahan kami dalam Parlimen,” katanya.
Skim BBN diperkenalkan di bawah pentadbiran Najib dan ia mula diagihkan pada 2016 pada kadar RM1,000 setahun dan dinaikkan RM200 pada 2017.
Terdapat lebih 60,000 pesara tentera tidak berpencen seluruh negara.
Pada 26 Mac lalu, Menteri Pertahanan Mohamad Sabu mengumumkan kerajaan bersetuju dan meluluskan pelaksanaan inisiatif BHN 2019 sebanyak RM500 secara one-off kepada pesara tidak berpencen.
Ia menggantikan BBN 2017 dan Sumbangan Veteran Tidak Berpencen 1Malaysia (SVTB1M) 2013 dan pelaksanaan inisiatif ini adalah lebih bersasar di mana penerimanya adalah veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam kumpulan B40.
Kerajaan memperuntukkan RM79,684,000 untuk pelaksanaan BHN 2019.
Antara kriteria penerima BHN 2019 yang ditetapkan menerusi laman sesawang Kementerian Pertahanan adalah penerima merupakan veteran ATM, tarikh tamat tempoh perkhidmatan (TTP) sebelum 31 Disember 2019, bermastautin di Malaysia, veteran yang layak menerima Bantuan Sara Hidup 2019 Persekutuan.
Mereka juga perlu memohon untuk mendapatkan BHN 2019, veteran ATM tidak berpencen yang belum pernah memohon bantuan SVTB1M dan BBN 2017, veteran dengan jumlah pendapatan isi rumah kasar bulanan RM4,000 dan ke bawah dan tidak dipanjangkan kepada balu, duda, tanggungan atau waris.
Kementerian Pertahanan melalui Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) ATM bertangungjawab melaksanakan inisiatif BHN dan permohonan dibuka pada 14 April lalu dan pembayaran akan mula dilaksanakan pada 27 Mei 2019.
FMT


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2019/04/30/pesara-atm-kecewa-kerajaan-ph-kurangkan-bantuan-rm1200-jadi-rm500/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pembangkang Kecewa Kerajaan Negeri Kedah Politikkan Bantuan Kepada Wanita

Pembangkang Kecewa Kerajaan Negeri Kedah Politikkan Bantuan Kepada Wanita

papar berkaitan - pada 17/4/2019 - jumlah : 524 hits
Tindakan kerajaan negeri menolak borang permohonan Tabung Khas Wanita Kedah yang mempunyai tandatangan pengesahan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri pembangkang disifatkan sebagai sandiwara politik ADUN Sungai Tiang Datuk Suraya Yaacob mendakw...
Mahu Mohon Bantuan Rm1 200 Tapi Rugi Rm2 850 Bazookapenaka My

Mahu Mohon Bantuan Rm1 200 Tapi Rugi Rm2 850 Bazookapenaka My

papar berkaitan - pada 25/4/2019 - jumlah : 394 hits
TERPIKAT dengan usaha wanita yang ingin membantunya mendapatkan wang bantuan kerajaan RM1 200 selain RM350 sebulan wanita warga emas menanggung kerugian RM2 850 apabila dia dirompak di Jalan Paip Sri Aman Ahad lalu Mangsa yang berusia 63 ta...
Bantuan Selangor 12 Senarai Tawaran Kerajaan Negeri Kepada Rakyat

Bantuan Selangor 12 Senarai Tawaran Kerajaan Negeri Kepada Rakyat

papar berkaitan - pada 18/4/2019 - jumlah : 471 hits
Bantuan Selangor 12 Senarai Tawaran Kerajaan Negeri Kepada Rakyat Dalam banyak banyak negari Mypt3 cukup kagum dengan inisiatif kerajaan negeri Selangor yang begitu giat mengumumkan dan menyediakan pelbagai program bantuan selangor untuk ra...
Hari Ini Tabung Haji Catat Deposit Baru Rm1 Bilion Selepas Pemulihan Kerajaan Ph Mujahid

Hari Ini Tabung Haji Catat Deposit Baru Rm1 Bilion Selepas Pemulihan Kerajaan Ph Mujahid

papar berkaitan - pada 28/4/2019 - jumlah : 297 hits
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Dr Mujahid Yusof Rawa yang menjaga Tabung Haji Foto The Star Lembaga Tabung Haji mencatat kemasukan deposit baru berjumlah hampir RM1 bilion selepas proses pemulihan dan penstrukturan semula institusi itu ...
Kerajaan Melancarkan Dana Pengangkutan Awam Rm500 Juta

Kerajaan Melancarkan Dana Pengangkutan Awam Rm500 Juta

papar berkaitan - pada 3/5/2019 - jumlah : 361 hits
KUALA LUMPUR Kerajaan hari ini melancarkan Dana Pengangkutan Awam berjumlah RM500 juta dan menawarkan kadar subsidi dua peratus kepada pemohon yang layak mendapatkan dana itu kata Menteri Kewangan Lim Guan Eng Beliau berkata Dana Pengangkut...
Pesara Di Pelawa Sumbangkan Idea Bantu Kerajaan Pahang

Pesara Di Pelawa Sumbangkan Idea Bantu Kerajaan Pahang

papar berkaitan - pada 1/5/2019 - jumlah : 266 hits
KUANTAN Pesara kerajaan di negeri ini dipelawa menyumbangkan pandangan serta idea mereka demi menambahbaik sistem penyampaian awam kerajaan Exco Kemudahan Asas Sistem Penyampaian Awam dan Inovasi negeri Datuk Seri Norol Azali Sulaiman berka...
Bantuan Pesara Tentera Tidak Berpencen Turun

Bantuan Pesara Tentera Tidak Berpencen Turun

papar berkaitan - pada 30/4/2019 - jumlah : 295 hits
Bantuan Pesara Tentera Tidak Berpencen Turun dari RM1200 00 kepada RM500 00 sahaja Pesara tentera tidak berpencen meluahkan rasa kecewa selepas kerajaan Pakatan Harapan memansuhkan skim Bantuan Bakti Negara sebanyak RM1 200 Bantuan Pesara T...
Malaysia Polis Tampar Lelaki Sampai Pekak Kerajaan Diperintah Bayar Pampasan Rm120 400

Malaysia Polis Tampar Lelaki Sampai Pekak Kerajaan Diperintah Bayar Pampasan Rm120 400

papar berkaitan - pada 17/4/2019 - jumlah : 331 hits
KOTA BHARU Mahkamah Sesyen Kota Bharu hari ini mengarahkan Kerajaan Malaysia selaku defendan membayar ganti rugi RM120 400 keatas seorang buruh Mohd Faizu Ramli 32 yang pekak telinga kiri kerana ditampar anggota polis empat tahun lalu lapor...
Ketua Perisik Kerajaan Najib Dibicarakan Pecah Amanah Rm50 4 Juta

Ketua Perisik Kerajaan Najib Dibicarakan Pecah Amanah Rm50 4 Juta

papar berkaitan - pada 17/4/2019 - jumlah : 390 hits
Hasanah Abdul Hamid didakwa melakukan pecah amanah AS 12 1 juta atau RM50 4 juta milik kerajaan BN pimpinan Najib Razak Foto Sinar Harian Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur di sini hari ini menetapkan 15 hari bermula 3 Februari tahun depan untuk ...
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

5 Waktu Nabi Larang Ke Rumah Orang Ustaz Kazim Elias

Kawal Alergik Bila Alahan

Merry Christmas 2024


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Tapau Mfc Fried Chicken

Yuzu Cha

Usah Terikut Ikut Provokasi Pihak Tertentu Pertikai Pelantikan Tun Musa

Bendung Elemen Politik Perkauman Elak Permusuhan Keganasan

Yuran Tabika Taska 2025 Kemas Sahkan Tiada Kenaikan Yuran

Nahas Jalan Raya Ayer Keroh Melaka Dua Beradik Belum Tahu Ibu Bapa Sudah Tiada