Permohonan Bantuan Sara Diri Kecemasan Mahasiswa Perak 2022


PERMOHONAN BANTUAN SARA DIRI & KECEMASAN MAHASISWA PERAK 2022

Kepada mahasiswa anak Perak,anda boleh mohon Bantuan Sara Diri & Kecemasan Perak sekiranyaa layak. Kerajaan Negeri Perak memberi bantuan ini bagi  meringankan beban mahasiswa yang datang dari keluarga yang kurang berkemampuan untuk membolehkan mereka fokus terhadap pelajaran tanpa terganggu dengan masalah kewangan. Ia juga menunjukkan keprihatinan Kerajaan Negeri Perak dalam membantu kebajikan Mahasiswa Perak serta membantu meringankan beban keluarga yang terlibat. Disini kami akan kongsikan cara permohonan, semoga membantu.
 
APA ITU BANTUAN SARA DIRI MAHASISWA PERAK?
Bantuan Sara Diri ialah bantuan tambahan bagi menampung perbelanjaan harian mahasiswa sewaktu menjalani pengajian mereka di Institut Pengajian Tinggi (IPT). Bantuan ini juga diberikan kepada mahasiswa yang terpaksa membuat pertambahan semester atas alasan munasabah selain daripada disebabkan oleh kegagalan subjek.
 
APA ITU BANTUAN KECEMASAN MAHASISWA PERAK?
Bantuan Kecemasan ialah bantuan yang diberikan sewaktu mahasiswa ditimpa bencana atau musibah.
Antara contoh-contoh bencana atau musibah tersebut ialah:
Kemalangan Kebakaran Kematian ibu/bapa/penjaga Kecurian Bencana alam Penyakit Kronik Bantuan ini disalurkan melalui Yayasan Perak dan permohonan bagi kedua-dua bantuan ini dibuka sepanjang tahun.
 
KADAR  BANTUAN SARA DIRI & KECEMASAN PERAK
Berikut adalah kadar bantuan bagi Bantuan Sara Diri dan Bantuan Kecemasan Perak adalah seperti berikut:
Bantuan Sara Diri Mahasiswa Perak: Minimum RM500, maksimum RM1,500 (kelulusan mengikut kesesuaian). Bantuan Kecemasan Mahasiswa Perak: Minimum RM300, maksimum RM1,200 (Kelulusan mengikut kesesuaian)  
TARIKH PERMOHONAN BANTUAN SARA DIRI & KECEMASAN PERAK
Berikut adalah merupakan tarikh permohonan:
Bantuan Sara Diri Mahasiswa Perak: permohonan boleh dibuat mulai 1 April sehingga 31 Jun 2022 Bantuan Kecemasan Mahasiswa Perak boleh dibuat sepanjang tahun.  
SEMAKAN SYARAT KELAYAKAN BANTUAN SARA DIRI MAHASISWA PERAK
Berikut adalah syarat kelayakan bagi Bantuan Sara Diri:
Anak kelahiran Negeri Perak seperti berikut: Pemohon dan ibu atau bapa lahir di Negeri Perak; atau Pemohon dan ibu atau bapa lahir di luar Negeri Perak tetapi telah bermastautin di Negeri Perak lebih daripada 10 tahun; atau Pemohon dan ibu atau bapa yang lahir di Negeri Perak tetapi beralamat di luar Negeri Perak dan telah bermastautin di Negeri Perak lebih dari 10 tahun. Keutamaan kepada mahasiswa yang masih menetap di Negeri Perak. Pemohon sedang melanjutkan pengajian sepenuh masa dalam semester kedua dan ke atas peringkat Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Ijazah Sarjana (Master) dan Ijazah Doktor Falsafah (PhD) di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) yang diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA). Pemohon daripada Open Universiti Malaysia (OUM) tidak layak untuk memohon bantuan ini. Semua permohonan perlu mendapat sokongan/pengesahan pihak Hal Ehwal Pelajar di IPT pemohon. Isi rumah (Ibu dan Bapa) keluarga pemohon berpendapatan di bawah RM3,000 kebawah (gaji pokok). Keutamaan permohonan adalah kepada mahasiswa yang memperoleh PNG 3.0 dan ke atas. Mahasiswa yang telah mendapat sebarang bantuan Biasiswa Pendidikan dari mana-mana agensi mahupun syarikat korporat tidak akan dipertimbangkan. Pemberian sekali setahun sahaja bagi setiap pelajar mengikut peringkat pengajian. (Bantuan Sara Diri).  
SEMAKAN SYARAT KELAYAKAN BANTUAN KECEMASAN MAHASISWA PERAK
Berikut adalah syarat kelayakan bagi Bantuan Kecemasan,:
Anak kelahiran Negeri Perak seperti berikut: Pemohon dan ibu atau bapa lahir di Negeri Perak; atau Pemohon dan ibu atau bapa lahir di luar Negeri Perak tetapi telah bermastautin di Negeri Perak lebih daripada 10 tahun; atau Pemohon dan ibu atau bapa yang lahir di Negeri Perak tetapi beralamat di luar Negeri Perak dan telah bermastautin di Negeri Perak lebih dari 10 tahun. Keutamaan kepada mahasiswa yang masih menetap di Negeri Perak. Pemohon sedang melanjutkan pengajian sepenuh masa peringkat Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Ijazah Sarjana (Master) dan Ijazah Doktor Falsafah (PhD) di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) yang diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA). Pemohon daripada Open Universiti Malaysia (OUM) tidak layak untuk memohon bantuan ini. Semua permohonan perlu mendapat sokongan/pengesahan pihak Hal Ehwal Pelajar di IPT pemohon. Menghantar bukti pengesahan kejadian dalam bentuk Laporan Polis, Laporan Perubatan atau Pengesahan oleh Pemimpin Tempatan (Wakil Rakyat/Penghulu/Ketua Kampung/Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga). Bantuan Kecemasan Mahasiswa Negeri Perak (sepanjang tahun dan perlu dihantar dalam tempoh 2 minggu (14 hari) dari tarikh berlakunya kejadian).  
DOKUMEN DIPERLUKAN
Bagi pemohon yang ingin memohon kedua-dua bantuan ini, pemohon perlu menyertakan beberapa dokumen seperti:
Salinan myKad pelajar, bapa dan ibu yang lahir di Perak. Salinan kad pelajar pemohon. Salinan penyata akaun bank pelajar. Salinan surat kematian dan surat bercerai (jika berkaitan). Salinan Transkrip Keputusan Peperiksaan Terkini (Bantuan Sara Diri sahaja). Salinan Laporan Polis/Laporan Perubatan (Bantuan Kecemasan Mahasiswa Negeri Perak sahaja). Penyata pendapatan bapa & ibu atau penjaga yang disahkan oleh majikan dan sekiranya pesara sila sertakan salinan penyata pencen bulanan atau jika bekerja sendiri, sila dapatkan pengesahan pendapatan. Sokongan/perakuan/pengesahan borang permohoan:
Pihak yang boleh memberi sokongan ialah Pegawai Hal Ehwal Pelajar (HEP) IPT pemohon. Pihak yang boleh membuat perakuan ialah ADUN/Penyelaras DUN/Pengerusi MPKK/Penghulu Mukim (kawasan tempat tinggal di Negeri Perak sahaja). Semua dokumen perlu disahkan oleh Pengerusi MPKK/Penghulu Mukim/Pegawai Kerajaan Kelas A/Wakil Rakyat/Penyelaras DUN.  
CARA PERMOHONAN BANTUAN SARA DIRI & KECEMASAN PERAK ONLINE/BORANG
Jika anda layak,boleh mohon melalui dua cara iaitu:
 
