Kali Pertama Korban Eidul Adha


Kali Pertama Korban Eidul Adha | Alhamdulillah, setelah berpuluh tahun hidup inilah kali pertama aku menyertai program korban di kampung. Walau niatnya telah lama dibuat, tahun ni rasa mudah je keluar duit. Mungkin rasa dah tua kot sedangkan bekalan akhirat tak seberapa.
Allah SWT memerintahkan ibadah korban seperti mana firmanNya dalam surah al-Kauthar: 2 yang bermaksud:


“Maka kerjakanlah sembahyang kerana Tuhanmu semata-mata dan sembelihlah korban sebagai bersyukur”.
“Daging dan darah binatang korban atau hadiah tidak sekali-kali akan sampai kepada Allah, tetapi yang sampai kepadaNya ialah amal yang ikhlas berdasarkan taqwa dari kamu”. (Surah al-Hajj: 37)
Semuanya bermula dengan mesej daripada sepupu, dia kata ada dua bahagian lagi kosong jadi aku pun terus kata "ok". Beberapa tahun dahulu keluarga suami ada juga buat korban sesama adik-beradik dan saudara dia tapi sejak mak pak mentua kurang sihat tak buat lagilah. Seronok tengok masa tu ramai bergotong-royong. Nak mengurus sisa tu berat jugalah kalau tak ramai yang menolong. 

Di taman perumahan aku ramai je yang buat korban lembu malah tahun ni bila dicampur dengan sumbangan Yang Berkhidmat kawasan, 34 ekor lembu ditumbangkan (20 di masjid 14 di surau). Mewah betul tapi aku lebih suka melakukannya di kampung sebab daging lembu mahal rm36 sekilogram dan aku rasa mungkin ramai yang tak mampu membeli jadi aku fikir kalau buat di kampung lebih mencapai matlamat yang aku inginkan (tak dinafikan di bandar juga ramai yang susah). 

Umur Haiwan yang Hendak Disembelih Aku ambil tahu jugalah serba sedikit tentang ibadah korban. Ada syarat umur bagi haiwan yang hendak disembelih seperti berikut: 
Unta : Umurnya tidak kurang daripada 5 tahun dan sudah memasuki tahun ke 6.
Lembu atau Kerbau : 2 tahun yang sudah memasuki tahun ke 3. Biri-biri : 1 tahun yang sudah memasuki tahun ke 2. Kambing : 2 tahun yang sudah memasuki 3 tahun. 
Perhatian: Tidak sah berkorban dengan haiwan yang tidak memenuhi syarat walaupun dagingnya banyak dan berat timbangannya, contohnya haiwan yang diberi makanan dan ubatan nak bagi cepat besar/gemuk tak mengikut umur kerana tujuan ibadah korban adalah sebagai syiar dan ketentuan syiar ini adalah berdasarkan umur tertentu bagi haiwan korban. 
Dalam mazhab Hanbali dan Hanafi adalah dibolehkan korban dengan biri-biri yang telah mencapai umur 6 bulan dan telah memasuki bulan ke 7. 
Dalam mazhab Maliki pula adalah dibolehkan korban dengan kambing jika telah mencapai umur setahun


Lembu Ku Selamat DisembelihTukang sembelih pun ada syaratnya. Orang yang paling berhak untuk menyembelih ialah lelaki Islam yang berakal, kemudian wanita Islam yang berakal, kemudian kanak-kanak Islam yang berakal, kemudian Ahli Kitab, kemudian orang gila dan mabuk. Itu turutannya. Macam nak nikahlah ada turutan walinya

Ikut jadual proses sembelihan jam 12.30 tengahari jadi kami santai-santai je dulu kat rumah mak selepas balik dari menziarahi kubur abah dan uwan. Pukul 12 sepupu called suruh datang, dia bagitau semua dah ready cuma tunggu tukang sembelih je. Tunggu orang tu tunggu budak ni bila sampai lembu dah pun disembelih tapi belum 12.30 pun masa tu. Hmm...takde rezeki nak tengok 😞
Nak sembelih binatang korban kena ada niat. Pisau kena tajam dan tidak diangkat sehingga selesai penyembelihan iaitu putus halqum (saluran pernafasan), putus urat mari’iaitu saluran pemakanan dan Al-Tazfif iaitu memutuskan (kesemua urat-urat) dengan segera. 
Aku pernah tengok video tukang sembelih di Indonesia mengajar cara sembelih. Sangat pantas cara dia supaya binatang tak tersiksa. Memang logik pun sebab kalau kita terhiris jari sewaktu menyiang ayam ikan pun selepas beberapa saat baru terasa sakit. Cuba kau hiris perlahan-lahan, mesti meraung. Aku sampaikan kepada seseorang tapi dia tak setuju kononnya menyembelih ni proses menghantar roh kepada Tuahn. Apo bondo lahai... meh den hiris tangan kau perlahan-lahan bagi rasa sakit ke tak

Sambung..

