Cuti Sekolah 2023 10 Aktiviti Menarik Untuk Anak Anak Di Rumah Semasa Cuti Sekolah


Cuti sekolah bakal tiba lagi pada 16 Disember 2023 selama dua minggu, kemudian anak-anak akan bercuti panjang lagi pada 10 Februari 2024 sehingga 10 Mac 2024. Kiranya anak-anak ini akan masuk ke darjah dan tingkatan baru pada 11 Mac 2024. Oh ya, terus saya maklumkan di sini, bulan puasa tahun 2024 juga jatuh pada tarikh yang sama iaitu pada 12 Mac 2024. Banyak ya persiapan suri rumah nanti?
Tak mengapa, suri rumah zaman sekarang bukan sahaja bijak pandai malah pandai menguruskan urusan sebegini kan?
Istimewanya suri pada zaman millenium ini. 
Mari saya kongsikan beberapa idea buat suri rumah supaya tidak terlalu "hijau" menguruskan anak-anak di rumah ini nanti. Saya pasti ketenangan harian suri bakal terganggu dengan jeritan, tangisan, rengekan dari anak-anak namun jika suri sudah plan siap-siap apakah aktiviti yang bakal mereka jalankan insya Allah. Kurang lah sikit hiruk pikuk tu nanti. Ok jom! 
Elakkan burn out ya para ibu sekalian! 


Idea Aktiviti Surirumah Bersama Anak-Anak Semasa Cuti Sekolah di Rumah
Apa salahnya beraktiviti bersama anak-anak semasa cuti sekolah di rumah sendiri? Asyik hantar anak ke sana ke mari sahaja kan? Apa kata kita sendiri yang latih anak-anak di rumah? Buat playgroup sendiri. Boleh ajak anak-anak jiran sekali ke? Sudah tentu boleh. Mari kita lihat apakah aktiviti yang sesuai dijalankan oleh para suri di rumah
Tentu saja! Mari berikan contoh lebih terperinci untuk beberapa aktiviti yang telah disebutkan:


1. Sesi Membuat Hasi Seni Seperti Kraf / Doodle / Lukisan- Contoh: Buatlah kad ucapan dengan menggunakan kertas warna, gunting, dan gambar-gambar menarik. Anak-anak boleh menghias kad tersebut dengan cara mereka sendiri. 
- Ada banyak aktiviti yang ibu boleh google, print dan sediakan. Origami juga merupakan salah satu seni yang memakan masa dan membuatkan anak fokus. Ada banyak printable doodle, dan contoh-contoh aktiviti seni yang tersedia untuk ibu explore dan dedahkan kepada anak-anak.

kredit : https://tatyanadeniz.com/kawaii-food-doodle-coloring-page/

Ada banyak contoh membuat origami yang mudah di pinterest sebenarnya. Ibu kena banyak buat kajian ya!


2. Membaca Bersama- Contoh: Bacakan cerita pendek atau buku bergambar yang sesuai dengan usia anak-anak. Setelah membaca, tanyakan kepada mereka tentang karakter dalam cerita atau minta mereka membuat akhiran alternatif. Anda juga boleh sediakan satu buku latihan dan minta anak-anak tuliskan apakah pengajaran dari kisah yang mereka baca, membuat pertandingan membaca buku terbanyak, dan bercerita.

3. Sesi Masak Bersama-sama- Contoh: Pilihlah resepi mudah seperti membuat pizza mini atau kuih keledek. Biarkan anak-anak membantu dalam proses persediaan dan penyusunan bahan.
- Latih anak-anak pandai menguruskan diri di dapur, kenal nama-nama peralatan yang digunakan, apakah bahan masakan dan sebagainya. Ini juga salah satu cara mendidik anak berdikari dan bertanggungjawab. Kan bagus bila meningkat remaja nanti anak-anak ini sudah boleh diharapkan semasa di dapur?

4. Riadah- Contoh: Anjurkan pertandingan lumba lari ringkas di halaman belakang atau adakan pertandingan bola tampar kecil menggunakan bola plastik.
- Pada waktu pagi atau sebelah petang, ibu boleh bersama dengan anak-anak untuk aktiviti riadah di taman, berjalan kaki mengelilingi taman (brisk walk), sambil bonding. 


5. Menanam Tumbuhan   - Contoh: Tanam benih sayuran atau herba dalam bekas kecil. Ajarkan anak-anak tentang cara menyiram dan merawat tumbuhan tersebut. Berikan tugasan yang mudah untuk mereka kendalikan dan rutin tugasan setiap hari.

