Personalised Baby Gifts Dari Raph Remy Yang Eksklusif Buat Si Manja
Fasa paling terindah buat pasangan yang telah mendirikan rumahtangga adalah cahaya mata. Kerana ianya melengkapkan sebuah kehidupan bekeluarga.Namun, saat paling terindah bila tiba saat menantikan kelahiranya. Kerana disitu bermulanya fasa menyediakan segala kelengkapan buat si manja. Tapi selalunya ibubapa mesti inginkan yang terbaik dalam pemilihan fabric untuk simanja bukan? Okay, harini cik mimi nak share kan satu benda untuk semua ibu-ibu ye..
Personalised Baby Gifts Dari Raph & Remy Yang Eksklusif Buat Si Manja!
Mungkin ada yang pernah dengar, ada yang belum ketahui tentang produk dari Raph & Remy ni kan? Ianya menghasilkan produk dari tumbuhan buluh yang premium. Kenapa ianya menggunakan produk tersebut, sebab ianya boleh menjaga kualiti, serta dapat mengutamakan keselesaan pada bayi apabila menggunakannya yang bersesuaian dengan iklan kita
Personalised Baby Essentials
Raph & Remy : Premium Bamboo Swaddles
Perkara pertama bagi cik mimi sendiri la dalam penyediaan barangan bayi ketika menyambut kelahiran anak pertama ialah kain bedung. Nampak ianya seperti sesuatu yang tidak penting. Tapi bagi cik mimi ini adalah satu barangan yang wajib ada. Walaupun kita tidak pasti, adakah simanja akan menggunakan ia atau tidak nanti
Bila sebut kain bedung, secara tidak langsung kita mesti nak kan ianya nampak menarik bila simanja menggunakannya kan
Sebolehnya kita nak kan ianya nampak unik, eksklusif pada pandangan semua yang memandang bukan? Dengan Raph & Remy ni, kita boleh menampakkan ianya eksklusif dengan personalized kan dia, seperti meletakkan nama pada barangan tersebut
Tahu tak semua, walaupun ianya nampak biasa-biasa aje, tapi kita boleh ukirkan ia dengan nama simanja tersebut. Beruntung buat simanja, kerana ia mempunyai Bamboo Baby Swaddle yang tersendiri. Inilah kenangan terindah buat simanja ketika baru lahir
Raph & Remy : Organic Bamboo Baby Blanket
Barangan kedua yang menarik perhatian cik mimi kalau beli barangan si manja ni kan, blanket baby.. Allah comeynya bila baby tidur siap berselimut gitu.. Seronok pula tengok barang simanja dari Raph & Remy ni. Semuanya nampak ekslusif sebab boleh personalized kan dia mengikut kehendak kita sendiri.. Terus rasa macam nak ada baby sendiri lagi. hihi
Raph & Remy : Organic Bamboo Baby Towel & Mitt
Bestnya kalau dapat hadiahkan Hooded Towel & Mitt Set ni.. Barang keluaran Raph & Remy ni sangat sesuai dengan kulit baby kerana ianya lembut dan memberi keselesaan pada si manja. Sesuai sangat kalau simanja berpeluang miliki hooded towel & mitt set ni..
Nampak gebu kan bila dimanja menggunakan barangan ni
Raph & Remy : SootherBuddy Security Blanket
Comelnya SootherBuddy Security Blanket ni.. Kalau dapat miliki ni, memang terasa comel sangat buat simanja..Kalau kengkawan semua nak buat pembelian, jangan risau tau. Blanket ni bukan disediakan hanya dalam 1 warna sahaja. Tetapi ada 4 pilihan warna untuk simanja. So, ada satu kelainan disitu..
Raph & Remy : Personalised Teethers
Menarik pula cik mimi tengok teether ni.. Menarik warnanya kan. Dan yang menariknya tentang pembuatannya
Ianya buatan tangan dari manik-manik silikon 100% berkualiti tinggi yang bebas daripada BPA dan kayu beech asli premium yang tidak dirawat - kayu keras yang tahan lama, lestari dan antibakteria secara semula jadi. Erm, cik mimi boleh bayangkan mesti simanja akan berasa geram untuk mengigit teether ni untuk mengasah gusi mereka yang baru nak tumbuh gigi tu.
Pakaian Bayi - Apparel
Knotted Gowns :
Comel sangat bila tengok si manja dalam berpakaian begini kan.. Kalau ibi-ibu nak tahu, knotted gowns ni Item paling selesa yang dapat dimiliki oleh ibu baru untuk anaknya yang baru lahir tau. Seolah-olah nampak seperti simanja dalam bedungan kan
Ianya sesuai dipakaikan pada simanja yang berusia 0-3bulan. Dan mempunyai beberapa pilihan warna yang bersesuaian untuk simanja
Raph & Remy menggunakan material dari buluh yang premium kerana :
Serat semula jadi3 kali lebih banyak penyerap daripada kapasKeupayaan pelembapan kelembapan semula jadiMudah bernafasBesesuaian dengan iklim semasaAnti bakteriaAnti kulatHypoallergenic
Baby Onesies :
Baby Onesies ni kan salah satu baju pilihan kesukaan cik mimi juga untuk simanja tau. Sebab apa, boleh nampak simanja selesa je bila memakainya. Apatah lagi ketika cuaca panas. Dan selalunya, ianya direka dalam keadaan material yang memeri. Kalau ibu-ibu berkenan nak grab dari Raph & Remy ni, ada 7 pilihan warna yang menarik okay
Sesuai untuk simanja yang berusia 0-3bulan
Baby Zippies :
Comel sangat bila simanja dapat bergaya dengan baby zippies ni kan
Walaupun anak-anak cik mimi tak merasa sangat pakai pakaian begini, tiba-tiba cik mimi rasa comel pula. Mana tahu kalau ada rezeki baby baru nanti, nak juga cik mimi grab baby zippies macam ni. Terasa comel sangat
Nampak selesa dan sangat membantu simanja dalam setiap pergerakan bila memakai pakaian sebegini. Ibu-ibu jangan risau, baby zippies ni bukan untuk anak kecil sahaja tau. malah ibu-ibu boleh memilih sehingga size 24month! Serta mempunyai 5 warna yang menarik
Gift Sets - Set Hadiah
Baby Gift Sets
Kalau cerita pasal set hadiah ni, rata-rata semua orang pun suka kan
Kalau cik mimi la, dapat gift macam ni, memang terasa bahagia sangat-sangat
Atau kalau ada bajet yang lebih, tak salah pun kalau kita keluarkan sedikit modal, untuk milikinya bukan
Antara barangan yang terdapat dalam set ni ialah :
Set hadiah 7EssentialSomethings ™ yang lengkap :
1 x BubbleGummy ™ Teether (Pilih warna)1 x Maskot Pond Pal2 x Swaddles Buluh Premium (Pilih warna)
1 x Selimut Penyejuk Organik BambooCloud ™1 x Selimut Keselamatan SootherBuddy ™1 x Menukar Clutch Mat1 x Tuala Bayi & Mitt Bambu Organik1 x Beg Tote Kanvas Premium1 x Kad Hadiah
Setiap set hadiah dibungkus dengan penuh kasih sayang ke dalam kotak hadiah RAPH & REMY ™ dengan penuh bergaya. Kotak cantik yang boleh digunakan semula untuk menyimpan barang khas. Antara kelebihan lainnya ialah :
Pembungkusan kotak hadiah percumaKad hadiah & perkhidmatan pesanan peribadi yang percumaBeg Tote Kanvas Premium RAPH & REMY percumaPenghantaran standard percuma SingapuraPenghantaran DHL Express di seluruh dunia 1-3 hari bekerja
Newborn Essentials Collection :
Merupakan set yang diperlukan oleh ibu-ibu untuk menyambut bayi baru! Semua barang keperluan baru lahir dalam satu set hadiah premium tanpa jantina (unisex). Ia termasuk Beg Tote Kanvas Premium, untuk menjadikan semua barang keperluan untuk lawatan ke hospital yang sangat istimewa, sangat mudah! Semua item diperakui OEKO-TEX®
Jimat 20% apabila ibu-ibu membeli Koleksi Keperluan Baru Lahir dari Raph & Remy sebagai satu set hadiah yang lengkap. Sesuaikan warna anda untuk pilihan di atas
Antara barangan yang terdapat dalam Newborn Essentials Collection ialah :
Onesies Buluh Premium - Set Duo (0-3m)Gaun Rajutan Buluh Premium (0-3m)Pembalut Buluh PremiumSarung Buluh Premium - Set Duo (0-6m)Beanie Slouch Reversible Bambu Premium (0-6m)Booties Bayi Buluh Premium (0-6m)Stoking Bayi Buluh Premium - Set Duo (0-3 + 3-6m)Beg Tote Kanvas PremiumKad Hadiah
Macam mana? Tergoda tak tengok set barangan simanja dari Raph & Remy ni? Kalau nak tahu info lanjut mengenainya boleh layari :
Website : http://www.raphandremy.com/
Instagram : https://www.instagram.com/raphandremy
Facebook : https://www.facebook.com/raphandremy
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.syamimisaad.com/2020/07/personalised-baby-gifts-dari-raph-remy.html