Perubahan Mekanisme Bantuan Kewangan Haji Tindakan Tepat Penganalisis Berita Harian 23 04 2022


 

KUALA LUMPUR: Perubahan mekanisme membabitkan bantuan kewangan haji yang pertama kali dilaksanakan secara bersasar seperti diumumkan semalam, dilihat tindakan tepat dan wajar diteruskan Lembaga Tabung Haji (TH) pada musim akan datang.
Penganalisis Ekonomi Putra Business School, Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Madya Dr Ahmed Razman Abdul Latiff, berkata ia secara tidak langsung memberi gambaran bahawa bantuan berkenaan akan sentiasa berubah mengikut situasi kewangan TH.
"Melalui pendekatan ini, maka pendeposit haji perlu sedar mereka tidak harus bergantung semata-mata kepada bantuan, tetapi meneruskan usaha menabung sehingga mencukupi untuk menampung kos penuh menunaikan haji.
"Kemungkinan TH mengambil ketetapan meneruskan bantuan kewangan haji walaupun peratusannya sedikit rendah daripada sebelum ini kerana pelbagai faktor, antaranya TH masih mempunyai kemampuan kewangan untuk berikan bantuan," katanya ketika dihubungi BH, hari ini.
Semalam, Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH, Datuk Seri Amrin Awaluddin mengumumkan bayaran haji dikenakan TH kepada bakal jemaah tahun ini, dinaikkan secara bersasar sebanyak RM1,000 dan RM3,000 seorang, tertakluk kepada kategori pendapatan masing-masing.
Katanya lagi, TH akan meneruskan Bantuan Kewangan Haji tahun ini (1443H/2022M) dan memperkenalkan pendekatan secara bersasar bagi memastikan ia dimanfaatkan sepenuhnya golongan paling memerlukan.
Bayaran haji untuk jemaah Muassasah bagi golongan B40 dikenakan sebanyak RM10,980, iaitu peningkatan hanya RM1,000 seorang, manakala jemaah Muassasah dalam kategori bukan B40 ialah sebanyak RM12,980 seorang, peningkatan RM3,000 atau purata 2.3 peratus setahun.
Ahmed Razman berkata, mengikut pemerhatiannya, keputusan untuk turut memberikan kemudahan bantuan kewangan kepada golongan selain B40 mungkin disebabkan TH tidak mahu pendeposit gusar dan marah sekiranya keputusan drastik dibuat.
Selain itu, katanya, antara faktor lain yang mungkin mempengaruhi pemberian bantuan kewangan berkenaan, disebabkan kuota jemaah haji yang dibenar mengerjakan ibadat itu adalah rendah disebabkan situasi pandemik COVID-19, iaitu sekitar 14,306 orang berbanding 31,600 jemaah sebelum ini.
Sementara itu, Mufti Pahang, Datuk Seri Dr Abdul Rahman Osman menyambut baik langkah berkenaan yang disifatkan sebagai lebih berfokus khususnya untuk membantu pendeposit yang benar-benar memerlukan.
"Eloklah pendekatan ini dibuat dan ia juga antara tujuan kita mencarum iaitu untuk membantu pendeposit yang sepatutnya dibantu. Bagaimanapun, jika ada golongan tertentu misalnya M40 yang senasib dengan B40, saya sarankan TH supaya berilah bantuan pada kadar yang sama seperti B40," katanya.
Beliau turut menasihatkan pendeposit yang tidak berkemampuan untuk bersabar dan sebaiknya menunggu sehingga tabungan mencukupi kerana bagi yang tidak mampu, hukum menunaikan ibadat haji adalah tidak wajib.
"Jadi bersabarlah dan tunggu giliran yang tepat masa akan datang. Namun, TH juga boleh berikan kemudahan misalnya pertimbang supaya individu ini diberi keistimewaan tertentu (kurangkan bayaran) untuk pergi menunaikan ibadat haji," katanya.
Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan yang sebelum ini mencadangkan subsidi haji hanya diberikan kepada bakal jemaah yang membuat permohonan, hairan mengapa TH tidak melaksanakan pendekatan sedemikian.
"Agak pelik apabila TH terus memberikan bantuan kewangan haji kepada semua, termasuk pendeposit yang kaya, ada kemampuan dan terang-terangan tidak layak. Ini masalah kita, dari dulu lagi amalkan pemberian subsidi kepada semua, sehingga orang yang tak memerlukannya pun dapat manfaat," katanya.
Tegasnya, pendekatan bantuan kewangan sedemikian tidak lagi relevan dengan keadaan kewangan semasa TH, ditambah dengan kemungkinan kos mengerjakan haji akan terus meningkat dari tahun ke tahun.
"Seperti saya tegaskan, berilah pilihan kepada pendeposit, jangan jadikan bantuan ini mandatori. Dasar sebegini bagus kalau TH ada duit yang banyak, dalam keadaan ekonomi sekarang, lebih baik tumpu kepada yang memerlukan sahaja.
"Misalnya, dengan kenal pasti pendeposit yang benar-benar layak, maka golongan dalam kategori B40 mungkin tidak perlu dikenakan bayaran tambahan langsung mengambil kira pendapatan dan kemampuan mereka," katanya.


