Pesakit Mental Semakin Ramai Pakar Sakit Jiwa Malaysia Tidak Mencukupi



Sakit mental dijangka menjadi masalah kesihatan kedua terbesar menjejaskan rakyat Malaysia menjelang 2020 selepas penyakit jantung.

Menurut Kajian Morbiditi Kesihatan Kebangsaan yang terkini, setiap tiga orang dalam 10 orang dewasa berusia lebih 16 menderita pelbagai isu kesihatan mental.

Cuma yang malangnya, masih ramai tidak faham mengenai penyakit ini terutamanya dari segi istilah 'kecelaruan mental lazim', punca serta akibat yang mungkin berlaku di samping mengenal pasti gejala awal penyakit mental yang utama.

Dalam masa yang sama masih wujud stigma yang menebal berkait dengan penyakit mental dari sudut budaya yang dibentuk oleh kepercayaan karut serta tanggapan salah.

Tanggapan yang negatif ini sering kali membuatkan pesakit yang menghidapi penyakit mental, menderita dalam senyap.

Mereka juga sering dipulau masyarakat dan harapan untuk diterima kembali sebagai anggota masyarakat adalah tipis, justeru menyukarkan lagi pemulihan mereka.

Sementara ada yang menyamakan penyakit mental dengan "gila", terdapat juga pihak yang tidak dapat mengenal pasti gejala penyakit itu. Sebenarnya, penyakit mental adalah penyakit perubatan.

Ia melibatkan bukan sahaja gangguan pada fungsi otak tetapi juga boleh menjejaskan pemikiran seseorang, emosi serta tingkah laku di samping berdepan dengan kehilangan keupayaan.

Dr Michael Ang Jin Kiat, pakar sakit jiwa dan pensyarah kanan Universiti Putra Malaysia berkata penyakit itu boleh berlaku dalam pelbagai bentuk dan yang biasa terjadi termasuk skizofrenia, kecelaruan kemurungan yang keterlaluan dan kecelaruan bipolar.

"Skizofrenia adalah penyakit mental yang mencetuskan halusinasi dan delusi. Halusinasi merujuk kepada pengamatan deria tanpa rangsangan sementara delusi pula adalah kepercayaan palsu yang tidak dikongsi seseorang daripada latar belakang sosio-budaya yang sama."Jenis halusinasi yang biasa ialah halusinasi bunyi yang dikenali sebagai 'paracusia', persepsi bunyi tanpa rangsangan luar yang boleh dikenal pasti.
Dr Ang turut menyatakan di peringkat global, sekitar 40 peratus pesakit yang menderita skizofrenia cuba membunuh diri sementara 10 peratus lagi mati akibat bunuh diri.

Menjelaskan mengenai kecelaruan kemurungan yang keterlaluan, beliau berkata penyakit itu berkait rapat dengan perasaan sedih, rasa tidak berguna atau bersalah yang boleh membuatkan seseorang hilang minat untuk melakukan kegiatan yang biasa dilakukannya.

"Kemurungan boleh membuatkan seseorang itu menukar corak pemakanan serta tabiat tidur, berasa letih, lembap dalam berfikir dan bergerak juga tidak boleh fokus."Perkara ini boleh berlaku kepada sesiapa dan ia bukan tanda kelemahan. Bagaimanapun kegagalan untuk merawat penyakit ini mungkin boleh menjurus kepada perasaan untuk mati dan cuba membunuh diri, " jelasnya.
Menyentuh mengenai kecelaruan bipolar yang turut dikenali sebagai "penyakit kemurungan manik" berkata penyakit itu mungkin mengakibatkan pesakit berada dalam keadaan emosi yang melampau, dan menyebabkan perubahan luar biasa mood, tenaga, tahap kegiatan serta kemampuan untuk melakukan tugas harian.

Sementara itu, Profesor Madya Dr Ng Chong Guan, Perunding Pakar Sakit Jiwa Pusat Pakar Universiti Malaya (PPUM), berkata penyakit mental semakin ketara di negara ini dan perlu diberi perhatian serius.

