Pertembungan Akar Umbi Umno Pas Terengganu Sengit



Pertembungan akar umbi Umno-Pas Terengganu sengitPosted By: Pentadbiron: June 01, 2019 Print EmailWalau pucuk pimpinan PAS dan Umno mendakwa kerjasama antara kedua-dua parti itu berjalan dengan baik, pemimpin akar umbi melihat perkara sebaliknya berlaku di Terengganu.Pemimpin dan penyokong ini tidak dapat merasai kerjasama itu dan mengakui sukar untuk memulihkan hubungan antara kedua-dua pengikut parti Melayu itu.Ibrahim Ahmad, seorang penyokong Umno yang tinggal di Kampung Mak Kemas, Bukit Payong berkata beliau malah melihat keadaan semakin tegang di antara penyokong kedua-dua parti.“Mana ada hubungan baik? Pemimpin saja cakap macam itu tapi di sini sama saja. Sebelum dan selepas PRU14, kita tak rasa penyatuan ummah yang dicanangkan itu,” katanya.Keadaan itu diperhatikannya berlaku di Kampung Mak Kemas apabila timbul dakwaan terdapat usaha memecat semua ahli jawatankuasa pengurusan masjid termasuk imam dan bilal.Ibrahim, 65, mendakwa usaha itu dilakukan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) yang baharu dilantik selepas PAS menguasai kerajaan negeri.Ibrahim yang ditemui The Malaysian Insight di kampung itu berkata usaha yang dijalankan pada Mac itu bagaimanapun dibantah oleh kira-kira 200 jemaah masjid tersebut.Kampung Mak Kemas terkenal sebagai kubu kuat Umno di Terengganu, terletak dalam kawasan Parlimen Marang yang diwakili Presiden PAS Abdul Hadi Awang.Kampung Mak Kemas terletak bersebelahan dengan Kampung Padang Pak Su Man, yang majoriti warganya terdiri daripada penyokong PAS.Kawasan ini menyaksikan pergeseran serius antara kedua-dua kelompok penyokong parti apabila perseteruan PAS dengan Umno di Terengganu memuncak sekitar 80-an.Ia antara lain membawa kepada insiden kafir-mengkafir, solat jemaah dua imam dan pemulauan aktiviti antara kelompok parti yang menjadi tajuk utama laporan berita pada tahun-tahun tersebut.Usaha MPKK menukar jawatankuasa masjid itu pula mengingatkan orang Kampung Mak Kemas mengenai tindak-tanduk PAS selepas berjaya merampas Terengganu pada 1999.Ibrahim berkata beliau masih ingat tindakan anggota pentadbiran PAS mengunci kelas tadika Kemas setelah berjaya mengambil alih kerajaan negeri, kata Ibrahim.“Kejadian itu berlaku di sini. Tadika Kemas ditutup dan kanak-kanak terpaksa belajar di luar,” katanya yang menceritakan semula kejadian sewaktu Abdul Hadi Awang menjadi menteri besar.Ibrahim juga tidak percaya perseteruan di antara dua penyokong parti itu berakhir kerana surau yang dikuasai penyokong PAS itu tidak menunjukkan kemesraan.“Surau PAS” yang hanya kira-kira 100 meter daripada masjid Kampung Mak Kemas itu tidak menjemput mereka jika ada aktiviti kemasyarakatan dilakukan, katanya.“Surau itu sudah dua kali buat majlis buka puasa tapi tak pernah jemput orang sebelah sini,” katanya yang merujuk surau di Kampung Padang Pak Su Man.Mengulas kecurigaan itu, jemaah surau PAS di kampung Pak Su Man pula berkata mereka tidak menjemput kariah kampung Mak Kemas kerana ia hanyalah majlis kecil-kecilan.