Pertanian Pintar Tingkat Hasil Sayur 10 Kali Ganda


Oleh Fahmy A Rosli  Penolong Pegawai Penyelidik MARDI, Muhammad Azizi Mohad Hoszaini memeriksa sayur di kilang tanaman yang menggunakan sinaran tiub diod pemancar cahaya (LED) pelbagai warna sebagai sistem pencahayaan menggantikan cahaya matahari di MARDI Serdang. - NSTP/Asyraf Hamzah SERDANG: Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) memperkenalkan model pertanian pintar yang boleh dilaksanakan dalam skala kecil, sederhana atau besar sebagai strategi meningkatkan pengeluaran sayur-sayuran dalam negara, bermula tahun depan.
Model pertanian secara tertutup menggunakan sistem rumah perlindungan hujan, mengguna pakai sistem pengairan dan pembajaan secara automasi melalui kawalan berkomputer atau aplikasi internet kebendaan (IoT), pencahayaan LED, penghawa dingin dan hidroponik bertingkat.
MARDI menyifatkan inisiatif itu sebagai strategi untuk meningkatkan pengeluaran sayur-sayuran dalam negara, sekali gus menangani isu kekurangan bekalan sayur disebabkan peningkatan permintaan, perubahan iklim dan bencana alam, sekali gus membantu menstabilkan harga dalam pasaran.
Kaedah itu juga dapat mengatasi masalah sisa kimia pada produk tanaman, menangani isu pencemaran air dan tanah hasil dari aktiviti perindustrian dan pertanian konvensional, selain meningkatkan jaminan bekalan dan keselamatan makanan.
Ketua Pengarah MARDI, Datuk Dr Mohamad Zabawi Abdul Ghani, berkata model berkenaan boleh memberi hasil lima hingga 10 kali ganda berbanding kaedah tanaman secara konvensional, dan mesra alam.

Ketua Pengarah MARDI, Datuk Dr Mohamad Zabawi Abdul Ghani. - NSTP/Asyraf Hamzah "Ia memberikan hasil tinggi, berkualiti dan jangkaan hasil lebih tepat dari segi pengeluaran sepanjang tahun tanpa gangguan disebabkan perubahan cuaca, ancaman perosak atau penyakit. Ia sudah dibentang dan diluluskan Lembaga Pengelola 
MARDI dan akan diperkenalkan pada tahun depan," katanya kepada BH.MARDI melabel projek berskala kecil sebagai model B40, skala sederhana (B40) dan skala besar (T20).
Mohamad Zabawi menjelaskan model B40 membabitkan penggunaan rumah perlindungan hujan berskala kecil yang boleh diusahakan di sekitar rumah.

Pegawai Penyelidik Kanan MARDI, Hamdan Mohd Noormemeriksa sayur yang menggunakan sistem penanaman hidroponik di MARDI Serdang. - NSTP/Asyraf HamzahBagi model berskala sederhana atau M40 pula, beliau berkata, ia merangkumi penggunaan kontena, manakala bagi model berskala besar (T20) membabitkan struktur bangunan bersaiz besar atau kilang untuk 'bercucuk tanam'.
Katanya, ketiga-tiga model itu akan mengguna pakai sistem pencahayaan lampu LED untuk menghasilkan formulasi cahaya buatan bagi membekalkan nutrien dan vitamin diperlukan tanaman serta penggunaan sistem tanaman hidroponik bertingkat.

Sistem penanaman sayur menggunakan kaedah hidroponik di MARDI Serdang. - NSTP/Asyraf HamzahModel pertanian menggunakan rumah perlindungan hujan dilihat penyelesaian jangka panjang kerajaan untuk mengatasi isu kenaikan harga barangan keperluan asas, termasuk sayur-sayuran disebabkan perubahan cuaca, khususnya setiap hujung tahun akibat hujan lebat, selain ancaman serangga perosak dan penyakit.
Sejak Oktober lalu, harga kebanyakan barangan makanan asas seperti sayur-sayuran dan ayam meningkat mendadak sehingga membebankan rakyat.
Persatuan pengguna mendakwa harga beberapa jenis sayur-sayuran meningkat sehingga 200 peratus. Antaranya kubis bunga daripada RM7 sekilogram kepada RM16, sawi pendek (RM3 kepada RM9), brokoli (RM8 hingga RM20), selain kacang buncis, kubis, cili merah dan cili hijau.
Mohamad Zabawi yakin pengenalan konsep plant factory (kilang tanaman) oleh MARDI akan mengatasi isu pengguna mengeluh mengenai harga sayuran dan kekurangan bekalan.

