Bantuan Pesara Tentera Tidak Berpencen Turun


Bantuan Pesara Tentera Tidak Berpencen Turun dari RM1200.00 kepada RM500.00 sahaja. Pesara tentera tidak berpencen meluahkan rasa kecewa selepas kerajaan Pakatan Harapan (PH) memansuhkan skim Bantuan Bakti Negara (BBN) sebanyak RM1,200.
Bantuan Pesara Tentera Tidak Berpencen Turun Sebaliknya, Pertubuhan Kumpulan Veteran Tentera Tidak Berpencen Negeri Pahang berkata, jumlah bantuan itu dikurangkan kepada RM500 setahun di bawah program baru yang diberi nama Bantuan Harapan Negara (BHN) menggantikan BBN.
Pengerusinya, Mohd Sani Ishak berkata lebih mengecewakan bantuan itu juga diberikan secara bersyarat dan tidak semua pesara tidak berpencen layak menerimanya.
“Bantuan di bawah BBN RM1,200 yang kami dapat dulu sudah tidak ada, sekarang ini kerajaan sudah tukar nama, tiada lagi BBN, tukar kepada BHN dengan bayaran RM500 one-off, tapi ia hanya dimaklumkan tapi belum dapat lagi kita juga sedang tunggu.
“Antara syarat yang diletakkan, pesara tidak berpencen layak bagi mereka yang mempunyai pingat perkhidmatan. Dulu semua pesara tidak berpencen dapat,” katanya kepada FMT.
Sani berkata pihaknya bukan tidak bersyukur diberi bantuan RM500 tetapi jumlah itu tidak mencukupi memandangkan kos sara hidup sekarang semakin meningkat.
“Kita perjuang demi negara pertahankan negara, kami kecewa, sebelum ini kami dapat RM1,200 sepatutnya dinaikkan kepada RM2,500 sepertimana cadangan sebelum ini, bukan dikurangkan kepada RM500.
“Ia tidak cukup memandangkan kos sara hidup meningkat, kami tidak ada bantuan lain dari kerajaan. Dulu dapat juga BR1M boleh tambah-tambah pendapatan kami,” katanya sambil memaklumkan pesara tidak berpencen terpaksa berniaga sendiri untuk menyara keluarga.
Katanya, pihaknya juga bercadang untuk bertemu Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad untuk membangkitkan perkara ini.
“Kita juga bercadang untuk jumpa bekas perdana menteri, Najib Razak dan bekas menteri pertahanan supaya mereka boleh bawa permasalahan kami dalam Parlimen,” katanya.
Skim BBN diperkenalkan di bawah pentadbiran Najib dan ia mula diagihkan pada 2016 pada kadar RM1,000 setahun dan dinaikkan RM200 pada 2017.
Terdapat lebih 60,000 pesara tentera tidak berpencen seluruh negara.
Pada 26 Mac lalu, Menteri Pertahanan Mohamad Sabu mengumumkan kerajaan bersetuju dan meluluskan pelaksanaan inisiatif BHN 2019 sebanyak RM500 secara one-off kepada pesara tidak berpencen.
Ia menggantikan BBN 2017 dan Sumbangan Veteran Tidak Berpencen 1Malaysia (SVTB1M) 2013 dan pelaksanaan inisiatif ini adalah lebih bersasar di mana penerimanya adalah veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam kumpulan B40.
Kerajaan memperuntukkan RM79,684,000 untuk pelaksanaan BHN 2019.
Antara kriteria penerima BHN 2019 yang ditetapkan menerusi laman sesawang Kementerian Pertahanan adalah penerima merupakan veteran ATM, tarikh tamat tempoh perkhidmatan (TTP) sebelum 31 Disember 2019, bermastautin di Malaysia, veteran yang layak menerima Bantuan Sara Hidup 2019 Persekutuan.
Mereka juga perlu memohon untuk mendapatkan BHN 2019, veteran ATM tidak berpencen yang belum pernah memohon bantuan SVTB1M dan BBN 2017, veteran dengan jumlah pendapatan isi rumah kasar bulanan RM4,000 dan ke bawah dan tidak dipanjangkan kepada balu, duda, tanggungan atau waris.
Kementerian Pertahanan melalui Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) ATM bertangungjawab melaksanakan inisiatif BHN dan permohonan dibuka pada 14 April lalu dan pembayaran akan mula dilaksanakan pada 27 Mei 2019. -FMT-
The post Bantuan Pesara Tentera Tidak Berpencen Turun appeared first on Berita Viral Terkini.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://beritaviralterkini.com/bantuan-pesara-tentera-tidak-berpencen-turun/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ph Tak Hargai Pesara Tentera

Ph Tak Hargai Pesara Tentera

papar berkaitan - pada 2/5/2019 - jumlah : 240 hits
Wartawan Watan Online Bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak mempersoalkan tindakan kerajaan Pakatan Harapan yang mengurangkan peruntukan Bantuan Bakti Negara kepada golongan pesara tentera daripada RM1200 kepada RM500 setahun Katanya...
Atendan Hospital Tentera Didakwa Curi Rm5 000 Milik Pesara Tentera

