Jambatan Gantung Di Ranau Akan Dibina Semula Selepas Runtuh


Jambatan gantung merentasi Sungai Sugut di Kampung Gusi, Ranau, Sabah yang terputus sebelah menyebabkan ia tidak lagi boleh digunakan oleh penduduk kampung. Jambatan gantung Kampung Gusi, Ranau akan dibina semula

Jambatan gantung bagi menyeberang Sungai Sugut di Kampung Gusi, Ranau yang putus hingga menyebabkan lapan pelajar cedera baru-baru ini akan dibina semula bagi memudahkan perhubungan penduduk kampung itu dengan kawasan luar. T imbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Dr. Joachim Gunsalam berkata, jambatan itu merupakan satu-satunya jalan perhubungan yang menghubungkan kampung tersebut dengan kawasan seberang. Dr. Jaochim Gunsalam Jambatan gantung sepanjang 150m dan setinggi 2.4m yang dibina sejak 10 tahun lalu runtuh baru-baru ini. “Jambatan gantung sepanjang 150 meter dan mempunyai ketinggian 18 Kaki perlu dibina semula.

“Ini merupakan satu-satunya jambatan utama yang menghubungkan penduduk kampung dengan kawasan seberang. Joachim (empat dari kanan) bersama penduduk kampung. “Ketiadaan jambatan ini menyebabkan aktiviti sosio -ekonomi penduduk di sini dalam bidang pertanian terjejas kerana mereka sukar membawa keluar hasil pertanian mereka,” katanya selepas membuat kunjungan ke Kampung Gusi, Ranau bagi meninjau keadaan jambatan yang runtuh kelmarin. Jambatan gantung ini satu-satunya jambatan utama yang menghubungkan penduduk Kampung Gusi di Ranau dengan kawasan seberang. Jambatan itu putus baru-baru ini menyebabkan lapan pelajar cedera termasuk seorang yang dirawat di Hospital Queen Elizabeth di Kota Kinabalu, manakala mangsa lain sudah pulih.

Kejadian berlaku ketika pelajar terbabit keluar ke jambatan itu bagi mendapatkan liputan internet ekoran capaian internet yang lemah di kampung itu. Joachim Gunsalam. Dr. Joachim yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kundasang berkata, jambatan gantung itu telah dibina 10 tahun lalu dan kini sudah agak usang.

Malah katanya, ia pernah dibaiki sebelum ini namun tidak mampu bertahan dan kini ia memerlukan pembinaan semula secara menyeluruh.

Pada masa ini katanya, pengangkutan utama penduduk di sini ialah menggunakan jalan sungai dengan menggunakan bot atau sampan kecil. – UTUSAN





KEADAAN jambatan gantung yang runtuh di Kampung Gusi sehingga mengakibatkan tiga pelajar SMK Ulu Sugut cedera.
3 pelajar cari akses internet kelas 'online' jatuh jambatan
Tiga pelajar yang sedang mencari akses internet untuk mengikuti kelas dalam talian, terjatuh dari jambatan gantung yang runtuh di Kampung Gusi, Isnin lalu. K ejadian dipercayai kira-kira jam 9 malam membabitkan pelajar dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Ulu Sugut, di sini.
 

Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Dr Joachim Gunsalam, ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan dan memaklumkan, seorang pelajar patah kaki dan dimasukkan ke Hospital Queen Elizabeth (HQE) di Kota Kinabalu.

"Mereka cuba mengakses internet di bahagian tertentu di jambatan gantung berkenaan," katanya.
 




Beliau juga memaklumkan akan segera ke kampung berkenaan untuk menilai keadaan dan mendapatkan peruntukan daripada Kerajaan Pusat untuk membaiki jambatan terbabit.

"Kita berharap penduduk kampung berkaitan dapat bersabar kerana kita berusaha menyelesaikan masalah ini" katanya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kundasang.
 


Terdahulu, tular di Facebook mengenai pelajar SMK Ulu Sugut terjatuh ke dalam sungai selepas jambatan gantung dilalui mereka, runtuh secara tiba-tiba.
 



Difahamkan, kawasan sekitar jambatan gantung dengan ketinggian kira-kira 18 meter dari aras sungai itu satu-satunya lokasi yang mempunyai capaian internet.

Sudah menjadi kebiasaan bagi penduduk kampung, khususnya pelajar berkumpul di kawasan terbabit sekiranya memerlukan jaringan internet.
 


Sementara itu, Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SMK Ulu Sugut, Ratimin Kukunut, berkata dia dimaklumkan kejadian itu berlaku beberapa hari lalu, sekitar jam 9 malam.

"Penduduk kampung menyatakan semua pelajar itu berada di tengah-tengah jambatan untuk mengikuti kelas dalam talian sebelum jambatan itu tiba-tiba runtuh.



"Capaian internet di Kampung Gusi ini memang teruk, tetapi lebih baik pada waktu malam di kawasan jambatan gantung terbabit," katanya.











Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://sabahup2date.blogspot.com/2020/12/jambatan-gantung-di-ranau-akan-dibina.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Beberapa Pelajar Dilapor Cedera Selepas Terjatuh Dari Jambatan Gantung Yang Terputus Ketika Cari Line Internet

Beberapa Pelajar Dilapor Cedera Selepas Terjatuh Dari Jambatan Gantung Yang Terputus Ketika Cari Line Internet

papar berkaitan - pada 27/11/2020 - jumlah : 295 hits
373 total views 109 views today Beberapa orang pelajar sekolah dari Kg Gusi di Ranau Sabah dilaporkan telah terjatuh dari jambatan gantung yang terputus semasa mereka sedang mencari talian internet Kejadian itu telah disahkan oleh Timbalan ...
Jambatan Gantung Stesen Internet Putus Dua Remaja Cedera Parah Di Ranau

Jambatan Gantung Stesen Internet Putus Dua Remaja Cedera Parah Di Ranau

papar berkaitan - pada 27/11/2020 - jumlah : 348 hits
59 total views 59 views today KOTA KINABALU 27 Nov Jika sebelum ini tular klip video pelajar di negeri ini terpaksa memanjat pokok untuk mendapatkan akses Internet Isnin lepas seorang pelajar antara dua remaja cedera selepas jambatan gantun...
Lelaki Hidup Semula Selepas 3 Jam Disahkan Mati Menjerit Kesakitan Ketika Kakinya Dibelah Di Bilik Mayat

Lelaki Hidup Semula Selepas 3 Jam Disahkan Mati Menjerit Kesakitan Ketika Kakinya Dibelah Di Bilik Mayat

papar berkaitan - pada 28/11/2020 - jumlah : 599 hits
Seorang lelaki di Kenya yang telah disahkan meninggal dunia oleh doktor kembali tersedar selepas tiga jam kemudian ketika petugas sedang membersihkan mayatnya di dalam bilik mayat Peter Kigen 32 disahkan meninggal dunia pada Selasa lalu sel...
Diy Pasu Gantung Pokok Bunga Dari Botol Kitar Semula Hanging Flower Pot From Recycle Bottles

Diy Pasu Gantung Pokok Bunga Dari Botol Kitar Semula Hanging Flower Pot From Recycle Bottles

papar berkaitan - pada 23/11/2020 - jumlah : 1657 hits
Melihat kepada banyaknya botol bekas air minuman air mineral yang bersepah telah menimbulkan idea untuk membuat sendiri pasu gantung untuk tanaman Terutamanya untuk pokok bunga jenis kecil dan juga lain2 tanaman herba ulam dan sebagainya Ba...
3 Pelajar Cari Akses Internet Kelas Online Jatuh Jambatan Di Kampung Gusi Ranau

3 Pelajar Cari Akses Internet Kelas Online Jatuh Jambatan Di Kampung Gusi Ranau

papar berkaitan - pada 27/11/2020 - jumlah : 586 hits
KEADAAN jambatan gantung yang runtuh di Kampung Gusi sehingga mengakibatkan tiga pelajar SMK Ulu Sugut cedera 3 pelajar cari akses internet kelas online jatuh jambatan Tiga pelajar yang sedang mencari akses internet untuk mengikuti kelas da...
Netizen Samakan Kedah Dengan Wakanda Selepas Menteri Besar Umum Temui Mineral Bernilai Rm62 Bilion

Netizen Samakan Kedah Dengan Wakanda Selepas Menteri Besar Umum Temui Mineral Bernilai Rm62 Bilion

papar berkaitan - pada 3/12/2020 - jumlah : 414 hits
Mineral jenis rare earth elements yang dianggarkan bernilai RM62 bilion telah ditemui di Kedah dan bakal diterokai oleh sebuah syarikat yang berpangkalan di Kuala Lumpur Pengumuman tersebut dibuat oleh Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md...
Apakah Yang Perlu Kita Lakukan 1 Jam Selepas Subuh

Apakah Yang Perlu Kita Lakukan 1 Jam Selepas Subuh

papar berkaitan - pada 3/12/2020 - jumlah : 247 hits
1 Jangan tidur lepas subuh la menutup banyak pintu rezeki malah akan membuatkan tubuh jadi Iemah Kalau terlalu penat tunggu waktu syuruk jam 7 00 pagi ke atas Dan selepas itu rehatlah tak mengapa 2 Biasakan untuk mandi dan bersihkan diri Ma...
Dua Cucu Ar Badul Alami Masalah Psikologi Tiada Pembelaan Selepas Kematian Bapanya

Dua Cucu Ar Badul Alami Masalah Psikologi Tiada Pembelaan Selepas Kematian Bapanya

papar berkaitan - pada 3/12/2020 - jumlah : 470 hits
KUANTAN Sudahlah tiada pembelaan malah dua anak Allahyarham Mejar Mohd Zahir Armaya trauma sehingga mengalami masalah psikologi kerana kerap diejek ekoran kematian bapa mereka Bekas isteri Allahyarham Jamilah Ismail 38 berkata dia sedih men...
Cops Probe Videos Offering Illegal Entry Into Malaysia

Rubber Hose Maintenance And Troubleshooting Expert Tips From Passionhose

Smart Furniture Storage Tips For Home Renovations

Zaid Warns Against Umno Going Back To Old Election System

Remaja Panjat Pagar Curi Tabung Surau

Pentingnya Memilih Kawan Yang Betul Untuk Masa Depan Yang Cemerlang

Buaya Mirip Godzilla Dirakam Seorang Peminat Buaya

Dua Lagi Lelaki Serang Warga Singapura Guna Parang Diburu


echo '';
5 Undang Undang Aneh Berkait Bendera Kebangsaan di Seluruh Dunia

Benarkah Kajian Sains Membolehkan Gigi Manusia Tumbuh Selepas Hilang

4 Puncak Tertinggi Negara Dunia Yang Paling Ketot Saiznya

8 Barangan Unik Yang Dinamakan Sempena Nama Manusia

Biodata Mia Ghazali Atlet Muay Thai Adik Beradik Kepada Johan Ghazali Jojo Miki Elias


Lelaki Tular Tampar Isteri Ditahan Pagi Tadi

Sibu Boy Tiong Shines Light On City In Visit Malaysia Campaign

Mont Kiara Traffic A Nightmare

Bufet Ramadan 2025 Wtckl Tawar Laman Tradisi Dengan Lebih 300 Hidangan Tahun Ini

Celebrate Love At Pavilion Hotel Kuala Lumpur

Nasi Briyani Adabi