Ini Nafkah Yang Sepatutnya Suami Bagi Setiap Bulan Kalau Isteri Tak Halalkan Suami Berdosa Besar Rileks Media


TURUTAN NAFKAH SUAMI
1. Dalam pemberian nafkah, seorang suami hendaklah mendahulukan isteri dan anak-anak dari orang lain (termasuk ibu-bapa).
Turutan nafkah adalah seperti berikut;
a) Diri sendiri
b) Isteri
c) Anak
d) Bapa
e) Ibu
f) Cucu
g) Datuk
h) Saudara
i) Ahli-ahli keluarga berikutnya.
Turutan ini adalah berdasarkan hadis Rasulullah s.a.w. yang menegaskan; “Mulailah dengan diri kamu, bersedekahlah kepada diri kamu. Jika ada lebihan, maka untuk isteri kamu. Jika ada lebihan, maka untuk ahli keluarga kamu. Jika ada lebihan lagi, maka untuk begini dan begini; yakni untuk orang di hadapan kamu, di kanan dan kiri kamu” (Riwayat Imam Muslim dan an-Nasai dari Jabir r.a.. al-Jami’ as-Saghier, hadis no. 46).
Berkata Imam an-Nawawi mengulas hadis ini; di antara kesimpulan dari hadis ini ialah; hendaklah pemberian nafkah dimulakan mengikut tertib yang tersebut (dalam hadis). (Syarah Soheh Muslim, juz 7, Kitab az-Zakah, bab al-Ibtida’ Fi an-Nafaqah Bin-Nafsi Tsumma Ahlihi Tsumma al-Qarabah).
Perlu disebut juga di sini bahawa nafkah untuk isteri wajib diberikan oleh suami sekalipun isteri kaya dan berada. Suami yang gagal memberi nafkah sewajarnya kepada isterinya -mengikut kemampuannya- ia dianggap berhutang dengan isterinya kecualilah jika isteri menggugurkan haknya dengan kerelaannya sendiri. Begitu juga, isteri boleh menuntut fasakh di atas kegagalan suaminya memberi nafkah.
Adapun nafkah kepada orang lain selain isteri, ia tidak wajib melainkan apabila memenuhi dua syarat;
a) Mereka adalah miskin, tidak memiliki harta dan tidak mempunyai sumber pendapatan. Jika mereka mempunyai harta atau memiliki sumber pendapatan sendiri, tidaklah wajib lagi ia menyara mereka. Namun digalakkan ia meneruskan pemberiannya kepada mereka untuk mengekal kasih sayang dan silaturrahim.
b) Ia mempunyai kemampuan untuk menanggung mereka; sama ada dengan hartanya atau dengan sumber pendapatannya. Kemampuan ini merangkumi kos saraan untuk diri sendiri dan isteri. Jika ada lebihan (setelah ditolak keperluan diri dan isteri), barulah ia wajib menyara ahli-ahli keluarga yang lain.
Merujuk kepada soalan di atas, tidak harus suami mengabaikan nafkah kepada isteri dan anak-anak dengan alasan ingin membantu ibu-bapa di kampung kerana menafkahi isteri dan anak-anak adalah wajib. Jika benar ibu-bapa memerlukan nafkah darinya, ia hendaklah menafkahi mereka tanpa mengabaikan isteri dan anak-anak. Itupun jika ia mampu menampung semua mereka. Jika tidak, hendaklah ia mendahulukan isteri dan anak-anak.
Wallahu a’lam.
Rujukan;
1. Syarah Soheh Muslim, Imam an-Nawawi.
2. Manar as-Sabil, Ibnu Dhuyan
Kredit: keluargasihat
Sumber: Sahabat Mahkamah Syariah 
Source link
The post Ini Nafkah yang Sepatutnya Suami bagi Setiap Bulan, Kalau Isteri tak Halalkan , Suami Berdosa Besar – Rileks Media appeared first on Rilekslah.my.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.rilekslah.my/ini-nafkah-yang-sepatutnya-suami-bagi-setiap-bulan-kalau-isteri-tak-halalkan-suami-berdosa-besar-rileks-media/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Khas Buat Yang Bergelar Isteri Bacalah Doa Pengasih Ini Supaya Suami Makin Sayang Rileks Media

Khas Buat Yang Bergelar Isteri Bacalah Doa Pengasih Ini Supaya Suami Makin Sayang Rileks Media

papar berkaitan - pada 30/1/2019 - jumlah : 454 hits
Setiap wanita pasti ingin dicintai oleh suaminya Anda juga kan Selain berusaha secara lahir dengan selalu tampil cantik di depannya dan juga bersikap yang baik ada juga usaha batinnya yang harus anda lakukan yaitu dengan doa Apa doa yang ha...
Rahsia Amalan Suami Isteri Ini Kaya Raya Rezeki Datang Tak Putus Putus Wajib Amalkan Rileks Media

Rahsia Amalan Suami Isteri Ini Kaya Raya Rezeki Datang Tak Putus Putus Wajib Amalkan Rileks Media

papar berkaitan - pada 11/2/2019 - jumlah : 454 hits
Jika sebelum ini kita rasa rezeki kita macam tak cukup ada saja yang tak kena Salahnya mungkin ada pada kita sendiri Memang betul kita kena bersyukur tapi kita juga wajib usaha untuk mendapat rezeki yang lebih dari Allah Namun usaha je tak ...
Baca Dua Ayat Ini Setiap Malam Nescaya Allah Lancarkan Rezeki Anda Rileks Media

