Pastikan Model Pertanian Pintar Mardi Capai Matlamat


Oleh Latifah Arifin Laporan muka depan BH hari ini mengenai usaha MARDI memperkenalkan model pertanian pintar bagi meningkatkan pengeluaran sayur-sayuran negara, bermula tahun depan. KUALA LUMPUR: Kerajaan dan agensi berkaitan di bawahnya perlu memanfaatkan secara optimum dan efisien teknologi baharu berkaitan sektor pertanian dalam usaha menangani isu kekurangan bekalan hasil tani negara serta kenaikan harga bahan makanan yang membebankan pengguna.
Presiden Persatuan Kebangsaan Pekebun-Pekebun Kecil Malaysia (PKPKM), Datuk Aliasak Ambia, berkata teknologi yang ada ketika ini dilihat tidak dimanfaatkan sebaiknya dengan pelbagai kelompongan dikesan, sedangkan ia bukan benda baharu.
"Teknologi dalam pertanian bukan perkara baharu, sejak dulu lagi pelbagai penyelidikan dibuat, tapi isunya apabila sampai proses pelaksanaan, praktikaliti tiada. Sebelum buat projek pertanian (guna teknologi terkini), sepatutnya pihak berwajib kenal pasti apa yang ingin ditanam, berapa luas tanah disasarkan untuk setiap negeri.
"Misalnya di Negeri Sembilan, akan tanam hasil tani yang bagaimana, berapa lama tempoh untuk mendapat hasil dan lokasi bersesuaian. Bukannya bila sesak, dengan keadaan negara berdepan kekurangan makanan meruncing dan harga makanan naik, barulah teknologi baharu ingin diperkenalkan," katanya kepada BH.
Beliau mengulas laporan muka depan BH hari ini mengenai Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) bakal memperkenalkan model pertanian pintar yang boleh dilaksanakan dalam skala kecil, sederhana atau besar sebagai strategi meningkatkan pengeluaran sayur-sayuran negara, bermula tahun depan.
Inisiatif itu turut bermatlamat menangani isu kekurangan bekalan sayur, perubahan iklim dan bencana alam, sekali gus membantu menstabilkan harga di pasaran.
Aliasak berkata, satu jawatankuasa khas perlu ditubuh bagi memastikan inisiatif berkenaan dapat digerakkan dan mencapai matlamatnya kerana ada banyak isu perlu dipertimbangkan, antaranya soal pembiayaan, ketersediaan tanah bagi mengusahakan kaedah pertanian itu dan latihan kepada individu atau pihak berminat.
"Ini antara tugas Jabatan Pertanian kerana negara ada fasiliti yang diperlukan, tetapi masalahnya tidak tahu menggunakannya. Jika MARDI hendak buat (perkenal teknologi pitar), ia idea yang baik untuk jangka panjang, tetapi agak terlambat terutama untuk selesaikan krisis yang sedang dihadapi," katanya.
Tegasnya, penelitian semula termasuk pelaksanaan dasar bagi sektor pertanian perlu dibuat secara menyeluruh bagi memastikan setiap strategi yang diperkenalkan dapat memberi manfaat kepada semua pihak.
Sementara itu, Pengerusi Persatuan Penduduk Flat Dadimur (PPFD) di Taman Desa, Batu Caves, Shiella Tukimin, berkata inisiatif MARDI itu amat dialu-alukan, terutama bagi penduduk dalam kelompok pendapatan 40 peratus terendah (B40) untuk memperoleh pendapatan tambahan melalui aktiviti pertanian.
"Saya amat menyambut baik inisiatif sebegini, namun masalahnya sekarang, isu tanah sering menjadi kekangan terutama bagi kawasan flat. Jika ada tanah sekangkang kera di kawasan komuniti, berilah pelepasan. Sebelum ini kami pernah berurusan untuk guna tanah terbiar bagi projek kebun komuniti.
"Kami pernah minta melalui badan bukan kerajaan (NGO) dan persatuan penduduk, tetapi sampai sekarang tidak diluluskan oleh pihak berkuasa tempatan dan Pejabat Tanah," katanya menggesa pihak berkuasa bertanggungjawab memudahkan proses permohonan tanah terbiar untuk projek komuniti.
Shiella berkata, ramai berminat untuk mengusahakan projek pertanian kerana mahu menjana pendapatan dengan mengambil kira faktor kelembapan ekonomi semasa, namun ia akan terbantut jika permohonan menggunakan tanah terbiar tidak diluluskan.
Bagi peniaga, Nur Jihan Rozali, 35, isu kos bagi projek tanaman menggunakan teknologi pintar mungkin antara kekangan utama yang perlu ditangani terutama dalam kalangan kelompok B40 dan golongan berpendapatan 40 peratus sederhana (M40).
"Memandangkan inisiatif MARDI ini menggunakan sistem automatik, jadi tentu harganya lebih mahal kerana tidak banyak menggunakan khidmat pekerja dan perlu penjagaan harian sebagaimana kaedah konvensional.
"Kerajaan juga perlu melihat kelompok sasaran bagi merealisasikan strategi ini. Mungkin lebih baik disasarkan kepada golongan peniaga, bukan individu kerana isu utama perlu ada modal dan kedua, mereka boleh menambah pendapatan sampingan dengan menjual kembali sayur-sayuran yang diusahakan," katanya.
Penjawat awam, Azimin Daud berkata, usaha murni itu wajar disokong semua pihak kerana ia secara tidak langsung dapat mengatasi masalah bekalan sayur yang kritikal ketika ini.
"Masyarakat boleh memanfaatkan ruang yang ada di sekitar umah untuk sama-sama menyokong hasrat ini. Sekurang-kurangnya, sayur asas dan mudah ditanam seperti kangkong, bayam, sawi dan salad dapat dinikmati dengan hasil tangan sendiri dan terjamin bersih.
"Bagaimanapun, kerajaan perlu meneliti beberapa perkara antaranya undang-undang strata yang merujuk kepada pengurusan perumahan. Jika rumah ada halaman dan balkoni, mungkin boleh buat, tetapi tetap perlu menanggung risiko antaranya rungutan jiran sekiranya persekitaran tidak dijaga baik," katanya.
Katanya, perlu ada komitmen bersepadu membabitkan semua pihak bagi memastikan inisiatif MARDI itu mampu dijadikan realiti dan bukan sekadar projek bermusim.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://dialograkyat.blogspot.com/2021/12/pastikan-model-pertanian-pintar-mardi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Program Belia Usahawan Palimen Sg Petani Capai Matlamat

