Persiapkan Diri Dengan Usaha Seperti Hadapi Peperangan



Pada  April 2020
oleh Liew Chin Tong



Oleh Liew Chin Tong(Mantan Timbalan Menteri Pertahanan Malaysia)

Awal-awal lagi saya sudah menggunakan analogi peperangan untuk menanggapi pertempuran kita dengan penularan wabak Covid-19. Sudut pandang yang provokatif itu kini diterima ramai. Pun begitu, nampaknya ramai yang belum sedar bagaimana sebuah kempen peperangan itu mempunyai begitu banyak sisi
Ada tiga komponen penting dalam sesebuah peperangan: kesatuan fikrah dan usaha; pengerahan anggota yang dinamik serta mobilisasi sumber dan pengeluaran industri. Dalam tulisan ini, saya akan menumpukan kepada pengeluaran pada “ketika sedang berperang”. Sesebuah peperangan tidak boleh diteruskan hanya dengan membakar semangat anggota tentera. Seorang panglima harus menyasarkan untuk memaksimumkan impak ‘Men, Machine and Method’ yang sedia untuk digunakan. Dalam memerangi Covid-19, betapa gigih pun perlawanan di baris hadapan dan seberapa cekap pun mereka; tanpa alat pelindung diri (PPE), alat bantu pernafasan, kit ujian, sarung tangan dan topeng, mereka sendiri boleh dijangkiti, dan tanpa mereka, sistem perubatan kita akan ranap
Kalau pun seluruh populasi taat mematuhi peraturan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), jika kit ujian tidak mencukupi untuk menguji dan menyaring (contohnya), atau topeng muka tidak dapat dibekalkan apabila PKP berakhir pada 14 April nanti, kita berdepan risiko dikalahkan
Tentunya juga kita memerlukan makanan. Kita harus bertani dan mengimport, memproses dan membungkus, mengangkut dan menghantar. Agar proses ini berjalan lancar, seluruh rangkaian aktiviti ekonomi pasti terlibat. Contohnya negara-negara yang menjalankan industri perikanan tidak dapat sekadar bertahan atas jerih payah nelayan. Mereka juga bergantung kepada para jurutera untuk menghasilkan kapal-kapal, kilang menghasilkan pukat dan jala, pekerja untuk menguruskan jeti, kenderaan untuk mengangkut hasil laut ke pasar, jalan raya untuk digunakan kenderaan tersebut, dan saluran maklumat yang mapan. Mereka juga memerlukan kajian dan pembangunan secukupnya supaya rangkaian ini dapat terus mandiri
Pertempuran diperjuang dan dimenangi di atas pundak rangkaian industri yang berkesan, melalui koordinasi bekalan makanan, tenaga dan kelengkapan, pengurusan logistik dan penjagaan saluran maklumat dan sebagainya
Saya tahu anda faham
Sambil kita bertempur dengan apa yang nampaknya bakal pasti menjadi sebuah peperangan yang panjang melawan Covid-19, beberapa senario sedang bermunculan
Pertama, meskipun kita mengharapkan mimpi ngeri Covid-19 ini akan berakhir pada suatu pagi yang hening, hakikatnya ialah kita hanya akan melihat penghujung wabak ini apabila wujudnya vaksin yang terbukti berkesan dan tersebar luas. Para saintis nampaknya bersetuju bahawa ini akan mengambil masa antara 12 ke 18 bulan. Maka jalan ini masih panjang
Untuk menguruskan keadaan sedemikian, sambil berfikir dalam jangka masa pendek – seperti kebiasaannya kini – adalah tindakan yang tidak tepat. Kita akan memerlukan katil hospital yang lebih banyak, begitu juga kelengkapan Unit Rawatan Rapi terutamanya alat bantu pernafasan serta bekalan perubatan yang lebih banyak. Dan kita juga bukan sahaja akan memerlukan air dan makanan, kita bahkan akan memerlukan seluruh rangkaian infrastruktur industri untuk memastikan bekalan barangan asasi ini untuk tempoh masa terbabit
Kedua, seluruh dunia – ini harus difahami betul-betul – turut berada di atas jalan yang panjang ini. Ini adalah suatu krisis global, dan ini bererti kita bersaing dengan Amerika Syarikat, Eropah dan dunia seluruhnya untuk mendapatkan kelengkapan yang sama: topeng muka, PPE, alat bantu pernafasan dan sebagainya. Sudah timbul cerita bagaimana wakil pelbagai negara saling berebut stok topeng muka di landasan lapangan terbang China. Suka atau tidak, Malaysia akan harus mula menghasilkan kelengkapan pencegahan dan perubatan yang mencukupi untuk rakyatnya sendiri. Tidak kira betapa baik pun hubungan kita dengan China, kita tidak boleh terus berfikir bahawa China akan terus mempunyai stok mencukupi khas untuk kita
Ketiga, sektor pelancongan, MICE dan hiburan – termasuk hotel, syarikat penerbangan, pawagam, restoran dan sebagainya – akan menderita buat satu masa yang panjang. Tetapi pada masa yang sama, sektor bekalan perubatan dan makanan akan memerlukan lebih banyak pelaburan, serta lebih ramai pekerja terlatih. Suatu anjakan besar-bearan diperlukan dalam pemikiran kita mengenai pelaburan dan latihan semula; dan ini harus segera berlangsung sekiranya kita ingin mampu menangani krisis kesihatan dan krisis pengangguran yang bakal tercetus