PERMOHONAN BANTUAN SARA DIRI & KECEMASAN PERAK ONLINE
Bagi Bantuan Sara Diri Mahasiswa Anak Perak,klik DISINI untuk buat permohonan secara online
Bagi Bantuan Kecemasan Mahasiswa Anak Perak,klik DISINI untuk buat permohonan secara online
 
PERMOHONAN BANTUAN SARA DIRI & KECEMASAN PERAK BORANG
Permohonan melalui Borang Permohonan Bantuan Sara Diri dan Bantuan Kecemasan Mahasiswa Negeri Perak boleh didapati secara percuma di Pejabat Yayasan Perak, Pejabat Pusat Khidmat Masyarakat Dewan Undangan Negeri (DUN) di kawasan masing-masing.
 
MUAT TURUN BORANG PERMOHONAN BANTUAN SARA DIRI & KECEMASAN PERAK
Sila klik disini untuk muat turun borang
 
MAKLUMAT LANJUT & PERTAYAAN
Jika anda berminat,boleh dapatkan maklumat lanjut di pejabat Yayasan Perak di alamat:
Yayasan Perak,Tingkat 1, Wisma Yayasan Perak,No 111 Jalan Sultan Idris Shah,30000 Ipoh,Perak Darul Ridzuan.
Sila hubungi  pihak Yayasan Perak di talian 05-255 2929 atau melayari laman web http://yayasanperak.gov.my/v5/
The post PERMOHONAN BANTUAN SARA DIRI & KECEMASAN MAHASISWA PERAK 2022 appeared first on KekandaMemey.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://kekandamemey.com/sara-diri-kecemasan-mahasiswa.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Terkini Permohonan I Sejahtera Pemberian Bantuan Rm200 Untuk B40 Tahun 2022

Terkini Permohonan I Sejahtera Pemberian Bantuan Rm200 Untuk B40 Tahun 2022

papar berkaitan - pada 23/4/2022 - jumlah : 296 hits
Terkini Permohonan i Sejahtera Pemberian Bantuan RM200 Untuk B40 Tahun 2022 Bantuan kerajaan sudah banyak diwujudkan demi untuk membantu pelbagai golongan rakyat Melalui bantuan iSejahtera ia merupakan sebuah sistem yang dibangunkan untuk m...
Tarikh Bayaran Bantuan Hari Raya Aidilfitri Jkm 2022 Semak Sekarang

