Isteri Bawa Anak Masuk Jumpa Doktor Suami Tunggu Dalam Kereta Main Phone


Perkahwinan adalah janji suami isteri untuk sama-sama susah dan senang. Begitu juga dalam membesarkan dan mendidik anak-anak. Perlu ingat tugas ini bukan hanya terletak pada isteri sepenuhnya tetapi suami kena juga ambil tahu dan melaksanakan peranannya sebagai ayah.
Jika rumah tangga disuburkan dengan nilai kasih sayang dan saling membantu, hubungan ini akan terus kukuh dan menjadi contoh untuk anak-anak apabila mereka besar.
Suami juga kena buang ego dan sentiasa berlembut. Bukan hanya apabila dapat anak, isteri akan buat semuanya bermula dari A-Z dengan alasan itu tugas isteri.
Perkongsian kisah dari FB Wan Salihah mengenai isteri menguruskan semua anak-anak di klinik tanpa bantuan suami, sedangkan suami ada dalam kereta benar-benar menyentuh hati. Harap dapat menjadi peringatan untuk kita semua.
Lokasi: Klinik Kesihatan (klinik kerajaan).
Seorang ibu menggendong bayi berusia sekitar 4 bulan. Kepala bayi masih terlentok-lentok belum pandai tegak sepenuhnya.
Di tangan kiri, si ibu memimpin anak lelaki berusia lebih kurang setahun setengah.
Di belakang mereka, berlari-lari seorang anak perempuan yang pada anggaran saya berusia 3 tahun.
Dan di belakang sekali, ada anak perempuan paling tua. Paling banyak pun umurnya mungkin 8 tahun.
Si ibu kelihatan sibuk sungguh. Ke sana ke mari membawa kad klinik anak-anaknya. Tudung si ibu sudah senget benget. Bahagian yang sepatutnya berada di dagu sudah jauh pergi ke pipi kanan.
Saya agak usia si ibu dalam 30 tahun. Tetapi kerana lelahnya mengurus anak-anak, kerana kesuntukan masa untuk berdandan dan menjaga badan, dia kelihatan jauh tua daripada usia sebenar.
Anak-anak merengek. Ada yang menjerit. Ada yang sudah terberak di dalam lampin. Terkocoh-kocoh si ibu membawa mereka ke tandas.
Sehingga namanya dipanggil berkali-kali untuk diperiksa suhu badan dan tekanan darah, masih juga tidak muncul.
Usai urusan di tandas, si ibu dan anak-anak terus bergegas ke kaunter pemeriksaan awal. Anak-anak masih merengek dan nampak tidak selesa.
Terdengar perbualan di antara si ibu dengan jururawat. Rupa-rupanya semua anak kecuali yang paling besar itu demam. Sudah 3 hari demam tidak kebah-kebah.
Ketika jururawat bertanya di mana suaminya, dia hanya tersenyum kelat.
Nombor giliran mereka dipanggil untuk ke bilik doktor. Anak perempuan yang paling tua (yang tidak demam ) duduk di kerusi sebelah saya. Saya hadiahkan senyuman. Dia kelihatan malu-malu.
“Datang naik apa ramai-ramai?”
“Naik kereta.”
“Ohh, masa mak bawak kereta, awak pegang baby ya. Bagus kakak.”
“Taklah acik, ayah bawak kereta.”
“Mana ayah?”
“Ayah ada tunggu dalam kereta. Main fon.”
Ohhh…
“Ayah tak nak tolong mak bawak adik-adik jumpa doktor ke? Kesian mak sorang-sorang bawak adik ramai.”
“Tak. Ayah tak suka dengar adik-adik menangis dan bising-bising. Ayah kata serabut. Ayah kata kakak dah besar boleh tolong mak.”
Allahu.
Cepat besar ya kakak. Banyak benda boleh tolong mak. Banyak sangat
Kepada suami laksanakan tanggungjawab dengan sebaiknya. Kadang kala isteri bukanlah harapkan wang semata-mata tetapi bantuan yang dihulurkan itu dah mampu buat isteri rasa dihargai. Buanglah ego bila dah berumah tangga dan ada anak.
#sharingutkpedomanbersama
#credittopuan Umi Nur Norza

Sumber: Wan Salihah
The post Isteri Bawa Anak Masuk Jumpa Doktor. Suami Tunggu Dalam Kereta Main Phone appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/isteri-bawa-anak-masuk-jumpa-doktor-suami-tunggu-dalam-kereta-main-phone/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jangan Main Sapu Je Ubat Jumpa Doktor Dulu Bila Anak Kena Ekzema Kesian Anak Kita

Jangan Main Sapu Je Ubat Jumpa Doktor Dulu Bila Anak Kena Ekzema Kesian Anak Kita

papar berkaitan - pada 25/7/2019 - jumlah : 703 hits
Masalah ekzema yang dilalui bayi kita bukanlah perkara biasa Tak sanggup rasanya bila melihat anak gatal gatal dan tidak tidur malam malah menangis dan garu hingga berdarah Ibu mana yang sanggup melihat kesengsaraan anak yang masih kecil Ja...
Isteri Pelik Suami Rajin Sangat Cebok Anak Anak Perempuan Tak Sangka Sisi Gelap Terbongkar

