Persiapan Raya Ikut Pesan Mek



 30 Ramadan 1444 bersamaan 21 April 2023. Asalnya hari ini banyak orang menyangka akan diumumkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-raja sebagai 1 Syawal. Ini kerana heboh sebelum ini ada badan berkaitan astronomi di luar negara menjangkakan 1 Syawal akan jatuh pada 21 April.   Apapun tentang hari ini, fakta yang ambo kira adalah hari ini sudah lima hari mek ambo (ibu saya) dalam keadaan tidak sedarkar diri di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian.   Ketika dihantar ke Unit Kecemasan dan Trauma HUSM pada 16 April, mek masih sedar dan memberi respon kepada pertanyaan. Masih boleh duduk tegap di bahagian tempat duduk belakang kereta. Kiranya pada anggapan ambo keadaan mek tidak kritikal.   Namun, setelah dibuat pemeriksaan oleh sekumpulan doktor, maklumat awal dari doktor menyatakan mek mengalami tekanan darah tinggi sehingga 240/130. Tahap gula dalam darah melebihi bacaan 30 dan mungkin juga ada lebihan uria dalam dalam darah. Paling merungsingkan apabila tahap oksigen dalam darah hanya 82 peratus.   Doktor terus buat imbasan pada bahagian otak. Alhamdulillah, tidak berlaku pendarahan di bahagian otak. Jika berlaku, pembedahan segera akan dilakukan. Namun, melalui imbasan tersebut dapat dikesan sudah ada sel otak yang mati. Diharapkan tidak akan merebak dan akan kembali pulih.   Memandangkan keadaan mek yang dianggap berdepan risiko “serangan” tertentu, maka pihak doktor mengambil keputusan untuk menidurkan dan menggunakan alat bantuan pernafasan untuk mek.   Pada malam sebelum mek dibawa ke HUSM, mek dalam keadaan tidak selesa. Rasa panas biarpun telah dipasangkan hawa dingin paling sejuk dan ditambah pula dengan kipas siling. Mek tidak tidur lena pada malam itu.   Kalau mek dibawa awal ke HUSM, mungkin keadaan tidak seteruk ini. Ya... siapa sangka keadaan ini akan berlaku. Pada hari sebelumnya mek dalam keadaan sihat. Rancak dan lama berbual melalui telefon dengan satu-satunya adik mek iaitu Patimah Yusuf. Suara mek kuat sehingga dapat didengar di luar rumah.   Mek berbual mengenai cadangan hendak tempah ketupat untuk hari raya. Turut juga disentuh mengenai perkara-perkara lain. Memang kalau mereka berbual pasti lama. Banyak perkara dibualkan. Mek hanya dua beradik.   Siapa sangka dalam keadaan “sihat” tiba-tiba mendengar perkhabaran mek ditidurkan. Itulah sebenarnya kejadian yang sering melanda mereka yang mempunyai penyakit kritikal serangkai. Disebabkan kencing manis merebak kepada kegagalan buah pinggang, darah tinggi dan jantung.   Pada hari ini, biarpun mek berada di HUSM dan tidak sedar diri, pesan mek agar bersihkan kawasan rumah telah dilakukan cucu-cucu mek. Nasi dagang dan ketupat yang mek hendak tetap akan disediakan pada pagi 1 Syawal, biarpun mek sendiri tidak dapat menikmatinya.   Dan, tidak kiralah apapun tarikh, hari dan masa, 16 anak, 16 menantu dan 80 cucu sentiasa mendoakan agar mek kembali sedar dan sembuh. Amin.
Baca juga: 18 Apri – Tidak raya pun tidak mengapa asal mek kembali sembuh  
19 April – Anak cucu tunggu mek balik raya
20 April – Belum pasti hari mek akan sedar
21 April – Persiapan raya ikut pesan mek


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://lokmanismail.blogspot.com/2023/04/gtl.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tidak Raya Pun Tidak Mengapa Asal Mek Kembali Sembuh

Tidak Raya Pun Tidak Mengapa Asal Mek Kembali Sembuh

papar berkaitan - pada 19/4/2023 - jumlah : 180 hits
Seperti biasa setiap Ahad Selasa dan Khamis ambo akan menghantar mek ke pusat hemodialisis Empat jam kemudian ambo akan pergi ambil semula Itulah rutin ambo atau lebih tepat rutin yang perlu dilalui individu yang mengalami kegagalan fungsi ...
Begini Cara Buat Rempeyek Ikut Resipi Nenek Laku Keras Time Raya

