Pertama Kali Beli Tiket Bas Secara Online


Pertama Kali Beli Tiket Bas Secara Online | Assalamualaikum dan salam sejahtera. Agak lama Sha tak bercerita di blog. September yang agak sibuk, selamat datang Oktober. Semoga Oktober ini juga kita dapat lalui dengan kekuatan dan kemudahan oleh Allah S.W.T. Minggu lepas Mak Sha dimasukkan ke wad Hospital Universiti Sains Malaysia Kubang Kerian, Kelantan atas sebab masalah penyakit kencing manis jadi Sha mengambil keputusan untuk bersama adik-adik dikampung untuk memberi semangat kepada Mak. Memandangkan Mak dan adik sudah ada di Kota Bharu, jadi Sha terus ambil bas ke Kota Bharu dan tidak ke Jerteh seperti sebelum ini. Mengambil bas dari Seri Iskandar, Perak ke Kota Bharu Sha meminta pertolongan dari staf kaunter bas untuk tempahan tiket kerana kesuntukkan masa untuk ke kaunter. Untuk pulang balik ke Perak Sha sendiri menempah tiket melalui online untuk perjalanan dari Kota Bharu ke Perak. Untuk makluman korang kebiasaanya Sha suka menggunakan perkhidmatan bas Kesatuan, tetapi untuk ke Kota Bharu baru-baru ini Sha menggunakan bas Ekspress Mutiara. Balik ke Perak yang menempah tiket bas online bagi bas Ekspress Perdana
  Tempah Tiket Bas Ekspres Perdana Secara Online
Sebenarnya Sha tak pernah beli tiket bas secara online sebelum ini, tetapi memandang Sha kesuntukkan masa untuk ke stesen bas dan beli tiket secara terus di kaunter jadi terpaksalah beli secara online. Nasib baik belah Pantai Timur ini banyak pilihan bas. Lepas memilih syarikat bas yang diyakini, Sha yakin dengan sistem pembelian tiket online di www.ekspresperdana.com.my. Sha pernah cuba untuk beli secara online dimedium lain tetapi menghadapi beberapa masalah seperti tak boleh klik pada pilihan kerusi dan asyik keluar error. Alhamdulillah melalui ekspresperdana.com.my Sha dapat beli dengan tanpa sebarang masalah

Cara Beli Tiket Bas OnlineMembuat tempahan tiket bas secara online sebenarnya amat memudahkan kita dan jimat masa untuk ke stesen bas. Di sini Sha akan tunjukkan cara membuat tempahan tiket bas menggunakan www.ekspresperdana.com.my

  Untuk membuat tempah kita perlu sign up terlebih dahulu dan log in. Selepas log ini kita akan terus ke laman page seperti di bawah :
 Jadi kita masukkan tarikh yang kita mahukan. Seperti contoh yang Sha masukkan di atas kita boleh nampak harga tiket, masa bertolak dan baki kerusi kosong. Selepas itu klik pada bahagian maklumat tiket dan klik next.


Selepas klik pada next, kita akan nampak seperti di atas untuk kita pilih tempat duduk mana sama ada mahu duduk di bahagian atas atau bawah. Selepas klik pada kerusi yang kita mahukan, masukkan nama penumpang dan no telefon. Siap masukkan nama nombor telefon kita teruskan lagi.

 Apabila kita dah teruskan kita akan nampak maklumat perjalanan kita siap dengan nombor perjalanan yang akan kita naik. Kat sini kita boleh pilih untuk ambil insurans atau pun tidak. Jika beli secara online, kita akan dikenakan cas sebanyak Rm 2.00. Akhir sekali korang boleh pilih Payment Method dengan klik pada bahagian Pay Now. Bila dah tahap ini kita boleh pembayaran online biasa


Selepas pembayaran dibuat kita akan menerima emel daripada pihak syarikat bas yang dilampirkan dengan Boarding Code. Sebelum dapat emel pun kita akan dapat Boarding Code dalam akaun web bas itu sendiri. Kalau tak sempat simpan atau tak dapat emel pun korang jangan risau, korang boleh log in balik ke akaun ekspresperdana.com.my dan boleh periksa akaun dan lihat pada Transaction History, dalam tu ada Boarding Code. Boarding Code ini penting untuk kita tuntut tiket di kaunter bila nak naik bas nanti


Alhamdulillah Sha selamat dah sampai menggunakan tiket secara online ni. Bas Ekspres Perdana adalah bas paling selesa setakat ini yang Sha pernah naik walaupun Sha tak berapa suka bas jenis 2 tingkat. Setiap kali naik bas 2 tingkat Sha akan pilih untuk duduk di belah atas, sebab Sha pernah naik yang belah bawah tapi agak tidak selesa untuk Sha. Selain kerusi yang selesa,besar, bas ekspres perdana juga menyediakan perkhidmatan wifi dan juga port usb untuk penumpangnya

Jadi lepas ni kalau nak balik dengan bas mudahlah hanya dengan tempah tiket secara online sahaja. Maklumlah sebelum ini selalunya terus ke kaunter tiket bas terminal amanjaya. Kalau tanya Sha mana paling best? Naik bas malam atau pagi? pastinya Sha akan jawab naik bas malam terutamanya kalau bawa anak sekali sebabnya waktu malam waktu terasa singkat kerana waktu tidur kita, kalau naik siang hari susah sikit nak lelap. Bosan kot nak lalui 6-7 jam perjalanan tengok kiri kanan.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.shalimaryusof.com/2020/10/cara-beli-tiket-bas-secara-online.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pertama Kali Mencuba Kiss New York Press Go Manicure Kuku Tampak Lebih Sihat Dan Keyakinan Diri Meningkat

