Beri Subsidi Haji Kepada Yang Mohon Sahaja Berita Harian 16 04 2022


 

KUALA LUMPUR: Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mencadangkan supaya subsidi haji hanya diberikan kepada jemaah yang membuat permohonan.
Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johari, berkata ini kerana jika diberikan kepada semua jemaah, mereka yang berkemampuan juga akan mendapat subsidi berkenaan.
Katanya, subsidi haji perlu diberikan kepada hanya mereka yang membuat permohonan kerana ternyata mereka memerlukannya selain inisiatif kerajaan itu akan dilihat lebih berkesan.
"Pada pendapat saya, lebih baik subsidi haji ini hanya diberikan kepada mereka yang mahu sahaja kerana akan lebih menjimatkan.
"Beri pilihan kepada jemaah sama ada mereka perlukan subsidi atau tidak, jika perlu baru bagi jika tidak, tidak perlu beri.
"Jika subsidi haji diberikan kepada semua orang termasuk jutawan, ia sama seperti subsidi minyak sekarang yang turut diambil kesempatan oleh warga Singapura," katanya kepada BH, hari ini.
Hari ini, kerajaan mengumumkan kekal dengan keputusan yang dibuat sebelum ini iaitu memberi subsidi haji kepada semua jemaah, walaupun ada cadangan supaya langkah terbabit disemak dan dilaksanakan secara bersasar.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad, dilaporkan berkata, setakat ini kerajaan kekal dengan keputusan berkenaan tanpa memilih golongan tertentu.
"Walaupun ada cadangan (bersasar), namun kita kekal bagi subsidi kepada semua. Akan ada la formula kita nak bagi nanti.
"Ini (subsidi) bukan duit kerajaan, sebaliknya subsidi itu diambil daripada keuntungan pendeposit," katanya.
Sementara itu, Persatuan Agensi Pelancongan Umrah & Haji Malaysia (PAPUH) menyambut baik keputusan kerajaan yang akan memberi subsidi haji kepada semua jemaah.
Presidennya, Datuk Seri Razali Mohd Sham, berkata tindakan itu amat bertepatan kerana subsidi itu adalah hak pencarum itu sendiri.
"Mereka yang berhasrat melaksanakan haji akan mencarum di Tabung Haji dan subsidi yang diperoleh itu adalah hak mereka," katanya.
Sementara itu, ditanya berkenaan kos yang bakal dikenakan kepada bakal jemaah haji berikutan kos seorang jemaah muassasah dijangka meningkat beliau berkata, dalam keadaan sekarang kos haji juga perlu dinaikkan.
Namun katanya, kos baru itu perlu bersesuaian dan tidak membebankan jemaah nanti.
"Jika kos mengerjakan umrah naik, saya kira kos haji perlu dinaikkan juga dengan jumlah yang berpatutan antara RM12,000 sehingga RM14,000," katanya.


Artikel oleh: Kosmo
'BERI SUBSIDI HAJI KEPADA YANG MOHON SAHAJA'

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2022/04/946530/beri-subsidi-haji-kepada-yang-mohon-sahaja


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://ppim4u.blogspot.com/2022/04/beri-subsidi-haji-kepada-yang-mohon.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Perubahan Mekanisme Bantuan Kewangan Haji Tindakan Tepat Penganalisis Berita Harian 23 04 2022

Perubahan Mekanisme Bantuan Kewangan Haji Tindakan Tepat Penganalisis Berita Harian 23 04 2022

papar berkaitan - pada 26/4/2022 - jumlah : 230 hits
KUALA LUMPUR Perubahan mekanisme membabitkan bantuan kewangan haji yang pertama kali dilaksanakan secara bersasar seperti diumumkan semalam dilihat tindakan tepat dan wajar diteruskan Lembaga Tabung Haji pada musim akan datang Penganalisis ...
26 April 2022 Kajian Semula Teknikal Harian Pasangan Eur Usd Dan Peluang Dagangan