Keempat, sambil kita merancang untuk mendepani krisis dalam negara, kita juga harus mempertimbangkan krisis serantau. Apabila wabak ini hinggap ke negara-negara yang kurang bersedia di sebelah Selatan – Asia Tenggara, Asia Selatan dan Afrika; seluruh dunia akan harus menangani krisis kemanusian yang amat besar. Jika Malaysia bertindak pantas, dan kita mampu mewujudkan kapasiti penghasilan makanan dan perubatan, kita pastinya dapat menghulurkan bantuan kepada negara-negara tersebut. Kapasitinya sudah ada. Kita hanya memerlukan keberanian dan imaginasi, serta kepimpinan yang boleh bekerjasama untuk mencapai matlamat ini
Kelima, memandangkan ekonomi global akan gawat buat satu masa yang panjang, jika kita dapat memperkukuh dan mempertingkat industri bekalan makanan dan perubatan pada ketika itu, Malaysia bukan sahaja akan dapat memberi faedah kepada dunia, bahkan dapat menyelesaikan baki-baki hutang yang ada. Untuk kepastian, ini adalah juga sektor-sektor di mana kita sudah berada jauh ke depan berbanding negara-negara lain seperti kita
Kerajaan mesti mempunyai kecerahan tujuan dalam kepelbagaian dasar yang ada sekiranya kita mahu mencapai hasil-hasil yang diingini. Setakat ini, kerajaan belum lagi menanggapi implikasi jangka panjang peperangan melawan Covid-19. Situasi ekonomi pasca Covid-19 akan bergantung kepada cara mengaktif dan menjajar sumber-sumber industri dalam pertarungan menentang virus tersebut. Seluruh ketumbukan dasar industri harus dibawa ke depan untuk membina kemampuan negara bagi memenuhi keperluan perubatan semasa dan masa depan ekonomi negara
Uniknya, Malaysia mempunyai kedudukan yang kukuh dalam konteks tersebut:1) Kita memiliki industri bekalan perubatan berasaskan getah yang sangat kukuh. Malaysia menghasilkan sekitar 60% sarung tangan perubatan, dan juga, satu daripada setiap lima kondom yang digunakan di seluruh dunia
2) Pulau Pinang, Selangor dan Johor memiliki kewujudan perkilangan yang cukup baik menghasilkan produk-produk berjenama antarabangsa, termasuk alat perubatan, sebagai anak syarikat atau pembuat luar
3) Kebanyakan kapasiti industri selebihnya boleh dialihkan kepada penghasilan dalam bidang perubatan dan jaminan bekalan makanan negara
Kita harus mengambil tauladan daripada apa yang sedang berlaku dalam kalangan pemain utama industri di seluruh dunia sepanjang beberapa minggu lalu:– Pengusaha minyak wangi seperti Christian Dior dan jenama alkohol seperti Brewdog, kini menghasilkan pembasmi kuman;– Peniaga fesyen Zara, kini mencari bahan untuk membuat topeng muka;– Pembuat pakaian Hanes juga sedang menghasilkan topeng muka;– China telah berjaya mempertingkat penghasilan topeng muka sebanyak sepuluh kali ganda dalam bulan Februari, daripada 15 juta keping kepada 150 juta keping sehari
Untuk bergerak ke arah itu, kerajaan Malaysia harus memberikan isyarat yang jelas bahawa ia menyokong kewujudan industri bekalan perubatan untuk kegunaan tempatan (mulanya), namun bersedia untuk membekalkan produk terbabit ke negara-negara ASEAN dan Asia Selatan tidak lama lagi
Ada banyak cara untuk kerajaan memimpin para pemain industri ke arah ini. Contohnya dengan memudahcara prosedur perolehan dan membuat tempahan besar-besaran, memohon institusi kewangan supaya memberikan pinjaman pantas bagi membiaya penghasilan ‘ketika sedang berperang’ dan menjamin sebahagian daripada pinjaman ini, serta menyediakan latihan atau elaun tambahan kepada rakyat Malaysia yang telah kehilangan pekerjaan dalam sektor-sektor lain bagi memudahkan peralihan mereka ke sektor ‘ketika sedang berperang’. Kerajaan juga boleh mengarahkan syarikat-syarikat terkait kerajaan (GLC) untuk melabur, memperoleh atau terlibat secara lebih meluas
Apa yang penting, kerajaan perlu campur tangan demi mencapai sasaran sosio-ekonomi yang lebih luas dan berjangka panjang. Campur tangan sebegini adalah tepat dari segi ekonomi dalam keadaan ‘ketika sedang berperang’ – ia menghasilkan peluang pekerjaan baharu yang kalis masa depan, dan membuka jalan bagi negara untuk muncul sebagai pembekal produk perubatan utama di rantau ini, yang selanjutnya akan merangsang penyelidikan dan pembangunan dalam bidang tersebut
Hikmah krisis ini semakin jelas, bagi Malaysia terutamanya. Kerajaan harus berani untuk bertindak. Tidak ada pilihan lain yang lebih menjanjikan sesuatu yang bakal berhasil. 




