Pertikaian Perdagangan Antara Washington Dan Beijing Mempengaruhi Pergerakkan Pasaran Pertukaran Asing



Keghairahan mengenai perjanjian perdagangan antara Amerika Syarikat dan China tidak berkurangan, sekaligus menyebabkan pergerakan ketara dalam pasaran pertukaran asing. Para pelabur mula bimbang sejak Jumaat lalu, dan akibatnya, pengenalan tarif baru ke atas barangan China dari Amerika Syarikat semakin hampir. Walaupun Beijing komited untuk meneruskan rundingannya dengan Washington, rangka masa terdekat yang mungkin untuk peningkatan perang perdagangan antara dua ekonomi terbesar di dunia bermakna Donald Trump lebih serius sekarang berbanding sebelum ini. Jika tarif benar-benar diperkenalkan, maka kerugian dalam pasaran pertukaran asing tidak dapat dielakkan.
Kebanyakan pakar menjangkakan mata wang AS akan melemah pada tahun ini, menunjuk kepada kelembapan pertumbuhan ekonomi di Amerika Syarikat dan prestasi ekonomi yang lebih baik di negara-negara lain. Walau bagaimanapun, ia masih belum berlaku setakat ini.
Perlu diakui bahawa, walaupun kekeliruan Fed dalam menghadapi realiti ekonomi yang berubah, ketika inflasi yang rendah nampaknya menjadi norma, dan instrumen menguji masa lalu Fed tidak berfungsi lagi, dolar AS terus meningkat. Indeks Dolar AS masih berdagang di atas tahap utama 97. Oleh itu, adalah mungkin bahawa dengan sedikit kelemahan faktor pasaran yang kini memberi tekanan ke atas mata wang Amerika Syarikat, kenaikkan mendadak dalam mata wang dolar mungkin berlaku, yang akan berkait dengan julat tinggi dan aset berisiko.

"Sejak beberapa bulan kebelakangan ini, rali menaik aset berisiko telah dirangsang oleh dua faktor: penolakan Sistem Rizab Persekutuan AS untuk menaikkan kadar faedah dan pemulihan ekonomi China. Walau bagaimanapun, aset berisiko telah memadamkan kenaikka minggu lalu. Bertentangan dengan ramalan, ketua Rizab Persekutuan AS tidak membincangkan idea untuk menurunkan kadar faedah Rabu lalu. Pada masa yang sama, beberapa laporan ekonomi China pada April lalu mencatatkan bacaan yang lebih buruk daripada ramalan." Pakar Strategi Mata wang Citigroup mendedahkan.
Menurut mereka, terdapat peluang yang sangat nyata bahawa Dolar AS akan dapat keluar dari julat dan mula mengukuh.

Pasangan mata wang USD/JPY kini diniagakan berhampiran tahap rendah tempatan, ekoran keengganan risiko terus menyokong permintaan yen sebagai mata wang 'safe haven'.
Sementara itu, menurut pakar-pakar Danske Bank, pengukuhan yen berkemungkinan akan beralih kepada senario "menurun" dalam masa terdekat, memandangkan peningkatan ketidakpastian mengenai kesimpulan perjanjian perdagangan di antara Amerika Syarikat dan China.
Meskipun terdapat ancaman dari Donald Trump, pada Selasa, Kementerian Perdagangan China mengesahkan bahawa Timbalan Perdana Menteri Liu He akan tiba di Amerika Syarikat hari ini untuk mengadakan perbincangan, yang sepatutnya mengambil masa tiga hari untuk diselesaikan dengan pembentukan perjanjian draf.
Peserta pasaran kini hilang dalam spekulasi sama ada pengetatan kedudukan Washington adalah untuk mempercepatkan proses perundingan, atau pengenalan tarif baru akan menjadi tindak balas kepada keengganan Beijing untuk mematuhi perjanjian yang telah dicapai.
"Kami percaya bahawa berakhirnya perang perdagangan adalah demi kepentingan kedua-dua negara dan Amerika Syarikat, walaupun proses rundingan itu mungkin ditangguhkan, kami menjangkakan bahawa perkara ini akan selesai pada suku kedua. Risiko tambahan untuk yang terakhir adalah diramal, berakhirnya pertikaian perdagangan dengan Middle Kingdom, Amerika Syarikat boleh membuat tuntutan ke atas Jepun dan mula mengancam untuk mengenakan duti ke atas barangan Jepun, "kata ahli Danske Bank.
Mereka mengesyorkan kepada para pedagang untuk meramalkan penurunan pasangan mata wang USD/JPY sebagai peluang pembelian yang strategik.