Program Belia Usahawan Palimen Sg Petani Capai Matlamat

papar berkaitan - pada 12/12/2021 - jumlah : 161 hits
Sesi kedua Program Belia Usahawan Muda anjuran Parlimen Sungai Petani di Pantai Merdeka Beach Resort berlangsung dengan jayanya pada petang tadi Terima kasih kepada semua peserta yang memberikan komitmen dan sokongan terhadap penganjuran pr...
Survei Indopol Kepuasan Terhadap 2 Tahun Kinerja Jokowi Ma Ruf Amin Capai 60 50

Survei Indopol Kepuasan Terhadap 2 Tahun Kinerja Jokowi Ma Ruf Amin Capai 60 50

papar berkaitan - pada 13/12/2021 - jumlah : 210 hits
Tingkat kepuasan publik terhadap kinerja Jokowi Ma ruf Amin tergambar dalam survei dilakukan Indopol Survey adn Consultant periode 19 27 November 2021
Laman Agroteknologi Mardi Tanjong Karang

Laman Agroteknologi Mardi Tanjong Karang

papar berkaitan - pada 24/11/2021 - jumlah : 219 hits
Laman Agroteknologi Mardi Tanjong Karang menyediakan pengalaman baharu kepada generasi muda untuk menikmati suasana kampung khususnya yang mempunyai kaitan dengan industri penanaman padi Sesuatu pengalaman biasa bagi mereka yang tinggal di ...
Selama Pandemi Kekerasan Seksual Perempuan Dan Anak Di Aceh Capai 697 Kasus