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2020/04/persiapkan-diri-dengan-usaha-seperti.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Haiwan Kesayangan Seperti Kucing Anjing Bukan Penyebar Covid 19 Kepada Manusia Jab Veterinar

Haiwan Kesayangan Seperti Kucing Anjing Bukan Penyebar Covid 19 Kepada Manusia Jab Veterinar

papar berkaitan - pada 8/4/2020 - jumlah : 446 hits
HAIWAN kesayangan yang dibela seperti anjing dan kucing tidak boleh menjadi agen penyebar virus Corona kepada manusia Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia dalam satu kenyataan berkata buat masa ini pemilik haiwan tidak perlu menjalankan ...
Masih Berdegil Keluar Rumah Pegawai Polis Ini Sekolahkan Remaja Seperti Seorang Bapa

Masih Berdegil Keluar Rumah Pegawai Polis Ini Sekolahkan Remaja Seperti Seorang Bapa

papar berkaitan - pada 8/4/2020 - jumlah : 375 hits
Sepanjang tempoh PKP ini masih ada segelintir masyarakat yang berdegil dan masih keluar sesuka hati Walaupun sudah diberi amaran tetap keluar rumah tanpa sebarang keperluan Seperti mana yang dikongsikan oleh ada sebuah video yang menunjukka...
Ingin Gaya Rambut Seperti Cr7 Bocah Ini Malah Dapat Kejutan Tak Terduga

Ingin Gaya Rambut Seperti Cr7 Bocah Ini Malah Dapat Kejutan Tak Terduga

papar berkaitan - pada 8/4/2020 - jumlah : 141 hits
Baru baru ini beredar sebuah video viral di media sosial Dalam video tersebut terlihat seorang anak yang meminta untuk mencukur rambutnya dengan gaya rambut mega bintang Juventus Cristiano Ronaldo
Jangan Biarkan Pas Ekstrem Seperti Syiah

