Perjalanan Dari Kota Kinabalu ke Menumbok (2 jam 30 minit).Sebelum ini adik aku study kat Matrikulasi Labuan. So, setiap kali cuti memang parents aku dah biasa ke Menumbok. Cuma ini baru pertama kali aku ikut sekali.
Sebelum beli tiket untuk bot laju, kami isi perut dahulu. Lapar punya pasal kan tidak ingat pun mau ambil gambar. Lepas dah makan sikit baru ingat nak update kat blog. Aku makan Mee Goreng Ayam dan Coca Cola. Itupun tak habis, takut nanti muntah (mabuk laut) semasa dalam perjalanan
Baju putih tu adik lelaki aku yang mendaftar di UMSKAL. Kat sebelah pula bapa aku
Habis ja makan tengah hari kami terus bergerak ke kaunter untuk beli tiket
Aku ini jadi jurukamera yang tidak bertauliah saja. Ini pun ambil gambar kelam-kabut juga. Terkejar-kejar masa sebab kami pun ulang-alik juga
Seronoknya tengok lelaki bawa barang sikit je. Dulu aku paling kurang pun 3 buah beg besar. 2 beg untuk 4 tahun tak cukuplah haha~
Ini feri yang baru sampai di Menumbok. Bergerak ke Labuan dalam jam 2 gitu. So, sebab nak cepat takut lewat semasa mendaftar nanti kami naik bot laju sahaja. Dalam 15 - 20 minit dah sampai Labuan.
Tak ramai pun yang nak bot laju. Dalam 10 orang penumpang sahaja. Tetapi seronoklah sebab cepat dan tak lama nak menunggu.
Actually abang aku masa ini kurang sihat dan cirit-birit. Syukurlah dia tak muntah juga masa dalam perjalanan. Kalau korang mabuk laut jangan lupa bawa ubat atau minyak angin. Bapa aku pula tak nak iut, so dia tunggu saja kat Menumbok sampai kami balik dari Labuan.
Suasana semasa pendaftaran. Apa yang aku suka UMSKAL berbanding UMS KK ialah tak terlalu sibuk haha. Kalau kat KK mak aii ramai betul pelajar.
Habis mendaftar adik aku ambil kunci bilik then baru kami bergerak ke hostel dorang. Khemah tu pula tempat letak bagasi pelajar. Ia bagi memudahkan pelajar untuk mendaftar tak perlu angkat bagasi ke hulur ke hilir.
Inilah hostel adik aku (Kolej Beta), UMSKAL. Macam apartment je kan. Better than UMS KK hahaha~
Ada 4 tingkat. Dan paling best ada balkoni. Huhu
Memandangkan ia adalah hostel lelaki, so aku tidak dapat tengok bilik dorang haha. Abang aku ja yang naik temankan adik aku. Aku stay kat bawah je.
Di sini tempat adik aku ambil kunci bilik. Tak pasti apa nama bangunan ini. Kat sebelah kanan hujung lagi ada kafe tapi aku tak sempat nak ambil gambar. Then kami ke koperasi beli keperluan sikit mana yang patut macam maggi, baldi, dan bantal.
Kami bergerak dalam Jam 2 petang juga. Ohh lupa nak mention Labuan ni panas sebab dekat laut. huhu~ Kena pakai sunscreen banyak-banyak.
Sempat lagi berselfie untuk kenangan. Jarang kami adik-beradik yang bujangan ini bergambar
Selepas dah settle semua pendaftaran, beli barang keperluan di bandar. Kami pun beli tiket feri untuk balik ke Menumbok. Adik aku pula balik hostel dan memulakan kehidupan selama 4 tahun di Labuan. Dalam jam 4 kami bergerak dari Labuan dan sampai di Menumbok dalam jam 5 petang. |
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |