Pertama Kali Jejak Kaki Di Menara Kuala Lumpur Kl Tower


Encik suami tanya nak jalan-jalan pergi KL Tower tak? Kita pun tak fikir panjang, laju je cakap nak! Jadi, hari terakhir encik suami balik kerja terus pergi Menara Kuala Lumpur/ Kuala Lumpur (KL) Tower.
Ini kali pertama saya jejak kaki di KL Tower. Selama ni dok ambil gambar dari kejauhan je. Inilah masanya untuk sampai di sini. Selalu pergi KL weekend, mestilah ramai orang. Itu yang malas tu

Menara Kuala Lumpur/Kuala Lumpur Tower (KL Tower)Terletak di Jalan Punchak off Jalan P. Ramlee, Kuala Lumpur. Nama rasminya Menara Kuala Lumpur dengan ketinggian 421 meter (termasuk antena) yang siap dibina pada tahun 1995.
Fungsinya sebagai menara telekomunikasi dan tempat pelancongan

Tarikan utama di Menara Kuala LumpurDek Pemerhatian (Observation Deck)Lebih tinggi dari jambatan udara (Skybridge) Menara Berkembar Petronas. Disini pengunjung dapat menikmati permandangan panorama bandar Kuala Lumpur

Sky Terrace/ DeckRuang terbuka untuk melihat pemandangan 360° dari aras tinggi. Dapat melihat permandangan lebih jelas lagi. Tempat yang menarik untuk melihat matahari terbenam

Sky Box/ Glass BoxKotak kaca yang sedikit menonjol keluar dari Sky Deck/Terrace dapat menyaksikan permandangan dibawah dengan lebih jelas. 
SkywalkRasakan pengalaman berjalan di deck mengelilingi Menara Kuala Lumpur dan menyaksikan panorama bandar Kuala Lumpur. Aktiviti yang ekstrem. Sekarang ditutup, masih dalam proses renovasi.  
Restoran Berputar  (Atmosphere 360/ Orbit Revolving DiningRestoran mewah yang menyajikan pelbagai jenis masakan tempatan dan antarabangsa dengan ketinggian 282 meter dari paras bumi. Disini pengunjung dapat menikmati keindahan panorama bandar Kuala Lumpur sambil menikmati hidangan

Perkampungan Budaya (Cultural Village)Sebuah kampung budaya yang mempamerkan budaya dengan pameran rumah-rumah tradisional Melayu dan persembahan budaya di kaki menara.

Hutan Simpan KL (KL Forest Eco Park)Hutan simpan kekal tertua di Malaysia yang terletak di tengah bandar Kuala Lumpur. Juga dikenali dengan nama Bukit Nanas Forest Reserve or Hutan Simpan Bukit Nanas. Tempat beriadah yang menarik dengan keindahan alam semulajadi lengkap dengan laluan kanopi

Banyak tarikannya Menara KL ni dan begitulah sedikit sebanyak maklumat tentang Menara KL. Walaupun dah lama dibina tahun 1995, tahun 2025 baru dapat jejak

Parkir keretaBoleh parkir di mana-mana di bawah tu asalkan dalam kotak parkir. Baru parkir je dah datang pengutip duit parkir. RM10 harga parkir. Guna kad debit


Dah elok parkir, ambil gambar Menara KL dulu dari bawah. Sakit kepala mendongak ke atas cari sudut yang sesuai

5x zoom
Ingatkan tak ramai, rupanya ramai orang juga ye. Macam ramai pelancong dari India. Kami sebenarnya nak beli tiket online di aplikasi klook. Tapi masa sampai situ baru nak beli tiket online tak available pula. Ada tarikh untuk esok dan seterusnya

Tak dapatlah harga murah, terpaksalah walk in beli di kaunter dengan harga rate biasa. Itulah tak beli awal-awal. Dah sampai malas nak pula dan datang esoknya. Esoknya hari Sabtu lagilah ramai pengunjung

Untuk rakyat Malaysia kena beli tiket di kaunter, tunjuk kad pengenalan/ identity card (IC) sekali. Yang Self service ticketing kiosk ni untuk pelancong luar. 