Jangan Biarkan Pas Ekstrem Seperti Syiah

papar berkaitan - pada 8/4/2020 - jumlah : 189 hits
Kredit Ahmad Sayuti Bashiron SYIAH memang ajar penganutnya walak pada PEMBOHONGAN Ayatullah Salah satu pegangan utama ajaran Syiah dalam strategy melebarkan pengaruh adalah mengharuskan pembohongan atau penyamaran yg disebut taqiyyah pada p...
Satu Sistem Seperti Hrmis Dan Google Maps Mesti Dibina Oleh Kkm Sebagai Langkah Menangani Covid 19

Satu Sistem Seperti Hrmis Dan Google Maps Mesti Dibina Oleh Kkm Sebagai Langkah Menangani Covid 19

papar berkaitan - pada 7/4/2020 - jumlah : 475 hits
BINA SISTEM DATABASE DAN WUJUDKN JARINGAN SEPERTI GOOGLE MAPS Aku tertarik dgn 1 cadangan yg dikemukakan oleh seorang doktor pakar dari Indonesia iaitu bagaimana untuk menentukan prioriti seseorang individu itu samada ia berada dlm kategori...
Orang Ramai Panik Berlari Saat Ribut Pasir Melanda Seperti Ombak Tsunami

Orang Ramai Panik Berlari Saat Ribut Pasir Melanda Seperti Ombak Tsunami

papar berkaitan - pada 7/4/2020 - jumlah : 329 hits
Orang ramai panik berlari saat ribut pasir melanda seperti ombak tsunami Ia turut dikenali sebagai ribut hitam dalam kalangan warga tempatan RIBUT pasir yang melanda bandar Baicheng di Jilin China memaparkan orang ramai berlari dalam keadaa...
Doa Rasulullah Agar Terhindar Penyakit Mengerikan Seperti Corona

Doa Rasulullah Agar Terhindar Penyakit Mengerikan Seperti Corona

papar berkaitan - pada 9/4/2020 - jumlah : 228 hits
Virus corona atau Covid 19 menjadi wabah atau penyakit menular yang berjangkit dengan cepat menyerang sejumlah orang di daerah yang luas melalui kontak kulit langsung Covid 19 di awal 2020 telah merenggut banyak korban meninggal di Indonesi...
10 Macam Usaha Sampingan Kekinian Dengan Modal Kecil Dan Mudah Dilakukan

10 Macam Usaha Sampingan Kekinian Dengan Modal Kecil Dan Mudah Dilakukan

papar berkaitan - pada 23/3/2020 - jumlah : 175 hits
Berikut merupakan ide atau pilihan macam usaha sampingan terkini dengan modal kecil dan mudah dilakukan untuk Anda
Pernahkah Anda Melihat Rama Rama Hinggap Pada Bangkai Haiwan

Sarapan Pagi Di Dusun Genting Nakawan Dan Madu Kelulut Tempat Makan Best Di Perlis

Huawei S Most Durable Foldable Smartphone Now Available Nationwide

Mural By The One Academy

Abah Saya Uncle Mike Bridging Cultures Through Film

Abu Lubabah Sahabat Teladan Tobat

Re Mashalat Business Collaboration Funding For Reezqeenos Babi Blogger Com

Lelaki Itu Bukan Kiriman Tuhan


echo '';
Biodata Liya Maisarah Dato Sri Ismail Yang Kahwin Bersuamikan Vokey Imran Rosli Gamer PUBG

Biodata Azqa Aziz Pelakon Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Astro Ria Gandingan Evertts Gomes Peserta Hero Dewi Remaja 2023

Biodata Usahawan Inspirasi Siapa Ezwan Zain Owner Kueh Cafe

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 8 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 7 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Desak Kawal Harga Tambang Bas Sekolah Sinar Harian 11 01 2025

Filem Limbungan Tragedi Hitam 1975

Emakan Awaran Emasukan E Ingkatan An Ahun

Januari 11 2025 01

Bantuan Ketua Isi Rumah Sarawak Syarat Cara Permohonan

Metmalaysia Keluar Amaran Hujan Berterusan Tahap Bahaya Beberapa Kawasan Di Pahang Dan Johor Hingga Isnin