Pertahanan Negara Mesti Bersiapsiaga Sepanjang Masa Pm Anwar


 

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir merasmikan Program MADANI Rakyat (PMR) 2025 Melaka di Politeknik Merlimau, Jasin pada 19 Oktober 2025. Foto MPHTJ
JASIN, 19 Okt – Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan keamanan dan kestabilan yang dinikmati negara ketika ini tidak seharusnya dijadikan alasan untuk mengabaikan kesiapsiagaan serta peningkatan keupayaan pertahanan.
Perdana Menteri berkata, sejarah dunia membuktikan banyak negara melakukan kesilapan besar apabila mengabaikan aspek disiplin dan kesiapsiagaan ketenteraan sewaktu berada dalam keadaan aman.
“Apabila negara berada dalam suasana aman dan stabil, ada yang menganggap segalanya sudah beres (terkawal), lalu hanya menumpukan kepada pembangunan ekonomi, pendidikan dan infrastruktur.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir merasmikan Program MADANI Rakyat (PMR) 2025 Melaka di Politeknik Merlimau, Jasin pada 19 Oktober 2025. Foto Abdul Razak Abdul Rahman“Tetapi bagi kita yang menikmati keamanan ini, jangan sesekali mengetepikan persiapan, kesiapsiagaan, disiplin serta peningkatan keupayaan pertahanan negara,” katanya ketika berucap pada Majlis Penutupan Program MADANI Rakyat 2025 di sini hari ini.
Turut hadir Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh, Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, Timbalan Menteri Pertahanan Adly Zahari, Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Shamsul Azri Abu Bakar serta Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka Datuk Azhar Arshad.
Perdana Menteri berkata, rakyat juga perlu diberikan penjelasan berhubung peruntukan sebanyak RM21.7 bilion kepada Kementerian Pertahanan dalam Belanjawan 2026 bagi memastikan rakyat memahami ketelusan serta pelaburan kerajaan dalam sektor pertahanan negara.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir merasmikan Program MADANI Rakyat (PMR) 2025 Melaka di Politeknik Merlimau, Jasin pada 19 Oktober 2025. Foto Abdul Razak Abdul Rahman“Kalau beri peruntukan kepada Kementerian Pertahanan… RM21.7 bilion itu (ada yang tanya) kelengkapan mana? Pesawat mana? Kereta kebal di mana? Semua itu boleh diterangkan oleh pegawai yang membantu memberi penjelasan kepada rakyat,” katanya.
Anwar turut merakam penghargaan kepada Mohamed Khaled yang menekankan aspek disiplin, perolehan dan kebajikan anggota tentera termasuk penyediaan perumahan serta sekolah untuk keluarga mereka.
Justeru, beliau berkata kerajaan turut memberi tumpuan terhadap kebajikan anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) termasuk program pemulihan dan pembinaan semula perumahan anggota bagi memastikan kesejahteraan tentera dan keluarga mereka terpelihara.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir merasmikan Program MADANI Rakyat (PMR) 2025 Melaka di Politeknik Merlimau, Jasin pada 19 Oktober 2025. Foto Abdul Razak Abdul RahmanSementara itu, Perdana Menteri berkata kekuatan negara bukan sahaja bergantung kepada keupayaan ketenteraan, tetapi juga keberkesanan penguatkuasaan undang-undang dalam mengekang ketirisan serta jenayah ekonomi.
“Cuba bayangkan dalam tempoh dua tahun, penguat kuasa boleh menyelamatkan hasil negara termasuk melalui rampasan daripada sindiket penipuan dan kegiatan gelap…dua tahun, RM15.5 bilion berjaya diselamatkan. Ini wang rakyat, wang negara,” katanya.
Anwar turut memuji keberanian agensi penguatkuasaan seperti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang menumpaskan sindiket besar sehingga menyelamatkan hasil negara untuk dimanfaatkan semula kepada rakyat.
Bagaimanapun, beliau menegaskan dana berbilion ringgit yang berjaya diselamatkan itu akan disalurkan kembali kepada rakyat melalui peruntukan bagi sekolah, klinik, jalan raya serta kenaikan gaji penjawat awam.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2025/10/pertahanan-negara-mesti-bersiapsiaga.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kerajaan Lulus Rm34 81 Juta Untuk Baiki 137 Pondok Tahfiz Seluruh Negara Anwar

Kerajaan Lulus Rm34 81 Juta Untuk Baiki 137 Pondok Tahfiz Seluruh Negara Anwar

papar berkaitan - pada 12/10/2025 - jumlah : 151 hits
Kerajaan Lulus RM34 81 Juta Untuk Baiki 137 Pondok Tahfiz Seluruh Negara Anwar IPOH 11 Okt Kerajaan meluluskan peruntukan berjumlah RM34 81 juta bagi melaksanakan 137 projek pembaikan kecil pondok dan sekolah tahfiz di seluruh negara termas...
Tiada Kompromi Lawan Rasuah Rm15 5 Bilion Hasil Negara Dikembalikan Pm Anwar

Tiada Kompromi Lawan Rasuah Rm15 5 Bilion Hasil Negara Dikembalikan Pm Anwar

papar berkaitan - pada 12/10/2025 - jumlah : 213 hits
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan komitmen kerajaan untuk terus membersihkan negara daripada rasuah penyelewengan dan kegiatan kartel susulan kejayaan penguatkuasaan tegas yang berjaya mengembalikan hasil negara mencecah R...
Anwar Summoned To Istana Negara No Pm S Question Time Today Says Speaker