“Bukan kita tak nak jemput tapi kita buat kecil-kecilan saja, takut makanan tak cukup,” kata seorang anggota kariah, Zukri Talib, 53.Beliau juga menjelaskan, isu mengenai usaha mengganti AJK masjid Mak Kemas itu juga disebabkan jawatan berkenaan diisi oleh penyokong Umno.Usaha itu tetap dibantah anggota kariah di masjid Kampung Mak Kemas, Abdul Ghani Awang yang berkata AJK baharu tidak pernah menjejakkan kaki di rumah ibadat itu.“Sebelum ini mereka tidak pernah (ahli PAS) datang masjid ini untuk ambil tahu tapi kenapa bila menang tiba-tiba nak masuk sini?“Jadi mana penyatuan ummah yang digembar-gemburkan itu?” soal Abdul Ghani, 72 yang menjelaskan, jawatankuasa asal masjid itu masih dikekalkan susulan bantahan.Sementara itu, seorang penyokong PAS yang hanya mahu dikenali sebagai Ayub berkata bukan mudah untuk akar umbi memadamkan permusuhan dengan Umno.Katanya, mereka akur dengan arahan pucuk pimpinan PAS untuk berbaik-baik dengan penyokong Umno tetapi melihat kemesraan itu masih “jauh panggang dari api”.“Kita penyokong akan akur saja tapi itulah bak kata orang, situasi sebenarnya dekat Terengganu ini macam jauh panggang dari api.“Mungkin sebab kita dah berpuluh tahun tak baik, tiba-tiba kena baik, kekok sikit dan sudah tentu perlu masa tapi hubungan itu tidaklah kritikal sebelum PRU14,” katanya.Tambahnya, mereka lebih mudah menerima penyokong Amanah yang lebih diterima berbanding penkafiryokong Umno.“Ahli Amanah kita boleh terima sebab mereka ini dulu rakan seperjuangan, adik beradik susah senang bersama cuma sekarang pendirian berbeza.“Kalau bergaduh pun kejap saja berselisih sikit tapi kita tak buang ahli keluarga kita hanya kerana berbeza pendirian,” katanya.Kalangan pemimpin Pakatan Harapan Terengganu, pula menjangka akan mendapat untung daripada usaha kerjasama Umno dan PAS di negeri itu.Timbalan Pengerusi PH negeri Azan Ismail berkata kerjsama tersebut akan melemahkan kedua-dua parti PAS dan Umno kerana tidak akan dapat diterima oleh penyokong parti di negeri pantai timur.“Ini kerana sebahagian besar ahli PAS selama berpuluh tahun mereka bina kepercayaan tidak boleh terima amalan Umno kerana sifat nepotisme dan tidak meletakkan agama sebagai keutamaan,” kata pengerusi PKR negeri itu.Katanya bagi penyokong Umno juga tidak dapat menerima PAS kerana melihat amalan agama parti itu melampau, seperti Amanat Hadi yang membawa kepada pemusuhan pada tahun-tahun 1980-an.“Sebab itu di Pantai Timur kita mungkin akan menang (PRU15) sebab kesan itu terbalik tidak sama seperti di pusat,” katanya.Pada masa sama beliau berharap rakan politik dalam PH Amanah dan Bersatu untuk lebih memainkan peranan menarik ahli Umno dan PAS keluar daripada parti tersebut.“Kita masih berharap peranan parti Amanah berjaya menarik ahli PAS kerana itu motif penubuhan agendanya. Sama seperti Bersatu, tarik ahli Umno,” katanya.Jelasnya, PKR tiada masalah dengan usaha seperti itu kerana parti tersebut sememangnya terdiri daripada ahli berbilang kaum sejak dari awal penubuhannya

