Persidangan Sekolah Amanah 2023 Ke Arah Kelestarian Transformasi Sektor Pendidikan


PERSIDANGAN SEKOLAH AMANAH 2023 KE ARAH KELESTARIAN TRANSFORMASI SEKTOR PENDIDIKAN | Assalammualaikum semua! Sebagai ibu bapa, adalah harapan tinggi kepada kita untuk memberi pendidikan yang terbaik kepada anak-anak dari awal usia. Malah, pada hari ini juga, kita didedahkan dengan berita tentang kecemerlangan dan kemenjadian pelajar. 
Sama ada dalam bidang akademik atau kokurikulum. Keseimbangan dua perkara ini akan menghasilkan pelajar cemerlang, berani, fokus dan tahu hala tuju kerjaya dengan bantuan para guru. Guru-guru sememangnya memainkan peranan besar, namun apabila penyertaan dari para pelajar membentuk persekitaran kelas lebih kreatif dan proaktif. 

PERSIDANGAN SEKOLAH AMANAH 2023: KE ARAH KELESTARIAN TRANSFORMASI SEKTOR PENDIDIKAN

Ruby berkesempatan ke Persidangan Sekolah Amanah 2023 yang berlangsung di Geno Hotel, Shah Alam. Persidangan berlangsung pada 25 Oktober 2023 hingga 26 Oktober 2023 dari seawal 8 pagi hingga 1 tengahari keesokan hari. Persidangan ini dihadiri oleh pasukan dari Yayasan Amir, penaja korporat, wakil guru dan pelajar Sekolah Amanah

Pasti ramai tertanya-tanya apakah Sekolah Amanah? Kenapa ada Persidangan Sekolah Amanah setiap tahun? Adakah program Sekolah Amanah tertumpu kepada Sekolah Kluster dan Sekolah Berprestasi Tinggi? Perlukah bayaran untuk menyertai Sekolah Amanah? Senarai Sekolah Amanah dan bagaimana Sekolah Amanah beroperasi? Adakah Sekolah Amanah mempunyai silibus pendidikan berlainan dari sekolah yang disediakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia? Jom kita kupas lebih lanjut tentang Sekolah Amanah. Persoalan-persoalan bermain di minda Ruby sejak melihat keputusan cemerlang para pelajar dan Alumni. 

Setelah lima tahun menanti semenjak penganjuran di Kuching Sarawak pada tahun 2018, penganjuran pada kali ini merupakan satu lagi usahasama di antara Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) melalui Bahagian Pengurusan Sekolah Harian (BPSH) dan Jabatan Pendidikan Negeri Selangor, Yayasan AMIR, serta para penaja dari sektor korporat. Persidangan ini adalah bukti kepada komitmen kolektif semua untuk memperkasa sistem dan kualiti pendidikan negara, sekaligus mencorak kemenjadian generasi masa hadapan yang lebih baik dari sebelumnya. 
Dalam penganjuran pada kali ini, 9 sesi khusus telah disediakan. Sesi-sesi ini telah dipilih merangkumi aspek-aspek kemenjadian murid dan kompetensi guru, serta kupasan isu-isu penting yang bertepatan dengan tema Persidangan Sekolah Amanah 2023 ini. Setiap sesi memberi manfaat serta cetusan idea dan inspirasi buat kita semua khususnya para pendidik serta pelaksana dan penggubal dasar pendidikan dari semua peringkat. Istimewa pada penganjuran pada kali ini juga, Pertandingan Video Sekolah Amanah 2023 (Yayasan AMIR Trust Schools Video Challenge 2023)

APA ITU SEKOLAH AMANAH?
Sekolah Amanah merupakan sekolah berkonsepkan ‘Separa Korporat’ yang membenarkan pihak korporat terlibat secara langsung dalam kemenjadian pelajar dan guru. Melalui cara ini, sekolah yang terpilih mampu mencapai kecemerlangan dengan cara latihan berkumpulan. Ia secara tidak langsung mengangkat status sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan

Sekolah Menengah atau Sekolah Rendah di bawah inisiatif Sekolah Amanah telah menghasilkan ramai pelajar yang berjaya melalui keputusan cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia. Setiap sumbangan dari sektor korporat akan disalurkan kepada pihak sekolah dan laporan prestasi akan dikemaskini setiap hari secara langsung agar dapat mengatasi kekurangan yang berlaku kepada pelajar

