Pertemuan Sultan Abu Bakar Dan Pope Leo Xiii 1885


 

Penggunaan kalimah “Allah” dalam tradisi keagamaan Kristian telah pun bermula lama. Hal ini tidaklah dapat dihujahkan sebagai kes terpencil memandangkan dalam kurun ke-17 di Ambon, Maluku, paderi Belanda menggunakan bahasa Melayu untuk mengajar agama Kristian kepada penduduk tempatan. Sayugia diingatkan kampung Melayu terdapat di semua pesisir pantai Nusantara di mana ia menjadi tumpuan pelaut atau kelasi kapal Melayu yang belayar di seluruh rantau ini.
Terdapat dua jenis buku agama Kristian yang ditulis dalam bahasa Melayu. Pertamanya, terjemahan babak terpilih Bible; manakala yang kedua adalah keterangan berbentuk didaktik mengenai ajaran agama tersebut. Reverend F Valentyn pada 1708 misalnya mencatatkan sekurang-kurangnya tujuh ke 11 judul bercetak dalam bahasa Melayu di 23 buah kampung Kristian di Ambon. Hal ini kurang diketahui umum kerana sebahagian besar buku-buku ini dicetak di Amsterdam atau The Hague, selain jumlahnya yang agak terhad kerana belum meluasnya celik huruf dalam kalangan masyarakat.
Salah satu terjemahan yang penting dan terkenal Bible ialah dilakukan oleh pengikut Protestan Belanda iaitu Genesis pada 1662 dengan dana Syarikat Hindia Timur Belanda. Ia diterjemahkan oleh Reverend Daniel Brouwerius yang tiba di Batavia pada 6 Julai 1651. Beliau pada mulanya dilantik sebagai “een behulp” atau pembantu sebelum dinaikkan pangkat sebagai “prop” (full minister) untuk gereja Melayu di Batavia sekitar 1670. Genesis terjemahan beliau yang masih boleh dirujuk ialah yang merupakan cetakan atau edisi kedua, iaitu terbitan 1697.
Di dalam Genesis edisi 1697 ini, antara lain penggunaan perkataan bahasa Melayu (kata pinjam dari bahasa Arab) yang dikaitkan dengan umat Islam hari ini adalah: Alamat/ alim/ Alla/ Alla Thalla/ arhoah/ bercat/ cauwoul/ fael/ haram/ haywan/ himam/ houcoum/ mellaicat/ miskyn/ moumin/ sahittan/ sedjout/ sounot/ tobat.
Hal ini tidaklah mengejutkan kerana di Melaka sendiri pada 1678 sudah terdapat komuniti penganut Kristian tempatan yang dirujuk sebagai “black Christians” di mana mereka adalah kacukan Portugis dan wanita tempatan. Masyarakat Serani ini berbahasa Melayu dan bergaul dengan orang Ceylon, Jawa, Melayu, dan Bugis ketika itu.
Malah sebetulnya perjanjian dengan Naning pada 1641 menjelaskan kepada kita memang terdapat orang tempatan yang menganut agama Kristian kerana perjanjian antara Belanda dan Naning menekankan bahawa jika terdapat hamba lelaki atau perempuan yang melarikan dari Naning ke Melaka untuk menganut agama Kristian, pemiliknya akan dibayar separuh harga; manakala hamba milik Belanda di Melaka yang melarikan diri ke Naning pula mesti dikembalikan dengan habuan hadiah.
Dalam pada itu perjanjian itu juga menyatakan mana-mana orang Melaka yang beragama Nasrani dibenarkan menetap di Naning sekiranya mereka membayar cukai. Terdapat larangan menjual orang Kristian atau mengkhatankan mereka.
Sebelum dari itu, ketika era Portugis di Melaka, St Francis Xavier melakukan lima lawatan ke Melaka iaitu antara 25 September 1545-1 Januari 1546; Julai-Disember 1547; 31 Mei-24 Jun 1549; Disember 1551; dan yang terakhir antara 31 Mei sehingga 17 Julai 1552. Xavier dilaporkan berasa susah hati ekoran masyarakat Kristian tempatan di Melaka didapati terabai. Oleh sebab itu Xavier mulai mengarahkan usaha terjemahan “Ten Commandments” ke dalam bahasa Melayu dan usaha itu kelihatan menampakkan hasil pada November 1545 di mana kelihatan masyarakat Kristian tempatan sudah mulai memahami serba sedikit ajaran Kristian.
Saat Pulau Pinang ditadbir oleh Inggeris antara 1786 sehingga 1941, banci 1833 menyebut terdapat 708 orang Kristian tempatan yang kebanyakan mereka adalah Katolik.
Pada era Inggeris juga iaitu 1843, misionari Benjamin Peach Keasberry pernah membuka chapel Melayu di Prinsep Street (Singapura) yang mana khalayak beliau antara lain ialah peranakan Cina seperti tokoh perniagaan Baba Nyonya yang terkenal iaitu Song Hoot Kiam. Di Sarawak pula pada 1852, seorang Serani Ceylonese bernama Reverend William Henry Gomes telah menterjemahkan “Prayer Book” ke dalam bahasa Iban dan Melayu. Sesungguhnya sejarah penggunaan bahasa Melayu untuk menyampaikan ajaran Kristian, dalam konteks ini kalimah “Allah” bukanlah baru.
Seperkara lagi yang sering diabaikan adalah, penganut agama Sikh juga menggunakan kalimah “Allah” dalam kitab suci mereka. Seorang penganut agama Sikh, Hardial Singh, dalam sepucuk suratnya kepada portal Malaysiakini misalnya menyatakan terdapat kalimah “Allah” dari kitab suci mereka.
Menurut Mohamad Mohshin Reza (2018) komuniti Sikh juga merujuk Tuhan mereka dengan pelbagai nama, yang mana salah satunya adalah Allah:
“Popular names of God addressed by the Sikh Gurus are Sat Naam (eternal reality), Akal Purukh (eternal one), Wahe Guru (wonderful Lord), Ik Oankar (Only One God). Many names of God represent the various qualities of One Supreme Being.
“There are also some other names of God. For example, Ram, Mohan (beautiful), Gobind (World Lord), Hari, Allah or Khuda (Creator).”
Pada 1885, satu episod sejarah yang tidak diketahui ramai adalah lawatan Sultan Abu Bakar ke Vatican untuk menemui Pope Leo XIII. Salah satu sebab musabab baginda disambut dan sudi diterima oleh Vatican pada tahun tersebut ialah kerana pada 1863, baginda telah mengizinkan Father Augustin Perie membuka sebuah chapel di Pontian, Johor dan sebuah lagi chapel di Air Hitam pada 1867.
Bahkan pada 1882, Sultan Abu Bakar telah menghadiahkan sebidang tanah untuk didirikan gereja kepada Father Casmir Jean Saleilles yang dibuka secara rasmi pada 29 Mei 1883. Untuk itu baginda telah dipuji oleh Apostolic Vicar of the Malayan Peninsula iaitu Bishop Eduardo Gasnier dalam sepucuk surat bertarikh 8 Mei 1882.
Setiausaha Sultan Abu Bakar, Abdul Rahman, pada 1894 pernah merekodkan kunjungan ke Vatican itu yang mana beliau menceritakan bagaimana Pope mengenali Johor menerusi pekan Pontian Besar.
Sudah masanya kita harus menyedari bahawa hal ini tidak dipermasalahkan sebelum ini, dan hanya menjadi satu bebanan mutakhir ini. - FMT
Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2021/03/pertemuan-sultan-abu-bakar-dan-pope-leo.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+MalaysiansMustKnowTheTruth+%28Malaysians+