Baca Dua Ayat Ini Setiap Malam Nescaya Allah Lancarkan Rezeki Anda Rileks Media

papar berkaitan - pada 10/2/2019 - jumlah : 437 hits
Ada dua ayat di dalam Al Qur an yang jika dibaca setiap malam maka orang yang membacanya akan diberikan kecukupan Dua ayat saja Iya hanya dua ayat Rasulullah shallallahu alaihi wasallam bersabda Siapa yang membaca dua ayat terakhir dari sur...
Rezeki Melimpah Ruah Sebab Jujur Tak Pernah Tinggal Doakan Ibu Bapa Dan Isteri Rileks Media

Rezeki Melimpah Ruah Sebab Jujur Tak Pernah Tinggal Doakan Ibu Bapa Dan Isteri Rileks Media

papar berkaitan - pada 31/1/2019 - jumlah : 468 hits
Terkadang kita melihat ada pasangan suami isteri bekerja siang dan malam namun hidup mereka terasa sentiasa sempit Pun begitu ada pula sebahagiannya dari sehari ke sehari rezeki yang Allah kurniakan semakin bertambah tambah dan dinikmati de...
7 Jenis Manusia Yang Didoakan Malaikat Setiap Pagi Dan Petang Sebarkan Pada Semua Rileks Media

7 Jenis Manusia Yang Didoakan Malaikat Setiap Pagi Dan Petang Sebarkan Pada Semua Rileks Media

papar berkaitan - pada 9/2/2019 - jumlah : 393 hits
Berikut golongan golongan yang didoakan oleh malaikat 1 Orang yang tidur dalam keadaan bersuci Barangsiapa yang tidur dalam keadaan suci maka malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa Ya Allah...
Para Isteri Wajib Amalkan Inilah Petua Mudah Untuk Isteri Agar Sentiasa Cantik Rileks Media

Para Isteri Wajib Amalkan Inilah Petua Mudah Untuk Isteri Agar Sentiasa Cantik Rileks Media

papar berkaitan - pada 10/2/2019 - jumlah : 611 hits
Selepas solat isyak ambil air segelas Baca Al Fatihah 1 kali Ayat Kursi 1 Kali Surah Al Waqiah ayat 35 38 sebanyak 7 kali Maksud surah Al Waqiah ayat 35 38 Sesungguhnya kami telah menciptakan isteri isteri mereka dengan ciptaan istimewa Ser...
Setiap Pagi Suami Berjaya Tackle Hati Isteri Percayalah Tiada Istilah Isteri Bad Mood

Setiap Pagi Suami Berjaya Tackle Hati Isteri Percayalah Tiada Istilah Isteri Bad Mood

papar berkaitan - pada 12/2/2019 - jumlah : 317 hits
Suami perlu bahagiakan isteri di pagi hari Ia umpama kunci yang sangat penting untuk menentukan emosi isteri sepanjang hari berkenaan Jadi para suami dah tak perlu risau lagi untuk hadapi isteri yang selalu bad mood sekiranya anda berjaya t...
Walaupun Isteri Cuma Suri Rumah Ingatlah Mereka Bekerja 24 Jam Tanpa Henti Tak Bergaji Rileks Media

Walaupun Isteri Cuma Suri Rumah Ingatlah Mereka Bekerja 24 Jam Tanpa Henti Tak Bergaji Rileks Media

papar berkaitan - pada 1/2/2019 - jumlah : 433 hits
Mungkin ramai wanita yang mengambil keputusan untuk berhenti kerja selepas berumah tangga Tindakan itu memang wajar dipuji Sebagai suami tentu anda rasa seronok dengan pengorbanan isteri yang mahu menjadi suri rumah Anak anak dijaga sendiri...
Rahsia Surah Yasin Ayat Ke 58 Ruginya Kalau Baca Yasin Setiap Malam Jumaat Tapi Tak Tahu Rileks Media

Rahsia Surah Yasin Ayat Ke 58 Ruginya Kalau Baca Yasin Setiap Malam Jumaat Tapi Tak Tahu Rileks Media

papar berkaitan - pada 12/2/2019 - jumlah : 562 hits
Kongsikan di Siapa saja yang membaca Surat YAASIN sepenuhnya dan pada ayat ke 58 surah itu SALAAMUN QAULAN MIN RABBIN RAHIM diulang sejumlah 7 kali untuk 7 kemauan baik In syaa ALLAH dengan izin Yang Maha Esa dan Maha Kuasa semua hajat kita...
Ratu Naga Laments Dap Unfazed About Madani Govt S Lavish Overseas Expenses Compared To Bossku S

Senarai Pasar Malam Di Pasir Gudang

Bufet Ramadan 2025 Warna Rasa Ramadan Buffet Di Royale Chulan Hotels Resorts

Noah Feat Ramengvrl Suara Dalam Kepala Chord

Lirik Lagu Aku Yang Dulu Daniesh Suffian

Official Pemenang Ajl39 T A H N I A H

Gula Gula Gummy Berisiko Menyebabkan Tercekik

Singgah Makan Tengah Hari Di Restoran Beriani Salai Taman Melati Kuala Lumpur


echo '';
10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria

Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton


Kejahilan Politik Abdul Hadi Merugikan Pas

Bufet Ramadan 2025 Klana Beach Resort Port Dickson Merentasi Tradisi

Huge Cylindrical Aquarium Housing 1 500 Exotic Fish Bursts In Berlin The Guardian

Resume Kraf

Buying A Used Car In Sydney Here S Why Mr Car Sydney Should Be Your First Choice

Guru Tuisyen Ditemukan Maut Berlumuran Darah