Tidak Raya Pun Tidak Mengapa Asal Mek Kembali Sembuh


  Seperti biasa, setiap Ahad, Selasa dan Khamis ambo (saya) akan menghantar mek (ibu) ke pusat hemodialisis (proses membersihkan darah pesakit buah pinggang dengan menggunakan mesin khas). Empat jam kemudian ambo akan pergi ambil semula. Itulah rutin ambo atau lebih tepat rutin yang perlu dilalui individu yang mengalami kegagalan fungsi buah pinggang. Setiap kali sesi rawatan mengambil masa kira-kira empat jam. Rawatan itu perlu dilalui sepanjang hayat kecuali dibuat proses pemindahan buah pinggang. Pada 16 April 2023, seperti biasa kira-kira pukul 9.30 pagi ambo bersiap hendak pergi ambil mek (ambo tinggal berasingan). Sebelum sempat masuk kereta, ambo terima panggilan daripada adik yang memberitahu keadaan kesihatan mek tidak stabil. Dengan tenang dan berdoa agar keadaan kesihatan mek tidak tidak serius, ambo terus memandu menuju rumah mek yang mengambil masa kira-kira 15 minit. Sampai sahaja, ambo terus masuk ke bilik mek. Tengok pada fizikal (boleh duduk) jangkaan ambo mek tidak serius sangat. Tetapi sesuatu agak mengejut apabila fungsi otak dan mata sudah merosot. Mek tidak nampak ambo biarpun berada di hadapanya. Mek beberapa kali bertanya “mano Lokman”. Apa yang boleh ambo lakukan ialah pegang badanya dan memberitahu ambo berada di hadapnya. Satu langkah segera perlu dilakukan ialah membawa mek ke hospital. Sebagai langkah agar mek terus “sedar” dan fungsi otak terus berfungsi biarpun pada tahap kurang daripada biasa, ambo memberi tahu mek bahawa dia akan dibawa ke hospital. Diberitahu kepada mek bahawa dia perlu kembali sihat kerana anak, menantu dan cucu akan balik berhari raya dengannya. Seorang ibu memang mudah memberi respon apa-apa hal berkaitan anak. Seperti satu tenaga baharu, mek menjawab dengan “bersemangat” memberitahu hendak ke hospital. Malah ketika hendak dipakaikan baju, mek seakan-akan bersemangat untuk memakainya sehingga tergopoh-gopoh tidak menyempat menyarung baju sehingga sedikit bermasalah. Mek juga menyuruh agar dicarikan dan dipakaikan kain tudung. Berulang-ulang kali minta dicarikan kain tudung seperti tidak sabar untuk ke hospital. Terima kasih kepada adik ipar, Khairi yang banyak membantu menjaga mek selama ini. Ambo bergerak memandu ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian yang terletak kira-kira lima kilometer. Biarpun jaraknya dikira dekat, tetapi dirasakan agak lambat, tambah-tambah lagi setiap sampai di lampu isyarat, lampu berwarna merah. Ambo ditemani adik ipar, Dr Hassan (Phd). Biarpun menggunakan gelaran Dr, tetapi bukan doktor perubatan. Untuk mengekalkan tahap kesedaran mek, ambo suruh Hassan berbual-bual dengan mek. Bangkitkan semangat berjuang untuk terus hidup. Sebenarnya, mek sejak beberapa hari sebelum itu sering menyebut tentang menu untuk hari raya menyambut anak, menantu dan cucu balik. Menu paling mek ingat ialah ketupat tiga bucu. Kebetulan ketupat itu akan dibuat oleh Hassan. Jadi, ambo “tanya” Hassan berapa kilogram hendak buat? Dijawabnya tiga kilogram dan daun palas pun telah ada. Katanya, dia buat kerana mek suruh buat untuk anak-anak (disebut beberapa nama). Dan, mek seperti memberi tindak balas kepada perbualan itu. Itulah naluri ibu. Ketika dia sudah hampir lupa tentang dirinya sendiri, apabila disebut tentang anak-anak, dia akan memberi maklum balas. Ingatannya kembali dicas. Semangatnya seakan-akan kembali kuat. Setelah menempuh perjalanan yang dirasakan amat lama, kereta ambo berhenti betul-betul di hadapan pintu Unit Kecemasan dan Trauma HUSM. Hasan yang membawa mek ke dalam, sedangkan ambo terus mencari tempat letak kereta. Maklumat awal dari doktor menyatakan mek mengalami tekanan darah tinggi sehingga 240/130. Tahap gula dalam darah melebihi bacaan 30 dan mungkin juga ada lebihan uria dalam dalam darah. Paling merungsingkan apabila tahap oksigen dalam darah hanya 82 peratus. Doktor terus buat imbasan pada bahagian otak. Alhamdulillah, tidak berlaku pendarahan di bahagian otak. Jika berlaku, pembedahan segera akan dilakukan. Namun, melalui imbasan tersebut dapat dikesan sudah ada sel otak yang mati. Diharapkan tidak akan merebak dan akan kembali pulih. Memandangkan keadaan mek yang dianggap berdepan risiko “serangan” tertentu, maka pihak doktor mengambil keputusan untuk menidurkan dan menggunakan alat bantuan pernafasan untuk mek. Sehingga tulisan ini dicatatkan, mek sudah lebih 58 jam tidak sedarkan diri. Ketika ambo melawat mek yang dalam keadaan tidak sedar itu, hanya satu doa yang dipanjatkan kepada Ilahi agar mek kembali sedar dan dapat pulang ke rumah. Tidak kisahlah berapa hari perlu menanti.. Tidak kisahlah jika tidak sempat sambut hari raya yang akan disambut dua atau tiga hari lagi. Dan, ambo berharap masih dapat menjalankan tugas rutin ambo pada setiap Ahad, Selasa dan Khamis selepas ini.  16 anak, 16 menantu dan 80 cucu mendoakan mek kembali sembuh. Hanya kepada Allah juga kami memohon dan bergantung harap. Amin.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://lokmanismail.blogspot.com/2023/04/dfq.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Persiapan Raya Ikut Pesan Mek