Setiap sekolah mengalami berlainan permasalahan. Di antaranya kehadiran pelajar yang tidak memberangsangkan. Pelajar tidak memahami sesi pembelajaran dan memerlukan perhatian atau latihan tambahan. Dari itu, guru-guru akan mengambil berat tentang keadaan para pelajar dan sama-sama menyelesaikan masalah dengan berkomunikasi dan solusi. 
Program Sekolah Amanah merupakan Pemerkasaan Sekolah Amanah yang telah dilancarkan pada tahun 2010. Sejak dari itu, Sekolah Amanah telah menunjukkan hasil yang positif dalam meningkatkan prestasi sekolah khususnya, guru-guru serta para pelajar. 
Rangkaian Sekolah Amanah di bawah Yayasan AMIR (yayasan yang disokong oleh Khazanah) mampu meningkatkan kualiti tranformasi sektor pendidikan. Program Sekolah Amanah merupakan satu program transformasi sekolah yang lestari dan komprehensif bagi menambah baik kemenjadian murid.

PERSIDANGAN SEKOLAH AMANAH 2023
Bagi melestarikan program ini, diadakan satu Persidangan Sekolah Amanah selama 2 hari bagi berkongsi mengenai agenda sebenar program ini serta kejayaan dan impak positif yang dicapai. Pelbagai pengisian padat telah dirangka bagi memberi informasi kepada orang ramai berkenaan proses transformasi dan pencapaiannya


Majlis dirasmikan oleh YBrs. Tuan Haji Abdul Muie bin Ngah, Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, Kementerian Pendidikan Malaysia. Turut hadir YM Raja Tan Sri Dato’ Seri Arshad Raja Tun Uda, Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah, Yayasan AMIR


Dalam majlis ini, turut dipamerkan kecemerlangan dan bakat murid SMK Lundu. Seterusnya, perkongsian ‘Suara Kami’, dimana pengalaman ini akan dikongsikan oleh mereka yang masih dan pernah mengikuti Program Sekolah Amanah sepanjang 12 tahun diperkenalkan


Satu tayangan video: ‘Sebelum & Selepas’ Program Sekolah Amanah akan dipersembahkan bagi menunjukkan kejayaan dan keberhasilan dari program ini kepada umum

Seterusnya, lawatan ke tapak pameran bagi memberi lebih banyak info dan kecerahan mengenai pencapaian dan penglibatan para guru serta murid. 

Persidangan 2 hari ini diisi dengan beberapa agenda dan forum, antaranya Sesi Perkongsian Pengajaran dan pandangan masa hadapan: Program Sekolah Amanah, diikuti Forum 1 yang membincangkan Perjalanan untuk Persediaan Masa Hadapan – Manifestasi Memupuk Pemikiran dan Sesi Perkongsian 2: Merapatkan Jurang Pembelajaran dan Memupuk Generasi Hilang


Bagi hari kedua, perkongsian oleh Prof. Dato’ Dr. Aileen Tan Shau Wai, FASc, USM yang membawa tajuk Hari esok yang lebih baik: Penyelidikan berasaskan penglibatan komuniti dan seterusnya Sesi Perkongsian Inovasi - Digital Wow! Oleh Cikgu Shahril Bin Othman (SK Sri Samudera, Perak)

Bagi segmen bersama murid pula, adik Preetish Thanasegaran dan adik Yaalini Anna Dickson dari SJKT Viviekananda, Kuala Lumpur akan mengetengahkan topik Bagaimana Membentuk dan Menyakinkan Pendidikan untuk Persekitaran yang Lebih Hijau