Artikel oleh: Berita Harian
PERUBAHAN MEKANISME BANTUAN KEWANGAN HAJI TINDAKAN TEPAT - PENGANALISIS

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2022/04/948802/perubahan-mekanisme-bantuan-kewangan-haji-tindakan-tepat-penganalisis


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://ppim4u.blogspot.com/2022/04/perubahan-mekanisme-bantuan-kewangan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Beri Subsidi Haji Kepada Yang Mohon Sahaja Berita Harian 16 04 2022

Beri Subsidi Haji Kepada Yang Mohon Sahaja Berita Harian 16 04 2022

papar berkaitan - pada 20/4/2022 - jumlah : 235 hits
KUALA LUMPUR Persatuan Pengguna Islam Malaysia mencadangkan supaya subsidi haji hanya diberikan kepada jemaah yang membuat permohonan Ketua Aktivis PPIM Datuk Nadzim Johari berkata ini kerana jika diberikan kepada semua jemaah mereka yang b...
Tarikh Bayaran Bantuan Khas Kewangan Hari Raya Penjawat Awam Pesara 2022

Tarikh Bayaran Bantuan Khas Kewangan Hari Raya Penjawat Awam Pesara 2022

papar berkaitan - pada 25/4/2022 - jumlah : 257 hits
Kepada Penjawat Awam dan juga Pesara Kerajaan kebiasaannya Kerajaan akan memberikan Bantuan khas kewangan sebagai salah satu langkah keprihatinan Kerajaan dalam membantu mereka membuat perancangan awal dan persiapan untuk menyambut Hari Ray...
Ppim Gesa Siasat Penjenayah Sebenar Keldai Akaun Sinar Harian 13 04 2022

Ppim Gesa Siasat Penjenayah Sebenar Keldai Akaun Sinar Harian 13 04 2022

papar berkaitan - pada 13/4/2022 - jumlah : 182 hits
SHAH ALAM Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia Datuk Nadzim Johan menggesa siasatan dan tindakan diambil terhadap penjenayah sebenar di sebalik isu keldai akaun dan bukannya pemilik akaun Menurut beliau yang menjadi masalah melib...
Permohonan Bantuan Sara Diri Kecemasan Mahasiswa Perak 2022

Permohonan Bantuan Sara Diri Kecemasan Mahasiswa Perak 2022

papar berkaitan - pada 16/4/2022 - jumlah : 190 hits
PERMOHONAN BANTUAN SARA DIRI KECEMASAN MAHASISWA PERAK 2022 Kepada mahasiswa anak Perak anda boleh Kecemasan Perak sekiranyaa layak Kerajaan Negeri Perak memberi bantuan ini bagi meringankan beban mahasiswa yang datang dari keluarga yang ku...
Tarikh Bayaran Bantuan Hari Raya Aidilfitri Jkm 2022 Semak Sekarang

