Perubatan Akupuntur Dan Berbekam Untuk Kesihatan Dan Kecantikan Di Shan Yuan Accupunture Centre


Perubatan Akupuntur Dan Berbekam Untuk Kesihatan Dan Kecantikan | Dah lama nak bawa mak untuk akupuntur ni tapi asyik tertangguh dan Alhamdulillah minggu lepas saya dan adik lelaki Chef Ross dapat la bawak mak untuk mencuba perubatan akupuntur yang dijalankan oleh Simon Choo di Shan Yuan Accupunture Centre, 2 Jalan SS 18/1, Subang Jaya, 47500 Selangor (rumah teres setingkat).  Memang tampak muda Simon Choo dan cukup ramah sekali dan kalau dulu kami panggil seisei jer la

Perubatan Akupuntur Dan Berbekam Untuk Kesihatan Dan Kecantikan Di Shan Yuan Accupunture Centre

Akupuntur ni sejenis perubatan cina menggunakan jarum-jarum halus pada titik tertentu di tubuh yang dikenali sebagai 'acupunture point'.  Jarum yang digunakan ni diperbuat dari pelbagai bahan logam seperti jarum perak, tembaga atau jarum emas...ehh bukan susuk la ya. Adalah difahamkan akupuntur ni dah lama diamalkan oleh tamadun China sejak 4000 tahun yang lampau tapi orang-orang Afrika, Arab Tigris, Mesir Kuno dan India pun ada membuat yang sama
Nak tahu lebih lanjut boleh baca kat

http://ajakrefleksologi.blogspot.com/p/akupuntur.htmlhttp://www.rawatanalternatif4u.com/p/akupunktur-dan-kelebihannya.html
Tujuan akupuntur ini bagi merangsang tenaga Qi bagi mendapatkan kesembuhan pada sesuatu penyakit dan meningkatkan kualiti kesihatan.  Bila jarum akupuntur dicucuk secara automatik saraf di bahagian yang dicucuk terangsang dan menstabilkan pengaliran darah

Perubatan Akupuntur Dan Berbekam Untuk Kesihatan Dan Kecantikan Di Shan Yuan Accupunture Centre
Dua batang jarum ditusuk dibahagian yang mak rasa sakit.

Perubatan Akupuntur Dan Berbekam Untuk Kesihatan Dan Kecantikan Di Shan Yuan Accupunture CentrePeluang untuk lihat Simon membuat tusukan tak dilepaskan.  Mulanya Simon memeriksa tapak kaki mak dengan mak berbaring diatas katil yang tersedia sambil dia bertanya adakah bahagian yang dia sentuh tu sakit.  Kemudiannya dia menusukkan jarum yang panjang sambil bertanya sakit ke tidak dan sebanyak 2 jarum di kaki kanan dan 2 lagi di kaki kiri. Kemudian disambung ke alat yang menggunakan kuasa elektrik. Bahagian yang sakit tu akan bergerak-gerak dengan sendirinya. Perubatan Akupuntur Dan Berbekam Untuk Kesihatan Dan Kecantikan Di Shan Yuan Accupunture Centre
Adik ipar pulak menyambung sesi akupuntur di bahagian bahu dan dia ada masalah carpal tunnel yang membuatkan tangan dia kebas, tiada kudrat walau untuk mengangkat barangan yang ringan. Kalau tak silap ada ada 10% lagi kot untuk pulih sepenuhnya jadi dia memang kena buat rawatan lagi selepas ni


Mungkin ramai yang tidak tahu atau tak pernah dengar tentang carpal tunnel ni boleh diubati dengan cara pembedahan dimana urat di tapak tangan akan diperbetulkan atau dipotong (tak pasti). Teringat dulu boss masa kerja di ExxonMobil tu punya la risau sebab ada masalah carpal tunnel dan terpaksa dibedah dan jiran mak yang punya masalah yang sama. Jadi kalau ada sesiapa ada masalah kebas di bahagian pergelangan tangan, sila berjumpa doktor atau mungkin boleh cuba rawatan akupuntur ni.

Sempat la jugak diperiksa oleh Simon untuk masalah kesihatan dan Alhamdulillah dia cakap saya ok cuma ada sikit masalah dengan hati, kena kurangkan berat badan jugak

Adik syorkan saya buat rawatan akupuntur untuk masalah lutut yang dah lama dihidapi dek sebab tertolak oleh anak ni memang kadang kala membuat rasa tak selesa bila berdiri lama, berjalan banyak malah suami pernah ajak untuk berjumpa dengan  pakar Chiropractic Master Erik Leong yang terkenal tu tapi rasanya macam tak payah ler kan. Bukan takut tapi seram! lagipun dia kan lelaki..alasan kan sungguh

Akupuntur pun boleh dibuat di lutut dan suami pun dah bagi keizinan tapi memikirkan nak selak seluar sampai paras peha, niat tu tinggal niat jer la tapi kalau suami ada sekali mungkin buat la kot..kot je la
Kata adik kat sini diaorang ada buat bekam...ting! ngeri bila teringat bekam kat kampung Tok Mak yang guna tanduk dan keluar darah dan bengkak yang jelas timbul lepas berbekam tu. Sebenarnya kat sini diaorang buat bekam angin oleh pembantunya seorang wanita Indonesia yang sangat ramah dan kalau bekam darah dibuat oleh Simon