Seterusnya diikuti, Forum Pendidikan - Spotlight: Perjalanan Transformasi Pendidikan dan Langkah Seterusnya oleh Puan Juliana (Ketua, Program & Pembangunan, Yayasan Putera Sampoerna, Indonesia) dan Puan Azlina Binti Kamal (United Nation Children’s Fund – UNICEF) dengan moderator; Dato’ Dr. Mehander Singh Nahar Singh. Member, National Education Advisory Council. 
"MENDIDIK TANPA MEMILIH" - CIKGU SABARIAHTahniah Ruby ucapkan kepada Yayasan Amir yang telah berjaya mencipta budaya pendidikan baharu kepada sekolah-sekolah di Malaysia. Malah, Ruby sebagai ibu juga tertarik dengan pencapaian yang telah Sekolah Amanah perolehi. Sememangnya usaha ini bukan sehari dua atau setahun dua. Ia merupakan perjuangan yang berpanjangan. Setiap pembentangan yang dilaksanakan sepanjang Persidangan Sekolah Amanah 2023 oleh para guru dan pelajar sangat menarik dan quotes paling Ruby ingat adalah dari Cikgu Sabariah, SMKA Kimanis, Sabah iaitu "Mendidik Tanpa Memilih". 
Sememangnya Mendidik Tanpa Memilih perlu diterapkan dalam kalangan guru-guru. Ini kerana budaya "anak emas" tidak harus diteruskan agar para pelajar boleh menyertai semua modul yang disediakan oleh Sekolah Amanah. Penyertaan guru yang sememangnya sibuk dengan urusan sesi sekolah dari Kementerian Pendidikan Malaysia, urusan keluarga dan kini masa guru-guru memberi perhatian lebih kepada pelajar di Sekolah Amanah memberi mereka kurang masa untuk diri sendiri. Namun, demi anak bangsa, apabila kejayaan dikecapi oleh pelajar. Itu sudah memadai bagi seorang guru. Seluruh kehidupan diberikan kepada sekolah. Maka, para pelajar sekalian, ambil peluang ini untuk belajar dan belajar. 
Tahun 1 sehingga Tingkatan 5, 11 tahun kita bersekolah. Fokus dan mula mengejar cita-cita yang diimpikan. Impian pasti menjadi kenyataan apabila kita berusaha. InsyaAllah. Buat pengetahuan anda semua, Cikgu Sabariah berasal dari Lundu, Sarawak dan telah berkhidmat di SMKA, Kimanis semenjak tahun 2004. Berpengalaman dalam subjek sains selama 23 tahun, beliau menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang pada tahun 2007, 2012 dan 2019. 
SEKOLAH-SEKOLAH AMANAH DI MALAYSIA
Semenjak diperkenalkan pada tahun 2011, kini terdapat 94 buah Sekolah Amanah di 11 buah negeri di seluruh negara. 83 buah sekolah adalah dari Program Sekolah Amanah 1.0 (PSA 1.0), manakala 11 lagi adalah dari Program Sekolab Amanah 2.0 (PSA 2.0)

PERLIS 
1. SK BATU BERTANGK2. SK SEBERANG RAMAI3. SK SIMPANG AMPAT4. SMK KUALA PERLIS5. SMK SANGLANG 
PERAK
6. SK SERI BAYU7. SK BATU TUJUH8. SK SERI SAMUDERA 9. SMK SERI SAMUDERA10. SMK SERI TAPAH 
11. KOLEJ MELAYU KUALA KANGSAR 

SELANGOR 
12. SK PULAU INDAH 13. SK PULAU INDAH (2) 
14. SK KAMPUNG JAWA 
15. SJKT LADANG BATU AMPAT 16. SK BANDAR SUNWAY 
17. SK LEMBAH SUBANG 
18. SK CYBERJAYA 
19. SK KLIA 20. SMK BANDAR SUNWAY 
21. SMK LEMBAH SUBANG 
22. SMK CYBERJAYA23. SMK PULAU INDAH24. SMK KAMPUNG JAWA25. SMK BANDAR BARU SALAK TINGGI
NEGERI SEMBILAN 
26. KOLEJ TUNKU KURSHIAH 27. SK TUNKU MUDA SERTING 28. SK DATUK MANSOR 

KELANTAN 
29. SK AYER LANAS 30. SK GEMANG 
31. SK JELI (1)
32. SMK AYER LANAS 
33. SMK JELI 
TERENGGANU 
34. SK BUKIT ANAK DARA 35. SK IBOK 
36. SK JERONG 
37. SK KIJAL 
38. SK TELOK KALONG 
39. SK PAKA IIl 
40. SK PENGKALAN BERANGAN41. SK WAKAF TAPAI 
42. SMK KIJAL 
43. SMK SERI PAKA 
44. SMK PENGKALAN BERANGAN45. SMK WAKAF TAPAI 

PAHANG 
46. SK TANJUNG LUMPUR47. SK KEMPADANG 48. SMK TANJONG LUMPUR 

JOHOR 
49. SJKC YU MING 250. SJKT KANGKAR PULAI51. SK BANDAR UDA 252. SK JERAM BATU 53. SK KAMPONG LAYAU54. SK LADANG PENDAS55. SK MEDINI 
56. SK PASIR GUDANG 157. SK PASIR GUDANG 358. SK PASIR GUDANG 459. SK PEKAN NANAS60. SMA BUGISIAH 
61. SMK GELANG PATAH62. SMK MEDINI 
63. SMK PASIR GUDANG 264. SMK PASIR GUDANG 365. SMK PEKAN NENAS 
66. SMK SEMENCHU 
SABAH 
67. SK KIMANIS 
68. SK PEKAN KIMANIS69. SK MANDAHAN 
70. SMK KIMANIS 71. SMK AGAMA KIMANIS 
SARAWAK
72. SK TABUAN 73. SK COMBINED 74. SK KG EMPILA 75. SK BUMIPUTERA 76. SK NIUP 77. SK SAMPADI 78. SK SIAR CAMPURAN 79. SK ST MICHAEL ENTINGAN80. SK STUNGGANG MELAYU81. SK KG TANJUNG TUANG 82. SMK SERI SETIA 83. SM SAINS KUCHING84. SMK LUNDU 85. SMK MUARA TUANG86. SMK SG MAONG
MENGENAI YAYASAN AMIR
Amir (kata nama) ejaan lain bagi Emir iaitu pemerintah, ketua, komander.


