Peruntukan Ke Sjkc Hampir Setiap Bulan
Melihat sekali imbas aktiviti Timbalan Menteri Pendidikan Teo Nie Ching (DAP), kita akan dapati hampir setiap bulan pengumuman peruntukan diberikan kepada Sekolah Jenis Kebangsaan Cina atau India.
Anehnya, beberapa laporan menyebutkan bahawa beliau turut mengumumkan kelulusan peruntukan dari Kementerian Kewangan sedangkan Menteri Pendidikan, Maszlee Malik sendiri terkadang meluahkan kenyataan bahawa tiada peruntukan tertentu dari Kementerian Kewangan.
Berikut adalah kronologi penurunan agihan wang peruntukan yang diumumkan melalui Page YB Timbalan Menteri sendiri, Page Kementerian Pendidikan atau sumber media yang lain:
-30 Januari 2019: Penyerahan sejumlah 2 juta kepada Southern University College oleh Kementerian Kewangan (YB Lim Kit Siang)
-29 Januari 2019: Pecah tanah tapak baharu SJKC Poi Chee, Sungai Petani
-20 Januari 2019: Menyalurkan peruntukan kepada SJKC Ching Yeh, Ulu Choh.
-6 Januari 2019: Mengumumkan 12 Juta peruntukan untuk Sekolah Persendirian Cina.
-25 November 2018: Memberikan penghargaan atas sumbangan kepada SJKC Ladang Grisek
-15 Oktober 2018: Mengumumkan kelulusan 23 juta untuk SJKC Permatang Tinggi dan SJKC Kay Cin bernilai dari Kementerian Kewangan
-14 Oktober 2018: Mengumumkan berita gembira kelulusan peruntukan dari Kementerian Kewangan kepada SJKC Kay Sin, Bukit Mertajam.
-6 Oktober 2018: Mesyuarat penyelenggaran sebanyak enam buah SJKC & SJKT Perak.
-23 September 2018: Mengumumkan peruntukan 100,000 kepada SJKT Pasir Gudang.
-5 Ogos 2018: Mengumumkan kelulusan peruntukan 20,000 kepada SJKC LI Chun
-22 Julai 2018: Memberikan sumbangan segera kepada SJKC Ayer Bemban
Pembahagian agihan peruntukan biarlah adil dan saksama. Sekiranya bilangan pelajar Muslim lebih ramai dan lebih memerlukan peruntukan, maka agihan kepada mereka juga perlu disegerakan.
Sekiranya sekolah dan kolej swasta cina boleh menerima peruntukan dari kerajaan, maka sekolah-sekolah Islam, pondok-pondok persendirian, serta pusat-pusat tahfiz juga seharusnya perlu diberi perhatian yang sama.
Dr Ahmad Sanusi
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://bankami.blogspot.com/2019/02/peruntukan-ke-sjkc-hampir-setiap-bulan.html