Pengalaman Pertama Kali Menonton Great British Circus Malaysia


Pengalaman Pertama Kali Menonton Great British Circus Malaysia |  Alhamdulillah termakbul impian untuk bawa anak - anak tengok live sarkas. Sebenarnya, impian Sis Gee juga yang memang dah lama teringin nak tengok sarkas. Teringin nak merasai pengalaman di dalam khemah sarkas, kemeriahan dan telatah setiap aksi di dalam sarkas


Anak - anak pun dapat gambaran kemeriahan sarkas dari Movie Madagascar. Cuma berbezanya dalam movie tu haiwan yang lakukan aksi manakala sarkas yang kami kunjungi ini aksi daripada manusia. Hahahaha

Bila lihat iklan Great British Circus Malaysia di timeline Facebook, memang teruja sebabnya lokasi sarkas adalah di Kuala Terengganu. Bertambah lagi teruja bila melihat kawan - kawan pun dah pergi dan share moments best ketika menyaksikan sarkas tersebut. Terus cari date yang sesuai untuk bawa Geng 4A merasai sendiri pengalaman menonton live circus di depan mata. 
Great British Circus Malaysia Berkampung di Kuala Terengganu Hampir Sebulan!!

Bila tengok jadual show, korang ada banyak pilihan nak datang hari apa samada weekdays atau pun weekend. Anak - anak teruja bila dapat tau nak pergi tengok circus. Biasanya diaorang sedia maklum kalau nak tengok circus kena pergi Kuala Lumpur. Tapi, kalini tak perlu pergi jauh, hanya perjalanan 20 minit sahaja dari rumah. Hehehe

Selepas maghrib, kami bertolak ke lokasi circus iaitu di Perkarangan Stadium Gong Badak, Kuala Terengganu. Bila sampai kat situ, terus nampak satu kemah yang besar dan meriah dengan lampu - lampu. Tempat parking sememangnya lebih dari mencukupi so korang tak perlu risau.


Kami dah booking tiket lebih awal, so terus ke kaunter tiket dan bagitahu details yang diminta. Kalau nak walk in pun boleh cuma risau kalau orang ramai, tiket pun boleh jadi sold out juga! Nak selamat, baik booking lebih awal! Hehe

Pintu dibuka jam 8 malam dan show akan bermula jam 8.30 malam. Untuk show sebelah petang, korang boleh datang selepas Asar sebabnya waktu bermula adalah 5.30 petang. 
Nikmati Masa Terbaik Untuk Keluarga Sepanjang Show Circus!
Persembahan di mulakan dengan penuh debaran! Untuk mereka yang pertama kali seperti kami debaran itu bercampur baur dengan keterujaan dan semestinya keseronokan yang berganda! Haha


Sebelum show bermula, korang boleh beli makanan seperti pop corn di booth yang tersedia atau boleh beli ketika diaorang datang menjual di setiap sudut ruangan pengunjung.


Great British Circus Malaysia ini merupakan circus yang dikategorikan sebagai Circus Extreme di mana terdapat aksi ngeri yang membuatkan aku menjerit tanpa sedar! Hahaha! Permulaan aksi adalah aksi 2 orang ahli circus yang berlari dan melompat di atas 2 roda besar yang berpusing! Disebabkan seat kami bersebelahan sahaja dengan pentas pertunjukkan, maka terasa ngeri apabila roda yang berpusing seolah - olah jatuh ke atas muka sendiri! Haha!


Aksi mendebarkan diteruskan dengan pertunjukkan badut berdiri di atas tin tin yang tersusun. Kami pulak yang nervous kot dia terjatuh. Haha!


Kemudian, yang ditunggu - tunggu oleh si Aqil iaitu kemunculan superhero Spiderman!! Excited bila tengok Spiderman ada depan mata melakukan aksi akrobatik tergantung di kain dari atas pentas. Memang surprise terbaiklah untuk Aqil! Haha!


Ada juga badut yang membuat jenaka santai bersama penonton. Paling mengejutkan badut ini akan pergi sahaja pada penonton untuk diajak bersama di pentas melakukan aksi - aksi yang ringan dan spontan. Dan lucky Arsyad bila dia ditarik untuk bersama - sama ke tengah pentas! Nasib baik tak menolak! Hahahahaha! Bagus juga boleh build confidence di public! Hehe


Lagak aksi ngeri ahli sarkas diteruskan dengan 3 orang membuat persembahan di atas tali. Aku rasa ni games basic wajib ada di setiap sarkas kan? Dan mendebarkan bila diaorang acah - acah macam nak terjatuh dari atas tali tu. Hahaha!


Setiap selingan pasti ada drama 2 badut yang suka berinteraksi dengan penonton. Memang lucu!

