Tak Boleh Tengok Duit Warna Ibu Ni Berjaya Kumpul Rm6485 Ikut Tip Mudah Settle Kelengkapan Raya
Perbelanjaan berganda buat semua isi rumah selepas sesi persekolahan anak-anak dan kini pula perbelanjaan puasa dan raya membuatkan kita terduduk.
Habis semua duit tabungan digunakan untuk tujuan itu. Pun begitu, pastinya menjadi satu kelegaan buat suri rumah ini, Pn Julie Dan Daim yang berjaya mempersiapkan kelengkapan raya diri dan keluarga menggunkan duit tabungan yang dikumpulnya sekian lama.
Walau tidak bekerja namun ia bukan mustahil dan pastinya satu kejayaan bagi wanita bergelar suri rumah ini. Bukan sedikit bahkan hasil tabungannya berjaya memperolehi sebanyak RM6485. Memang hebat!
Alhamdulillah hasil dari tabungan saya. Boleh buat untuk keperluan raya. Start menabung dari awal tahun lepas. Setel dah beli baju raya anak-anak, mak dan mak mertua.
Beli biskut raya, beli barang dapur dan duit raya untuk anak-anak buah belah saya dan suami.
Dapat jugak saya membantu suami untuk perbelanjaan raya tahun ini. Duit ini pun datangnya dari suami juga. Hasil tarik-tarik dari beg dia setiap hari.
Saya tak boleh tengok duit berwarna. Dia pun tahu sapa yang ambil tapi dia tak tahu saya masukkan dalam tabung.
Mula tu memang sayang kalau boleh nak pecahkan hujung tahun tapi bila fikir kan blik tahun ni bertembung dengan anak-anak nak sekolah. Kesian pulak. Tak apa ada rezeki lebih nanti kita start menabung.
Saya jawab soalan puan-puan tentang posting saya semalam. Ramai yang bertanya tentang tabung dan jumlah keseluruhan duit tabungan saya.
Jumlah sebenar duit tersebut RM6485 itu tidak termasuk duit RM1 sebab malas nak kira. Saya ambil 6k sahaja untuk perbelanjaan raya dan keperluan lain.
Yang selebihnya masuk kembali dalam tabung. Ye saya tarik duit suami setiap hari tengok pada jumlah yang berada dalam dompet suami jugak.
Kalau RM20 lebih dari 5, saya tarik 3, RM10 lebih 4 saya tarik 2. Begitu jugak duit yang lain. RM50 dan RM100 saya jarang tarik tengok pada keperluan.
Suami bekerja sendiri dan duit tu memang hari-hari ada. Kerja apa? Suami penarik kereta dan buat kerja-kerja kampung. Kami hidup sederhana.
Alhamdulillah rezeki ada je. Pasal tabung pelak mana saya beli? Tabung tu saya beli dah 3 tahun dengan kawan baik saya. Harganya RM70, sekarang kawan saya tak jual dah sebab dia dah pergi menghadap Ilahi pada tahun lepas di bulan yang mulia. Puasa ke-4 dan 5hb 4 baru ni genab setahun dia pergi. Inilah kenangan saya dan arwah.
Ok semua saya dah jawab soalan yang berligar di kepala suri-suri semua. Ikutkan duit tabungan ini untuk percutian keluarga tapi tak apalah, kita bantu suami di tahun yang mencabar. Jangan ingat suri rumah tidur je.
Menarik: Makan Bulan Nak Jadi Best Friend Balik” Sebaknya Tengok Anak Awal Ashaari Lepas Rindu!
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Pa&Ma
The post “Tak Boleh Tengok Duit Warna” Ibu Ni Berjaya Kumpul RM6485 Ikut Tip Mudah, Settle Kelengkapan Raya! appeared first on Pa&Ma.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.majalahpama.my/tak-boleh-tengok-duit-warna-ibu-ni-berjaya-kumpul-rm6485-ikut-tip-mudah-settle-kelengkapan-raya/