Isteri Pelik Suami Rajin Sangat Cebok Anak Anak Perempuan Tak Sangka Sisi Gelap Terbongkar

papar berkaitan - pada 20/7/2019 - jumlah : 522 hits
Bapa merupakan individu yang sepatutnya menjaga keselamatan anak anak dan keluarganya secara menyeluruh Perkara ini kerana seorang bapa telah dipertanggungjawabkan bagi memastikan kehidupan dan keselamatan anak anaknya berada dalam keadaan ...
Selepas Sebulan Membesarkan Anak Tanpai Suami Ini Yg Terjadi Kepada Bekas Isteri Pu Abu

Selepas Sebulan Membesarkan Anak Tanpai Suami Ini Yg Terjadi Kepada Bekas Isteri Pu Abu

papar berkaitan - pada 21/7/2019 - jumlah : 462 hits
Selepas Sebulan membesarkan anak tanpai suami Ini yg terjadi kepada Bekas Isteri PU AbuSelepas Sebulan membesarkan anak tanpai suami Ini yg terjadi kepada Bekas Isteri PU Abu
Cinta Hujung Nyawa Lagi Sebulan Kelahiran Anak Sulung Suami Isteri Maut Dalam Runtuhan

Cinta Hujung Nyawa Lagi Sebulan Kelahiran Anak Sulung Suami Isteri Maut Dalam Runtuhan

papar berkaitan - pada 22/7/2019 - jumlah : 466 hits
Tolong sakit Itu jeritan terakhir Wan Hasheliza Wan Ibrahim 29 selepas tersepit apabila ditimpa runtuhan tangga separa siap rumah teres dua tingkat dalam pembinaan di Kampung Matang Pagar di sini kelmarin Dalam kejadian jam 12 30 tengah har...
Jangan Amalkan Suami Isteri Tidur Berasingan Disebabkan Anak Anak Ia Memberikan Kesan Buruk

Jangan Amalkan Suami Isteri Tidur Berasingan Disebabkan Anak Anak Ia Memberikan Kesan Buruk

papar berkaitan - pada 23/7/2019 - jumlah : 421 hits
Sedar atau tidak sudah menjadi kebiasaan pada masa kini pasangan suami isteri terpaksa tidur berasingan disebabkan anak anak Pertamanya kerana ada anak kecil Untuk satu katil bersaiz queen atau king sekalipun memang agak sempit dan membahay...
Orang Nampak Suami Isteri Ni Senang Hakikatnya Tengah Bulan Struggle Nak Tunggu Gaji

Orang Nampak Suami Isteri Ni Senang Hakikatnya Tengah Bulan Struggle Nak Tunggu Gaji

papar berkaitan - pada 19/7/2019 - jumlah : 557 hits
Susah senang dalam berumahtangga hanya suami isteri yang rasa Pengalaman mendewasakan dan mematangkan setiap pasangan Ujian yang datang dilalui bersama menjadikan hubungan semakin utuh Pada awal perkahwinan setiap pasangan akan mula mengena...
Boleh Nak Jadi Anak Mak Tapi Suami Kena Adil Baru Isteri Boleh Cool

Boleh Nak Jadi Anak Mak Tapi Suami Kena Adil Baru Isteri Boleh Cool

papar berkaitan - pada 14/7/2019 - jumlah : 666 hits
Suami seorang anak emak adalah pilihan yang tepat Apabila dia menjaga ibunya bermakna dia boleh menjaga isteri dengan baik Namun dalam keadaan tertentu ada jika tidak ditangani dengan baik boleh membawa masalah dalam perhubungan Lelaki anak...
Celik Mata Main Punggah Mainan Syukurlah Anak Kita Lasak Daripada Asyik Tengok Phone

Celik Mata Main Punggah Mainan Syukurlah Anak Kita Lasak Daripada Asyik Tengok Phone

papar berkaitan - pada 31/7/2019 - jumlah : 239 hits
Anak tak ketagih gadget ni lasak dia memang luar biasa Aduhai letih sebenarnya jaga anak cara begini Dari celik mata sampai dia tutup mata tak boleh nak berehat Ada sahaja akal dia nak improvasi segala benda kat rumah jadi mainan Tapi lebih...
Elderly Woman Killed In Hit And Run Accident At Traffic Light

The Evolution Of Gaming Technology How Video Games Have Transformed Over The Years

Madani Wins Ayer Kuning But Psm Makes Waves While Pn S Pig Agenda Fails

Powering Up Zambia A Look Into The Electricity Sector

Kempen Ladang Babi Pn Gagal Sekat Madani Psm Ganda Undi

Encouraging Movement From A Young Age Promises A Bright Future

Paul Rudd Kembali Bersama Nintendo Dalam Iklan Switch 2 Terbaru

Bn Menang Besar


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Boleh Tak Jangan Bagi Banyak Tanda Soal

100 Jenis Style Gambar Lukisan Kartun Yang Boleh Dihasilkan Menerusi Chatgpt

Kaedah Relaksasi Otot Kurangkan Stress

Ai Team Subscribers April 27 2025

Skmm Diperalatkan Nurul Izzah Nafi Buat Laporan Skmm Terhadap Aliff Ahmad

Jdt Dinobatkan Juara Unifi Piala Malaysia Selepas Sewaskan Sri Pahang Fc 2 1 Di Stadium Nasional Bukit Jalil