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bbnu Bakar Kereta Honda City Kerana Berang Mangsa Beri Amaran Untuk Tidak Bermain Cinta Dengan Adik Perempuannya

Bbnu Bakar Kereta Honda City Kerana Berang Mangsa Beri Amaran Untuk Tidak Bermain Cinta Dengan Adik Perempuannya

papar berkaitan - pada 2/4/2021 - jumlah : 565 hits
The ReporterSeorang lelaki nekad membakar kereta milik abang teman wanitanya kerana berang hubungan percintaan mereka terhalang dalam kejadian Selasa lalu 30 Mac 2021 di Taman Menara Maju Ketua Polis Daerah Klang Selatan Asisten Komisioner ...
Solidariti Umno Bersama Dato Hjh Rosni Hj Zahari Dan Dato Armand Azha Abu Hanifah

Solidariti Umno Bersama Dato Hjh Rosni Hj Zahari Dan Dato Armand Azha Abu Hanifah

papar berkaitan - pada 13/3/2021 - jumlah : 251 hits
Solidariti UMNO Jubli Intan 75 Tahun Segmen baru Solidariti UMNO siri ke 2 dengan isu 75 Tahun UMNO Jubli Intan pada 11 Mei 1946 2021 yang akan menjelang tiba Jom kita dengar ulasan yang bernas dan jitu Bersama Dato Hjh Rosni Hj Zahari dan ...
Nasi Kukus Daging Kambing Bakar Di Nasi Kukus Sotong Besar Shah Alam

Nasi Kukus Daging Kambing Bakar Di Nasi Kukus Sotong Besar Shah Alam

papar berkaitan - pada 1/4/2021 - jumlah : 712 hits
Nasi Kukus Daging Kambing Bakar Dengan rasa manis yang berjus ditambah pula bau asap hasil sos lada hitam yang melekat pada dagingnya Nasi Kukus Kambing Bakar Sotong BesarJika anda seorang penggemar menu kambing bakar melalui gambaran di at...
Bakar Kereta Sebab Dimarahi Ganggu Adik Jurutera