Selama Pandemi Kekerasan Seksual Perempuan Dan Anak Di Aceh Capai 697 Kasus

papar berkaitan - pada 12/12/2021 - jumlah : 166 hits
Angka kekerasan seksual terhadap perempuan dan anak di Aceh dari Januari sampai September 2021 mencapai 697 kasus Hal ini berdasarkan data dari Unit Pelaksana Teknis Daerah Perlindungan Perempuan dan Anak Aceh
The Red Sleeve Capai Rating Tertinggi Happiness Catat Peningkatan Menjelang Finale

The Red Sleeve Capai Rating Tertinggi Happiness Catat Peningkatan Menjelang Finale

papar berkaitan - pada 11/12/2021 - jumlah : 308 hits
Drama MBC The Red Sleeve terus mendominasi senarai drama Jumaat malam Pada 10 Disember rating penonton drama sejarah romantik popular lakonan Lee Junho dan Lee Se Young itu telah mencapai tahap tertinggi setakat ini Menurut Nielsen Korea Th...
Volume Kubah Lava Tengah Gunung Merapi Capai 3 Juta Meter Kubik

Volume Kubah Lava Tengah Gunung Merapi Capai 3 Juta Meter Kubik

papar berkaitan - pada 11/12/2021 - jumlah : 243 hits
Pantauan Balai Penyelidikan dan Pengembangan Teknologi Kebencanaan Geologi Yogyakarta menunjukkan volume kubah lava tengah Gunung Merapi telah mencapai 3 juta meter kubik
Bangunkan Perisian Sendiri Remaja Pintar It Raih Pendapatan Rm50 000

Bangunkan Perisian Sendiri Remaja Pintar It Raih Pendapatan Rm50 000

papar berkaitan - pada 29/11/2021 - jumlah : 180 hits
KUALA LUMPUR Muhammad Akmal Hazim Hafizul Rasydan bukan remaja sebarangan kerana dalam usianya yang baru menjangkau 14 tahun dia sudah mempunyai kira kira 400 pelanggan dan meraih pendapatan lumayan sebanyak RM50 000 daripada perisian yang ...
Sistem Operasi Telefon Pintar Pilihan Pemberi Maklumat Cia

Sistem Operasi Telefon Pintar Pilihan Pemberi Maklumat Cia

papar berkaitan - pada 13/12/2021 - jumlah : 217 hits
Edward Snowden ialah salah satu nama yang paling terkenal dalam kalangan pemberi maklumat yang berkaitan CIA dan NSA Selepas bekerja dengan CIA dan NSA pada 2013 dia melarikan diri dari AS dan membocorkan beribu ribu dokumen rahsia NSA mend...
Apresiasi Klaster Pertanian Binaan Bri Menteri Bumn Petani Juga Bisa Jadi Miliarder

Apresiasi Klaster Pertanian Binaan Bri Menteri Bumn Petani Juga Bisa Jadi Miliarder

papar berkaitan - pada 7/12/2021 - jumlah : 194 hits
Menteri Badan Usaha Milik Negara RI Erick Thohir bersama Direktur Utama BRI Sunarso pun datang langsung untuk memantau dan mengunjungi klaster usaha pertanian bernama Al Barokah yang telah berhasil menjalankan usahanya sejak 2015
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

Merry Christmas 2024


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


How To Plan A Stress Free Family Vacation

Wan Rosdy Insentif Kecemerlangan Pendidikan Kerajaan Pahang Sedia Peruntukkan Sebanyak Rm1 Juta

Keropok Ikan Tamban Trengganu Nipis Dan Sedap

Tapau Mfc Fried Chicken

Yuzu Cha

Usah Terikut Ikut Provokasi Pihak Tertentu Pertikai Pelantikan Tun Musa