Tarikh Bayaran Bantuan Hari Raya Aidilfitri Jkm 2022 Semak Sekarang

papar berkaitan - pada 21/4/2022 - jumlah : 371 hits
Sempena perayaan Aidilfitri yang bakal tiba tidak lama lagi Jabatan Kebajikan Masyarakat 2021 adalah bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat yang diberikan khas untuk membantu keluarga penjaga dan kanak kanak untuk meneruskan kelangsu...
Claim Sekarang Tebus E Pemula Anda Bantuan E Wallet Kerajaan Rm150 Kepada Rakyat Malaysia Tahun 2022

Claim Sekarang Tebus E Pemula Anda Bantuan E Wallet Kerajaan Rm150 Kepada Rakyat Malaysia Tahun 2022

papar berkaitan - pada 12/4/2022 - jumlah : 430 hits
Claim Sekarang Tebus E Pemula anda Bantuan E wallet Kerajaan RM150 Kepada Rakyat Malaysia Terkini anda kini boleh memohon pemberian bantuan ewallet dari Kerajaan Malaysia Melalui Program E pemula kerajaan akan menyalurkan pemberian bantuan ...
Kerajaan Umum Bantuan Kewangan Automatik Rm700 Untuk Semua Rakyat Malaysia Tahun 2022

Kerajaan Umum Bantuan Kewangan Automatik Rm700 Untuk Semua Rakyat Malaysia Tahun 2022

papar berkaitan - pada 5/4/2022 - jumlah : 234 hits
Tahukah anda MySalam merupakan sebuah inisiatif skim takaful perlindungan kesihatan percuma yang diberikan oleh kerajaan yang bertujuan untuk memberikan perlindungan takaful kepada individu yang layak untuk menerima manfaat skim Perlindunga...
Permohonan Bkm Bantuan Tambahan Bkm Rm500 Kepada Mereka Yang Layak L Semak Segera

Permohonan Bkm Bantuan Tambahan Bkm Rm500 Kepada Mereka Yang Layak L Semak Segera

papar berkaitan - pada 4/4/2022 - jumlah : 281 hits
Permohonan BKM Bantuan Tambahan BKM RM500 Kepada Mereka Yang Layak Kerajaan telah mengumumkan pemberian terbaru berkenaan Bantuan Keluarga Malaysia bagi Fasa 1 yang tergolong dari kategori Isi rumah Warga emas tiada pasangan dan bujang berd...
Bkm Tidak Lulus Jom Mohon Rayuan Bkm L Permohonan Rayuan Bkm 2022

Bkm Tidak Lulus Jom Mohon Rayuan Bkm L Permohonan Rayuan Bkm 2022

papar berkaitan - pada 7/4/2022 - jumlah : 215 hits
BKM Tidak Lulus Jom Mohon Rayuan BKM Permohonan Rayuan BKM 2022 Baru baru ini kerajaan Malaysia telah memberi bantuan BKM kepada mereka yang layak Kira kira sebanyak 9 6 Juta rakyat Malaysia mendapat manfaat dari pemberian bantuan BKM Fasa ...
Terbaru Permohonan Bantuan Laptop Dan Tablet Dibuka Pada 15 April Ini

Terbaru Permohonan Bantuan Laptop Dan Tablet Dibuka Pada 15 April Ini

papar berkaitan - pada 4/4/2022 - jumlah : 271 hits
Terbaru Permohonan Bantuan Laptop Dan Tablet Dibuka Pada 15 April Ini Kementerian Komunikasi dan Multimedia membuka permohonan kepada semua pelajar institusi pengajian tinggi awam kolej swasta politeknik atau kolej komuniti untuk mendapatka...
Kerajaan Negeri Umum Peruntukan Rm29 91 Juta Untuk Bantuan Prihatin Pahang 2022

Kerajaan Negeri Umum Peruntukan Rm29 91 Juta Untuk Bantuan Prihatin Pahang 2022

papar berkaitan - pada 10/4/2022 - jumlah : 212 hits
LIPIS Kerajaan Pahang pada Sabtu mengumumkan peruntukan sebanyak RM29 91 juta untuk Bantuan Prihatin Pahang 2022 yang akan memanfaatkan 297 013 penerima bersasar Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata agihan bantuan itu akan ...
Lirik Lagu Curang Abg Pau

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Petua Mengatasi Rambut Gugur Secara Tradisional

Kalendar Kuda 2025 Kalendar Akademik Sesi 2025 2026 Cuti Sekolah Cuti Perayaan Bagi Sekolah Seliaan Kpm

Perbezaan Rumpai Dan Rumput Laut

10 Provinsi Penghasil Buah Durian Terbanyak Tahun 2023

Dampak Kenaikan Pajak 12 Persen Terhadap Dunia Bisnis Di Indonesia

Update Youtube 2025 Semua Video Dengan Judul Thumbnail Clickbait Dihapus