Sementara Encik Suami beli tiket, saya ambil gambar sekitarnya. Depan bahagian kaunter ada ruang santai. Ramai jugalah yang lepak di sini ambil gambar


Harga tiket Menara KL/ KL Tower ticket priceWarganegara MalaysiaObservation deck : RM30/ Dewasa | RM20/ Kanak-kanakSky Terrace : RM50/ Dewasa | RM28/ Kanak-kanakCombo : RM55/ Dewasa  | RM30/ Kanak-kanak
Kami beli tiket combo lebih jimat dan berbaloi. Selepas beli tiket akan melalui security check. Tak pasti barang apa yang tak boleh dibawa masuk. Mungkin barang-barang yang membahayakan. 
Kami lalu tanpa ada apa-apa halangan. Lancar perjalanan masuk tanpa perlu beratur panjang. Beli tiket terus masuk


Beratur menunggu lif untuk ke atas. Setiap lif dikawal oleh staff dengan teratur. Dah cukup kuota dia akan lepaskan group by group. Tapi tak padatlah macam sardin. Masih selesa. 

Kami diarahkan untuk ke sky terrace dahulu. Keluar dari pintu ini selepas keluar lif

Sky TerraceLantai sky terrace beralaskan rumput tiruan. Kalau tak silap sebelum ni saya tengok hanya lantai tiles sahaja.  Dinding pun menarik dengan lukisan mural dinding. Dari sky terrace ni kita boleh jalan disekelilingnya tapi tak sampai pusing sepenuhnya sebab ada bahagian exit

Di sini kita dapat menyaksikan permandangan luas dari aras tinggi menara. Banyak bangunan ikonik yang dapat dilihat dari sini. Berjalan lah sepuasnya dan nikmatilah dengan santai dan tenang. 

Ada juga tangga tempat untuk ambil gambar. Kami berdiri dan wefie je di sini. Tak bawa tripod untuk bergambar berdua dengan lebih baik. Kita wefie je lah ye. Harini tema denim dan hitam. Saya mengenakan seluar bewarna beige. Lari tema sikit.


Waktu petang tengah golden hour cahaya memancar tapi tak panas. Tenang sambil ditiup angin sepoi-sepoi bahasa. Sesekali disapa angin sejuk


Ramai juga yang membeli tiket naik ke sini. Ramai tapi tak sesak pun. Dapatlah mengambil gambar Menara KLCC/ KLCC Tower dari jarak dekat sikit. Selama menginap di hotel nampak jauh je kan. 

Kelihatan Hotel Lexis di situ. Di kawasan ni semua hotel-hotel hebat. Dekat dengan KL Tower dan KLCC. Haruslah mahal kan. Paling mahal yang saya tahu W KL Hotel kot. Ke ada mahal lagi


Menara Merdeka 118 tersergam indah dipanah cahaya matahari. Berkilat silau melihatnya. Ambil gambar bahagian atas menara je


Dari kejauhan juga nampak Pintasan Saloma (Saloma Bridge) yang pernah saya pergi sebelum ni. Dari atas baru nampak jelas kawasan perkuburan di bawahnya tu


Oh, nampak Bangunan Berjaya Times Square. Teringat pula kenangan bersuka ria di Berjaya Time Square Theme Park dalam tu. Lama tak jejak Times Square. 

Tak dilupakan Menara TRX yang masih baru dibina. Tak pernah jejak lagi. 

Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dah 2 kali datang menghadiri majlis pernikahan sepupu encik suami dan pernikahan anak buah. 

Sky boxNampak macam menarik je bergambar di Skybox ni. Berada di atas lantai kaca dan nampak permandangan bawah. Kita pun ajak encik suami bergambar di sini. Tapi kena beli tiket lah. Beli di kaunter pintu keluar dari lif tadi. RM10/ Dewasa. 

Ada photographer sekali. Dialah yang tukang ambil gambar kita. Boleh pilih nak ambil guna handphone kita sendiri atau guna DSLR dia punya. Kami pilih guna handphone sendiri je

Dia lah yang suruh buat gaya itu ini. Kami turutkan je. Lepas dia ambil gambar, kita akan diberikan masa 45 saat je untuk ambil gambar sendiri di sini. Boleh selfie ke video ke apa-apalah dalam masa tersebut

Gelabah sungguh lah nak bergambar dalam masa yang singkat tu. Tak puas rasanya. Bila dah habis masa, terpaksalah kita beredar pergi bagi laluan untuk mereka yang menunggu

Hasil gambar yang diambil oleh photographer. Mula-mula nak ke hujung sky box ni gayat juga. Encik suami dah gigil lutut sebab dia gayat. Saya dulu tak gayat, sejak akhir-akhir ni macam gayat. Tapi gayat yang boleh dibendung lagi


Saja mencabar diri berada di tempat tinggi atas lantai kaca tembus pandangan ke bawah. Seram wooo...Dah bergambar berdiri, disuruh duduk pula. 