Yayasan AMIR (YA) telah diperbadankan oleh Khazanah Nasional Berhad pada 26 Oktober 2010 sebagai sebuah Badan bukan Berasaskan Keuntungan, untuk memandu Program Sekolah Amanah melalui sebuah usahasama Kerjasama Awam-Swasta (PPP) dengan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). 
Hasrat utama YA adalah untuk meningkatkan keberhasilan pelajar melalui penambahbaikan amalan pengurusan sekolah serta penyampaian kurikulum dalam bilik darjah. Di samping itu, YA juga berhasrat untuk membentuk sebuah rangkaian Sekolah Amanah yang mampan, untuk menggalakkan transformasi yang meluas dan mapan dalam sistem pendidikan negara. 
YA berkongsi aspirasi dengan KPM untuk melahirkan pelapis pemimpin masa hadapan yang lebih berdaya-saing, dilengkapi dengan pengetahuan, kebolehan berfikir secara kritis, kemahiran, dan kreativiti yang diperlukan untuk mencapai potensi penuh mereka. Ini semua adalah seiring dengan harapan kerajaan dan pemimpin negara untuk membentuk masyarakat yang Madani: serba maju, berperadaban, berbudi-luhur, berakhlak mulia dan sejahtera. 
Melalui Program Sekolah Amanah, konsep Modal Insan turut diterapkan untuk melahirkan bukan sahaja murid yang holistik, malah barisan pendidik yang kompeten di peringkat global melalui penerapan nilai kualiti, integriti, dan moral yang teguh. 
VISI YAYASAN AMANAH
Untuk memacu proses transformasi sekolah dan keberhasilan pelajar di sekolah-sekolah awam melalui usahasama Perkongsian Awam-Swasta di Malaysia. 
MISI YAYASAN AMANAH 
Untuk menggalakkan kecemerlangan dalam sistem sekolah dengan menambah-baik pengurusan sekolah, kaedah penyampaian kurikulum dalam bilik darjah, kaedah pengurusan kewangan sekolah, serta mewujudkan rangkaian sekolah (yang telah ditransformasi) yang bersepadu dan mampan. 
Semoga Program Sekolah Amanah terus maju dan menghasilkan ramai pelajar cemerlang. InsyaAllah.
YAYASAN AMIR | FACEBOOK | INSTAGRAM 

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.ruby.my/2023/11/persidangan-sekolah-amanah-2023-ke-arah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Persidangan Suri Rumah Kebangsaan Konsuri 28 Oktober 2023

Persidangan Suri Rumah Kebangsaan Konsuri 28 Oktober 2023

papar berkaitan - pada 30/11/2023 - jumlah : 173 hits
Program terbesar NGO Persatuan Suri Rumah Rahmah telah berjaya melabuhkan tirainya pada 28 Oktober 2023 yang lepas Sebuah program berbentuk persidangan telah dijalankan di UTM KL Residensi dengan penuh berprestij meriah dan penuh ilmiah Kit...
Taksiran Sekolah Berbeza Mampu Pacu Sistem Pendidikan Kata Anggota Mpn

Taksiran Sekolah Berbeza Mampu Pacu Sistem Pendidikan Kata Anggota Mpn

papar berkaitan - pada 29/11/2023 - jumlah : 217 hits
Sarawak mengumumkan cadangan memperkenalkan taksiran baharu di sekolah rendah susulan pemansuhan UPSR KUALA LUMPUR Cadangan kerajaan Sarawak untuk memperkenalkan taksiran baharu bagi murid sekolah rendah dilihat dapat memacu sistem pendidik...
Langsung Majlis Penyerahan Sumbangan Tabung Akaun Amanah Kemanusiaan Rakyat Palestin 6 Dis 2023