Bagi mata wang tunggal Eropah, ia menunjukkan daya tahan yang luar biasa, walaupun terdapat kebimbangan mengenai kesan negatif daripada peningkatan perang perdagangan Amerika Syarikat ke atas ekonomi zon eropah.
Menurut para penganalisis ING, perkara paling buruk untuk euro sudah belalu. Mereka percaya bahawa terdapat beberapa sebab untuk mengambil pesanan membeli pada pasangan mata wang EUR/USD:

1. Pengurangan jurang dalam pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) di zon eropah dan Amerika Syarikat. Menjelang tahun 2020, kelembapan kitaran di Amerika Syarikat akan membawa kepada penurunan kadar pertumbuhan KDNK sehingga 2.0% atau kurang, sementara di zon eropah, ia akan kekal pada 1.1-1.5% dalam tempoh 6-8 suku tahunan yang berikutnya.
2. Perubahan dalam kadar faedah perbezaan Fed dan ECB. Setakat ini, situasi ini memihak kepada Dolar AS, tetapi dalam kes kelembapan ekonomi AS, ia akan mula berubah, yang akan menyebabkan kelemahan aliran tunai positif untuk Dolar AS.
3. Dual kekurangan AS. Apabila pertumbuhan ekonomi perlahan di Amerika Syarikat, gabungan defisit akaun perdagangan/defisit akaun negatif dan defisit belanjawan negeri akan mula memberi kesan yang lebih kuat terhadap mata wang Amerika Syarikat.
4. Indikator yang menggalakkan pada imbangan pembayaran di zon eeropah. Tahap tinggi penghijrahan pelabur Eropah ke pasaran asing untuk mencari keuntungan telah berlalu, dan gabungan baki akaun semasa dan pelaburan langsung dan portfolio telah menjadi lebih positif bagi euro.
5. Mata wang tunggal Eropah di bawah nilai. Menurut pengiraan ING, euro dinilaikan lebih rendah sebanyak 19% berdasarkan persamaan daya beli.
Bank menjangka bahawa pasangan mata wang EUR/USD ini akan mencapai 1.18 pada suku keempat, dan 1.25 pada tahun 2020.

Pada sebelah petang, pasangan mata wang AUD/USD ini dilihat telah melonjak ke tahap tinggi mingguan, meningkat sebagai tindak balas kepada keputusan RBA untuk mengekalkan status quo dan bukan pengurangan kadar faedah yang diramalkan. Walau bagaimanapun, "Dolar Australia" dengan cepat kehilangan mata, dan pasangan mata wang AUD/USD, gagal untuk mengukuh di atas tahap 0.7040, dan kemudian bergerak untuk diniagakan lebih rendah.
"Keputusan Reserve Bank of Australia (RBA) untuk mengekalkan kadar pada 1.50% telah menyingkirkan "pelana" spekulator jangka pendek yang telah melemah "Aussie", dan memberikan dorongan untuk harga membuat pembetulan menaik. Oleh itu, mata wang Australia hanya dapat menjejaskan kejutan positif dari keadaan di pasaran bahan mentah, termasuk harga bijih besi, kenyataan optimis mengenai dasar kewangan RBA , yang dijadualkan akan dikeluarkan pada 10 Mei, dan kemajuan dalam rundingan perdagangan Amerika Syarikat-China", kata penganalisis WESTPAC.
"Setakat ini, tiada satu pun daripada ini yang diperhatikan, oleh itu kami menganggap bahawa adalah lebih baik untuk mengambil pesanan menjual pasangan mata wang AUD/USD dengan sasaran ditetapkan pada tahap 0.6970." tambah mereka.

The material has been provided by InstaForex Company - www.instaforex.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://jomforex2u.blogspot.com/2019/05/pertikaian-perdagangan-antara.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dr Mahathir Saksi Pertukaran Dokumen Antara Proton Rakan Kongsi Di Beijing

Dr Mahathir Saksi Pertukaran Dokumen Antara Proton Rakan Kongsi Di Beijing

papar berkaitan - pada 26/4/2019 - jumlah : 257 hits
Dr Mahathir saksi pertukaran dokumen antara Proton rakan kongsi di Beijing nbsp Dikemas kini 42 minit yang lalu Diterbitkan
Pasaran Malaysia Kurang Menarik Aliran Keluar Dana Asing Dijangka Berterusan