Bila ambil gambar sendiri kena cepat-cepat. Dapatlah beberapa keping je. Kejar masa, jari pun kena cepat-cepat menekan screen


Gambar terakhir yang sempat di rakam di Sky box. Jadilah buat ada-ada. Sepatutnya kena depan lagi atas lantai kaca nampak permandangan bawah tu. Sebelum bergambar di sini, silalah fikir dulu nak ambil gambar macamana. 

Selepas bergambar di Sky box, duduk sebentar menyaksikan matahari terbenam (sunset) dari Menara Kuala Lumpur.


Tak lama lepas tu jomlah kita turun ke Observation deck pula. Kembali ke laluan menuju lif di tengah menara. Lampu ditengahnya lain daripada lif bawah. Masih cantik untuk dipandang


Observation DeckPintu masuk laluan ke Observation deck. Suasana sedikit malap dan suram sebab tertutup kan. Suasana hampir malam


Paling ramai di observation deck. Saya cari yang kurang ramai. Rata-rata yang datang sini hanya pergi observation deck je sebab tiketnya lagi murah. 

Teropong/binokular disediakan. Dapatlah teropong permandangan luar secara dekat. Ada orang kata pening tengok. Tapi saya okay je. Tak sakit mata mahupun pening kepala. Mungkin jangan dekat sangat dengan teropong tu kot


Permandangan Menara KLCC dari observation deck pula. Nampak kurang cantik kalau ambil gambar sebab ada pembiasan cahaya dari dalam.

Bahagian World Tallest Tower memaparkan menara-menara tinggi di seluruh dunia. Boleh tambah ilmu di sini


Tak lengkap rasanya kalau di sesebuah tempat tu tak ada jual souvenir. Takkan tidakkk..Mesti ada! 

Tak lama kami di observation deck sebab dah hampir waktu Maghrib. Jomlah kita pulang. Masa turun lif, kami berdua je. Dapatlah ambil kesempatan ambil gambar dalam lif Menara Kuala Lumpur


Di bahagian bawah menara ada juga Mini Theatre. Tak sempat kami nak masuk dan tahu isi dalamnya, kami harus pulang


Sebelum masuk kereta, potretkan sekali lagi Menara Kuala Lumpur dengan permandangan waktu malam


5x zoom
Menara Merdeka 118 permandangan waktu malam juga nak masuk bingkai gambar. Cantiknya berlampu pada waktu malam. Macam lukisan pula



Sekian cerita di Menara Kuala Lumpur. Pengalaman yang  menyeronokkan. Cuma kecewa sikit sebab skywalk tu tutup. Terima kasih Encik Suami. Lepas ni kena ke Menara KLCC pula. Pernah pergi Petro Sains je dulu dengan Aquaria. Naik menara dan jambatan tu belum lalu. 
Takpun dapat ke Menara Kuantan 188 pun okay sebab ada skywalk di sky deck juga kan

Waktu OperasiMenara Kuala Lumpur ni dibuka setiap hari bermula jam 9.00 pagi. Untuk lebih lanjut boleh rujuk website Menara Kuala Lumpur



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.azhafizah.com/2025/06/kl-tower.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kali Pertama Korban Eidul Adha

Kali Pertama Korban Eidul Adha

papar berkaitan - pada 10/6/2025 - jumlah : 109 hits
Kali Pertama Korban Eidul Adha Alhamdulillah setelah berpuluh tahun hidup inilah kali pertama aku menyertai program korban di kampung Walau niatnya telah lama dibuat tahun ni rasa mudah je keluar duit Mungkin rasa dah tua kot sedangkan beka...
Aidil Adha Tetap Meriah Di Kuala Lumpur Sambil Bonding Dengan Adik Beradik

Aidil Adha Tetap Meriah Di Kuala Lumpur Sambil Bonding Dengan Adik Beradik

papar berkaitan - pada 12/6/2025 - jumlah : 158 hits
Tahun ni macam mood raya tu kurang sejak Aidil Fitri lagi dan sekali lagi kami tak balik Kedah Bukan sekadar tak balik kampung pertama kali raya ni tiada kuih raya mahupun baju baru Memang cukup ala kadar sambutan kami di Kuala Lumpur tapi ...
Menjelang Aidiladha Aliran Trafik Perlahan Di Lebuh Raya Utama Meningkat Di Lebuhraya Kuala Lumpur Karak

Menjelang Aidiladha Aliran Trafik Perlahan Di Lebuh Raya Utama Meningkat Di Lebuhraya Kuala Lumpur Karak

papar berkaitan - pada 6/6/2025 - jumlah : 108 hits
KUALA LUMPUR Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama dilaporkan sesak dan perlahan setakat jam 5 petang ini susulan pertambahan kenderaan warga kota yang keluar untuk menyambut Aidiladha di kampung halaman masing masing Jurucakap Lembaga...
Check In 4 Hari 3 Malam Di Hotel Hilton Garden Inn Kuala Lumpur North