Kata pembantu Simon ni berbekam ini akan mengambil masa 30 minit dan akan dibuat dibahagian belakang badan dan kemudian 10 minit di bahagian perut. Mangkuk yang digunakan akan dilekapkan ke badan hingga kulit akan naik tinggi macam mengembung mengikut saiz mangkuk tu serupa macam kena vakum. Tujuan saya berbekam ni sebab nak buang angin supaya badan rasa lebih ringan dan segar. Berbekam juga akan memudahkan saya tidur tapi kalau cerita pasal tidur memang saya tak de masalah la buat masa ni

Kaedah Bekam angin juga dikenali sebagai bekam cina atau bekam kering bukanlah Sunnah Nabi.  Tiada tusukan jarum dan tiada pengeluaran darah dari badan tapi hanya menggunakan cup (mangkuk) yang diletakkan pada badan bagi mengeluarkan angin.  Bila warna merah kelihatan, cup akan dialih bahagian yang lain tapi ada setengah tempat menggunakan cup yang banyak iaitu 15 - 20 cup sekali jalan.  Semasa proses berbekam ni akan kelihat wap-wap air pada cup bekam selepas taman rawatan. Rawatan ni boleh dibuat dengan kerap dan tiada kesan sampingan tapi kesan merah yang akan berubah warna bila ianya semakin hilang

Perubatan Akupuntur Dan Berbekam Untuk Kesihatan Dan Kecantikan Di Shan Yuan Accupunture Centre
Perubatan Akupuntur Dan Berbekam Untuk Kesihatan Dan Kecantikan Di Shan Yuan Accupunture CentreSelepas berbekam dapat bersambung bercerita dengan pembantu Simon yang bertanya kalau nak buat bekam di wajah...what! Rupanya berbekam di wajah ni sekiranya berminat nak merawat kulit bermasalah, resdung disamping melancarkan aliran darah di bahagian muka supaya kelihat awet muda.  Apa yang pasti tidak akan ada parut dan lebam serius semasa rawatan. Dan kat sini juga ada bekam untuk payudara supaya terletak dan tak kendur..hehe
Maaf la tak dapat nak tunjuk kesan merah di bahagian belakang badan saya ni tapi kalau korang tengok memang ngeri dengan kesan bulat memerah dan kemudian beransur blueblack dan malah waktu sayan menulis artikel ni masih kelihatan kesan bulat-bulat sebesar cup yang digunakan

Sakit tak?Agak la tapi kalau sesiapa yang biasa mengurut tak perlu risau sebab ianya tidak sakit sangat tapi boleh minta diaorang kurangkan kadar sedutan tu. Apa yang pasti semasa rawatan, kita kena relax dan jangan keraskan badan tu punca kita rasa sakit

Nak tahu pasal bekam boleh baca kat http//profhariz.com/bekam-wanita-di-melaka-untuk-kesihatan/https://www.mingguanwanita.my/patutlah-amalan-berbekam-baik-untuk-kesihatan-mampu-buang-darah-kotor-toksin-dalam-badan/
Dikatakan lebih 70 jenis penyakit dapat disembuhkan dengan berbekam antaranya Kegemukan, Penyakit kaki gajah, Sakit pinggang, Sakit perut, Sembelit, Gangguan jantung, Radang perut, Alergi makanan, Sengal tulang, Sesak nafas, Asma, Insomnia, Cirit birit, kejang otot, Kencing manis,  Gangguan pundi, Menggigil, Kencing malam, Tonsil, Gatal-gatal, Radang usus besar, Stress,  Gangguan pundi hempedu, Pusingan haid tidak teratur, Masalah Ginjal, Tekanan darah tinggi, Sakit lutut dan sendi, Sakit kaki, Sakit tulang belakang, Gangguan jiwa, Stroke, Gout, Rematoid, Bisul, Kurang imun, Sinus, Sakit kawasan perut, Gangguan rusuk, Buasir, Mandul, Kuat tidur,  Membaiki peredaran darah, Pembuluh darah sempit/sumbat, Sakit punggung, Badan kurus,  Membuang tabiat merokok, Sakit bahu/tengkuk, Jangkitan kuman, Kurang daya ingatan, Kurang fokus, Sakit punggung, Gangguan pundi, Kaki semut-semut Salah urat, Lumpuh menyeluruh, Lemah syahwat dan masalah prostat, Pening kerana gangguan haid, Sakit paha dan tapak kaki, Sejuk tapak kaki, Tegang/gelisah, Tumor otak, Lutut yang kaku, Gangguan pankreas, Kejang-kejang, Penyakit mata, Berhenti haid, Bengkak testis, Tekanan darah rendah, Penyakit rahim, Keputihan, Masalah kesuburan, Batuk kronik dan penyakit paru-paru, Sihir,  Saka dan banyk lagi









Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.iamfuzy.com/2019/12/perubatan-akupuntur-dan-berbekam-untuk.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Susu Bagus Untuk Kesihatan Dan Kecantikan

Susu Bagus Untuk Kesihatan Dan Kecantikan

papar berkaitan - pada 15/12/2019 - jumlah : 390 hits
Gambar semalam tapi baru harini sempat update hari ni Apa ada hal kan Minum susu tak Fiza ni peminat susu Nombor 1 Tapi susu lembu je lah Susu kambing lansung tak boleh nak lalu kat tekak ni ha Ada sesetengah orang lansung tak lalu nak minu...
Dipercayai Beragama Islam Kecantikan Selebriti Uighur Ini Tarik Lebih 65 Juta Pengikut

Dipercayai Beragama Islam Kecantikan Selebriti Uighur Ini Tarik Lebih 65 Juta Pengikut

papar berkaitan - pada 24/12/2019 - jumlah : 423 hits
Memiliki wajah menawan berkulit mulus dan bermata bulat Dilraba Dilmurat membuatkan ramai orang terpesona melihat kecantikannya baik lelaki atau wanita Jika dilihat pada namanya sahaja pasti ramai yang tertanya tanya asal usul gadis ini yan...
Potret Kecantikan Shalom Razade Syach Bagai Kembaran Sang Bunda Wulan Guritno

Potret Kecantikan Shalom Razade Syach Bagai Kembaran Sang Bunda Wulan Guritno

papar berkaitan - pada 19/12/2019 - jumlah : 100 hits
Siapa yang tak kenal Wulan Guritno Artis berambut panjang ini menurunkan kecantikannya kepada sang putri Shalom Razade Syach
Selain Bisa Besarkan Mr P Ini 4 Manfaat Minyak Bulus Bagi Kecantikan

Selain Bisa Besarkan Mr P Ini 4 Manfaat Minyak Bulus Bagi Kecantikan

papar berkaitan - pada 27/12/2019 - jumlah : 260 hits
Manfaat minyak bulus selain untuk memperbesar ukuran penis juga payudara ternyata minyak ini juga bermanfaat bagi kecantikan Anda
Resep Green Smoothie Seledri Apel Dan Nanas Untuk Dapatkan 7 Manfaat Kecantikan

Resep Green Smoothie Seledri Apel Dan Nanas Untuk Dapatkan 7 Manfaat Kecantikan

papar berkaitan - pada 19/12/2019 - jumlah : 153 hits
Resep green smoothie seledri untuk dapatkan 7 manfaat kecantikan Kombinasikan dengan nanas dan apel
Tren Kecantikan Tak Hanya Urusan Kulit Dan Wajah Vagina Pun Kerap Jadi Sasaran Buat Oplas

Tren Kecantikan Tak Hanya Urusan Kulit Dan Wajah Vagina Pun Kerap Jadi Sasaran Buat Oplas

papar berkaitan - pada 28/12/2019 - jumlah : 320 hits
Tak hanya wanita yang sudah menikah bahkan tak sedikit remaja yang juga tertarik buat oplas vagina Katanya biar lebih pede
Tips Kecantikan Untuk Wanita

Tips Kecantikan Untuk Wanita

papar berkaitan - pada 30/12/2019 - jumlah : 248 hits
Mengurangkan penggunaan pelembapPenjagaan kulit juga terpaksa menyesuaikan diri dengan kelembapan udara Terutamanya semasa cuaca panas Dalam cuaca pnanas perubahan kosmetik anda Pilih produk yang mempunyai formula yang lebih lembut Formula ...
Ide Brilian Pns Di Cianjur Ubah Sampah Organik Jadi Produk Kecantikan Mau Lulur Sampai Masker Ada

Ide Brilian Pns Di Cianjur Ubah Sampah Organik Jadi Produk Kecantikan Mau Lulur Sampai Masker Ada

papar berkaitan - pada 30/12/2019 - jumlah : 182 hits
Selain produk kecantikan ia juga membuat berbagai barang bernilai tinggi Sebuah ide bisnis yang menggiurkan
Maria Beauty Foundation Kecantikan Dan Kesempurnaan Menyeluruh Serta Tahan Lama

Maria Beauty Foundation Kecantikan Dan Kesempurnaan Menyeluruh Serta Tahan Lama

papar berkaitan - pada 16/12/2019 - jumlah : 390 hits
Maria Beauty Foundation Tekstur yang sangat ringan tidak melekit tidak bercapuk tahan lama perlindungan menyeluruh Mengandungi Vitamin C E spf 35 kolagen moisturizerAlamat syarikat Maria Industries no 8 Jln Selasih KU12 KTmn Cahaya Alam Sek...
Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Scammer Di Facebook

Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Final Call The Huawei Service Giving Season Ends On 31 December 2024

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Raih Gigi Putih Alami Dengan 7 Bahan Sederhana Ini

5 Rahasia Mata Sehat Yang Direkomendasikan Pakar Mata

7 Tanda Kerusakan Otak Yang Kerap Dianggap Remeh

Kawal Alergik Bila Alahan

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord