Pertahankan Malaysia Baharu Mujahid


KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mujahid Yusof mengingatkan semua pihak dalam PH agar mempertahankan konsep Malaysia baharu.
Ini kerana tegasnya, konsep tersebut lebih besar untuk dipertahankan daripada kepentingan kepartian mahupun kepentingan diri.
“Jauhi juga kehendak penentang Malaysia baharu yang mahukan pimpinan PH hilang kepercayaan sesama mereka.
“Pada waktu yang sama kita mesti cemburu kepada mereka yang mahu merosakkan Malaysia baharu dari dalam. Wajarnya Malaysia baharu adalah benteng terakhir seluruh rakyat Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Berikut kenyataan penuh beliau:
1. Sejak gelombang reformasi hujung 90an tercetus telah dijangkakan satu era baharu bakal akan terbentuk dan 20 tahun kemudian ia menjadi kenyataan dengan terbentuknya kerajaan PH pada Mei 2018.
2. Lapan belas tahun bukanlah satu jangkamasa yang pendek, ia telah memakan banyak masa, tenaga dan pengorbanan khususnya mereka yang terpenjara seperti DSAI demi harga sebuah perjuangan.
3. Penyertaan Tun M dalam gelombang besar reformasi adalah kejayaan kepada kehendak perubahan yang selama 20 tahun didengung dan digaungkan oleh para reformis. Lahirnya Amanah, Bersatu dan Warisan bukan antithesis kepada gelombang ini tapi memperkukuhkan kedudukan era baharu yang ditunggu-tunggu.
4. Nama Malaysia baharu bukan terasing dari pakej era reformasi tapi adalah rejuvenasi kepada makna kesungguhan membina-semula negara agar lebih realistik dan menyentuh denyut dan nadi rakyat membawa mereka kepada era baharu negara dari sudut falsafah dan kebajikan rakyat.
5. Ada dua faktor kemunculan Malaysia baharu, pertama asakan dan desakan gelombang reformasi dan kedua, fasa order lama telah tamat hasil kebobrokan dan kefasadan pemerintahan BN. Pertama adalah usaha para pejuang yang berpegang kepada prinsip manakala ke dua adalah faktor kerosakan dari dalam BN/Umno yang mempercepatkan proses perubahan kerajaan.
6. Tidak ada pihak yang boleh mendakwa gelombong ini miliknya mahupun sesiapa jua apatah lagi individu tertentu sebab ia adalah era yang diperlukan untuk meneruskan kesinambungan kebangkitan sesebuah negara. Tokoh dan kelompok mahupun parti politik hanya berkhidmat untuk menyusun perubahan ini dan hanya fasilitator kepada kebangkitan baharu.
7. Dua dekad juga sarat dengan pembentukan ide dan gagasan baharu mencabar status-quo. Hari ini ramai tidak sedar ungkapan, pemikiran dan tindakan mereka gagal memahami hasrat ide yang telah terbentuk sekian lama oleh pemikir, penulis dan aktivis reformasi. Sebahagian mereka tidak ada semasa ide baharu ini dilontarkan dan sebahagian mereka hari ini tidak menghayati susah dan sukarnya untuk menerobos ke dalam pemikiran rakyat.
8. Cuba kita mengimbau Lebih 2 dekad yang lalu, kita telah gagaskan dalam Kerangka Perjanjian Bersama bahawa asas negara ini Islam, Melayu dan Raja-raja Melayu tetap menjadi teras tertegaknya perubahan politik baharu. Namun apabila kita diuji dengan permainan sentimen seperti sensitiviti Melayu, Islam dan Raja-raja Melayu yang dimainkan pihak lawan, ternyata kita masih gagal memahami apa yang pernah kita meterai bersama.
9. Isu ICERD sebagai contohnya menjadi bukti bahawa kita masih dalam budaya pemikiran terkepung atau ‘seige mentality’. Kerajaan telah menetapkan tidak akan meratifikasi ICERD dan keputusan ini kita dokong secara bersama. Namun penting juga bagi kita menjelaskan kepada semua tentang ide baharu mempertahankan teras Islam, Melayu dan Raja oleh PH. Jika dalam semua hal kita bersifat apologetic dengan tekanan dan desakan pihak lawan, bilakah lagi peluangnya untuk kita menterjemah dan memperkenalkan ide yang telah kita yakini baik untuk membina Malaysia baharu dengan teras Islam, Melayu dan Raja-raja Melayu.
10. Ide dan gagasan perpaduan nasional juga telah digarap sejak era reformasi lebih tiga dekad yang lalu tentang komitmen kita kepada mengekalkan acuan kepelbagaian sepertimana asas pembentukan negara oleh pendiri negara ini. Ide terbesar mencetuskan kebangkitan rakyat ialah ciri ‘tanpa perkauman sempit’ gagasan reformis. Segala tindakan, manifesto 2 dekad ide baharu menegaskan komitmen anti-perkauman sempit yang menjadi ‘teriakan perang’ era BA, PR dan kemudian PH.