Begini Cara Buat Rempeyek Ikut Resipi Nenek Laku Keras Time Raya

papar berkaitan - pada 14/4/2023 - jumlah : 201 hits
Bagi anak anak kecil kita selain kuih dan biskut raya aneka kudapan antara yang menjadi kegemaran dan laku keras di hari raya Sudah semestinya stok kudapan perlu ada Salah satunya sudah pasti rempeyek tradisi orang lama yang dikongsikan ole...
Anak Cucu Tunggu Mek Balik Raya

Anak Cucu Tunggu Mek Balik Raya

papar berkaitan - pada 20/4/2023 - jumlah : 209 hits
Biasanya ibu bapa akan menunggu anak cucu balik berhari raya Nampaknya keadaan sebaliknya berlaku kepada keluarga ambo Tahun ini kami 16 adik beradik 16 menantu dan 80 cucu pula yang menanti mek balik Sejak 16 April 2023 mek berada di Hospi...
Tak Boleh Tengok Duit Warna Ibu Ni Berjaya Kumpul Rm6485 Ikut Tip Mudah Settle Kelengkapan Raya

Tak Boleh Tengok Duit Warna Ibu Ni Berjaya Kumpul Rm6485 Ikut Tip Mudah Settle Kelengkapan Raya

papar berkaitan - pada 13/4/2023 - jumlah : 247 hits
Perbelanjaan berganda buat semua isi rumah selepas sesi persekolahan anak anak dan kini pula perbelanjaan puasa dan raya membuatkan kita terduduk Habis semua duit tabungan digunakan untuk tujuan itu Pun begitu pastinya menjadi satu kelegaan...
Ingin Renovasi Rumah Untuk Persiapan Hari Raya Perhatikan Dulu Tipsnya

Ingin Renovasi Rumah Untuk Persiapan Hari Raya Perhatikan Dulu Tipsnya

papar berkaitan - pada 10/4/2023 - jumlah : 279 hits
Namun sebelum mengeksekusinya ada beberapa hal yang perlu diperhatikan Apa saja
Baju Raya Bawah Rm100 Untuk Anak Perempuan

Baju Raya Bawah Rm100 Untuk Anak Perempuan

papar berkaitan - pada 15/4/2023 - jumlah : 297 hits
Pejam celik pejam celik dah masuk 15 Ramadan dah kita lagi 2 minggu Aidilfitri pulak bakal menjelang dah siap ke persiapan raya Bila dah jadi mak mak ni persiapan raya ni banyak untuk rumah anak anak je Dan masa ni semangat nak cari baju ra...
Resepi Kek Batik Indulgence Versi Premium Manisan Hari Raya Anak Anak Pun Suka

Resepi Kek Batik Indulgence Versi Premium Manisan Hari Raya Anak Anak Pun Suka

papar berkaitan - pada 14/4/2023 - jumlah : 329 hits
Kek batik antara pemanis mulut yang paling mudah disediakan Selain kegemaran anak anak tetamu di hari raya pun pasti teruja jika dihidang dengan kek batik premium ni Cara penyediaan sangat mudah ikuti resepi perkongsian dari Mr Ali ini RESE...
Kuih Raya Tudung Raya

Kuih Raya Tudung Raya

papar berkaitan - pada 14/4/2023 - jumlah : 242 hits
Assalamualaikum WBTNAMPAKNYA selepas raya terkejut tahun lepas ramai yang bimbang terkejut lagi tahun ini jika anak bulan muncul menjelang petang Khamis depan Syukurlah bos kami dah bagi cuti sejak Rabu lagi tak payah risau raya terkejut da...
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

Merry Christmas 2024


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Wan Rosdy Insentif Kecemerlangan Pendidikan Kerajaan Pahang Sedia Peruntukkan Sebanyak Rm1 Juta

Keropok Ikan Tamban Trengganu Nipis Dan Sedap

Tapau Mfc Fried Chicken

Yuzu Cha

Usah Terikut Ikut Provokasi Pihak Tertentu Pertikai Pelantikan Tun Musa

Bendung Elemen Politik Perkauman Elak Permusuhan Keganasan