Untuk korang memerlukan masa ke tandas dont worry! Haha! Sebabnya akan diberikan time rest selama 15 minit. Pada waktu ini, korang boleh gunakan untuk bergambar bersama watak tersohor Movie Monster University dan Movie Monster Inc iaitu James dan Mike. Selama ni anak - anak tengok watak James dan Mike dalam tv sahaja kali ni dapat tengok depan mata dengan size yang agak besar! Memang the best moments lah untuk Geng 4A!


Aksi sarkas diteruskan dengan persembahan badut untuk mengenakan penonton! Yang ni memang lawak gila! Sorang badut acah - acah memegang pisau dan melontarkan pisau pada penonton yang sudah sedia ditutup muka dengan kain hitam. So macam mana pisau tu bila terbang terkena pada dinding? Malas nak cerita, korang kena datang sendiri! Haha


Aksi akrobatik ahli sarkas di dalam gelung yang besar pun mengagumkan! Aqil panggil 'orang tulang' disebabkan baju yang tampak seperti tulang tengkorak. Hahahahaha


Yang ditunggu - tunggu adalah aksi paling extreme iaitu Globe of Death! Pada mulanya seorang penunggang motorsikal melakukan aksi di dalam globe tersebut. Ketika itu dah rasa seram bila motor di bawa dengan laju berpusing - pusing di dalam globe


Kemudian, keluar motorsikal ke dua dan berpusing di dalam globe!Memang gerun membayangkan aksi ngeri di hadapan mata sendiri. 
Kemudian, datang pula motorsikal ke tiga! Phewwww! Tahan nafas kitaorang yang tengok mereka berpusing dengan laju melintang menegak di dalam Globe of Death. Haha!


Tiada Penglibatan Binatang, Wanita Seksi dan Penyertaan Penonton Wanita


Korang yang ada anak kecil pun boleh di bawa ke circus ini tau. Tak de pun lagak aksi singa ke, harimau ke, monyet pun takde. Hehe! Para ahli circus pula kesemua adalah lelaki. Dan ke semua memakai pakaian yang sempurna termasuklah spiderman! Hahahhahaha! Penonton yang diajak ke pentas pula ke semua lelaki dan kanak - kanak sahaja. Memang terbaik!!


Sesi bergambar di penghujung persembahan sangat ditunggu - tunggu oleh anak - anak. Diaorang tak sabar nak tengok lebih dekat lagi ahli - ahli sarkas yang berani dan berperwatakan kelakar! Jangan lupa selfie dengan diaorang jugak! Hehe!


Jom Datang Beramai - Ramai Dan Rasai Sendiri Pengalaman Menonton Live Extreme Circus di Kuala Terengganu!!!



Terdapat 3 pilihan tiket yang korang boleh beli berdasarkan bajet korang. Kalau nak paling dekat dengan pentas, korang boleh ambil tiket VIP. Kalau hot seat, seat dapat view tengah pentas manakala standard seat adalah view tepi pentas. So, boleh pilih berdasarkan harga yang korang mampu okey! Yang penting semua memang akan enjoy tengok show nanti!!


Anak - anak memang senyum sampai ke telinga sepanjang malam lepas habis tengok circus. Melompat - lompat si Aqil terlalu seronok agaknya. So, aku fikir, berbaloi bagi keseronokan pada diaorang malam tu. Hehe. 

Untuk korang yang nak tahu lebih info atau sebarang pertanyaan, korang boleh hubungi contact di bawah ini atau klik je social media Great British Circus Malaysia kat bawah ini okey!!


Thank you Great British Circus Malaysia for having us!!
FACEBOOK  |  INSTAGRAM  
016 407 1880  /  011 161 50805



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.sisgee.com/2019/10/pengalaman-pertama-kali-menonton-great.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pertama Kali Ke Labuan Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabangsa Labuan

Pertama Kali Ke Labuan Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabangsa Labuan

papar berkaitan - pada 7/10/2019 - jumlah : 879 hits
AssalamualaikumBismillahPada 3hb September bersamaan hari Selasa pertama kali aku pergi ke Labuan Ini bukan cerita percutian ya Tujuan aku ke sana adalah untuk teman adik aku mendaftar di Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabangsa Labuan...
Pertama Kali Ke Sunway Lost World Of Tambun Ipoh

Pertama Kali Ke Sunway Lost World Of Tambun Ipoh

papar berkaitan - pada 15/10/2019 - jumlah : 875 hits
Assalamualaikum dan salam sejahteraPada bulan September 2019 yang lalu aku berpeluang ke Sunway Lost World Of Tambun yang terletak di bandaraya Ipoh Perak Aku bukan pergi seorang diri tetapi bersama rakan rakan blogger dan juga media yang l...
Pertama Kali Nak Beli Perfume Ini 30 Perfume Terbaik Di Dunia Khas Untuk Lelaki

