Pertama Kali Cuba Makanan Tempatan Vietnam Di Phostreet
Seumur hidup Eyza, tak pernah lagi Eyza jejakkan kaki ke Vietnam. Teringin jugak bila orang dok cerita shopping macam-macam kat sana. Tapi, blom sempat lagi nak jejak. Maybe one day kan
Tapi takpe, walau tak pernah jejak ke Vietnam kita pergi makan makanan Vietnam dulu la. Tak payah nak pergi jauh-jauh. Dekat Phostreet MyTown ada jual pelbagai jenis makanan Vietnam. Chefnya pun dibawa khas dari Vietnam. Kiranya rasa Authentic Vietnam gitu
Eyza diberi peluang untuk cuba beberapa jenis makanan yang dijual dekat sini. Nasib la ada kawan-kawan pun jenis suka mencuba. Yeay ada gang. Ibu pun sporting gitu
Yang kiri tu Vietnamese Coffee Cold dan yang kanan tu Passionfruit & Basil Mojito. Coffee Lover wajib order kopi Vietnam ni sebab sedap. Eyza yang x berapa suka minum kopi pun jadi suka. Kalau sesapa suka air yang masam2 sikit macam Eyza, kena order Passionfruit. Serasi bersama la gabungan semua bahan-bahan tu
Menu pertama yang Eyza try ialah Crispy Spring Roll dan Fresh Summer Roll With Prawn & Fresh Herbs. Ni kira Street Snacks la yang ada kat sini
Crispy Spring Rolls rasa rangup dan dalam dia rasa macam otak-otak. Tapi bukan otak-otak tau. Macam je. Tapi serius sedap. Cicah pulak dengan sos cili. Memang x cukup satu
Fresh Summer Roll With Prawn & Fresh Herbs ni tawar je. Tapi, korang kena cicah dengan sos yang disediakan. Barulah ngam. Kalau makan gitu je memang rasa plain. Tapi portion dia besar. Eyza makan satu je dah kenyang. Dalam tu ada Udang, Suhun, Salad dan Herbs
Vietnam Rolls ni ramai orang dok jual kat luar tu. Tapi yang ni unik sikit sbb ada sos khas dan ada rasa herbs. Tu yang buat lain dari yang dijual kat luar
Untuk Main Course Eyza try 2 menu iaitu Pho Beef Combination dan Roasted Lemongrass Chicken With Fragrant Rice
Pho Beef Combination ni portion dia besar. Eyza makan sorang jenuh nak habiskan. Dalam tu ada beberapa bahagian daging macam Beef Balls, Beef Slices, Beef Shank, Beef Tendons dan Beef Tripe
Eyza suka rasa Pho Beef Combination ni sebab ada rasa manis daging tu dalam kuah. Sesuai untuk yang tak makan pedas. Kalau yang suka pedas, jangan risau sebab ada cili yang kita boleh masukkan dalam tu untuk bagi rasa lagi kick
Untuk Main Course kedua iaitu Roasted Lemongrass Chicken With Fragrant Rice ni rasa ayam dia macam BBQ. Bau serai tu kuat dan buat ayam tu rasa manis. Rasa kombinasi daging ayam yang diperap dengan sos serai, Nasi beras wangi, kerabu betik dan sup tu serasi. Cuma bagi Eyza, menu ni tak pedas. So, sape yang tak suka makan pedas boleh try. Kalau nak pedas, maybe boleh minta cili potong
Pencuci mulut pulak Eyza try Sweet Corn Dessert With Coconut Cream. Yang ni rasa lebih kurang macam bubur jagung. Eyza rasa dessert ni agak plain sebab cuma jagung dan santan. Tapi ada rasa manis dari gula dan jagung. Kalau ada aiskrim vanila atau kacang merah maybe lagi umph. Lagi satu, dessert ni lagi sedap kalau dihidangkan sejuk
Makanan kat sini Portion besar, tempat selesa dan pelayan pun mesra. Order pun cepat sampai. Overall Eyza puas hati. Lepas ni Eyza nak try menu lain pulak yang ada kat sini.
PhostreetLot L3-043MyTown Cheras
Facebook / Instagram
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.eyzamiel.com/2019/08/pertama-kali-cuba-makanan-tempatan.html