Pertama Kali Masak Makan Kulit Lembu


Masih lagi dalam mood Raya Haji dan aku tak tahu kenapa, tapi sejak sebelum raya lagi aku tiba-tiba jadi teringin sangat nak rasa kulit lembu. Lepas tengok Umi Cikin review dan masak kulit lembu membuak-buak rasa nak cuba juga. Setelah banyak kali tahan diri akhirnya aku beli juga kulit lembu dekat tiktok.
Sebelum ni aku banyak tengok video resepi Sambal Tahun, kan dalam tu ada letak kulit lembu jadi aku curious sangat rasa dia. Inilah kesan kalau banyak sangat scroll Tiktok. Ahaks. Rupa-rupanya boleh masak macam-macam jenis masakan guna kulit lembu. Dah lama hidup baru aku tahu. Ada orang masak sup, gulai, sambal dan masak lemak cili padi. Paling popular setakat ni sambal tahun resepi orang jawa tu lah. Siap jual yang dah siap masak.

kulit lembu memang kaya dengan kolagen dan banyak manfaat untuk kesihatan. Kolagen dari kulit lembu dipercayai dapat membantu meningkatkan keanjalan kulit, mengurangkan kesakitan sendi, dan memelihara kesihatan tulang. Kulit lembu banyak digunakan dalam produk-produk kesihatan dan kecantikan.




 

Pertama Kali Masak & Makan Kulit Lembu Harap jangan ada yang terasa dengan perkataan yang aku gunakan dalam artikel kali ini. Maklumlah aku ni kira newbie untuk makanan eksotik. By the way aku menghargai setiap makanan yang wujud dalam dunia ni. Aku boleh habiskan masa yang lama tengok video orang makan Balut. Adoi. Tak terniat nak cuba pun.

Jadi aku teruskan niat nak cuba. Aku ada jumpa satu seller jual kulit lembu dah siap bakar dan sudah direbus dekat TikTok Shop. Baca review okay, harga lebih murah berbanding yang Umi Ciken review (ada sebab dia). Jadi aku pun beli sekilo untuk cuba sendiri. Aku kongsi berdasarkan pengalaman aku yang pertama kali cuba dan masak sendiri kulit lembu tau. Gigih ya.
 

Beli Kulit Lembu Di Tiktok Shop Aku beli kulit lembu di dari seller di Tiktok Shop. Semua benda ada jual dah sekarang. Hari tu ada orang jual batu bata, ada orang jual angin pantai. Adoi kelakar tapi entah lah eh betul ke tidak. Packaging bagus, vacuum-sealed, bungkus dengan kotak dan ais kering. Waktu aku terima kulit lembu dah tak sejuk tapi masih dalam keadaan elok. Tidak berbau. Dua hari juga baru aku dapat.

Harga aku beli dengan seller adalah RM22 untuk 1 kilogram. Seller yang jual paling murah aku jumpa. Tapi walaupun dia tulis Kulit Lembu siap bakar dan rebus hakikatnya kulit tu masih keras dan kenyal. Jadi logik kenapa harga dia murah. Kena letak extra effort bab nak bersihkan semula. Kalau korang tak rajin beli je yang memang dah ready to cook okay.



Sekilo tu boleh banyak kali masak. Nak mudahkan kerja aku bersihkan semua dan rebus bagi dia empuk dan aku frozenkan. Kiranya aku beli kulit yang dah direbus separuh. Part ni kalau sesetengah orang lebih rela beli yang dah siap dibersihkan je.



 

Kulit Lembu Masak Gulai Cili Api Plan asal aku nak tiru resepi dalam Tiktok tapi last minute aku olah ikut selera sendiri. Masak ala gulai cili api tapi aku tumis dan campur bawang besar. Letak pula banyak cili bagi pedas memang sedap.