Check In 4 Hari 3 Malam Di Hotel Hilton Garden Inn Kuala Lumpur North

papar berkaitan - pada 16/6/2025 - jumlah : 162 hits
Encik suami ada urusan di sebuah hotel di Kuala Lumpur Nak menginap di hotel tersebut macam tak ada bajet Semalam je pun dah cecah hampir 1k Tengah bulan pula tu kan Nak menginap sehari okay lagi tapi kalau menginap 4 hari 3 malam jauh sang...
Kuala Lumpur To Host M360 Asean 2026 Fueling Regional Tech Vision

Kuala Lumpur To Host M360 Asean 2026 Fueling Regional Tech Vision

papar berkaitan - pada 20/6/2025 - jumlah : 78 hits
Kuala Lumpur to Host M360 ASEAN 2026 Fueling Regional Tech VisionMark your calendars Kuala Lumpur will take the global spotlight as it hosts M360 ASEAN 2026 a massive mobile tech and digital transformation summit focused on the future of So...
Pertama Kali Masak Makan Kulit Lembu

Pertama Kali Masak Makan Kulit Lembu

papar berkaitan - pada 19/6/2025 - jumlah : 77 hits
Masih lagi dalam mood dan aku tak tahu kenapa tapi sejak sebelum raya lagi aku tiba tiba jadi teringin sangat nak rasa kulit lembu Lepas tengok Umi Cikin review dan masak kulit lembu membuak buak rasa nak cuba juga Setelah banyak kali tahan...
Jumpa Kali Pertama Artis Terus Lakukan Amang Seksual

Jumpa Kali Pertama Artis Terus Lakukan Amang Seksual

papar berkaitan - pada 6/6/2025 - jumlah : 100 hits
Ruwaida Md Zainam hmetro com myShah Alam Polis Diraja Malaysia Kontinjen Selangor sudah merakam percakapan seorang pelakon dan penyanyi lelaki yang didakwa melakukan amang seksual ke atas seorang remaja perempuan baru baru ini Ketua Polis S...
Kes Selebriti Amp Remaja 17 Tahun Polis Maklumkan Kali Pertama Suspek Bawa Mangsa Ke Hotel

Kes Selebriti Amp Remaja 17 Tahun Polis Maklumkan Kali Pertama Suspek Bawa Mangsa Ke Hotel

papar berkaitan - pada 6/6/2025 - jumlah : 98 hits
Penyanyi dan pelakon terkenal yang ditahan Rabu lalu baru pertama kali melakukan amang seksual terhadap seorang remaja perempuan yang berusia 17 tahun Memetik laporan Kosmo Online Ketua Polis Selangor iaitu Datuk Hussein Omar berkata siasat...
Senarai Lengkap Tiket Flight Kuala Lumpur Ke Langkawi Dan Cara Tempah Mudah

Senarai Lengkap Tiket Flight Kuala Lumpur Ke Langkawi Dan Cara Tempah Mudah

papar berkaitan - pada 6/6/2025 - jumlah : 195 hits
Salam semua Langkawi sentiasa menjadi salah satu destinasi pelancongan pilihan utama di Malaysia Gabungan pantai yang memukau alam semula jadi yang masih terpelihara serta pelbagai aktiviti pelancongan menjadikan pulau ini sesuai untuk pela...
Huawei Unveils Matepad Pro 12 2 A Premium Pc Level Experience Tablet For Work Play And Creativity

Pelaburan Dividen Bulanan Senarai Saham Strategi Khas Untuk Rakyat Malaysia

Ringgit Firmer Against Us Dollar At Opening

Air Asia S 50 One Off Discount For Media Practitioners To Visit Asean

Resipi Daging Goreng Belengas

12 Gelanggang Pickleball Yang Menarik Di Selangor

Late Dinner Di Fiqri Tomyam Seafood Pasar Chow Kit

Okay Ke


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Aiskrim Kelapa

Ibu Gadis Veil Beri Penjelasan Majlis Anak Disamakan Dengan Agama Lain Itu Hanyalah Resepsi Bertemakan Garden Wedding

Openai Dedah Meta Cuba Pikat Kakitangannya Dengan Bonus Rm470 Juta

3 Warga Asing Bergaduh Guna Kayu Didenda Rm800 Seorang

Cave Cartography Mapping The Hidden Worlds Beneath Our Feet

Andre Mastijan Suatu Saat Nanti Chord