Atendan Hospital Tentera Didakwa Curi Rm5 000 Milik Pesara Tentera

papar berkaitan - pada 24/4/2019 - jumlah : 313 hits
Seorang atendan sebuah hospital tentera mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di Kuala Lumpur hari ini atas pertuduhan mencuri wang berjumlah RM5 000 milik seorang pesara tentera Disember tahun lepas Mohd Yushairi Mohd Kamal 35 membu...
Pesara Atm Kecewa Kerajaan Ph Kurangkan Bantuan Rm1 200 Jadi Rm500

Pesara Atm Kecewa Kerajaan Ph Kurangkan Bantuan Rm1 200 Jadi Rm500

papar berkaitan - pada 30/4/2019 - jumlah : 384 hits
Pesara tentera tidak berpencen meluahkan rasa kecewa selepas kerajaan Pakatan Harapan memansuhkan skim Bantuan Bakti Negara sebanyak RM1 200 Sebaliknya Pertubuhan Kumpulan Veteran Tentera Tidak Berpencen Negeri Pahang berkata jumlah bantuan...
Fedora 30 Kini Boleh Dimuat Turun Semua

Fedora 30 Kini Boleh Dimuat Turun Semua

papar berkaitan - pada 2/5/2019 - jumlah : 381 hits
Fedora merupakan salah satu sistem operasi berasaskan Linux yang popular dan terkini pembangun disebaliknya telah pun melancarkan versi terkini sistem operasi berkenaan iaitu Fedora 30 Seperti biasa beberapa variasi ditawarkan termasuk Fedo...
Tak Turun Ke Jalan Saat May Day Buruh Di Depok Pilih Diskusi Revisi Pp Pengupahan

Tak Turun Ke Jalan Saat May Day Buruh Di Depok Pilih Diskusi Revisi Pp Pengupahan

papar berkaitan - pada 30/4/2019 - jumlah : 269 hits
Kendati demikian tidak ada larangan bagi buruh Depok yang ingin bergabung dengan buruh lain di Jakarta Namun diimbau agar tidak berkonvoi
Harga Bawang Putih Hingga Tomat Bergerak Turun Sejak 3 Hari Terakhir

Harga Bawang Putih Hingga Tomat Bergerak Turun Sejak 3 Hari Terakhir

papar berkaitan - pada 29/4/2019 - jumlah : 302 hits
Sempat menginjak angka Rp 60 000 per kilogram awal pekan ini harga bawang putih terpantau mulai perlahan turun Saat ini rata rata harga berada di angka Rp 58 000 per Kg di Pasar Pondok Gede Bekasi Selain bawang putih bawang merah pun turut ...
Harga Barang Tidak Turun Lepas Hapus Gst Antara Kegagalan Besar Ph Kata Pakar Ekonomi

Harga Barang Tidak Turun Lepas Hapus Gst Antara Kegagalan Besar Ph Kata Pakar Ekonomi

papar berkaitan - pada 29/4/2019 - jumlah : 440 hits
Seorang pakar ekonomi berkata antara kegagalan kerajaan Pakatan Harapan setelah kira kira setahun berkuasa ialah tidak berjaya menurunkan harga barang walaupun selepas menghapuskan Cukai Barang dan Perkhidmatan Prof Barjoyai Bardai berkata ...
Tmj Vs Tun M Apa Untung Rakyat Dapat Harga Barang Pasaraya Turun Ke

Tmj Vs Tun M Apa Untung Rakyat Dapat Harga Barang Pasaraya Turun Ke

papar berkaitan - pada 29/4/2019 - jumlah : 335 hits
Pemuda Bersatu hari ini menggesa semua pihak termasuk para sultan dan raja raja supaya menunjukan rasa hormat kepada keputusan rakyat yang memilih sesebuah kerajaan pusat mahupun kerajaan negeri pada setiap pilihan raya Sehubungan itu excon...
Umno Selangor Kerah 25 000 Ahli Turun Sabtu Ini

Umno Selangor Kerah 25 000 Ahli Turun Sabtu Ini

papar berkaitan - pada 2/5/2019 - jumlah : 576 hits
SHAH ALAM Badan Perhubungan UMNO Selangor akan mengerahkan 25 000 ahlinya bagi menyertai Himpunan Pertahan Kedaulatan Islam di ibu negara pada Sabtu ini Timbalan pengerusinya Datuk Mat Nadzari Ahmad Dahlan berkata keputusan itu dicapai sele...
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

Merry Christmas 2024


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Wan Rosdy Insentif Kecemerlangan Pendidikan Kerajaan Pahang Sedia Peruntukkan Sebanyak Rm1 Juta

Keropok Ikan Tamban Trengganu Nipis Dan Sedap

Tapau Mfc Fried Chicken

Yuzu Cha

Usah Terikut Ikut Provokasi Pihak Tertentu Pertikai Pelantikan Tun Musa

Bendung Elemen Politik Perkauman Elak Permusuhan Keganasan