Ketua Pengarah MARDI, Datuk Dr Mohamad Zabawi Abdul Ghani (kanan) melihat tanaman menggunakan Green Kit di MARDI, Serdang. - NSTP/Asyraf HamzahDifahamkan modal diperlukan untuk menyediakan model berskala kecil yang dilengkapi dengan sistem asas serendah RM10,000, bergantung saiz kawasan dan rumah perlindungan hujan.
Model bersaiz sederhana, kosnya kira-kira RM200,000, lengkap dengan sistem pencahayaan lampu LED, hidroponik, pendingin hawa dan tenaga solar.
Kos model bersaiz besar pula boleh mencecah sekitar RM1.5 juta bergantung pada keluasan bangunan atau kilang dan dilengkapi sistem pengairan dan pembajaan secara automasi menggunakan pendekatan kawalan berkomputer atau aplikasi internet kebendaan (IoT), pencahayaan LED, penghawa dingin dan integrasi sistem kawalan hidroponik bertingkat.
"Kaedah ini mudah kerana tidak perlu dipantau setiap hari, sebab sistemnya berjalan sendiri. Tak perlu selalu siram sebab sudah ada sistemnya. Tak perlu juga sembur racun kerana tanaman berada di dalam rumah perlindungan hujan yang tertutup. Tiada perosak. Hasil lebih cepat tumbuh sebab tiada isu cuaca panas atau hujan," katanya.
Beliau berkata, walaupun kosnya agak tinggi tetapi manfaatnya besar untuk tempoh masa panjang.
Bagi memastikan model diketengahkan MARDI sampai kepada golongan sasar, beliau berkata, pihaknya turut bekerjasama dengan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO).
"Memandangkan NGO banyak bekerjasama dengan majlis agama negeri, kita berharap dapat menggunakan fasiliti atau bangunan terbiar milik majlis agama supaya golongan asnaf boleh menceburinya sebagai petani menerusi inovasi ini.
"Majlis agama ini ada banyak bangunan terbiar dan kita akan bekerjasama dengan mereka untuk memperkenalkan kilang tanaman, konsep tanaman dalam kontena. Kita nak bantu asnaf," katanya.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://dialograkyat.blogspot.com/2021/12/pertanian-pintar-tingkat-hasil-sayur-10.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kematian Populasi Tidak Divaksin 20 Kali Ganda Lebih Tinggi Berbanding Yang Divaksinasi

Kematian Populasi Tidak Divaksin 20 Kali Ganda Lebih Tinggi Berbanding Yang Divaksinasi

papar berkaitan - pada 10/12/2021 - jumlah : 193 hits
BERNAMA Dr Noor Hisham berkata trend kematian Covid 19 di Malaysia terus menunjukkan penurunan dengan liputan vaksinasi yang meluas Petugas kesihatan Hospital Orang Asli Gombak memberi suntikan vaksin Pfizer Bio Kematian akibat Covid 19 ada...
Uranus Pernah Dilanggar Objek Dua Kali Ganda Saiz Bumi

Uranus Pernah Dilanggar Objek Dua Kali Ganda Saiz Bumi

papar berkaitan - pada 18/12/2021 - jumlah : 199 hits
Oleh KOSMO Uranus berputar pada bahagian sisi dengan paksinya menghala hampir pada sudut tepat kepada kesemua planet lain dalam sistem suria Getty Images Science Photo Library RFLONDON Sekumpulan saintis membuat penemuan baharu bahawa Plane...
Pastikan Model Pertanian Pintar Mardi Capai Matlamat

