Persiapan Ke Kota Kinabalu Dan Kundasang 4 Hari 3 Malam


Hi guys,
So bulan lepas, Juju, Mak, Adik yang nombor 3 dan 2 orang lagi makcik Juju ke Sabah untuk bercuti. Agak lama jugalah untuk plan cuti kali ni. Dah memasing sibuk kate nak naik kapal terbangkan. Jadi Juju tunaikanlah permintaan diorang. Kita travel dalam negara dulu yek. Ada rezeki lebih kita pergi luar negara pulak

Persiapan sebelum ke Sabah.Kota Kinabalu dan KundasangKereta SewaUntuk kereta sewa, banyak tempat jugalah Juju mencari rujukan. Kita ni kalau boleh dapat yang murah, nak murah lagi kan. So, survey punya survey Juju pilih perkhidmatan kereta sewa dari Kaizen Car Rental. Juju sewa Proton Saga VVT. Muat sangat untuk kami berlima. 1 hari RM100.00. Kiraan dia bermula dari pukul berapa kita ambil kereta, sampai pukul berapa kita pulangkan kereta tu

So, total untuk kereta Juju dah asingkan RM400.00 siap-siap. Ada lebih boleh buat tambah beli minyak kereta nanti. Eh, memang ade lebih pun. Juju ambil kereta pukul 9.45 pagi hari pertama dan pulangkan jam 2.00 petang hari keempat
Nakkan background gunung punya pasal, park dulu kereta dekat tepi.Senang sangat deal dengan owner dia. Kita boleh pilih dekat mana kita nak ambil dan pulangkan kereta tu. Juju yang baru pertama kali menjejakkan kaki di bumi Sabah ni plan untuk ambil dan pulangkan saja kereta di airport. Mudah.

So kalau korang nak contact boleh ke:-
Instagram : https://www.instagram.com/kaizen_car_rental/Facebook: https://www.facebook.com/kaizencarrental/


Hotel di Kota KinabaluAlang-alang dah book kereta untuk 4 hari, maka Juju pun buatlah survey untuk hotel pulak. Memandangkan dah terbook kereta sampai 4 hari, makanya Juju pun mencari hotel yang jauh sikit dari pusat bandar. Jauh sikit je. Yang penting berbaloi bayar kereta sampai 4 hari. Muehehehe

Okeh kalini Juju booking guna Air BNB pula. Asyik guna Agoda dan Trivago je kan. Kali ni kita beralih ke Air BNB. Sajalah nak cuba rasa sendiri. Orang kate dekat Air BNB ni banyak homestay. Tapi kalau dapat homestay yang macam hotel pun syok juga kan

Setelah puas buat survey dan kiraan sikit makanya kami sepakat untuk menginap di Jia Homesuite di KK Times Square. Betul-betul sebelah pusat membeli-belah IMAGO. Jalan kaki je sampai. Dan part yang paling best sekali dekat dengan dobi dan kedai makan. Ada kedai mamak je dekat situ. Bolehlah buat alas perut beli sarapan.
Jia HomesuiteSo kalau korang nak cuba guna web Air BNB ni korang boleh klik --> https://www.airbnb.com
Hotel di Kundasang
Kiram's Village Untuk hotel di Kundasang, Juju ada juga survey dekat blog kawan-kawan yang dah pernah sampai ke sana. Dalam banyak-banyak review tu, Juju dah tersuka dengan Kiram Village. Bila tengok tempat ni memang Juju dah jatuh suka dah dengan tempat ni. Terus Juju contact owner tempat ni

Kalau korang nak book, korang kena ke website Kiram Village di --> http://kirams-village.com/
Anak panah kabinDekat situ nanti dia akan bagi nombor telefon untuk korang hubungi tempat ni. Macam Juju, Juju whatsapp dulu. Lepas tu dia akan minta deposit untuk confirmkan booking. Nanti dia akan bagi instructionlah macam mana korang nak bayar deposit tu
Depan kabin brokoli
Untuk pakej-pakej ke pulau semua tu Juju dan family main terjah je. Nanti Juju akan ceritakan pengalaman Juju semasa ke pulau-pulau tu ya. Sama juga dengan Kundasang, kami terjah jugak. Acah-acah macam dah biasa dengan tempat tu. Padahal tak pernah pergi lagipun. Terima kasih jugaklah dekat kawan-kawan blog yang dah share pengalaman korang ke sana.

Jadi, kalau korang memang takut nak terjah, Juju ada satu travel agent yang Juju nak recommend dekat korang. Jom baca dekat bawah ni.