Persiapan Raya Ikut Pesan Mek

papar berkaitan - pada 22/4/2023 - jumlah : 394 hits
30 Ramadan 1444 bersamaan 21 April 2023 Asalnya hari ini banyak orang menyangka akan diumumkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja raja sebagai 1 Syawal Ini kerana heboh sebelum ini ada badan berkaitan astronomi di luar negara menjangkakan 1 Sy...
Anak Cucu Tunggu Mek Balik Raya

Anak Cucu Tunggu Mek Balik Raya

papar berkaitan - pada 20/4/2023 - jumlah : 202 hits
Biasanya ibu bapa akan menunggu anak cucu balik berhari raya Nampaknya keadaan sebaliknya berlaku kepada keluarga ambo Tahun ini kami 16 adik beradik 16 menantu dan 80 cucu pula yang menanti mek balik Sejak 16 April 2023 mek berada di Hospi...
Ayam 8 Lada Texas Chicken Kembali Bangkitkan Selera Ramadan Dan Raya

Ayam 8 Lada Texas Chicken Kembali Bangkitkan Selera Ramadan Dan Raya

papar berkaitan - pada 6/4/2023 - jumlah : 1265 hits
Ayam 8 Lada Texas Chicken Kembali Bangkitkan Selera Ramadan Dan Raya Tawaran masa terhad Ayam 8 Lada dan Biskut Cip Coklat kegemaran Malaysia kini kembali sempena Ramadan dan Hari Raya Memang teruja bila tahu Texas Chicken Malaysia telah me...
Koleksi Resipi Aneka Sate Sedap Untuk Hidangan Tetamu Di Hari Raya

Koleksi Resipi Aneka Sate Sedap Untuk Hidangan Tetamu Di Hari Raya

papar berkaitan - pada 12/4/2023 - jumlah : 307 hits
Tidak lengkap rasanya tanpa adanya hidangan aneka sate yang sedap Selain menjadi kegemaran ramai menu ini juga mudah disediakan dan boleh disediakan awal Bahan bahan yang digunakan juga sangat ringkas Oleh itu bagi anda yang nak cuba buat s...
Mp Pn Rasmikan Mesin Atm Nelayan Dapat Duit Raya Tanpa Sampul Surat Muka Pemimpin

Mp Pn Rasmikan Mesin Atm Nelayan Dapat Duit Raya Tanpa Sampul Surat Muka Pemimpin

papar berkaitan - pada 12/4/2023 - jumlah : 352 hits
MP PN rasmikan mesin ATM di saat nelayan posing hadapan mesin ATM selepas duit bantuan Kerajaan Pusat pimpinan DS Anwar telah dikreditkan terus ke dalam akaun mereka tanpa gimik dikumpulkan di dewan atau diberikan sampul duit dengan wajah p...
Kuih Raya Sedap Corner Season

Kuih Raya Sedap Corner Season

papar berkaitan - pada 12/4/2023 - jumlah : 224 hits
Assalamualaikum WBTREZEKI Ramadhan lagi dari Johor Corporation Kuih Raya keluaran Sedap Corner Selain tu ada hamper raya Season tak ada gambar berupa hamper sebab Pak Inche kata dia buka kat pejabat dan berbahagi dengan kawan kawan Pak Inch...
Jual Motor Kesayangan Untuk Mula Berniaga Di Bazar Tetapi Diuji Sakit Berharap Dapat Balik Modal Sebelum Raya

Jual Motor Kesayangan Untuk Mula Berniaga Di Bazar Tetapi Diuji Sakit Berharap Dapat Balik Modal Sebelum Raya

papar berkaitan - pada 12/4/2023 - jumlah : 164 hits
Terdapat banyak bazar Ramadan di sekitar kawasan perumahan seluruh negara dan kemeriahan pada tahun ini lebih tinggi berbanding tahun tahun sebelumnya Walaupun harga makanan meningkat tetapi masih ramai lagi memilih untuk membeli juadah ber...
Tak Perlu Hantar Kedai Hanya Guna Satu Bahan Je Confirm Barang Kemas Bling Bling Raya Nanti

Tak Perlu Hantar Kedai Hanya Guna Satu Bahan Je Confirm Barang Kemas Bling Bling Raya Nanti

papar berkaitan - pada 11/4/2023 - jumlah : 180 hits
Lebih kurang dua minggu lagi Syawal bakal menjelang tiba Pastinya ramai diantara kita yang teruja dan tak sabar mahu meraikan syawal tahun ini dan melakukan pelbagai persiapan
Usher Hari Raya With Free Delivery And Discounts Up To 50 Off

Usher Hari Raya With Free Delivery And Discounts Up To 50 Off

papar berkaitan - pada 12/4/2023 - jumlah : 282 hits
Assalamualaikum dan salam sejahteraUsher Hari Raya with Free Delivery and Discounts Up to 50 off Order your favourite Ramadhan and Hari Raya dishes with ease as ShopeeFood brings you a variety of special dishes for you and the family With g...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Suspek Buruan Kes Samun Toreh Dicekup

A Botched Shot

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Worldcoin Dan Ai

Sampul Duit Raya Menghargai Tradisi Dan Budaya


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3


Enjoy The Rhythm Of Life A Nature Inspired Residence In Hefei China

Hopes Of The Chinese For Pn

Mara Beli Hartanah Terlebih Nilai Di Uk Australia Meskipun Ditolak Mof

Ikut Sop Tampal Lubang Jalan Dalam Tempoh 24 Jam Kkr Seru Syarikat Konsesi

Goatbet678

Olahraga Terbaik Untuk Penderita Diabetes Tipe 2