Pastikan Model Pertanian Pintar Mardi Capai Matlamat

papar berkaitan - pada 7/12/2021 - jumlah : 202 hits
Oleh Laporan muka depan BH hari ini mengenai usaha MARDI memperkenalkan model pertanian pintar bagi meningkatkan pengeluaran sayur sayuran negara bermula tahun depan KUALA LUMPUR Kerajaan dan agensi berkaitan di bawahnya perlu memanfaatkan ...
Usia 3 Tahun Anak Tak Duduk Diam Meningkat 2 Kali Ganda Waktu Ni Dia Belajar

Usia 3 Tahun Anak Tak Duduk Diam Meningkat 2 Kali Ganda Waktu Ni Dia Belajar

papar berkaitan - pada 19/12/2021 - jumlah : 191 hits
Masuk usia 3 tahun memang kelasakan anak akan meningkat 2 kali ganda Berlari melompat memanjat dan berguling tu dah jadi lumrah hidup dia Sabar je la Anak sebenarnya sedang nak penuhi milestone perkembangan dia Bukan saja saja nak melasak P...
Kutipan Sampah Meningkat 10 Kali Ganda Selepas Banjir

Kutipan Sampah Meningkat 10 Kali Ganda Selepas Banjir

papar berkaitan - pada 22/12/2021 - jumlah : 249 hits
Selalunya kutipan sampah di kawasan ni katanya 1 tan metrik sahaja setiap hari Muzik https artlist io
Kebakaran Di Kali Pasir Cikini Petugas Berjibaku Padamkan Api

Kebakaran Di Kali Pasir Cikini Petugas Berjibaku Padamkan Api

papar berkaitan - pada 17/12/2021 - jumlah : 198 hits
Dikutip dari akun Twitter resmi BPBD DKI Jakarta BPBDJakarta kebakaran dilaporkan pada pukul 20 27 WIB Saat ini petugas pemadam kebakaran masih berjibaku menjinakkan api
Berulang Kali Keguguran Masih Ada Peluang Bersalin Dr Hamid Arshad Kongsi Tip

Berulang Kali Keguguran Masih Ada Peluang Bersalin Dr Hamid Arshad Kongsi Tip

papar berkaitan - pada 17/12/2021 - jumlah : 170 hits
Keguguran kali pertama mungkin masih boleh diterima namun jika berulang kali keguguran harapan untuk menimang cahaya mata pastinya terasa mustahil Itu anggapan sesetengah bakal ibu yang seakan sudah putus asa untuk mencuba Namun menurut mas...
Axis Y Complete No Stress Physical Sunscreen Kali Ini Dengan Formula Baharu

Axis Y Complete No Stress Physical Sunscreen Kali Ini Dengan Formula Baharu

papar berkaitan - pada 17/12/2021 - jumlah : 250 hits
Berbulan bulan menunggu akhirnya physical sunscreen yang paling dicari sudah kembali Berbanding dengan formulation lama yang tiada bau formulat baharu kali ni ada bau macam herbal ginseng like scent Tidak terlalu kuat bau tu slowly hilang s...
Addressing Flaws In Mrt3 S Strategy

Lirik Lagu Rasa Lia Aziz Ft Treehill

Yoursay Will Anything Come Out Of Ayer Keroh Accident Probe

Makan Tengah Hari Di Jeti Nelayan Kesang

Comment On Nasihat Untuk Mereka Yang Ingin Berkunjung Ke Sungai Kedondong Batang Kali Selangor By Zul

Merry Christmas And Happy New Year

Rakyat Digital Cara Daftar Senarai Kursus Percuma

Hiking Gunung Bubu Gerik


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Lirik Lagu Suara Hati Repvblik

Lirik Lagu Aiman Tino Wani Kayrie

We Didn T Force Staff To Attend Xmas Do Says Ministry

Criminal Lawyer Defends Public Whipping Of Man Convicted Of Khalwat

No Projects No Kemasukan Rm400k Linked To Kuamut Rep

Cat888 1 2024