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2019/06/pertembungan-akar-umbi-umno-pas.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kenapa Arah Syazlin Tarik Diri Selepas 5 Bulan Umno Pas Soal Peguam Negara

Kenapa Arah Syazlin Tarik Diri Selepas 5 Bulan Umno Pas Soal Peguam Negara

papar berkaitan - pada 30/5/2019 - jumlah : 310 hits
May 29 2019 2 58 PMSidang media bersama Umno PAS yang dihadiri Takiyuddin Hassan Ismail Sabri Yaakob Mahdzir Khalid dan Ketua Wanita Umno Noraini Ahmad di ibu pejabat Umno hari ini KUALA LUMPUR Umno dan PAS hari ini mempertikaikan keputusan...
Electoral System Change Will Benefit Umno Pas Analyst

Electoral System Change Will Benefit Umno Pas Analyst

papar berkaitan - pada 30/5/2019 - jumlah : 339 hits
The way to convince Umno and PAS to support changing the country s electoral system is to convince them there is currently no party is in a stable political position said Sunway University political scientist Wong Chin Huat Wong who is advo...
Ph Needs To Address Race Issues To Beat Umno Pas

Ph Needs To Address Race Issues To Beat Umno Pas

papar berkaitan - pada 29/5/2019 - jumlah : 301 hits
Pakatan Harapan needs to take on the race debate or it will lose ground to the combined forces of Umno and PAS says Prime Minister Dr Mahathir Mohamad Speaking at a press conference today Mahathir defended recent controversial statements by...
Umno Pas Pertikai Peguam Negara Dalam Inkues Adib

Umno Pas Pertikai Peguam Negara Dalam Inkues Adib

papar berkaitan - pada 30/5/2019 - jumlah : 463 hits
Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan KUALA LUMPUR UMNO dan Pas hari ini mendakwa arahan supaya peguam Syazlin Mansor menarik diri daripada mewakili kerajaan dalam prosiding inkues kematian anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim ada...
Di Sebalik Perpaduwang Umno Pas

Di Sebalik Perpaduwang Umno Pas

papar berkaitan - pada 19/5/2019 - jumlah : 267 hits
Pada 17 Mei 2019Belum terlewat untuk saya mengucapkan setinggi tinggi tahniah di atas kemenangan Pakatan Harapan dalam Pilihan Raya Kecil Parlimen Sandakan Dakwaan bahawa sokongan rakyat kepada PH semakin merosot adalah tidak benar dan kepu...
Piagam Percepatkan Umno Pas Mereput Mahfuz

Piagam Percepatkan Umno Pas Mereput Mahfuz

papar berkaitan - pada 31/5/2019 - jumlah : 232 hits
Naib Presiden PAN Mahfuz Omar menjangkakan lebih ramai anggota PAS akan meninggalkan parti itu selepas piagam bersama Umno dimeterai Tambahnya dalam keadaan begitu apa yang berlaku seterusnya ialah proses pereputan kedua dua parti terbabit ...
The Bersatu Umno Pas Contention For Malay Hegemony

The Bersatu Umno Pas Contention For Malay Hegemony

papar berkaitan - pada 24/5/2019 - jumlah : 240 hits
William Leong Jee Keen Malaysiakini For the past one year since May 9 2018 the sound and fury of racial and religious rhetoric have pushed the agenda of social inclusion and moderation into the back burner Consider the following statements ...
Anwar Yakin Kerjasama Umno Pas Merosot Menjelang Pru15

Anwar Yakin Kerjasama Umno Pas Merosot Menjelang Pru15

papar berkaitan - pada 29/5/2019 - jumlah : 306 hits
Presiden PKR Anwar Ibrahim yakin kerjasama antara Umno dan PAS akan mula merosot apabila semakin hampir dengan PRU ke 15 ekoran perbezaan antara dua parti itu Menjelang PRU mereka akan berbalah berkenaan dasar dan idea katanya kepada pember...
Pemimpin Ph Takut Piagam Umno Pas

Pemimpin Ph Takut Piagam Umno Pas

papar berkaitan - pada 28/5/2019 - jumlah : 263 hits
FARAH SHAZWANI 27 May 2019Muhammad Khalil Abdul HadiKUALA TERENGGANU Reaksi negatif daripada kalangan pemimpin Pakatan Harapan khususnya DAP terhadap Piagam UMNO Pas menunjukkan mereka takut dan bimbang dengan kerjasama kedua dua parti itu ...
High Court Fixes 3 Additional Trial Dates To Complete 1mdb Case

Norjuma Didakwa Lima Pertuduhan Mencederakan Tiga Individu Lakukan Khianat

Since Mic Pointless Pn Confident Of Marginalised Indian Votes

The Evolution Of Adult Entertainment

Berjalan Bersama Pengguna Inovasi Pengalaman Interaktif Zuhyx

Menambat Selera Rakyat Malaysia Dengan Kebaikan Berasaskan Tumbuhanterbaharu Dari Nestl

Ministers Hit Out At Us Academic S Safety Claim

What You Should Know About New Construction Plumbing



10 Istilah Hampir Serupa Bahasa Inggeris Yang Kita Keliru Penggunaannya

5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan


Masak Lemak Ikan Bawal Cermin Dengan Belimbing Buluh

Utilizing Crowdfunding For Business

Pemandu E Hailing Pengguna Muslim Wajiib Abaikan Grab Kenyataan Media Ppim 26 04 2024

Selamat Bersara Contoh Ucapan Hari Persaraan Poster

Juyaya Semun Ngintu Gawai Chord

Bahaya Kemiskinan By Dr Hm Rakib S H Pekanbaru Riau