Pertama Kali Mencuba Kiss New York Press Go Manicure Kuku Tampak Lebih Sihat Dan Keyakinan Diri Meningkat

papar berkaitan - pada 25/9/2020 - jumlah : 437 hits
Pertama Kali Mencuba Kiss New York Press Go Manicure Kuku Tampak Lebih Sihat Dan Keyakinan Diri Meningkat Assalammualaikum semua Wauuu kisah kuku pula Ruby ingin kongsikan Nampak tak kelainan pada gambar di atas Yaaa kuku itu dipakai ketika...
Tun Mahathir Tok Mat Melihat Apa Yang Dilakukan Anwar Hanya Gimik Kerana Ia Bukan Kali Pertama

Tun Mahathir Tok Mat Melihat Apa Yang Dilakukan Anwar Hanya Gimik Kerana Ia Bukan Kali Pertama

papar berkaitan - pada 24/9/2020 - jumlah : 354 hits
Selepas Presiden PKR Datuk Sri Anwar Ibrahim mengumumkan yang kerajaan PN telah tumbang dan dirinya pula mendapat sokongan Ahli Parlimen banyak kenyataan yang dikeluarkan selepas itu Setakat ini AMANAH dan DAP telah menyatakan sokongan mere...
Selamat Ulang Tahun Noah Bcl Sambut Birthday Anak Pertama Kali Tanpa Suami Disisi

Selamat Ulang Tahun Noah Bcl Sambut Birthday Anak Pertama Kali Tanpa Suami Disisi

papar berkaitan - pada 24/9/2020 - jumlah : 882 hits
Kulihat dia tersenyum Dalam kehilangannya yg begitu besar Berusaha menerima Yang Tuhan takdirkan untuknya Semoga bisa bahagia Harapku untuknya Apapun jalannya Ku kan berjuang untuknyasource
Bukan Kali Pertama Anwar Dakwa Dia Ada Majoriti Mahathir

Bukan Kali Pertama Anwar Dakwa Dia Ada Majoriti Mahathir

papar berkaitan - pada 24/9/2020 - jumlah : 296 hits
Dr Mahathir Mohamad dilihat tidak yakin dengan kenyataan Presiden PKR Anwar Ibrahim yang mendakwa memiliki sokongan cukup dari anggota parlimen untuk membentuk kerajaan baru Bercakap menerusi Zoom di Nutanix s Asean CIO Virtual Summit Mahat...
Video Mommy Loves You Always Bunga Citra Lestari Pertama Kali Rai Birthday Anak Tanpa Suami Disisi

Video Mommy Loves You Always Bunga Citra Lestari Pertama Kali Rai Birthday Anak Tanpa Suami Disisi

papar berkaitan - pada 25/9/2020 - jumlah : 561 hits
Pasangan selebriti Bunga Citra Lestari dan Allahyarham Ashraf Sinclair antara pasangan kegemaran ramai yang sering menjadi tumpuan Penyanyi dan pelakon Bunga Citra Lestari mempunyai seramai 16 2 juta pengikut di laman Instagram beliau Majli...
Pertama Kali Check Up Untuk Kehamilan Perkara Ini Yang Perlu Ibu Hamil Lakukan Segera

Pertama Kali Check Up Untuk Kehamilan Perkara Ini Yang Perlu Ibu Hamil Lakukan Segera

papar berkaitan - pada 27/9/2020 - jumlah : 572 hits
Sebelum berjumpa doktor untuk mendapatkan keputusan rasmi kewujudan bayi anda boleh mengambil ujian kehamilan di rumah sendiri Artikel ini akan memberikan anda panduan mengenai cara untuk menjalankan ujian kehamilan di rumah Bila lakukan uj...
Pertama Kali Makan Nasi Lemak Royale Kedah

Pertama Kali Makan Nasi Lemak Royale Kedah

papar berkaitan - pada 30/9/2020 - jumlah : 816 hits
Pertama Kali Makan Nasi Lemak Royale Kedah Teringin Dan terliurr Masa Bukak cawangan kat JB pun dah Rasa terliurr tapi Tak pergi pergi jugak Lol Akhirnya pergi yang di cawangan Melaka punyaa Pergh Perasaan tu gembira sungguh wehhh Dah lama ...
Pertama Kali Naik Ke Gunung Jerai Pengalaman Indah Diatas Gunung Jerai Yan Kedah

Pertama Kali Naik Ke Gunung Jerai Pengalaman Indah Diatas Gunung Jerai Yan Kedah

papar berkaitan - pada 28/9/2020 - jumlah : 757 hits
PERTAMA KALI NAIK KE GUNUNG JERAI PENGALAMAN INDAH DIATAS GUNUNG JERAI YAN KEDAH Terpengaruh dengan membaca artikel tentang Gunung Jerai di blog semalam kami sekeluarga dapat lah menjejak kan kaki di Gunung Jerai Datang bertiga saja Maisara...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Lirik Lagu Curang Abg Pau

Restoration Yamaha Ego

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Actress S Car Household Items To Be Auctioned Tomorrow To Pay Off Debt