Aku potong kecil-kecil, rebus guna periuk nasi bagi empuk, kemudian tumis cili api, serai, halia, kunyit hidup, masuk santan, dan masukkan kulit lembu tu. Aku campur kentang nak bagi meriah. Masak sampai kuah pekat. Ada orang cakap rasa kulit lembu tu agak sama dengan urat keting dan perut lembu disebabkan tekstur dia. Ya aku akui agak sama terutama bab kenyal tu. Cuma urat keting takde bau langsung. Kulit pula lebih kenyal dari perut lembu.



Kulit lembu ni ada rasa kenyal yang seronok dikunyah, tapi kalau tak biasa memang akan rasa pelik sikit. Dari segi bau, dia memang ada bau ‘lembu’ yang kuat. Jadi kena dengan masakan tertentu supaya bau tu tak ketara sangat.

Untuk yang nak cuba biasakan makan urat keting dulu. Aku masak dan suami boleh telan. Kira lulus la sebab tekak suami aku tekak cerewet. Benda berbau ni dia akan tolak.

 




Secara jujur, aku boleh terima rasa dia. Semestinya aku akan repeat lagi di masa hadapan bila craving kolagen. Tapi aku rasa tak semua orang akan suka, especially yang tak biasa makan bahagian organ lembu macam perut, hati, limpa. Kalau korang memang jenis suka makan urat, perut, kaki lembu, confirm boleh masuk kulit lembu ni.  


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.rodiahamir.com/2025/06/pertama-kali-masak-makan-kulit-lembu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Masak Steak Guna Daging Lembu Tempatan

Masak Steak Guna Daging Lembu Tempatan

papar berkaitan - pada 24/6/2025 - jumlah : 143 hits
Assalamualaikum WBT BANYAK nak cerita tapi nampaknya masa sungguh mencemburui Kadang kadang pelik bila tengok orang yang kata sibuk sampai tak ingat nak makan bila dah melaluinya baru faham apa erti busy hihihi Busy yang tiba tiba pulak tu ...
Jumpa Kali Pertama Artis Terus Lakukan Amang Seksual

Jumpa Kali Pertama Artis Terus Lakukan Amang Seksual

papar berkaitan - pada 6/6/2025 - jumlah : 116 hits
Ruwaida Md Zainam hmetro com myShah Alam Polis Diraja Malaysia Kontinjen Selangor sudah merakam percakapan seorang pelakon dan penyanyi lelaki yang didakwa melakukan amang seksual ke atas seorang remaja perempuan baru baru ini Ketua Polis S...
Kali Pertama Korban Eidul Adha

Kali Pertama Korban Eidul Adha

papar berkaitan - pada 10/6/2025 - jumlah : 138 hits
Kali Pertama Korban Eidul Adha Alhamdulillah setelah berpuluh tahun hidup inilah kali pertama aku menyertai program korban di kampung Walau niatnya telah lama dibuat tahun ni rasa mudah je keluar duit Mungkin rasa dah tua kot sedangkan beka...
Rafizi Ucap Selamat Tinggal Kongsi Cabaran Jadi Menteri Buat Kali Pertama

Rafizi Ucap Selamat Tinggal Kongsi Cabaran Jadi Menteri Buat Kali Pertama

papar berkaitan - pada 17/6/2025 - jumlah : 130 hits
Fahmy A Roslifahmy azril bh com myKuala Lumpur Datuk Seri Rafizi Ramli berkongsi pengalaman pertama kali berkhidmat sebagai menteri Sepanjang menerajui Kementerian Ekonomi beliau akui perlu mengetahui selok belok kementerian lain kerana sko...
Jika Anwar Kekal Pm Pas Susah Cari Makan Undi La Dalam Parlimen Banyak Kali Dah Dicabar