Pasaran Malaysia Kurang Menarik Aliran Keluar Dana Asing Dijangka Berterusan

papar berkaitan - pada 5/5/2019 - jumlah : 421 hits
Aliran keluar dana asing daripada Bursa Malaysia dijangka berterusan berikutan pelabur antarabangsa lebih tertarik kepada pasaran sedang pesat membangun yang lain terutamanya China dan Thailand kata penganalisis Bagaimanapun ketua penyelidi...
Empat Faktor Mempengaruhi Kenaikkan Pasaran Harga Emas

Empat Faktor Mempengaruhi Kenaikkan Pasaran Harga Emas

papar berkaitan - pada 26/4/2019 - jumlah : 321 hits
Menurut pakar pergerakan pasaran harga jangka pendek untuk logam kuning bergantung kepada beberapa faktor asas Pada masa akan datang gabungan faktor pada inflasi kadar faedah dan dolar AS akan menjejaskan nilai dagangan emas Kesemua faktor ...
Pertikaian Di Antara Amerika Syarikat Dan China Menjadi Lebih Serius

Pertikaian Di Antara Amerika Syarikat Dan China Menjadi Lebih Serius

papar berkaitan - pada 9/5/2019 - jumlah : 569 hits
Tweet oleh Donald Trump pada Ahad lalu telah mengubah segala galanya dan di tengah tengah perhatian pelabur kemungkinan akan berlaku gangguan terhadap perjanjian di antara Amerika Syarikat dan China dan akibatnya peningkatan konflik perdaga...
Arahan Pertukaran

Arahan Pertukaran

papar berkaitan - pada 30/4/2019 - jumlah : 235 hits
Bermula 2 Mei 2019 aku akan memulakan tugas di tempat baru Suasana baru rakan kerja baru tugasan baru dipendekkan cerita semua barulah di tanah jajahan baru ini Takpe perlahan lahan aku akan sukakan bahagian tersebut macam mana aku sukakan ...
Urusan Pertukaran Dan Penempatan Murid Sekolah Rendah

Urusan Pertukaran Dan Penempatan Murid Sekolah Rendah

papar berkaitan - pada 15/5/2019 - jumlah : 528 hits
DOKUMEN URUSAN PERTUKARAN MURID WARGANEGARA YANG PERLU DIKEMUKA OLEH IBU BAPA PENJAGA KEPADA PIHAK SEKOLAH 1 Borang SRTATS 2 Salinan sijil lahir murid 3 Salinan K P murid ibu bapa penjaga 4 Salinan surat nikah 5 Surat hak penjagaan anak 6 S...
Pm Cadangkan Pertukaran Waktu Kerja Daripada Siang Kepada Malam

Pm Cadangkan Pertukaran Waktu Kerja Daripada Siang Kepada Malam

papar berkaitan - pada 4/5/2019 - jumlah : 636 hits
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad memberikan cadangan agar menukar sebahagian waktu kerja bagi beberapa industri daripada hari siang kepada malam yang dilihat mampu mengurangkan kebergantungan kepada pekerja asing Menurut Dr Mahathir ...
4 Kapal Asing Dilarang Bersandar Penyelenggara Pelabuhan Dinilai Berhak Menolak

4 Kapal Asing Dilarang Bersandar Penyelenggara Pelabuhan Dinilai Berhak Menolak

papar berkaitan - pada 16/5/2019 - jumlah : 160 hits
Empat kapal berbendera asing dilarang bersandar di kawasan Pelabuhan Trisakti yang dikelola PT Pelindo III Cabang Banjarmasin Ini dikarenakan Pelabuhan Trisakti belum mengantongi ISPS Code untuk pelayanan general cargo
Mendikbud Sebut Guru Asing Didatangkan Untuk Latih Guru Lokal

Mendikbud Sebut Guru Asing Didatangkan Untuk Latih Guru Lokal

papar berkaitan - pada 12/5/2019 - jumlah : 142 hits
Instruktur dari luar negeri itu tidak hanya untuk sekolah tetapi juga untuk lembaga pelatihan yang berada di kementerian lain misalnya balai latihan kerja atau BLK
Lirik Lagu Curang Abg Pau

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Makan Laksa Sarawak Di King Laksa

Pantun Hujung Tahun Dan Selamat Bercuti

Petua Mengatasi Rambut Gugur Secara Tradisional

Kalendar Kuda 2025 Kalendar Akademik Sesi 2025 2026 Cuti Sekolah Cuti Perayaan Bagi Sekolah Seliaan Kpm

Perbezaan Rumpai Dan Rumput Laut

10 Provinsi Penghasil Buah Durian Terbanyak Tahun 2023