- Generasi muda kini terlalu leka dengan gajet sehinggakan ada yang tidak keluar rumah kerana sibuk dengan gajet. Musim cuti sekolah sebegini seharusnya diisi dengan aktiviti berfaedah buat anak-anak. Bersempena cuti sekolah ini, Wanita Hari Ini mengembalikan aktiviti berkebun yang bukan sahaja dapat dijadikan aktiviti riadah, tetapi juga sebagai cara mengajar anak-anak agar mencintai alam sekitar. Wanita Hari Ini (WHI)


6. Pertunjukan Teater Mini / Cungkil Bakat- Contoh: Biarkan anak-anak mencipta skrip ringkas untuk pertunjukan teater mini. Mereka boleh menggunakan pakaian dan objek sekitar sebagai prop.
- Aktiviti ini sesuai jika anak anda sukakan aktiviti pementasan, latih anak-anak dengan sikap yakin berhadapan di depan orang ramai kerana mereka akan selalu naik di pentas semasa sesi persekolahan. 


7. Lawatan ke Muzium Atau Melihat Alam / Haiwan Secara Atas Talian- Contoh: Pilih muzium atau tempat bersejarah yang menyediakan pameran dalam talian. Jelajahi bersama-sama dan beri tumpuan kepada fakta menarik. Sudah ada banyak fakta sejarah yang boleh anda dapati di laman Youtube. Daripada biarkan anak-anak jelajah youtube dengan sia-sia lebih elok jika kita ajarkan lebih banyak informasi yang mereka boleh pelajari di alam maya. Cumanya, ibu bapa tetap harus pantau kerana tidak kiralah di mana sahaja akan ada sahaja konten yang tidak sesuai untuk anak lihat. Pastikan anda bersama anak-anak ya!

Banyak yang dapat kita pelajari dan lihat di zaman canggih ini kan? Selain tv, dunia internet sangat luas dan dapat dicapai hanya di hujung jari sahaja. 


8. Latih Tubi- Cuti sekolah tidak bermaksud anak-anak harus cuti dari belajar. Tetapkan jadual dalam sejam dua untuk mereka ulang kaji. Berikan latihan-latihan yang mudah supaya mereka tidak tertekan, faham, waktu cuti mereka pasti tidak mahu belajar tetapi kita boleh jadikan latih tubi ini sebagai aktiviti belajar yang lebih menarik. 
- Ibu-ibu boleh printkan latihan dan jadikan ianya sebagai latihan motivasi, boleh berikan anak-anak ini bintang jika berjaya. Ini akan membuatkan mereka lebih bersemangat!

9. Sesi Eksperimen Sains- Contoh: Lakukan eksperimen sains mudah seperti mencampurkan cecair pencuci pinggan dengan air untuk melihat apa yang berlaku, atau mengamati reaksi soda dan mentos.
- Aktiviti ini sangat mudah namun pastikan anak-anak kemaskan dan elakkan membuat aktiviti yang merbahaya ya. Ibu wajib pantau jika nak buat sesi eksperimen sains ini di rumah. 


10. Mengaji dan menghafaz- Luangkan hanya seketika dalam 30 minit sehari untuk anak-anak mengaji dan menghafaz surah pendek. Tuliskan pada buku apakah surah yang sudah berjaya dihafaz, jangan lupa berikan pujian dan kata semangat supaya mereka dapat kekal mengingat dan hafal surah-surah tersebut.



Banyak lagi aktiviti yang boleh suri lakukan untuk elakkan anak terlalu bergantung kepada menonton televisyen atau bermain handphone sepanjang cuti sekolah. Paling mudah setelah suri senaraikan dan memilih aktiviti ini, buatkan satu jadual tugasan kerja rumah serta jadual aktiviti untuk anak ikuti. Berbincang mengapa jadual ini dibuat dan mengapa tugasan kerja rumah diberikan supaya mereka tahu kepentingan bekerjasama dan saling tolong menolong. 

Saya kongsikan beberapa jadual dan info yang ibu suri rumah boleh sediakan sebelum bermulanya cuti sekolah ya. Semoga membantu!




