Jangan Ejek Pesakit Mental




#Oleh: Abdullah Bukhari bin Abdul Rahim

“Anda sedang sakit kaki kerana terseliuh dan langkah anda terbatas. Tiba-tiba seorang lelaki melintas di hadapan anda dengan SENGAJA mengajuk langkah anda yang terhencot-hencot. Selepas beberapa langkah meninggalkan anda, lelaki tersebut sempat menoleh ke arah anda sambil senyum mengejek. Apa perasaan anda?”
“Anak anda dilahirkan sumbing hidung. Cakapnya tak jelas dan sengau. Pada suatu hari tetamu datang ke rumah anda. Ketika anak anda keluar mahu bersalam dengannya, si tetamu sengaja menukar suara menjadi sengau dan selepas itu tetamu anda ketawa besar. Apa perasaan anda?”
Jarang sekali kita jumpa manusia berhati hitam sanggup mengejek sakit orang  lain seperti gambaran di atas. Fitrah manusia biasanya menunjukkan rasa kasihan belas kepada orang yang menghidap apa-apa sakit. Itulah hakikatnya, namun ada juga sesetengah sakit yang kelihatannya tercicir dari “KAMUS BELAS KASIHAN” sesetengah orang seperti sakit mental

Rabu lepas (5 Oktober 2016) saya dijemput berkongsi pengalaman tentang liku-liku sakit dan jalan menuju penyembuhan dalam forum anjuran Jabatan Psikiatri Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia. Forum yang dinamakan “JOURNEY TO RECOVERY” memang membuka mata saya betapa sakit mental adalah suatu UJIAN ALLAH yang sama beratnya dengan sakit yang lain. Bahkan sakit ini sering dijadikan bahan ejek ramai pihak tanpa sedar

Ada keluarga pesakit berkongsi pengalaman bagaimana mencabarnya menjaga anak mereka yang sering dijadikan “BAHAK TAWA” orang luar. Perkataan “ORANG GILA! SAKIT OTAK! MERENG! OTAK 3 SUKU” memang mudah diucapkan, tapi perkataan itu seumpama PISAU TAJAM yang menghiris hati ahli keluarga pesakit. Bukan mereka minta diuji dengan sakit ini. Oleh itu, sebelum menghambur kata ejek, bayangkan anda berada dalam kasut pesakit atau keluarga pesakit. Mahukah anda meluahkan perkataan itu

Bukan setakat itu, ada juga penghibur atau pelawak yang menjadikan sakit ini sebagai bahan lawak mereka. Pernah juga saya dengar seorang penceramah agama melawakkan kecacatan orang lain yang akhirnya memecahkan derai tawa hadirin. Bayangkan apa impak buruk yang akan terpalit pada agama akibat dari lawak tidak beretika si penceramah. Semoga penceramah itu sedar kesalahannya

Semasa dalam forum, saya jelaskan JOURNEY TO RECOVERY adalah berkaitan CARA MENGHADAPI DAN MENGURUSKAN UJIAN HIDUP. Semua manusia di dunia ini diuji Allah sama ada dalam kesusahan atau kesenangan. Firman Allah:
كُلُّ نَفْسٍ ذَائِقَةُ الْمَوْتِ وَنَبْلُوكُمْ بِالشَّرِّ وَالْخَيْرِ فِتْنَةً وَإِلَيْنَا تُرْجَعُونَ
Ertinya: Setiap diri akan merasai mati, DAN KAMI MENGUJI KAMU DENGAN KESUSAHAN DAN KESENANGAN SEBAGAI CUBAAN; dan kepada Kamilah kamu semua akan dikembalikan (Al-Anbiya [21:35])

Langkah awal yang perlu dilakukan oleh orang yang diuji adalah redha dengan ujian tersebut. Selepas Redha, kita akan mampu melangkah ke tahap seterusnya iaitu menguruskan sakit dengan berubat dan sebagainya. Selepas berbicara tentang redha, saya diajukan soalan dari seorang hadirin, soalannya ringkas, padat dan tepat:
“Bila kita sakit, kita kena redha dan makan ubat. Selepas itu….APA PULA?”
Saya agak terkejut dengan soalan itu, oleh itu saya sambung penjelasan dengan kepentingan doa. Doa sangat penting dalam menghadapi ujian sakit kerana Allah yang memilih kita memasuki ujian sakit pasti mampu memberikan penyembuhan kerana hanya DIA YANG MAHA PENYEMBUH. Lihatlah keyakinan nabi Ibrahim dalam al-Quran:
وَإِذَا مَرِضْتُ فَهُوَ يَشْفِينِ
Ertinya: (Nabi Ibrahim AS berkata) "Dan apabila aku sakit, MAKA DIA LAH YANG MENYEMBUHKAN PENYAKITKU; (al-Syu’ara’[26:80])

Rasulullah SAW juga bersabda:
لِكُلِّ دَاءٍ دَوَاءٌ فَإِذَا أُصِيبَ دَوَاءُ الدَّاءِ بَرَأَ بِإِذْنِ اللَّهِ عَزَّ وَجَلَّ
Ertinya: Bagi setiap penyakit ada ubatnya. Apabila sesuatu ubat menyentuh sesuatu penyakit, maka ia akan memberikan penyembuhan dengan izin Allah (Sahih Muslim)

Selain itu, redha akan bertambah subur apabila kita faham bahawa sebarang ujian sakit pasti MAMPU kita lalui kerana Allah menjelaskan jenis ujian adalah sepadan dengan kekuatan mental dan jiwa kita. Ia difaham dari firman Allah ini:
لَا يُكَلِّفُ اللَّهُ نَفْسًا إِلَّا وُسْعَهَا
Ertinya: Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya (al-Baqarah[2:286])

Panjang lagi huraian yang saya ulas dalam forum itu, tapi cukuplah dahulu untuk kali ini. Pesan saya kepada semua, benar sekali kata Dr Rozanizam penulis buku (AKU NABI ISA, REFLEKSI WAD SAKIT JIWA terbitan PTS) bahawa “KESIHATAN MENTAL ADALAH NI’MAT YANG JARANG KITA SYUKURI.”
Jangan jadikan ujian sakit mental orang lain sebagai bahan ejek dan bahak tawa kita kerana kita tidak tahu siapa kelak akan diuji dengan sakit ini pada masa hadapan. Mungkin diri kita, mungkin anak kita, mungkin adik beradik kita dan mungkin pasangan kita. Ingatlah bahawa hidup ini adalah suatu kitaran yang tidak pasti sebagaimana teguran Allah kepada para sahabat yang tewas daam perang Uhud:
إِنْ يَمْسَسْكُمْ قَرْحٌ فَقَدْ مَسَّ الْقَوْمَ قَرْحٌ مِثْلُهُ وَتِلْكَ الْأَيَّامُ نُدَاوِلُهَا بَيْنَ النَّاسِ
Ertinya: Jika kamu (dalam perang Uhud) mendapat luka (tercedera), maka sesungguhnya kaum (musyrik yang mencerobohi kamu) itu telah (tercedera juga dan) mendapat luka yang sama (dalam peperangan Badar). Dan demikian itulah keadaan hari-hari (dunia ini dengan peristiwa kemenangan atau kekalahan), kami gilirkan antara sesama manusia, (supaya menjadi pengajaran) (Ali ‘Imran [3:140])

Jangan ejek sakit atau bencana orang lain, sebaliknya doakan penyembuhan untuk mereka dan keselamatan kita sepanjang masa. Amalkan doa Rasulullah SAW ini:
اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ زَوَالِ نِعْمَتِكَ وَتَحَوُّلِ عَافِيَتِكَ وَفُجَاءَةِ نِقْمَتِكَ وَجَمِيعِ سَخَطِكَ
Ertinya: Ya Allah! Aku mohon perlindungan denganMu dari hilangnya ni’mat kurniaanMu, juga dari berubahnya ni’mat kesihatan kurniaanMu, juga dari bencana ketentuanMu yang mengejut dan dari semua kemurkaanMu (Sahih Muslim)



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://sideofmuslim.blogspot.com/2019/07/jangan-ejek-pesakit-mental.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pesakit Mental Semakin Ramai Pakar Sakit Jiwa Malaysia Tidak Mencukupi

Pesakit Mental Semakin Ramai Pakar Sakit Jiwa Malaysia Tidak Mencukupi

papar berkaitan - pada 10/7/2019 - jumlah : 417 hits
Sakit mental dijangka menjadi masalah kesihatan kedua terbesar menjejaskan rakyat Malaysia menjelang 2020 selepas penyakit jantung Menurut Kajian Morbiditi Kesihatan Kebangsaan yang terkini setiap tiga orang dalam 10 orang dewasa berusia le...
Jangan Pandang Ringan Penjagaan Badan Mental Wanita Selepas Bersalin

Jangan Pandang Ringan Penjagaan Badan Mental Wanita Selepas Bersalin

papar berkaitan - pada 26/6/2019 - jumlah : 311 hits
Tanyalah pada mana mana ibu yang sudah melalui fasa mengandung dan bersalin memang bukan mudah untuk mengembalikan badan seperti anak dara mahupun The post appeared first on
Jangan Nangis Korang Kene Kuat Untuk Aku Video Sebak Pesakit Tumor Otak Mohon Sumbangan Doa Agar Kuat Lawan Sakit

Jangan Nangis Korang Kene Kuat Untuk Aku Video Sebak Pesakit Tumor Otak Mohon Sumbangan Doa Agar Kuat Lawan Sakit

papar berkaitan - pada 28/6/2019 - jumlah : 705 hits
Bukan semua orang bertuah dikurniakan kesihatan dalam kehidupan mereka ada yang diduga dengan penyakit di usia muda Tak tahan sebak rasanya bila melihat dugaan berat yang dihadapi oleh Awist Kharnie Bin Nasarudin ni Dia menghidapi tumor di ...
Kebaikan Sup Kaki Ayam Jangan Geli Banyak Khasiat Brooo

Kebaikan Sup Kaki Ayam Jangan Geli Banyak Khasiat Brooo

papar berkaitan - pada 26/6/2019 - jumlah : 530 hits
Ayam sememangnya menjadi makanan kegemaran semua orang termasuklah kanak kanak dan dewasa Namun ada beberapa bahagian ayam yang dibuang begitu sahaja tanpa mengetahui khasiatnya terlebih dahulu Ia termasuklah kaki ayam apabila ia sering dib...
Jangan Salahkan Tun Mahathir Jika Ros Haramkan Umno

Jangan Salahkan Tun Mahathir Jika Ros Haramkan Umno

papar berkaitan - pada 26/6/2019 - jumlah : 406 hits
Semua pihak yang berkepentingan diminta tidak menyalahkan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad jika UMNO terpaksa diharamkan oleh Pendaftar Pertubuhan Pengerusi Gagasan Badan Ekonomi Melayu Tan Sri Rahim Tamby Chik berkata situasinya aka...
Moeldoko Kelompok Yang Tak Ingin Adanya Koalisi Jangan Ganggu Masyarakat

Moeldoko Kelompok Yang Tak Ingin Adanya Koalisi Jangan Ganggu Masyarakat

papar berkaitan - pada 27/6/2019 - jumlah : 161 hits
Dia berharap tak ada pihak yang berusaha merusak situasi saat putusan MK dibacakan Serta tak mengganggu suasana kondusif di masyarakat Dia juga menyindir pihak yang tak inginkan ada rekonsiliasi antara Jokowi dan Prabowo
Masa Sibuklah Anak Minta Macam Macam Jangan Jerkah Tapi Peluk Dan Cium Dahinya

Masa Sibuklah Anak Minta Macam Macam Jangan Jerkah Tapi Peluk Dan Cium Dahinya

papar berkaitan - pada 27/6/2019 - jumlah : 299 hits
Bila kita sibuk tiba tiba anak nak macam macam Apa nak buat Selalunya kita akan cakap nantilah ibu ada kerja nak buat Tak pun tanpa kita sedar terus tinggikan suara pada anak Akhir sekali bila ibu bapa dah bagi amaran macam tu anak terus ba...
Angela Lee Jatuh Dari Tangga Dinar Candy Makanya Jangan Mikirin Kawin Mulu

Angela Lee Jatuh Dari Tangga Dinar Candy Makanya Jangan Mikirin Kawin Mulu

papar berkaitan - pada 27/6/2019 - jumlah : 239 hits
Angela Lee baru saja kena musibah Ia jatuh dari tangga Dinar Candy teman sesama artis berkomentar Kata dia kecelakaan yang dialami oleh Angela karena ia tak henti memikirkan tentang menikah
Jangan Geli Ada 5 Khasiat Sup Kaki Ayam Perlu Diketahui

Jangan Geli Ada 5 Khasiat Sup Kaki Ayam Perlu Diketahui

papar berkaitan - pada 27/6/2019 - jumlah : 261 hits
FMT Reporters Ayam sememangnya menjadi makanan kegemaran semua orang termasuklah kanak kanak dan dewasa Namun ada beberapa bahagian ayam yang dibuang begitu sahaja tanpa mengetahui khasiatnya terlebih dahulu Ia termasuklah kaki ayam apabila...
Cultural Reasons Make Malaysians Target For Human Trafficking Says Firm

Makan Steamboat Dapat Henna Free

Cops Probing Into Foreigner S Death In Custody At Klia

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

15 Cozy Christmas Wreath Designs For A Warm Welcome

Is Tiong China S Tourism Minister Or Malaysia S Asks Wan Fayhsal

Suspek Buruan Kes Samun Toreh Dicekup

A Botched Shot


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3


Leveraging Zero Click Searches

Ibu Bapa Elak Pilih Kasih Dengan Anak Anak

Senarai Calon Top 5 Festival Filem Malaysia Ke 33

Resipi Sambal Goreng Jawa Paling Sedap Cara Masak Pun Mudah Je

Pertandingan Akhir Memasak Kisahkariku Berakhir Meriah Kari Ketam Jadi Pilihan Juri

10 Cuka Epal Terbaik Untuk Kesihatan Kecantikkan Anda