Putus je nyawa lembu tu orang kampung bersama tiga warga Bangladesh yang mencari rezeki di sini bersama-sama melapah. Pantas eh mereka buat keje. Isi lembu bersama tulang-temulangnya di masukkan ke dalam tujuh besen untuk tujuh peserta korban. Kemudian kami masukkan dalam plastik sebelum diagih-agihkan. Sepupu aku cadangkan masukkan setengah kilo je tapi aku rasa macam sikit sangat jadi aku bungkus sekilo sekilo tapi bila balik rumah aku rasa tak cukup pula jadi aku rearrange jadikan 16 bungkus. Oh ya, kepada yang tak tahu, peserta korban boleh mengambil 1/3 daripada bahagian korban mereka. Cukuplah, makan daging merah banyak kang takut kena gout pula




Dah pakai baju warna cerah siap bermanik kat lengan maleh aku nak pegang daging. 'Investment' kita (anak bujang) menyerah diri tolong bungkuskan.
Mengagihkan Daging KorbanAku sendiri pergi hantar daging korban tu ke beberapa rumah. Saja aku nak hantar sendiri sebab nak pergi rumah-rumah yang dah lebih 20 tahun tak jejak. Nak jumpa sekejap tuan rumah yang pernah singgah dalam hidup sewaktu remaja. Kalau boleh nak bersembang lama sikit tapi karang bising pula anak aku yang jadi peneman, dahlah dia selalu perli mak dia tak reti balik kalau jumpa sepupu 😄.  Karang ditinggalnya aku jenuh jalan kaki

Terasa gembira dan sebak walau dapat jumpa sekejap je. Rindu rumah dan ramah tamah mereka. Ada makcik yang masih ingat aku

Aku : Kona tak sapo ni? 
Acik : Ohh Maria...lamo tak jumpo

Alhamdulillah... dia ingat lagi. Kehidupan makcik tu sampai sekarang tak nampak perubahan ketara. Dia tinggal dengan seorang anak lelaki bujang yang baik. Si A setia menemankan emaknya dengan bekerja kampung. Masa aku sekolah dulu si A tak sekolah dah (mungkin sebab keluarga dia susah), sekarang aku ada anak-anak bujang dia masih bujang

Ada satu lagi rumah tu aku dah pergi awalnya tapi dia takde. Petang aku pergi lagi sekali sebab memang nak sangat bagi dia daging sebab keluarga hadap banyak dugaan. Aku asingkan dua bungkus tapi anak aku dah bagi kawan dia pula sebungkus

Apa entah anak dia cakap lepas tu dia balas, alhamdulillan nak, ada orang bagi. Sedih. Sesungguhnya ujian hidup kita tak sama

Ada satu rumah yang tak jauh dari rumah asal arwah uwan, yang sambut salam anak bujang dia. Wuii hensem betholll budak tu, muka dan kulit putih ikut mak dia. Walaupun tak pernah berjumpa tapi iras muka sangat jelas. Elok aku nak berpatah balik si emak keluar

Si emak : Sapo deh ni

Aku : Maria
Si emak : ooo kau Maria... lamo tak jumpo. Tak cam tadi sebab sekarang dah gomok

hahahahhaha.... 
Si emak tetap cantik macam dulu dengan badan yang tak banyak berubah. Jeles kiter

Tetiba ada yang melaung, dulu cantik!
hahahahhahaha...harey tol, bukan laki dia tidur kat kerusi malas ke tadi? 😂😂 Hang sabajap, aku tengah usaha nak cantik balik ni bang


Semoga ibadah korban kali pertama ini jadi permulaan yang baik untuk aku dan terus dapat berbuat yang sama di tahun mendatang. Mudah-mudahan Allah terima pengorbanan kecil ini. Amin

Selamat hari raya Eidul Adha dari kami sekeluarga

Kali ni dapat raya bersama-sama. Semua dah besar, dulu masa kecik penuh rumah macam anak kucing hahahaha...