Bakar Kereta Sebab Dimarahi Ganggu Adik Jurutera

papar berkaitan - pada 1/4/2021 - jumlah : 217 hits
Oleh MOHD YUNUS YAKKUB Shamsul Amar KLANG Berang dimarahi dan diberikan amaran mendorong seorang lelaki nekad membakar sebuah kereta milik seorang jurutera di sebuah rumah di Taman Menara Maju di sini semalam Kejadian khianat itu diketahui ...
Dah Tua Pun Main Cinta Lagi Ka Tak Puas Hati Kena Reject Warga Emas Bakar Motosikal Wanita Yang Dicintainya

Dah Tua Pun Main Cinta Lagi Ka Tak Puas Hati Kena Reject Warga Emas Bakar Motosikal Wanita Yang Dicintainya

papar berkaitan - pada 30/3/2021 - jumlah : 264 hits
Dah tua pun main cinta lagi ka Tak puas hati kena reject warga emas bakar motosikal wanita yang dicintainyaSeorang lelaki berusia 68 tahun tidak berpuas hati cintanya bertepuk sebelah tangan bertindak membakar motosikal seorang wanita yang ...
Betul Ke Bakar Emas Boleh Tahu Palsu Atau Asli

Betul Ke Bakar Emas Boleh Tahu Palsu Atau Asli

papar berkaitan - pada 31/3/2021 - jumlah : 894 hits
Betul ke emas palsu bila bakar jadi hitam Sifat emas sebenarnya lembut dan dapat mengalirkan haba Tapi kena tengok gred emas jugak di Malaysia kita ada pelbagai gred emas dari 999 9 hinggalah ke gred 375 Lagi tinggi gred emas bermakna purit...
3 Wni Korban Penyanderaan Kelompok Abu Sayyaf Berhasil Diselamatkan

3 Wni Korban Penyanderaan Kelompok Abu Sayyaf Berhasil Diselamatkan

papar berkaitan - pada 20/3/2021 - jumlah : 315 hits
Aparat keamanan Filipina telah melakukan penyelamatan tiga dari empat WNI yang disandera oleh kelompok teroris Abu Sayyaf Group Kamis Ketiga pria tersebut berasal dari Kabupaten Wakatobi Sulawesi Tenggara yakni AKM AD dan AR
Three Indonesian Fishermen Abducted By Abu Sayyaf In Sabah Rescued

Three Indonesian Fishermen Abducted By Abu Sayyaf In Sabah Rescued

papar berkaitan - pada 21/3/2021 - jumlah : 236 hits
Three Indonesians who were kidnapped by Abu Sayyaf in Sabah in January 2020 have been rescued by Filipino forces on Thursday The Indonesian Foreign Ministry in a statement said the three from Kabupaten Wakatobi Southeast Sulawesi were repor...
Stadium Sultan Ibrahim Menang Anugerah Stadium Terbaik Seluruh Dunia Bagi Tahun 2020

Stadium Sultan Ibrahim Menang Anugerah Stadium Terbaik Seluruh Dunia Bagi Tahun 2020

papar berkaitan - pada 12/3/2021 - jumlah : 327 hits
JOHOR BAHRU Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta zim terus menggegar gelombang tempatan dan serantau Kini gelanggang tuan rumah Stadium Sultan Ibrahim bernilai RM200 juta di Iskandar Puteri telah mendapat pengiktirafan global selepas menewaskan ...
Siapa Mencemarkan Kerajaan Madani Dalam Dbkl

Bendang

Strategi Ampuh Mengatasi Ketakutan Untuk Tindakan Proaktif

Santai Dan Rehat Walupun Dekat Tapi Menyeronokkan Di Putrajaya Marriott Hotel

Fries With Your Mcbaguette For Some Travelers Mcdonald S Is A Destination

Gerakan Or Mipp In Penang Urimai S Answer Both Irrelevant

Petanda Hubungan Percintaan Tidak Sihat

Makan Nasi Ayam Gepuk Top Global Yang Viral Masa Cuti Chinese New Year


echo '';
Kenapa Sistem Pemarkahan Sukan Tenis Pelik dan Aneh

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Jadikan Aku Bidadari Slot Akasia TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

10 Drama Melayu Terbaru TV3 2024 2025 Best Mesti Tonton Juga Tersedia Online


Kari Kepala Ikan Sedap Di Penang Restoran Pen Mutiara Batu Maung

Pengalaman Berdepan Situasi Terminal Lucidity

Shell Pulai Perdana 2 Livina

Pengomen Tegar Bertuah Untuk Tahun 2024 Siapakah Orangnya

Selamat Hari Lahir Buatku

Wanita Lari Dipercayai Ikut Tomboy