Langsung Majlis Penyerahan Sumbangan Tabung Akaun Amanah Kemanusiaan Rakyat Palestin 6 Dis 2023

papar berkaitan - pada 6/12/2023 - jumlah : 241 hits
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hadir ke Majlis Penyerahan Sumbangan Tabung Akaun Amanah Kemanusiaan Rakyat Palestin oleh 99 Speedmart Sdn Bhd dan Wanita UMNO Malaysia di Bangunan Perdana Putra Putrajaya AWANInews ...
Cuti Sekolah 2023 10 Aktiviti Menarik Untuk Anak Anak Di Rumah Semasa Cuti Sekolah

Cuti Sekolah 2023 10 Aktiviti Menarik Untuk Anak Anak Di Rumah Semasa Cuti Sekolah

papar berkaitan - pada 1/12/2023 - jumlah : 299 hits
Cuti sekolah bakal tiba lagi pada 16 Disember 2023 selama dua minggu kemudian anak anak akan bercuti panjang lagi pada 10 Februari 2024 sehingga 10 Mac 2024 Kiranya anak anak ini akan masuk ke darjah dan tingkatan baru pada 11 Mac 2024 Oh y...
Perlaksanaan Penilaian Kendiri Sekolah Skpm 2023 2024

Perlaksanaan Penilaian Kendiri Sekolah Skpm 2023 2024

papar berkaitan - pada 19/11/2023 - jumlah : 295 hits
Mengikut surat edaran bertarikh 14 Ogos 2023 yang lalu Penilaian Kendiri Sekolah SKPM Kualiti Sekolah bagi sesi 2023 2024 akan mula dilaksanakan pada 15 Ogos 2024 hingga 14 Julai 2024 Penilaian ini boleh dibuat melalui Sistem Bersepadu KPM ...
Program Cuti Sekolah Disember 2023 Di Kuantan

Program Cuti Sekolah Disember 2023 Di Kuantan

papar berkaitan - pada 1/12/2023 - jumlah : 257 hits
Cuti sekolah datang lagi kali ini lebih lama iaitu dari 16 Disember 2023 sehingga 1 Januari 2024 Jika ibu bapa nak tahu apakah aktiviti yang boleh dijalankan di rumah bersama anak anak boleh lah baca di sini Mari saya kongsikan beberapa pro...
Jadwal Dan Lokasi Kampanye Anies Muhaimin Prabowo Gibran Ganjar Mahfud 28 November 2023

Jadwal Dan Lokasi Kampanye Anies Muhaimin Prabowo Gibran Ganjar Mahfud 28 November 2023

papar berkaitan - pada 28/11/2023 - jumlah : 190 hits
Para calon Presiden dan Wakil Presiden bakal turun menyapa dan meyakinkan masyarakat untuk memilih mereka mulai besok
Program Fun Run Fit Zakat 2023

Program Fun Run Fit Zakat 2023

papar berkaitan - pada 20/11/2023 - jumlah : 503 hits
Program Fun Run Fit Zakat 2023 bukanlah larian pertama buat mummy Banyak juga larian yang mummy dah sertai pada tahun ini seperti Guardian Fun Run dan banyak lagi Program Fit Zakat 2023 ini dianjurkan oleh Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama ...
Jenama Pilihan Pa Ma 2023 Beri Pengiktirafan Kepada 40 Jenama Berkualiti Diyakini

Jenama Pilihan Pa Ma 2023 Beri Pengiktirafan Kepada 40 Jenama Berkualiti Diyakini

papar berkaitan - pada 20/11/2023 - jumlah : 178 hits
Pa Ma selaku medium keibubapaan nombor 1 di Malaysia yang kini telah menginjak ke usia 23 tahun menjadi pilihan mama papa untuk dijadikan rujukan Dengan pelbagai tip perkembangan dan kesihatan anak serta ilmu parenting sudah cukup untuk mem...
Presiden Pas Kupas Isu Syria Balah Mazhab Gangguan Seksual Um

Do Our Infamous Bali Bombers Deserve A Second Chance At Life

How To Plan A Stress Free Family Vacation

Shrink S One Year Suspension Over Lewd Text Shockingly Inadequate Victim

Bendung Elemen Politik Perkauman Elak Permusuhan Keganasan

Doa Untuk Orang Tua Yang Sakit Arab Latin Artinya

Fishing As A Stress Reliever

Singgah Makan Di Restoran Lemang To Ki Bentong


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Lirik Lagu Rasa Lia Aziz Ft Treehill

Panji Sakti Malam Ini Chord

Resipi Tomyam Salmon Yang Lain Dari Lain Masam Pedas Berlemak

Pemenang Award Ai Team 2024

Rakyat Digital Cara Daftar Senarai Kursus Percuma

Bawak Khalaf Zikri Makan Di Kopiloco