© copyright 2018 – All rights reserved
ruggedmom

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.ruggedmom.com/2025/06/kali-pertama-korban-eidul-adha.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Saya Hadapi Masa Silam T O P Buat Pertama Kali Ulas Kes Dadah

Saya Hadapi Masa Silam T O P Buat Pertama Kali Ulas Kes Dadah

papar berkaitan - pada 1/6/2025 - jumlah : 141 hits
T O P dikenali dengan karismanya sebagai anggota BIGBANG baru baru ini buat kali pertama bercakap secara terbuka di hadapan peminat mengenai kontroversi masa lalunya Artikel Berkaitan Lelaki itu yang pernah terlibat dalam skandal besar pada...
Pertama Kali Tidur Di Kota Mekah Almukarramah

Pertama Kali Tidur Di Kota Mekah Almukarramah

papar berkaitan - pada 4/6/2025 - jumlah : 188 hits
MasyaAllah selepas habis buat tawaf saie dan bertahalul para jemaah wanita balik ke hilik masing masing sementara para jemaah lelaki ada yang nak bercukur dan ada yang nak bersantai dan menikmati malam yang cukup indah di Masjidilharam Suba...
Pertama Kali Melihat Kaabah Depan Mata

Pertama Kali Melihat Kaabah Depan Mata

papar berkaitan - pada 30/5/2025 - jumlah : 176 hits
Assalammualaikum Dunia Selepas berkumpul dengan para jemaah lelaki yang siap berpakaian ihram para jemaah diingatkan sekali lagi mengenai larangan ihram atau larangan semasa tawaf jangan terbatal dan yang paling penting jangan sampai kena d...
Nak Pergi Check Up Pertama Kali Ini Yang Ibu Kena Tahu Sebelum Jumpa Doktor

Nak Pergi Check Up Pertama Kali Ini Yang Ibu Kena Tahu Sebelum Jumpa Doktor

papar berkaitan - pada 29/5/2025 - jumlah : 109 hits
Sebelum berjumpa doktor untuk mendapatkan keputusan rasmi kewujudan bayi anda boleh mengambil ujian kehamilan di rumah sendiri Artikel ini akan memberikan anda panduan mengenai cara untuk menjalankan ujian kehamilan di rumah Bila lakukan uj...
Pertama Kali Bergelar Ibu Persediaan Penting Mama Wajib Tahu

Pertama Kali Bergelar Ibu Persediaan Penting Mama Wajib Tahu

papar berkaitan - pada 27/5/2025 - jumlah : 146 hits
Menjadi seorang ibu buat kali pertama adalah satu anugerah yang luar biasa tetapi ia juga datang dengan pelbagai cabaran dan tanda tanya Tak pelik jika ramai ibu baru berasa cemas risau dan terharu dalam masa yang sama Untuk bantu redakan d...
Rafizi Ucap Selamat Tinggal Kongsi Cabaran Jadi Menteri Buat Kali Pertama

Rafizi Ucap Selamat Tinggal Kongsi Cabaran Jadi Menteri Buat Kali Pertama

papar berkaitan - pada 17/6/2025 - jumlah : 123 hits
Fahmy A Roslifahmy azril bh com myKuala Lumpur Datuk Seri Rafizi Ramli berkongsi pengalaman pertama kali berkhidmat sebagai menteri Sepanjang menerajui Kementerian Ekonomi beliau akui perlu mengetahui selok belok kementerian lain kerana sko...
Kes Selebriti Amp Remaja 17 Tahun Polis Maklumkan Kali Pertama Suspek Bawa Mangsa Ke Hotel

Kes Selebriti Amp Remaja 17 Tahun Polis Maklumkan Kali Pertama Suspek Bawa Mangsa Ke Hotel

papar berkaitan - pada 6/6/2025 - jumlah : 114 hits
Penyanyi dan pelakon terkenal yang ditahan Rabu lalu baru pertama kali melakukan amang seksual terhadap seorang remaja perempuan yang berusia 17 tahun Memetik laporan Kosmo Online Ketua Polis Selangor iaitu Datuk Hussein Omar berkata siasat...
Jumpa Kali Pertama Artis Terus Lakukan Amang Seksual

Jumpa Kali Pertama Artis Terus Lakukan Amang Seksual

papar berkaitan - pada 6/6/2025 - jumlah : 109 hits
Ruwaida Md Zainam hmetro com myShah Alam Polis Diraja Malaysia Kontinjen Selangor sudah merakam percakapan seorang pelakon dan penyanyi lelaki yang didakwa melakukan amang seksual ke atas seorang remaja perempuan baru baru ini Ketua Polis S...
Template Blogger Responsive Seo Friendly

Rain Lily Scarlet O Hara

Berang Tin Minuman Keras Hilang Anak Tamatkan Riwayat Bapa

Menu Kering Kering Je Hari Ni

The 1928 Banana Massacre When White Gold Met State Violence

Cara Buat Link Whatsapp

Tips Set Up Akuarium Goldfish Filter Murah Efektif Untuk Tangki Kecil Produk Penjagaan Dan Makanan Terbaik Ikan Emas

Pmx Gets All Round Grilling After His Rm8 13b Potential Investments From Italy Unveiling


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Absolute Thai The Mall Mid Valley Southkey Jb

Salam Maal Hijrah 1447

Muka Berjerawat Kena Elak Makanan Ini

Dato M N46ir Cipta 3 Lengkapkan Trilogi Konsert

Rania Main Air Masak Masak

Sambal Nasi Lemak