Pertama Kali Nak Beli Perfume Ini 30 Perfume Terbaik Di Dunia Khas Untuk Lelaki

papar berkaitan - pada 8/10/2019 - jumlah : 706 hits
Setuju tak kalau saya kata ramai lelaki salah pilih perfume Mereka fikir semua perfume sesuai dengan mereka Tu yang kadang kadang lalu sebelah lelaki tiba tiba macam bau Kak Bedah Hahha Perfume lelaki berbeza dengan perfume wanita Kaum lela...
Pengalaman Terbang Dengan Malaysia Airlines Klia Labuan

Pengalaman Terbang Dengan Malaysia Airlines Klia Labuan

papar berkaitan - pada 7/10/2019 - jumlah : 511 hits
Syarikat penerbangan negara Malaysia Airlines sememangnya punyai kualiti perkhidmatan mereka yang tersendiri Rasanya sudah hampir 5 tahun tidak terbang dengan Malaysia Airlines Kali terakhir terbang ke Kansai sempena Media Trip Fukuoka Alha...
Walid Versi Perempuan Manisnya Bertudung Pertama Kali Pakai Tudung Ainul Selesa

Walid Versi Perempuan Manisnya Bertudung Pertama Kali Pakai Tudung Ainul Selesa

papar berkaitan - pada 13/10/2019 - jumlah : 326 hits
Setiap kali ada perkembangan terbaru Ainul Mardhiah pastinya walid dan mamanya akan berkongsi di media sosial untuk tatapan seluruh rakyat Malaysia yang sejak dari awal lagi mengikuti kisahnya Walaupun telah selamat menjalani pembedahan aki...
Cashout Kali Pertama Daripada Google Adsense

Cashout Kali Pertama Daripada Google Adsense

papar berkaitan - pada 30/9/2019 - jumlah : 261 hits
Cashout Kali Pertama Daripada Google Adsense Mungkin berita ini biasa daripada blogger yang sudah lama berkecimpung dalam dunia penulisan dan perkongsian dimana mereka memperoleh bayaran daripada Google melalui pengiklanan Google Adsense Ja...
Risiko Vbac Pertama Kali Nak Cuba Untuk Normal Selepas Czer

Risiko Vbac Pertama Kali Nak Cuba Untuk Normal Selepas Czer

papar berkaitan - pada 9/10/2019 - jumlah : 469 hits
Hai Hallooooo Assalamualaikum Alhamdulillah dah masuk 36 minggu preggy adik baby sorang ni Pelbagai liku liku gitu Dah tua tua ni tak mudah rupanya nak mengandung Memang hebat lah mommy lain yang preggy usia hujung 30 an tu Salutee Hari ni ...
Vlog Gila Gajet Unboxing Insta360 Go Pertama Di Malaysia

Vlog Gila Gajet Unboxing Insta360 Go Pertama Di Malaysia

papar berkaitan - pada 11/10/2019 - jumlah : 364 hits
https instagram com budiey Follow My Instagram http youtube com budieychannel Click to Subscribe http budiey com Visit My Blog http facebook com BudieyDotCom Become a Fan http twitter com budiey Follow Me
Kulit Khinzir Berjaya Digunakan Untuk Merawat Mangsa Melecur Buat Pertama Kali

Kulit Khinzir Berjaya Digunakan Untuk Merawat Mangsa Melecur Buat Pertama Kali

papar berkaitan - pada 16/10/2019 - jumlah : 327 hits
Di dalam dunia perubatan terdapat banyak usaha untuk mencari organ gantian kerana umum diketahui tidak banyak manusia yang menderma Oleh itu antara cara untuk menyelesaikan masalah ini ialah dengan menggunakan organ dari khinzir Terkini pen...
Wordplay And Slang For Brand Name

Staycation Di Swiss Garden Kuantan Makbul

Kl Chinatown Festival 2024

Cultural Reasons Make Malaysians Target For Human Trafficking Says Firm

Hiburan Tahu Lah Minat Tapi Tak Perlu Follow Netizen Kecewa Lihat Pemakaian Daiyan Trisha

Seketika Di Tugu Negara

Cikgu Bawa Trip Tadika Naik Kapal Terbang Dengan Kawan Kawan Pengalaman Baru Anak Anak

Cops Probing Into Foreigner S Death In Custody At Klia


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3


Bitcoin Menghampiri Us 100 000 Mdapa Memberi Peringatan Kepada Pelabur Untuk Lebih Peka

Apa Itu Thyroid Tummy Punca Perut Buncit Yang Jarang Disedari

Topvision Daripada Pasaran Leap Ke Pasaran Ace Bursa Malaysia Securities Berhad

Pengalaman Stay Casabella Homestay Di Batam

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross

Coffee 2 0 Brewing The Future Of A Beloved Beverage