Arba Travel.
Pernah korang pegi travel ikut travel agent lepas tu korang kena bawa dekat satu tempat yang tak masuk dalam senarai program. Eh, sebenarnya masuk dalam senarai, tapi tak jelas. Senang kata korang ke 'Tourist Trap' lah.

'Tourist Trap' ialah tempat yang korang kena paksa beli. Selalunya korang akan 'dikurung; dalam bangunan dan terpaksa dengar pasal ceramah jualan pasal jed, ginseng, ubat dan macam-macam-macam lagilah

Rasa tertipu betul kalau Juju kena macam ni. Rasa rugi pun iya jugak. Sampai dalam kepala Juju ni dah cop semua travel agent ni sama. Fuh, agak kejam jugak statement Juju ni kan

Tapi, lepas Juju jumpa satu website ni, Juju rasa sangat teruja sebab di menjanjikan NO TOURIST TRAP. Hmmmmm... Menarik juga nih. Dah alang-alang jumpa ni, Juju pun nak share jugalah dengan korang. Biar korang pun tak terjebak sama dengan tourist trap tu.

Okeh jom tengok Pakej Percutian ke Sabah yang diorang tawarkan ni

Perbezaan Pakej Sabah Arba Travel Berbanding Yang lain
1/ PENGINAPAN PEMANDANGAN GUNUNG KINABALU
Menginap di kawasan berlatarbelakang keindahan Gunung Kinabalu di Kundasang. Kami hanya memilih penginapan yang selesa & mempunyai servis yang baik.

2/ SUASANA SEPERTI ‘NEW ZEALAND’
Nikmati scenery cantik sambil bergambar/selfie dengan Lembu ‘New Zealand’ di DESA Cattle Farm. Dapat juga nikmati aiskrim GELATO yang freshly made, anda try sekali pasti nak lagi!

3/ BERGAMBAR DENGAN IKAN NEMO DAN CORAL
Anda berpeluang snorkeling sambil selfie dengan ikan nemo dan coral di Pulau Sapi dan Pulau Manukan, pengalaman ‘rare’ dan menyeronokkan!

4/ PENGALAMAN FISH SPA DENGAN IKAN KOI BESAR
Anda dapat rasai pengalaman fish spa yang berbeza; ikan koi yang besar dan warna warni sangat best untuk rasai foot massage dan bergambar. Tiada limit masa untuk anda rendam kaki, sangat relaxing!

5/ TOUR GUIDE MESRA & BERBERPENGALAMAN
Driver guide kami sangat faham citarasa anda. Mereka mahir tentang destinasi dan sangat ‘sporting’. Mereka pandai tangkap gambar, jadi banyak gambar untuk anda kongsi di media sosial.

6/ LEBIH MURAH BERBANDING PRIVATE TOUR
Anda bayar harga pakej untuk 10 orang walaupun pergi berdua sahaja. Sudah tentu harganya jauh lebih murah berbanding biasa. Harga yang anda lihat sudah termasuk tiket penerbangan pergi balik
Klik untuk lebih jelasHarga yang dekat atas ni dah termasuk dengan tiket kapal terbang. Dan kalau korang pilih pakej yang premium tu, termasuk makan dari pagi sampailah ke malam. Tapi kalau korang nak pilih pakej bajet pun boleh jugak. Ikutlah pada kemampuan masing-masing
Pakej mengikut bajet. (Klik untuk lebih jelas)



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.kasihjuju.com/2019/09/persiapan-ke-kota-kinabalu-dan.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed:+KasihJuju+(Kasih+Juju)

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Perarakan Hari Kebangsaan Ke 62 Di Kota Kinabalu

Perarakan Hari Kebangsaan Ke 62 Di Kota Kinabalu

papar berkaitan - pada 2/9/2019 - jumlah : 593 hits
Assalamualaikum Rasanya belum terlambat untuk ucap SALAM MERDEKA kat korang Harapnya kemerdekaan ini akan kekal sampai bila bila Sebenarnya nak kongsi ja cerita di pagi 31 Ogos hari tu Alkisahnya tiba tiba teringin nak tengok live perarakan...
Lepas Ditahan Malam Tadi Penyanyi Direman 3 Hari

Lepas Ditahan Malam Tadi Penyanyi Direman 3 Hari

papar berkaitan - pada 10/9/2019 - jumlah : 325 hits
Bekas vokalis kumpulan terkenal era 90 an direman tiga hari mulai hari ini bagi membantu siasatan kerana memiliki dadah Ketua Polis Johor Mohd Kamarudin Md Din berkata penyanyi lelaki berkenaan ditahan malam tadi bersama seorang lelaki lain...
16 Ide Pre Wedding Malam Hari Di Bawah Taburan Bintang Dan Sorot Lampu Tak Harus Siang Melulu

16 Ide Pre Wedding Malam Hari Di Bawah Taburan Bintang Dan Sorot Lampu Tak Harus Siang Melulu

papar berkaitan - pada 15/9/2019 - jumlah : 430 hits
Selain unik dan syahdu konsep pre wedding yang seru ini juga pas lo untuk kamu dan pasangan yang siang siang masih sibuk dan tak punya waktu
Hiburan Tak Lena Tidur Asyik Berpeluh Di Malam Hari Ini Solusi Sempurna Untuk Seisi Keluarga Anda

Hiburan Tak Lena Tidur Asyik Berpeluh Di Malam Hari Ini Solusi Sempurna Untuk Seisi Keluarga Anda

papar berkaitan - pada 30/8/2019 - jumlah : 396 hits
Di suatu hari ketika sedang bersiap siap untuk masuk tidur Abang Nara terdengar bunyi mesej Whatsapp di handphone Abang Nara yang bertalu talu tanpa henti Mesti ada something urgent getus hati ini Lalu Abang Nara terus bangun dari katil dan...
Melihat Matahari Terbenam Di Pantai Tanjung Aru Kota Kinabalu

Melihat Matahari Terbenam Di Pantai Tanjung Aru Kota Kinabalu

papar berkaitan - pada 2/9/2019 - jumlah : 1921 hits
Melihat Matahari Terbenam di Pantai Tanjung Aru Kota Kinabalu Assalamualaikum Salam Sejahtera Alhamdulillah hari ni baru ada mood sikit Murni kemaskini blog Dah alang menaip ni Murni pun taknaklah ketinggalan nak ucap Selamat Hari Merdeka y...
Berkebun Malam Hari

Berkebun Malam Hari

papar berkaitan - pada 12/9/2019 - jumlah : 333 hits
Balik jer dari sekolah Tedi terus ngadap kebun Jam dah menunjukkan jam 10 malam sebab ikut Mommy Master dinner di restoran berdekatan Mesti Mommy pelik kan Tiba tiba jer rajin hahaha Ini gara2 baca post oleh kak Ummu Aidan la ni Tak sia2 ma...
Hari Ini Wapres Jk Kunjungan Kerja Ke Aceh

Hari Ini Wapres Jk Kunjungan Kerja Ke Aceh

papar berkaitan - pada 2/9/2019 - jumlah : 243 hits
Senin siang Wapres JK beserta rombongan meninggalkan Aceh menuju Padang guna menghadiri acara silaturahmi bersama Gubernur Sumatera Barat Irwan Prayitno jajaran Forkompimda dan sejumlah tokoh masyarakat Sumbar Wapres JK dan Mufidah Kalla di...
Cops Probe Videos Offering Illegal Entry Into Malaysia

Rubber Hose Maintenance And Troubleshooting Expert Tips From Passionhose

Smart Furniture Storage Tips For Home Renovations

Zaid Warns Against Umno Going Back To Old Election System

Remaja Panjat Pagar Curi Tabung Surau

Pentingnya Memilih Kawan Yang Betul Untuk Masa Depan Yang Cemerlang

Buaya Mirip Godzilla Dirakam Seorang Peminat Buaya

Dua Lagi Lelaki Serang Warga Singapura Guna Parang Diburu


echo '';
5 Undang Undang Aneh Berkait Bendera Kebangsaan di Seluruh Dunia

Benarkah Kajian Sains Membolehkan Gigi Manusia Tumbuh Selepas Hilang

4 Puncak Tertinggi Negara Dunia Yang Paling Ketot Saiznya

8 Barangan Unik Yang Dinamakan Sempena Nama Manusia

Biodata Mia Ghazali Atlet Muay Thai Adik Beradik Kepada Johan Ghazali Jojo Miki Elias


Lelaki Tular Tampar Isteri Ditahan Pagi Tadi

Sibu Boy Tiong Shines Light On City In Visit Malaysia Campaign

Mont Kiara Traffic A Nightmare

Bufet Ramadan 2025 Wtckl Tawar Laman Tradisi Dengan Lebih 300 Hidangan Tahun Ini

Celebrate Love At Pavilion Hotel Kuala Lumpur

Nasi Briyani Adabi