Percubaan Pertama Kali Masak Nasi Kuning Berjaya


Percubaan Pertama Kali Masak Nasi Kuning Berjaya!   | Nasi Kuning adalah salah satu menu kesukaan suami KakYa. Tapi tak pernah sekalipon KakYa masak menu ni sepanjang hidup. Iyer memang tak pernah masak Nasi Kuning. Encik suami pon tak pernah minta suruh masak. Biasa kalau balik kampung dan kebetulan encik suami nak makan Nasi Kuning, mak mertua KakYa la yang masak. Nasi Kuning mak mertua KakYa memang sedap dan encik suami memang suka. TAPI anak anak KakYa kurang minat sikit Nasi Kuning sebab tu la KakYa tak pernah masak sebelum ni. Anak anak suka Nasi Ayam jer hehehe. 

Sejak dah nak masuk 2 tahun tak dapat balik kampung, encik suami pon dah rindu nak makan Nasi Kuning style mak dia, maka di baginya idea kat KakYa suruh masak Nasi Kuning lauk ikan aya. Aduhai tak pernah buat lagi Nasi Kuning ni kang tak jadi kang sapa nak makan nanti. Aduhai payah gak ni. Zasss menggoogle la kejap. 

First Time Masak Nasi Kuning Malam sebelum buat Nasi Kuning, KakYa call mak mertua tanya bahan bahan yang digunakan. Alahai tak sama pulak dengan bahan yang KakYa chek ngan Mr Google. Camne ni, nak carik bahan camne mana ada kedai buka malam malam dah lebih jam 8 dah. Aduhai dilema sungguh la. KakYa tak cakap pon kat encik suami pasal bahan tak cukup tu. Bukan tak cukup sebenarnya! Yang KakYa google tu resipi dia nampak simple jadi KakYa beli bahan ikut resipi simple tu la. Takpe la KakYa buat jer ikut resipi Mr Google. Harap harap menjadi la nanti. 
Akhirnya Campak Campak Jer Jadi JugakPagi pagi kekokon bangun awal nak masak Nasi Kuning tapi hari kejadian nak masak Nasi Kuning tu, KakYa pening kepala dan sakit dada. Nak bernafas pon cam tak cukup oksigen. Inikan nak masak masak. Jadi KakYa sambung tidur lepas makan ubat. Dalam pukul 10 pagi gitu baru rasa OK terus KakYa masuk dapur. Makanya terlewat sikit la masak. Tengahari baru siap masak. Gagahkan jugak masak sebab dah sediakan ikan aya kukus sehari sebelum buat Nasi Kuning. 

KakYa masak jer Nasi Kuning tu ikut resipi Mr Google tapi cam tak kena jer kat bahan bahan yang patut letak. Jadi derhaka la jugak pada resipi tu. Letak ikut suka KakYa dan tambah bahan yang takde dalam resipi. Tapi hasilnya, alhamdulillah menjadi helok jer Nasi Kuning KakYa

Siap Boleh Buat Jual Tu Tak Tahan DengarUntuk kuah Nasi Kuning, KakYa memang dah biasa buat gulai ikan berempah jadi takde masalah untuk buat kuah. Nasi Kuning jer first time buat. Alhamdulillah bila menjadi rasa bangga la jugak. Percubaan pertama kali buat Nasi Kuning berjaya! Encik suami cakap sedap macam orang jual kat kedai. Lebih kurang macam Ma buat la jugak. Hahahaha kembang semangkuk mak aii bila encik suami puji sedap dan boleh jual. Aduh duh duh siap boleh jual pulak tu tak tahan aihhhh. Nak jual kat depan umah ke? Hehehe

Pertama kali buat kot! Anak anak pon cakap sedap Umi masak. Jadi cam Wan buat la Umi. Emmm jauh gak tu nak sama ngan Wan masak. Wan lagi terer dari Umi. Main campak campak jer kalau Wan masak, sedar tak sedar dah boleh makan dah. 
Masak Biar IkhlasSebenarnya nak masak apa apa sekalipon yang paling penting niat kena ikhlas. Ikhlas masak untuk family. InsyaAllah menjadik la masakan kita. Sebelum masak doa banyak banyak minta Allah bagi makanan yang kita masak menjadi elok dan sedap dimakan agar takde pembaziran. Amalkan sokmo! 
Mula mula kan, masa KakYa taip entri ni ingatkan nak selit la resipi Nasi Kuning style KakYa ni kat sini. Tapi entri dah panjang berjela jela dah ni. Takyah letak resipi dululah, kita buh resipi kat entri yang lain okey. Rini kita citer santai santai bab pertama kali masak Nasi Kuning jer la. Nanti ada masa dan kelapangan, KakYa up seketul resipi Nasi Kuning okey



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.akifimtiyaz.com/2021/06/percubaan-pertama-kali-masak-nasi-kuning-berjaya.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Resepi Masak Lemak Kuning Telur Itik Simple Tapi Sedap

Resepi Masak Lemak Kuning Telur Itik Simple Tapi Sedap

papar berkaitan - pada 7/6/2021 - jumlah : 656 hits
Resepi Masak Lemak Kuning Telur Itik Simple Tapi Sedap Assalamualaikum wbt Hi korang Lamanya tak share resepi kat sini Yang ada pun kat sini banyak yang repost balik hehe Hari ni agak rajin sikit nak masak dan share resepi sebabnya resepi k...
Lauk Dah Elok Terhidang Nasi Pulak Lupa Masak Aduhaiiii

Lauk Dah Elok Terhidang Nasi Pulak Lupa Masak Aduhaiiii

papar berkaitan - pada 11/6/2021 - jumlah : 485 hits
Menu Berasaskan Seafood Hari Ni Assalamualaikum Hi korang Hari ni SA frustrated dengan result darah SA nanti SA citer kat entry lain la plak pasal result tu ok so lepas SA habis check up tadi pagi SA call abah suruh ambik SA kat Terminal On...
Pertama Kali Mencuba Mantai Rice Sedap Rupanya

Pertama Kali Mencuba Mantai Rice Sedap Rupanya

papar berkaitan - pada 18/6/2021 - jumlah : 412 hits
Pertama Kali Mencuba Mantai Rice Sedap rupanya Musim PKP ni banyak nau perasaan nak mencuba Pantang tengok orang share ko pun nak nak cuba jugak Nak nak yang melibatkan makanan Entah bila nak dietnya tak taulah Bukanlah nak diet cuma nak ke...
Resipi Ayam Kari Masak Merah Pekat Dua Rasa Dalam Satu Menu Buat Nasi Bertambah

Resipi Ayam Kari Masak Merah Pekat Dua Rasa Dalam Satu Menu Buat Nasi Bertambah

papar berkaitan - pada 14/6/2021 - jumlah : 381 hits
Bila disebut kari mungkin kita sudah biasa Namun bila menggabungkan dua menu dalam satu resipi terfikir fikir bagaimana gabungan rasa masakan ini Rupanya ia adalah gabungan rempah yang rasanya hampir sama Nak tahu macam mana rasa Ayam Kari ...
Cara Masak Nasi Minyak Sedap Macam Dekat Majlis Kenduri

Cara Masak Nasi Minyak Sedap Macam Dekat Majlis Kenduri

papar berkaitan - pada 18/6/2021 - jumlah : 757 hits
Nasi Minyak menu yang cukup sinonim dengan majlis kenduri kendara dan keraian Namun konsidi semasa wabak Covid 19 membataskan segalanya Namun jangan risau kerana walaupun tiada majlis kenduri anda boleh masak sendiri sajian Nasi Minyak yang...
Masa Rampas Kuasa Dulu Guan Eng Dah Susun Elok Sebab Tu Lockdown Kali Pertama Lancar Kali 2 Dan Ke 3 Macamerba

Masa Rampas Kuasa Dulu Guan Eng Dah Susun Elok Sebab Tu Lockdown Kali Pertama Lancar Kali 2 Dan Ke 3 Macamerba

papar berkaitan - pada 2/6/2021 - jumlah : 237 hits
Mana bantuan untuk M40 hadapi PKP Najib soal Putrajaya June 2 2021 Najib Razak berkata seluruh negara dikenakan lockdown kecuali 95 142 syarikat yang dibenarkan beroperasi PETALING JAYA Bekas perdana menteri Najib Razak menempelak Putrajaya...
Resepi Cara Masak Nasi Tomato Dengan Menggunakan Rice Cooker

Resepi Cara Masak Nasi Tomato Dengan Menggunakan Rice Cooker

papar berkaitan - pada 16/6/2021 - jumlah : 461 hits
Bila teringin waktu pkp ni kenalah rajin rajin masak sendiri Memandangkan ada beras basmati dalam stok di rumah bahan bahan lain pun ada ana penuhi permintaan suami nak makan nasi tomato Hasil pencarian di internat jumpa lah resepi youtuber...
Tips Berjumpa Dengan Bakal Mertua Buat Pertama Kali

Tips Berjumpa Dengan Bakal Mertua Buat Pertama Kali

papar berkaitan - pada 18/6/2021 - jumlah : 368 hits
Semua orang tahu perkahwinan adalah sesuatu yang indah Namun sebelum melayari bahtera perkahwinan perlu ada cara dan langkah yang tertib demi menjamin kebahagiaan yang berkekalan Tips Berjumpa Dengan Bakal Mertua Buat Pertama KaliCredit Pic...
Hasrat Bertemu Isteri Tidak Kesampaian Lelaki Maut Kemalangan

Sihat Dan Kaya

After Terengganu Mb S Surveillance Claim Pm Anwar Confirms All Top Leaders Monitored Including Him

Jais Periksa Semua Tanah Kawalan Elak Pencerobohan

Bagaimana Memulakan Perniagaan Kedai Runcit Sendiri

Kereta Yusoff Rawther Terkunci Tak Dapat Diakses Orang Lain

Group Demands Usm Halt Bujang Valley Talk Over Hindu Buddhist Agenda

China Balas Tarif Trump Dengan 125 Sindir Akan Jadi Bahan Jenaka


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Cabaran Berniaga Masa Kini Era 2025

Aktiviti Ketua Aktivis Ppim Santuni Warga Palestin Di Asrama Picoms Ppim 11 04 2025

Aktiviti Majlis Ramah Mesra Aidilfitri Kementerian Peralihan Tenaga Dan Transformasi Air Ppim 10 04 2025

Comic Art Festival Kuala Lumpur 9

Drama Dari Rahim Yang Sama

Masih Mood Raya Dengan Kuah Kacang Dan Rendang Daging