Tarikh Bayaran Bantuan Hari Raya Aidilfitri Jkm 2022 Semak Sekarang

papar berkaitan - pada 21/4/2022 - jumlah : 375 hits
Sempena perayaan Aidilfitri yang bakal tiba tidak lama lagi Jabatan Kebajikan Masyarakat 2021 adalah bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat yang diberikan khas untuk membantu keluarga penjaga dan kanak kanak untuk meneruskan kelangsu...
12 April 2022 Analisis Teknikal Urusniaga Harian Dan Dan Pelan Dagangan Pasangan Mata Wang Eur Usd

12 April 2022 Analisis Teknikal Urusniaga Harian Dan Dan Pelan Dagangan Pasangan Mata Wang Eur Usd

papar berkaitan - pada 13/4/2022 - jumlah : 201 hits
Penarikan semula kenaikkan harga terkini ke arah tahap 1 1650 1 1680 dijangka akan menawarkan penolakan menurun dan Kemasukan pesanan MENJUAL yang sah Penurunan harga yang ketara telah mendorong pasangan mata wang EURUSD untuk diniagakan se...
Terkini Permohonan I Sejahtera Pemberian Bantuan Rm200 Untuk B40 Tahun 2022

Terkini Permohonan I Sejahtera Pemberian Bantuan Rm200 Untuk B40 Tahun 2022

papar berkaitan - pada 23/4/2022 - jumlah : 299 hits
Terkini Permohonan i Sejahtera Pemberian Bantuan RM200 Untuk B40 Tahun 2022 Bantuan kerajaan sudah banyak diwujudkan demi untuk membantu pelbagai golongan rakyat Melalui bantuan iSejahtera ia merupakan sebuah sistem yang dibangunkan untuk m...
Claim Sekarang Tebus E Pemula Anda Bantuan E Wallet Kerajaan Rm150 Kepada Rakyat Malaysia Tahun 2022

Claim Sekarang Tebus E Pemula Anda Bantuan E Wallet Kerajaan Rm150 Kepada Rakyat Malaysia Tahun 2022

papar berkaitan - pada 12/4/2022 - jumlah : 431 hits
Claim Sekarang Tebus E Pemula anda Bantuan E wallet Kerajaan RM150 Kepada Rakyat Malaysia Terkini anda kini boleh memohon pemberian bantuan ewallet dari Kerajaan Malaysia Melalui Program E pemula kerajaan akan menyalurkan pemberian bantuan ...
Mengapa Sholat Sebaiknya Dilakukan Di Awal Waktu

Siti Mastura Pays Rm830k Pending Appeal In Dap Leaders Defamation Case

All The Android Updates Coming To The Samsung Galaxy S25 Series And More

Ringgit Strengthens After Bnm Maintains Opr At 3

Buffet Ramadan 2025 Bangi Golf Resort

Nasi Kandar Kayu Di Kl Sentral Kuala Lumpur

Wordless Wodnesday Nasi Daun Jeruk By Sheila Rusly

Siti Kasim Enraged At Money Play To Lure Conversion Forced Islamisation In Malaysia


echo '';
4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3


Cara Merancang Jadual Aktiviti Harian Yang Berkesan

Boy Cipta Kejutan Sambar Emas Di Acara Keirin

Resipi Mudah Dan Sedap Masak Pucuk Paku Lemak Tempoyak Dengan Udang

Pemimpin Pemuda Umno Sokong Hak Rakyat Berhimpun Sabtu Ini

Rekod Tiga Kerajaan Lalu Jaga Kebebasan Kehakiman Lebih Baik

Mondy Diarah Bayar Rm20 000 Kepada Ebit Lew