Usaha untuk menangani isu ini juga berdepan dengan cabaran yang besar memandangkan bilangan pakar sakit jiwa yang tidak mencukupi.

Sehingga Mac 2017, terdapat hanya 381 pakar sakit jiwa di negara ini, iaitu Kementerian Kesihatan (207), Universiti Awam (84), Universiti Swasta (22), Pasukan Tentera (5) dan Sektor Swasta (63).

Menurut beliau, lazimnya nisbah untuk pakar sakit jiwa ialah seorang bagi setiap 10,000 orang penduduk tetapi di Malaysia, nisbah ini ialah 1 dalam 100,000 orang penduduk.

Apa yang lebih membimbangkan ialah semakin ramai anak muda yang menghidap penyakit ini.

"Masalahnya sekarang lebih rumit kerana ia mungkin berkait dengan dadah, kes buli dan isu lain (melibatkan anak muda) berbanding sebelum ini yang hanya berkisar kepada kerisauan dan tekanan, " katanya.
Beliau menambah secara amnya, kira-kira 30 peratus rakyat Malaysia menderita keadaan kesihatan mental yang tertentu.

Meskipun ia boleh dirawat untuk tempoh sekurang-kurangnya enam bulan dengan menjalani rawatan yang tertentu, ia juga boleh menjadi buruk apabila sampai kepada peringkat serius dan tidak dirawat dengan sewajarnya, jelas Dr Ng.

Oleh yang demikian, beliau berpandangan perlu ada usaha untuk mendidik masyarakat agar dapat mengesan penyakit mental di peringkat awal di samping menjaga kesihatan mental mereka.

"Orang ramai mempunyai peranan untuk mencegah penyakit ini.  Kita boleh mengesan mereka di sekeliling kita yang mungkin berperangai lain daripada biasa dan cuba membantu serta menyokong mereka mendapatkan rawatan.

"Kebanyakan orang yang mempunyai kecelaruan mental sedar ada sesuatu yang tidak normal dalam diri mereka tetapi jarang sekali mereka mengaitkannya dengan sakit mental.

"Untuk menyedapkan hati mereka akan ambil ubat penghilang kesakitan daripada mendapatkan penilaian kesihatan yang betul dan mendapatkan rawatan daripada pakar sakit jiwa, " jelasnya.

Menurut Dr Ng, antara hospital yang mempunyai khidmat rawatan psikiatrik di Malaysia termasuk Hospital Bahagia, Hospital Permai, Hospital Mesra dan Hospital Sentosa.

Unit psikiatrik juga terdapat di hospital kerajaan dan swasta serta pertubuhan bukan kerajaan seperti Persatuan Kesihatan Mental Malaysia (MMHA).


Kosmo

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://bankami.blogspot.com/2019/07/pesakit-mental-semakin-ramai-pakar.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Malaysia Mempunyai Kadar Pesakit Diabetes Tertinggi Di Asia

Malaysia Mempunyai Kadar Pesakit Diabetes Tertinggi Di Asia

papar berkaitan - pada 5/7/2019 - jumlah : 265 hits
Malaysia mempunyai kadar pesakit kencing manis tertinggi di Asia dan salah satu yang tertinggi di dunia JOHORTIMES MY Please Subscribe to JohorTimes Youtube https www youtube com channel UCBGyB6bgPwLLTOahiWTGuFQ Facebook https www facebook ...
Bau Busuk Semakin Kuat Dan Ramai Yang Jatuh Sakit

Bau Busuk Semakin Kuat Dan Ramai Yang Jatuh Sakit

papar berkaitan - pada 29/6/2019 - jumlah : 349 hits
Apa yang berlaku sebenarnya Masih belum reda dengan masalah pencemaran kimia di Sungai Kim Kim pada Mac lalu kini Pasir Gudang mengalami pencemaran udara yang masih belum dapat dikesan di mana puncanya Penduduk di sekitar berkongsi keadaan ...
Malaysia Semakin Lemah Daya Saing Global Dr Najmil