Anwar Summoned To Istana Negara No Pm S Question Time Today Says Speaker

papar berkaitan - pada 7/10/2025 - jumlah : 184 hits
KUALA LUMPUR Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim was summoned for a meeting with the Conference of Rulers at Istana Negara early Tuesday says Tan Sri Datuk Johari Abdul The Dewan Rakyat Speaker informed the August House that Anwar would...
Pm Anwar Bidas Pembangkang Tak Faham Bukan Hanya Pulihara Carcosa Seri Negara

Pm Anwar Bidas Pembangkang Tak Faham Bukan Hanya Pulihara Carcosa Seri Negara

papar berkaitan - pada 15/10/2025 - jumlah : 177 hits
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim membidas tindakan pembangkang yang tidak faham kepentingan Khazanah memulihara bangunan warisan di Kuala Lumpur termasuk Carcosa Seri Negara Foto Kementerian KewanganPUTRAJAYA 15 Okt Pembangkang disi...
Dewan Rakyat Sesi Mqt Tiada Hari Ini Pm Anwar Dititah Ke Istana Negara

Dewan Rakyat Sesi Mqt Tiada Hari Ini Pm Anwar Dititah Ke Istana Negara

papar berkaitan - pada 7/10/2025 - jumlah : 165 hits
Dewan Rakyat Sesi MQT Tiada Hari Ini PM Anwar Dititah Ke Istana Negara KUALA LUMPUR 7 Okt Sesi Waktu Pertanyaan Pertanyaan Menteri pada persidangan Dewan Rakyat hari ini ditiadakan susulan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dititah ol...
Anwar Extends Deepavali Greetings Calls For Unity And Progress

Anwar Extends Deepavali Greetings Calls For Unity And Progress

papar berkaitan - pada 20/10/2025 - jumlah : 235 hits
KUALA LUMPUR Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim has extended Deepavali greetings to all Hindus in Malaysia He also expressed hope that this year s festival would stand as a symbol of Malaysians coming together in the spirit of progress...
Rm1 Bilion Subsidi Ayam Kepada Kartel Disalur Kembali Kepada Rakyat Pm Anwar

Rm1 Bilion Subsidi Ayam Kepada Kartel Disalur Kembali Kepada Rakyat Pm Anwar

papar berkaitan - pada 19/10/2025 - jumlah : 141 hits
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir merasmikan Program MADANI Rakyat 2025 Melaka di Politeknik Merlimau Jasin pada 19 Oktober 2025 Foto Abdul Razak Abdul RahmanJASIN 19 Okt Setelah sekian lama kartel bermaharajalela menerima manf...
Pm Anwar Bidas Gelaran Perdana Menteri Telefon Usaha Diplomasi Tak Wajar Diperlekeh

Pm Anwar Bidas Gelaran Perdana Menteri Telefon Usaha Diplomasi Tak Wajar Diperlekeh

papar berkaitan - pada 20/10/2025 - jumlah : 147 hits
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim membidas tindakan segelintir pemimpin pembangkang yang memperlekeh usaha diplomasi kerajaan dengan menggelarnya sebagai Perdana Menteri Telefon PM Anwar bidas gelaran Perdana Menteri Telefon Memetik ...
Putin Pertimbang Hadiri Sidang Kemuncak Asean Timbalan Pm Sah Wakili Rusia Anwar

Putin Pertimbang Hadiri Sidang Kemuncak Asean Timbalan Pm Sah Wakili Rusia Anwar

papar berkaitan - pada 21/10/2025 - jumlah : 205 hits
Putin Pertimbang Hadiri Sidang Kemuncak ASEAN Timbalan PM Sah Wakili Rusia Anwar KUALA LUMPUR 21 Okt Presiden Rusia Vladimir Putin sedang mempertimbangkan untuk menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN yang akan datang namun setakat ini hanya Timba...
Hiburan Tiada Istilah Sondol Menyondol Bella Astillah Minta Netizen Henti Kecam Ami Ilana

Mata Dikorek Jantung Hati Buah Pinggang Di Curi

Grand Mercure Diperkenalkan Di Bukit Bintang Kuala Lumpur Malaysia

Best Life Insurance Plan Malaysia Compare Choose The Right Policy

Cadangan Teresa Tak Hormati Sultan Kedah Jangan Sentuh Isu Babit Institusi Raja Mahdzir Khalid

Kotak Produk Eco Friendly Pilihan Bijak Untuk Jenama Yang Prihatin Alam Sekitar

Nasi Ulam Utara Resipi Sedap Power Yang Wajib Cuba

Bisikan Qarin Di Sebalik Seram Terselindung Pesanan Akidah


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Mahkamah Agung Pakistan Mengadakan Mesyuarat Setelah Peletakan Jawatan Hakim Hakim

Hari Perlawanan 8 Pertarungan Epik Menanti Di Arena

Tajuk Caj Jalan Baru Di Genting Reaksi Terkejut Dari Pengguna

Saya Adalah Anak Cucu Pejuang Sanusi Tak Gentar Pertahankan Hak Amp Kebenaran

Enam Meninggai 25 Cedera Hotel Lima Bintang Terbakar

Klia Bocor Hujan Mencurah Macam Air Terjun