Pertama Kali Guna Setel Isi Minyak
Aplikasi Setel sudah keluar iklan dalam TV, Sosial media sudah agak lama cuma pada hari ini saya tekad untuk cuba buat kali pertamanya. Sebenarnya sudah lama install Aplikasi ini cuma belum berkesempatan untuk cuba. Masa mulanya saya install untuk tengok Mesra Points sahaja dan apabila semak Mesra Points di Setel Apps ini, saya layak untuk tukar Mesra Points kepada nilai RM petrol!. Cuma SETEL sendiri di dalam kereta tanpa perlu cucuk kad atau pergi berjalan ke kaunter untuk bayar minyak
Download Setel Apps di Google PlaystorePendek kata Setel Apps ini eWallet khas untuk Stesen Minyak PETRONAS sahaja dan perlu line internet yang stabil sebab semuanya secara online. Untuk topup dalam eWallet ini ada beberapa cara;
Kad Debit/KreditOnline banking (Perbankan Internet)BaucerMesra Points (Kad Mesra)
Kalau tak pasti di mana stesen minyak Petronas yang terdekat, boleh bukan Apps Setel ini, dia akan tunjuk stesen minyak yang terdekat. Atau buat carian di 'Home', kemudian dia akan tunjukkan cadangan lokasi, boleh ikut Google maps atau Waze.
Image dari Carsifu.com
Apabila dah parking di depan Pam minyak, jangan keluar lagi. Duduk dalam kereta dulu, Buka Apps Setel/Kalau nak bayar menggunakan Mesra Point, korang kena pergi bahagian 'Rewards' dulu, 'Slide' berapa points yang korang nak tuntut. Dalam Mesra Points saya ada 4,661 points jadi saya Radeem semua point tu sebab 43 points akan Expired 31 Mac 2020 nanti. Jadi saya cepat-cepat tuntut.. 1 Points tu lebih kurang 1 sen tu.Masih dalam kereta: Selepas dah Radeem Mesra Points, jumlah Tunai akan nampak dalam eWallet Setel ni.Masih dalam kereta : Kemudian, Pilih korang duduk di Pam berapa. Pilih dalam Apps sahaja, dia akan Connect secara online Pam yang korang nak isi.Masih dalam kereta : Letakkan nilai RM berapa yang hendak diisi. Saya isi habiskan Points RM46.61.Selepas dah siap isi Nilai RM, Apps ini akan akan bagitau bila pam dan READY. Kemudian, boleh la matikan enjin kereta dan keluar isi minyak mengikut nilai yang kita letak tu.Bila saya isi minyak RM46.61, saya dapat lagi Mesra Points 67 point. Bolehlah kumpul lagi Mesra Points, lama-lama nanti boleh isi minyak.
Screenshoot dari Apps SetelSelepas ni kena perlu mewajibkan diri sendiri untuk guna Kad Mesra PETRONAS biar kumpul point. Manatau masa akan datang tetiba kita dapat berjimat RM50 pun dah kira berbaloi.
Sehingga 8 Mac 2020 ini, Setel ada buat pomosi jika boleh dapatkan 5 orang mendaftar Apps Setel menggunakan Referral akan dapat Bonus RM50 kredit!! Bila guna Kod Referral SETEL: tuqee, korang juga boleh dapat RM5!
Kod Referral SETEL: tuqee
Kod Referral SETEL: tuqee
Kod Referral SETEL: tuqee
Kod Referral SETEL: tuqee
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://ismiqbal.blogspot.com/2020/03/setel-isi-minyak.html