11. Malaysia ‘tanpa-prejudis kaum’ adalah laungan di jalan raya dalam perhimpunan Bersih 1-5, begitu juga dalam segala perhimpunan politik hampir setiap malam selama berdekad. Ide era baharu terbentuk sejak dulu lagi menentang politik perkauman Umno. Antara yang ‘melambatkan’ perubahan ialah ketegasan ide baharu mempertahankan bahawa kita tidak akan tunduk kepada ‘godaan’ sentimen sempit perkauman dan agama. Sejak dulu kita tidak pernah berniat untuk bersaing atas premis yang merosakkan perpaduan negara ini.
12. Kita diuji dengan pencerobohan dan rusuhan Kuil di Seafield dalam mempertahankan asas dan ide perpaduan nasional baharu. Sesetengah daripada kita hari ini gagal memahami penghayatan ini apabila turut terikut-ikut menari mengikut rentak penentang Malaysia baharu. Sebahagian kita hilang fokus kepada asas bahawa kita seharusnya menentang penceroboh kuil dan perusuh yang memangsakan Adib dan bukan membenci kepada sesuatu kaum itu atau orang tertentu atau agama tertentu. Gagasan ide ini menjadi asas tertegaknya perjuangan Malaysia bahau sejak 2 dekad yang lalu.
13. Kita pernah mempertahankan isu kalimah ALLAH sejak 2009 atas asas objektiviti dan bukan kebencian agama walaupun terpaksa berhadapan dengan kesukaran mempertahankan objektiviti ini. Begitu juga ide baharu menganjurkan jangan mengheret kaum tertentu hanya perbuatan jahat individu dalam kaum tersebut. Kita menentang amalan yang merugikan sesebuah masyarakat tak kira dari kaum mana mereka termasuk orang Melayu. Kita menentang rasuah dari kalangan pemimpin Melayu bukan menentang orang Melayu begitulah dengan perasuah berbangsa Cina mahupun India bukan membenci semua kaum India atau Cina.
14. Dari sudut keterbukaan, sejak berdekad lamanya perjuangan ide baru menolak ketaksuban kepartian atau platform kerana meyakini parti dan platform adalah jalan mencapai makna yang lebih besar untuk menegakkan prinsip keadilan dan kemanusiaan. Bukan hari ini kita dibanjir oleh ahli baru dan wajah-wajah baru samada dari yang berjawatan atau bekas yang berjawatan dari parti lawan kita.
15. Asasnya mudah, selagi mereka menerima gagasan baru dan apa yang diperjuangkan oleh ide-ide politik baru, itulah syaratnya untuk diterima. Semasa pembentukan PH dan kemudian PH+Bersatu dan akhirnya PH yang berjaya dibentuk gabungan 4 parti semuanya atas perjanjian yang jelas membuka kepada kemunculan politik baru.
16. Hari ini PH diuji dengan banjiran bekas Umno menganggotai salah satu parti komponennya. Mengapa panik? Bukankah keterbukaan menerimanya adalah tertakluk kepada ide gagasan dan politk baru? Atau apakah kita hilang kepercayaan kepada rakan komponen kita? Mungkin kita tidak jelas apakah penghijrahan ini memperkukohkan parti komponen atau PH?
17. Sepatutnya kita bertanya apakah banjiran ini memperkukuhkan ide Malaysia baharu atau tidak? Malaysia baharu adalah lebih besar dari parti komponen mahupun PH sendiri. Malaysia baharu perlu dipertahankan dengan desakan ide baharu dan gagasan baharu. Ia menjadi kayu pengukur kepada pelebaran kuasa PH, jika tidak, betapa pun banjiran dari Umno, MCA atau MIC sekalipun tidak akan membawa pengukuhan Malaysia baharu jika ide-idenya terbantut dan disabotaj oleh rakan komponennya sendiri.
18. Kita tidak mampu menyekat mana-mana komponen parti berkembang tetapi kita ada segala hak untuk meletakkan gagasan Malaysia baharu sebagai penentu kepada mana-mana elemen baharu yang masuk pasca PRU ke 14. Malaysia baharu adalah tuntutan rakyat dan mereka yang meletakkan kita berhak mempersoalkan kepentingan dan keutamaan politik baharu. Selagi ruang Malaysia baharu dipermudahkan laluannya tiada siapa berhak disekat tetapi jika ruang ini disempitkan dengan saki-baki ide ke belakang maka semua komponen berhak bersuara atas nama Malaysia baharu.
19. Malaysia baharu lebih besar untuk dipertahankan daripada kepentingan kepartian mahupun kepentingan diri. Ini termasuk perasaan kita kepada dinamika di sekeliling dengan landskap baharu. Kita terpaksa ‘telan’ semua perasaan dengan matlamat yang jelas untuk mempertahankan ide Malaysia baharu.
20. Jauhi sama sekali perbalahan dalaman dalam membawa ide dan gagasan Malaysia baharu. Jauhi juga kehendak penentang Malaysia baharu yang mahukan pimpinan PH hilang kepercayaan sesama mereka. Pada waktu yang sama kita mesti cemburu kepada mereka yang mahu merosakkan Malaysia baharu dari dalam. Wajarnya Malaysia baharu adalah benteng terakhir seluruh rakyat Malaysia.
The post Pertahankan Malaysia Baharu – Mujahid appeared first on MySuara.Net.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.mysuara.net/berita/pertahankan-malaysia-baharu-mujahid/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dap Tinggalkan Ph Jika Matlamat Malaysia Baharu Tak Dilaksana Kit Siang

Dap Tinggalkan Ph Jika Matlamat Malaysia Baharu Tak Dilaksana Kit Siang

papar berkaitan - pada 21/12/2018 - jumlah : 358 hits
BANGI 12 Rabiulakhir 1440H Khamis Parti anti Islam dan tamak haloba DAP memberi amaran tidak teragak agak untuk meninggalkan kerajaan Pakatan Harapan sekiranya matlamat Malaysia baharu diabaikan Penasihat parti rasis dan cauvinis Lim Kit Si...
Tiada Ruang Untuk Berita Palsu Mesej Jahat Dalam Malaysia Baharu Tpm

Tiada Ruang Untuk Berita Palsu Mesej Jahat Dalam Malaysia Baharu Tpm

papar berkaitan - pada 26/12/2018 - jumlah : 273 hits
PETALING JAYA Kerajaan tidak akan berkompromi dengan mana mana pihak yang sengaja mengancam keharmonian dan keamanan negara Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata kestabilan dan keamanan yang dikecapi selama in...
Malaysia Baru Melangkaui Kepentingan Parti Dr Mujahid Yusof

Malaysia Baru Melangkaui Kepentingan Parti Dr Mujahid Yusof

papar berkaitan - pada 24/12/2018 - jumlah : 264 hits
Sejak gelombang reformasi hujung 1990 an tercetus telah dijangkakan satu era baru bakal akan terbentuk dan 20 tahun kemudian ia menjadi kenyataan dengan terbentuknya kerajaan Pakatan Harapan pada Mei 2018 Lapan belas tahun bukanlah sekejap ...
Mujahid Dear Nurul Izzah New Malaysia Needs Its Princess

Mujahid Dear Nurul Izzah New Malaysia Needs Its Princess

papar berkaitan - pada 25/12/2018 - jumlah : 432 hits
Permatang Pauh MP Nurul Izzah Anwar still has a role to play in the new Malaysia said Amanah vice president Mujahid Yusof Rawa In an open letter penned on his journey from Cordoba to Madrid Mujahid said Nurul Izzah as the puteri reformasi i...
Analisis Taktikal Sistem Vietnam Efektif Berhadapan Dengan Malaysia

Analisis Taktikal Sistem Vietnam Efektif Berhadapan Dengan Malaysia

papar berkaitan - pada 13/12/2018 - jumlah : 355 hits
Vietnam efektif dalam perlawanan ini Hasilnya mereka berjaya membawa 2 gol tempat lawan daripada perlawanan pertama di Stadium Nasional Bukit Jalil selepas terikat 2 2 dengan pasukan Malaysia Permulaan Vietnam menggunakan formasi 5 3 2 dala...
Kemenpar Boyong Puluhan Industri Mice Indonesia Di The 1st Meet Malaysia

Kemenpar Boyong Puluhan Industri Mice Indonesia Di The 1st Meet Malaysia

papar berkaitan - pada 13/12/2018 - jumlah : 252 hits
Kementerian Pariwisata menggelar The 1st Indonesia Tourism Joint Promotion Forum For MICE Event dan Airlines Industry in Malaysia Kegiatannya di Grand Ballroom The WESTIN Kuala Lumpur Malaysia Senin
Harga Proton X70 Untuk Jualan Seluruh Malaysia Diumumkan Secara Rasmi

Harga Proton X70 Untuk Jualan Seluruh Malaysia Diumumkan Secara Rasmi

papar berkaitan - pada 13/12/2018 - jumlah : 1346 hits
HARGA Proton X70 untuk jualan seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak telah diumumkan secara rasmi dalam pelancarannya di Kuala Lumpur Convention Centre hari ini Difahamkan model terbaru kenderaan keluaran Proton dengan kerjasama Geely ...
Understanding Child Marriages In Malaysia

Understanding Child Marriages In Malaysia

papar berkaitan - pada 12/12/2018 - jumlah : 212 hits
Child marriages are not new to Malaysia but recently more awareness is given to the topic especially after the viral news of a 41 year old man marrying an 11 year old girl But there is more to child marriages and during our Hang Out Dome Ca...
Ph Charity Dinner Rasuah Terbuka Ala Malaysia Baru

Ph Charity Dinner Rasuah Terbuka Ala Malaysia Baru

papar berkaitan - pada 12/12/2018 - jumlah : 269 hits
Mohd Puad Zarkashi 12 12 18 Beberapa potret pemimpin PH seperti PM TPM dan Menteri dibida oleh towkey towkey kaya untuk sumbangan politik kepada PH sempena PH Charity Dinner ahad lalu Apakah ini rasuah terbuka atau rasuah halal Beberapa tow...
Flexibility In Business Operations

Kempen Hartanah Bumiputera Khas Untuk Pembeli Bumiputera Mendapatkan Rumah Dengan Tawaran Giler Menarik

Umno Youth To Protest Extra Hours For Civil Servants Working Shifts

The Difference In The Concept Of Illicit Relationship Between Muslims And Non Muslims

Pensyarah Didakwa Hina Nabi Jawi Turut Buka Siasatan

Biodata Hael Husaini 2 Kali Juara Ajl Dan Perjalanan Dalam Industri Seni

Pas Langkaui Retorik Dap Isytihar Pas Muuh Utama

Murid Buktikan Pada Guru Lembu Makan Martabak


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula


7 Keistimewaan Hari Arafah Hari Yang Dinantikan Jutaan Umat Islam

Generasi Milenial Dan Gen Z Dukung Nkri Nomor Urut 2 Simbol Harapan Baru Kalimantan Barat

Kempen Hartanah Bumiputera Matrix Miliki Rumah Selesa Cipta Kenangan Indah Bersama Keluarga

Bukan Semua Cendawan Boleh Makan Ada Yang Beracun

Wanita Bersalin Semasa Buang Air Besar

Jangan Risau Jika Tak Terkenal