Malaysia Semakin Lemah Daya Saing Global Dr Najmil

papar berkaitan - pada 30/6/2019 - jumlah : 379 hits
Exco Pemuda UMNO Malaysia Datuk Dr Najmil Faiz Mohamed Aris mempersoalkan kemanakah hilangnya janji kerajaan Pakatan Harapan untuk mengembalikan kegemilangan Malaysia seperti Asian Tiger seperti suatu ketika dahulu Menurut beliau daya saing...
Usaha Terbitkan Buku Biru Perlu Libatkan Pakar Ahli Akademik Malaysia China Dbp

Usaha Terbitkan Buku Biru Perlu Libatkan Pakar Ahli Akademik Malaysia China Dbp

papar berkaitan - pada 27/6/2019 - jumlah : 241 hits
KUALA LUMPUR 26 Jun Dewan Bahasa dan Pustaka menegaskan hasrat kerjasama penerbit dari China untuk menerbitkan Buku Biru mengenai sejarah dan pembangunan Malaysia perlu dilakukan secara bersama dengan penglibatan pakar dan ahli akademik ked...
Jangan Ejek Pesakit Mental

Jangan Ejek Pesakit Mental

papar berkaitan - pada 5/7/2019 - jumlah : 534 hits
Oleh Abdullah Bukhari bin Abdul Rahim Anda sedang sakit kaki kerana terseliuh dan langkah anda terbatas Tiba tiba seorang lelaki melintas di hadapan anda dengan SENGAJA mengajuk langkah anda yang terhencot hencot Selepas beberapa langkah me...
Jangan Nangis Korang Kene Kuat Untuk Aku Video Sebak Pesakit Tumor Otak Mohon Sumbangan Doa Agar Kuat Lawan Sakit

Jangan Nangis Korang Kene Kuat Untuk Aku Video Sebak Pesakit Tumor Otak Mohon Sumbangan Doa Agar Kuat Lawan Sakit

papar berkaitan - pada 28/6/2019 - jumlah : 713 hits
Bukan semua orang bertuah dikurniakan kesihatan dalam kehidupan mereka ada yang diduga dengan penyakit di usia muda Tak tahan sebak rasanya bila melihat dugaan berat yang dihadapi oleh Awist Kharnie Bin Nasarudin ni Dia menghidapi tumor di ...
Wanita Pembawa Anjing Di Bogor Pernah Dirawat Di Rumah Sakit Jiwa

Wanita Pembawa Anjing Di Bogor Pernah Dirawat Di Rumah Sakit Jiwa

papar berkaitan - pada 2/7/2019 - jumlah : 232 hits
Yang bersangkutan memiliki riwayat pernah dirawat di rumah sakit jiwa kata Brigjen Pol Dedi
160 Senpi Rakitan Sitaan Tni Di Perbatasan Malaysia Dipotong Potong

160 Senpi Rakitan Sitaan Tni Di Perbatasan Malaysia Dipotong Potong

papar berkaitan - pada 5/7/2019 - jumlah : 221 hits
Richard menerangkan penyerahan senpi rakitan diantaranya diserahkan sendiri oleh pemangku adat Suku Tidung Ibrahim Latif
Menangani Potensi Jangkitan Mers Cov Dalam Kalangan Jemaah Haji Malaysia

Menangani Potensi Jangkitan Mers Cov Dalam Kalangan Jemaah Haji Malaysia

papar berkaitan - pada 5/7/2019 - jumlah : 286 hits
JOHORTIMES MY Please Subscribe to JohorTimes Youtube https www youtube com channel UCBGyB6bgPwLLTOahiWTGuFQ Facebook https www facebook com johortimes my Twitter https www twitter com JohorTimes Instagram https www instagram com JohorTimes ...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Farhan Mustapha Mutiara Hati Chord

The West Isn T Dying But It S Working On It

Malaysian Muslims Baffled How Having A Pic With Christmas Tree Santa Claus Can Shake Their Faith

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab