Pes Persediaan Ramadhan
PES PUTIH
Sesuai untuk Sup, Goreng capcai, Mi goreng, semur, Ikan stim.BAHAN-BAHAN:
250 gm bawang merah
100 gm bawang putih
50 gm buah keras
3 sudu makan lada
2 sudu makan garam
100 ml minyak goreng | untuk kisar bahan
100 ml minyak goreng untuk menumisCARA MEMASAK:
1. Kisar semua bahan bersama minyak. Kisar hingga halus.
2. Panaskan minyak untuk menumis, tumis bahan kisar sampai harum dan masak.
3. Masukkan garam. Biar seketika, angkat dan sejukkan.
4. Masukkan pes yang sudah sejuk ke dalam botol dan boleh digunakan bila-bila diperlukan.PES MERAH
Sesuai untuk nasi goreng, sambal goreng,balado,ayam dan ikan goreng sambal, Shellout, Ayam sambal. Masak Asam Tumis, Asam Pedas, Kari, ikan dan ayam bakar.BAHAN-BAHAN:
500 gm cili merah
150 gm bawang merah
100 gm bawang putih
100 gm tomato
50 gm gula merah
2 sudu makan garam
100 ml minyak goreng |untuk kisar bahan
100 ml minyak goreng |untuk menumisCARA MEMASAK:
1. Kisar semua bahan bersama minyak. Kisar hingga halus. Kecuali gula merah
2. Panaskan minyak untuk menumis, tumis bahan kisar sampai harum dan masak.
3. Masukkan garam dan gul merah. Tumis sebentar kemudian sejukkan
4. Masukkan pes yang sudah sejuk ke dalam botol dan boleh digunakan bila-bila diperlukan.PES KUNING
Sesuai untuk buat soto, acar, pepes, gulai lemakBAHAN-BAHAN:
100 gm buah keras
150 gm bawang putih
300 gm bawang merah
50 gm kunyit hidup
20 gm halia
20 gmr lengkuas
2 sudu makan lada
2 sudu makan garam
100 ml minyak goreng |untuk kisar bahan
100 ml minyak goreng untuk menumis
CARA MEMASAK:
1. Kisar semua bahan bersama minyak. Kisar hingga halus.
2. Panaskan minyak untuk menumis, tumis bahan kisar sampai harum dan masak.
3. Masukkan garam dan masak seketika. Angkat dan sejukkan.
4. Masukkan pes yang sudah sejuk ke dalam botol dan boleh digunakan bila-bila diperlukan.PES OREN
Sesuai untuk ayam goreng, gulai, lodeh, rendangBAHAN-BAHAN:
200 gm Cili merah
2.5 sudu makan ketumbar
300 gm bawang merah
150 gm bawang putih
100 gm buah keras
25 gm kunyit hidup
20 gm halia
20 gm lengkuas
2 sudu makan garam
100 ml minyak goreng | untuk kisar
100 ml minyak goreng | untuk menumisCARA MEMASAK:
1. Kisar semua bahan bersama minyak hingga halus.
2. Panaskan minyak untuk menumis, tumis bahan kisar sampai harum dan masak.
3. Masukkan garam dan masak lagi seketika. Angkat dan sejukkan.
4. Masukkan pes yang sudah sejuk ke dalam botol dan boleh digunakan bila-bila diperlukan.
Sumber:FB Rahil Rasli
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.anakbonda.com/2019/03/pes-persediaan-ramadhan.html