Melihat Matahari Terbenam Di Pantai Tanjung Aru Kota Kinabalu
Melihat Matahari Terbenam di Pantai Tanjung Aru, Kota Kinabalu | Assalamualaikum & Salam Sejahtera. Alhamdulillah hari ni baru ada mood sikit Murni kemaskini blog. Dah alang² menaip ni, Murni pun taknaklah ketinggalan nak ucap Selamat Hari Merdeka yang ke-62 tahun & selamat menyambut tahun baru Islam 1 Muharam 1441H. Semoga Allah sentiasa lindungi kita semua. Aamiin
Melihat Matahari Terbenam di Pantai Tanjung Aru, Kota Kinabalu.Perkongsian entri kali ni lebih kepada pengalaman Murni yang pertama kali melihat matahari terbenam di pantai Tanjung Aru, Kota Kinabalu. Actually, 17 & 18 Ogos yang lepas, Murni & beberapa colleagues ada Kursus di Kota Kinabalu, then kawan Murni pun ajaklah pergi tengok sunset di Pantai Tanjung Aru
17/08/2019 - Selesai kursus, petang tu kami terus menuju ke Pantai Tanjung Aru. First thing first kalau dah sampai sini mestilah cari makanan dulu 😅 banyak deretan gerai jualan yang di buka di kawasan ni. Makanan yang jadi pilihan Murni sudah semestinya keropok lekor & teh ais pyorr.
Dah habis makan, tangan pun laju nak ambil gambar pemandangan yang cantik yakmat, سبحان الله
Nah beberapa gambar yang Murni sempat ambil, bolehlah simpan sini untuk tatapan korang. Murni start ambil gambar di bawah jam 5:40pm
Bila matahari nak terbenam, hujan renyai² pun mulai turun, kami pun teruskan perjalanan kami ke Perdana Park Kota Kinabalu untuk melihat pancutan air berirama (Murni ada upload video di Ig @murnimohdyusof_mmy).
Kalau korang berpeluang ke Kota Kinabalu jangan lupa untuk singgah ke Pantai Tanjung Aru lihat matahari terbenam, confirmed tak tak menyesal punyalah. Terima kasih Idah sebab bawa kami pergi sini 😘
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://murnimohdyusof.blogspot.com/2019/09/Matahari-Terbenam-di-Pantai-Tanjung-Aru-Kota-Kinabalu.html