26 April 2022 Kajian Semula Teknikal Harian Pasangan Eur Usd Dan Peluang Dagangan

papar berkaitan - pada 27/4/2022 - jumlah : 224 hits
Beberapa Bulan yang lalu pasangan mata wang EUR USD telah bergerak di atas tahap harga 1 1750 1 1800 Pada akhir September Penutupan semula di bawah paras harga 1 1700 telah memulakan satu lagi pergerakan menurun ke arah 1 1500 Paras harga s...
Kos Haji 2022 Mencecah Lebih Rm25 000

Kos Haji 2022 Mencecah Lebih Rm25 000

papar berkaitan - pada 8/4/2022 - jumlah : 304 hits
KUALA LUMPUR 7 APRIL 2022 Lembaga Tabung Haji menjangkakan kos untuk jemaah Muassasah menunaikan ibadat haji pada tahun ini akan meningkat kepada lebih RM25 000 untuk seorang jemaah haji Muassasah susulan peningkatan berkaitan cukai dan caj...
12 April 2022 Analisis Teknikal Urusniaga Harian Dan Dan Pelan Dagangan Pasangan Mata Wang Eur Usd

12 April 2022 Analisis Teknikal Urusniaga Harian Dan Dan Pelan Dagangan Pasangan Mata Wang Eur Usd

papar berkaitan - pada 13/4/2022 - jumlah : 246 hits
Penarikan semula kenaikkan harga terkini ke arah tahap 1 1650 1 1680 dijangka akan menawarkan penolakan menurun dan Kemasukan pesanan MENJUAL yang sah Penurunan harga yang ketara telah mendorong pasangan mata wang EURUSD untuk diniagakan se...
Bahan Kosmetik Ada Babi Jakim Digesa Nasihati Pengguna Tiktok Harian Metro 08 04 2022

Bahan Kosmetik Ada Babi Jakim Digesa Nasihati Pengguna Tiktok Harian Metro 08 04 2022

papar berkaitan - pada 9/4/2022 - jumlah : 267 hits
Kuala Lumpur Persatuan Pengguna Islam Malaysia menggesa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia memberi nasihat dan bimbingan kepada seorang pengguna TikTok kerana menghasilkan bahan mengelirukan Ia membabitkan dakwaan bahawa kosmetik yang dihasilk...
Jmb Jangan Gila Kuasa Metro Tv Harian Metro 07 04 2022

Jmb Jangan Gila Kuasa Metro Tv Harian Metro 07 04 2022

papar berkaitan - pada 9/4/2022 - jumlah : 263 hits
Kuala Lumpur Badan Pengurusan Bersama diingatkan agar tidak gila kuasa sehingga menyekat pelbagai aktiviti penduduk Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia Datuk Nadzim Johan berkata pihaknya menerima beberapa aduan orang ramai yang...
Karnival Kpdn 2025 Kempen Beli Barangan Malaysia Zon Sarawak 5 7 Sept

Umie Aida Tegur Erma Fatima Jangan Terlalu Terbuka

Prism Perkenalkan Prism Care Servis Penyaman Udara Mudah Mampu Milik Jaminan Sehingga 7 Tahun

Kerajaan Negeri Pahang Beri Amaran Tidak Akan Berkompromi Dengan Pihak Ceroboh Tanah Haram Di Raub

Doa Malam 1 Sept 2025

Al Sultan Abdullah Merasmikan Temasya Warisan Pahang Di Muzium Maritim Pulau Beram Pekan Malam Tadi

Rm91mil Spent Under Sara Initiative In 2 Days

Finalize Kerja Awal Bulan September Hadap Sistem Baru


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Allano Amway Hand Body Lotion Rahsia Kulit Lembut Dan Terpelihara Setiap Hari

Nutrilite Bio C Plus Amway Rahsia Vitamin C Berkesan Untuk Gaya Hidup Sihat

Seminar Pksk Untuk Ke Sbp Mrsm

Maksud Plaintif Defenden Pendaftar Dan Hakim Dalam Sistem Mahkamah

Apa Itu Sulh Dalam Perkahwinan Islam

Jalan Jalan Cari Makan Di Hayle