Emme Marina, suri rumah sepenuh masa (WAHM), memiliki M.Sc. dalam Kimia Industri. Penulis dan usahawan yang aktif, mengikuti pelbagai kursus penulisan dan bisnes. Menghasilkan beberapa buah e-book, seperti "Panduan Bisnes di Shopee." Pengalaman 12 tahun berniaga secara online. Kini aktif sebagai blogger, peniaga jam azan, al Quran digital, emas orodesign serta perunding harta perwarisan Islam. Ingin dapatkan khidmat servis dan produk jualan, bolehlah hubungi saya.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.emmemarina.com/2023/12/10-idea-aktiviti-di-rumah-semasa-cuti-sekolah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Program Cuti Sekolah Disember 2023 Di Kuantan

Program Cuti Sekolah Disember 2023 Di Kuantan

papar berkaitan - pada 1/12/2023 - jumlah : 257 hits
Cuti sekolah datang lagi kali ini lebih lama iaitu dari 16 Disember 2023 sehingga 1 Januari 2024 Jika ibu bapa nak tahu apakah aktiviti yang boleh dijalankan di rumah bersama anak anak boleh lah baca di sini Mari saya kongsikan beberapa pro...
Anak Trauma Lihat Bangunan Sekolah Ibu

Anak Trauma Lihat Bangunan Sekolah Ibu

papar berkaitan - pada 20/11/2023 - jumlah : 195 hits
ALOR SETAR Ibu kepada pelajar lelaki sebuah madrasah di Sik yang cedera akibat disebat tenaga pengajarnya dengan batang paip polyvinyl chloride pada 11 November lalu berharap tindakan setimpal diambil pihak berkuasa sebagai pengajaran Menur...
Miris 37 Anak Nekat Mengakhiri Hidup Sepanjang 2023

Miris 37 Anak Nekat Mengakhiri Hidup Sepanjang 2023

papar berkaitan - pada 30/11/2023 - jumlah : 167 hits
KPAI mencatat total 37 kasus bunuh diri anak di sepanjang 2023
Ni Bukan Sebab Anak Ramai Latih Anak Jaga Kebersihan Rumah Elak Jadi Malas

Ni Bukan Sebab Anak Ramai Latih Anak Jaga Kebersihan Rumah Elak Jadi Malas

papar berkaitan - pada 30/11/2023 - jumlah : 263 hits
Anak malas tak mahu buat bantu kerja apatah lagi bersihkan rumah bukan salah mereka Sebagai mak ayah kitalah yang patut memberi arahan malah mengajar anak jadi pembersih sejak kecil lagi Lepas makan terus basuh pinggan Plastik makanan terus...
Ambil Anak Di Sekolah Netizen Terharu Lihat Momen Bahagia Keluarga Kim Taehee Rain

Ambil Anak Di Sekolah Netizen Terharu Lihat Momen Bahagia Keluarga Kim Taehee Rain

papar berkaitan - pada 21/11/2023 - jumlah : 250 hits
Umum mengetahui bahawa pasangan Rain dan Kim Tae hee sangat melindungi kehidupan keluarga mereka ARTIKEL BERKAITAN Jarang dilihat video mereka bersama kedua dua anak perempuan telah pun tular di serata media sosial di Tak lama kemudian iany...
Sharon Pernah Mengadu Rusdi Dah Lama Tiada Job Norlia Ghani Terkejut Rumah Tangga Anak Goyah

Sharon Pernah Mengadu Rusdi Dah Lama Tiada Job Norlia Ghani Terkejut Rumah Tangga Anak Goyah

papar berkaitan - pada 23/11/2023 - jumlah : 187 hits
Susulan berita rumah tangga pelakon Rusdi Ramli dan isterinya Sharon Paul goyah sebagai ibu pelakon veteran Norlia Ghani akui terkejut apabila mengetahui hal tersebut Ia kerana Rusdi tidak pernah menceritakan kepada Norlia mengenai masalah ...
Persidangan Suri Rumah Kebangsaan Konsuri 28 Oktober 2023

Persidangan Suri Rumah Kebangsaan Konsuri 28 Oktober 2023

papar berkaitan - pada 30/11/2023 - jumlah : 173 hits
Program terbesar NGO Persatuan Suri Rumah Rahmah telah berjaya melabuhkan tirainya pada 28 Oktober 2023 yang lepas Sebuah program berbentuk persidangan telah dijalankan di UTM KL Residensi dengan penuh berprestij meriah dan penuh ilmiah Kit...
Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

Raih Gigi Putih Alami Dengan 7 Bahan Sederhana Ini

7 Tanda Kerusakan Otak Yang Kerap Dianggap Remeh

5 Rahasia Mata Sehat Yang Direkomendasikan Pakar Mata

Presiden Pas Kupas Isu Syria Balah Mazhab Gangguan Seksual Um

Do Our Infamous Bali Bombers Deserve A Second Chance At Life


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Penat Dengan Rumah Bersepah Dan Tak Wangi Ini Solusinya

Kenali Jenis Jenis Sakit Kepala Dan Rawatannya

What To Expect From A Consultation With A Premier Data Analytics Company

Isteri Nekad Bakar Suami Kaki Judi

Kelantan Pengedar Dadah Menyamar Jadi Pegawai Risik Tentera

Seronoknya Kalau Ada Kebun Durian Sendiri