Jika Anwar Kekal Pm Pas Susah Cari Makan Undi La Dalam Parlimen Banyak Kali Dah Dicabar

papar berkaitan - pada 16/6/2025 - jumlah : 138 hits
Dari PSB ke Turun Anwar Bukan suara rakyat tapi politik bebal Pemuda Pas jahil PerlembagaanHarapandailyJune 14 2025Oleh DR SHAH NOR BASRIHimpunan Turun Anwar yang dirancang pada 26 Julai 2025 kononnya sebagai suara rakyat menolak kepimpinan...
Pertama Kali Jejak Kaki Di Menara Kuala Lumpur Kl Tower

Pertama Kali Jejak Kaki Di Menara Kuala Lumpur Kl Tower

papar berkaitan - pada 18/6/2025 - jumlah : 186 hits
Encik suami tanya nak jalan jalan pergi KL Tower tak Kita pun tak fikir panjang laju je cakap nak Jadi hari terakhir encik suami balik kerja terus pergi Menara Kuala Lumpur Kuala Lumpur Tower Ini kali pertama saya jejak kaki di KL Tower Sel...
Kes Selebriti Amp Remaja 17 Tahun Polis Maklumkan Kali Pertama Suspek Bawa Mangsa Ke Hotel

Kes Selebriti Amp Remaja 17 Tahun Polis Maklumkan Kali Pertama Suspek Bawa Mangsa Ke Hotel

papar berkaitan - pada 6/6/2025 - jumlah : 120 hits
Penyanyi dan pelakon terkenal yang ditahan Rabu lalu baru pertama kali melakukan amang seksual terhadap seorang remaja perempuan yang berusia 17 tahun Memetik laporan Kosmo Online Ketua Polis Selangor iaitu Datuk Hussein Omar berkata siasat...
Sayang Korang Kali Pertama Ke Malaysia Babymonster Cipta Kenangan Indah Bersama 16 000 Peminat

Sayang Korang Kali Pertama Ke Malaysia Babymonster Cipta Kenangan Indah Bersama 16 000 Peminat

papar berkaitan - pada 22/6/2025 - jumlah : 133 hits
Semalam BABYMONSTER telah terbang ke Malaysia untuk konsert jelajah Hello Monsters yang berlangsung di Axiata Arena Artikel Berkaitan Dengan lebih kurang 16 000 peminat memenuhi stadium BABYMONSTER pastinya semakin bertenaga dan memang all ...
T22d02 Gigi Susu Aina Tercabut Buat Pertama Kali

T22d02 Gigi Susu Aina Tercabut Buat Pertama Kali

papar berkaitan - pada 22/6/2025 - jumlah : 186 hits
Keterangan Gigi Aina tercabut buat pertama kali ketika Master Aina dan Aidan menunggu Mummy selesai temujanji dengan doktor di Hospital Pantai Kuala Lumpur Peristiwa ini berlaku dalam kereta Subaru XV STI sewaktu Aina minum susu botol Gigi ...
Ayam Gunting Dan Enoki Goreng Crispy Pedas

Recommended By

Salam Maal Hijrah 1447h Untuk Tahun 2025

Ready To Rip A Sublime Yamaha Rd350 Street Tracker From Virginia

Cara Langgan Starlink Di Malaysia Panduan Lengkap 2025

Seni Resin Art Keindahan Teknik Dan Kenapa Makin Ramai Jatuh Hati

From Panel To Screen Why Webtoons Are Hollywood S Next Blockbuster Pipeline

Malaysian Couple Defy Norms Celebrate Love Despite Disability


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Jyp Entertainment Dikecam Teruk Akibat Prestasi Carta Yang Mengecewakan

Masalah Akses Tercetus Kenapa Anda Tidak Dapat Mengakses Laman Ini

Tun M Keletihan Lepas Kayuh Basikal 9km Sempena Sambut Kelahiran Ke 100 Janganlah Bagi Dia Aktiviti Lasak

Ikut Campur Masalah Keluarga Punca Penyanyi Lagenda Serang Shila Amzah Suspek Tak Puas Hati

Atlet Tenis India Maut Ditembak Bapa Empat Kali Ketika Sediakan Sarapan

22 Years Fighting To The Top 3 Years To Lose The People