Persediaan Untuk Ramadan 2022 Tip Mudah Ajar Anak Berpuasa


Assalamualaikum..  Mungkin ada rakan-rakan mommy yang tengah sibuk ganti puasa sekarang ni, tak pun tengah berpuasa sunat di bulan Rejab ni.... Bila dah waktu-waktu ni, baru lah para ibu atau isteri terasa aura bulan Ramadan tu semakin dekat betul tak? Ibu-ibu ni, biasanya perkara penting dia fikir menu sahur dan berbuka. Almaklum, bila ada anak yang dalam fasa belajar puasa ni, mereka perlukan sedikit kelainan dari segi suasana dan rutin agar lebih semangat menjalani ibadah puasa. 

Selain dari makanan, cara untuk pikat atau mengajak anak berpuasa juga kadang menjadi keruan hati ibu-ibu. Tak tahu bagaimana nak ajar anak berpuasa. Macam mana nak fahamkan mereka apa itu puasa dan kenapa kita orang islam wajib berpuasa

Ada banyak tip dari ustaz dan ustazah kita boleh dengar di you tube dan social media. Dari situ, boleh ikut mana yang mampu. Tak boleh ikut semua, jangan tinggal semua. 
Mommylin nak share sedikit tip yang mommy dapat dalam tempoh mengajar anak-anak mommy sendiri berpuasa. Masuk tahun 2022 ni, dah 4 tahun mommy ajar anak-anak berpuasa. Anak sulong mommy tahun ni, umurnya 10 tahun. Mommy dah ajar dia puasa dari usia dia 6 tahun. 
Jangan risau, mommy tak kejam tau. Dia puasa tak penuh pun. Cuma kita ajar dia suasana berpuasa tu. Bukan bermakna dia 6 tahun, kita abaikan mereka, ala, kecik lagi, biarlah dia tidur. Ala, takpe.. makan je, awak kecik lagi. Ajak mereka sama-sama bangun sahur, berbuka. Kalau dia nak makan lunch, mommy ajar dia cara hormat orang puasa. Contohnya jangan makan depan orang puasa, kena sorok-sorok. Benda kecil, tapi impak dia besar. Anak-anak akan lebih menghormati Ramadan

Mungkin ada antara anak-anak kita ni, dia tak faham, tapi tak pe, kita kerapkan cakap dan ajar benda sama. Biasakan mereka dengan suasana Ramadan. Benda paling simple bazar ramadan dan menu berbuka yang menarik. Bukan ajar mereka boros dan makan bukan-bukan. Cuma bila Ramadan kan, banyak menu yang tak pernah merka jumpa, boleh jumpa masa Ramadan
Antaranya air khatira, air jagung. Hari-hari biasa, mana lah nak layan air macam ni kan..

Selain itu, solat terawih. Dulu sebelum kita kena pendamik, ada juga mommy bawa anak-anak pergi masjid. Tapi bila ada anak kecil, tak dapat pergi. Dan semasa PKP lebih baik buat kami. Kami jemaah bersama. Mereka akan rasa kelainan. Walaupun ada hari yang mereka request tak nak terawih, tapi bila kita pernah buat bersama-sama, itu adala proses pembelajaran mereka


Tip mudah ajar anak berpuasa
Antara tip mudah untuk ajar anak berpuasa antaranya adalah praktis lebih awal sebulan, rutin mereka. Contoh bangun awal pagi. Untuk permulaan, boleh lah kejut mereka bangun seawal pukul 6 pagi contohnya. Ajar mereka secara konsisten. Bangun pagi, mandi dan solat dan sarapan awal. 
Lewatkan waktu makan tengahari mereka. Biasa kalau anak-anak makan pukul 12, ibu-ibu boleh lewatkan pukul 3-4  petang. Ikut kemampuan anak masing-masing. Kalau anak dah merengek lapar, kena lah bagi makan kan. Nama pun belajar... kita kena buat secara perlahan-lahan agar anak tak tertekan atau rasa terbeban

Selalu cerita kan pada mereka kelebihan berpuasa, keistimewaan bulan Ramadan, ganjaran yang akan mereka terima dan kebaikkan daripada berpuasa. Ibu-ibu perlu kerap bercerita agar mereka lebih bersemangat untuk menjalani ibadah di bulan Ramadan. Boleh selitkan kisah-kisah nabi dan Rasulluah s.a.w pada anak-anak

Sediakan sudut Ramadan bersama anak-anak. Biasanya bila Ramadan tiba, mommy akan sediakan 1 sudut untuk mereka membaca buku-buku islamik, kisah nabi dan mengaji. Dia situ juga kita boleh deko bersama anak-anak dengan tema Ramadan seperti bulan, bintang dan perkataan Ramadan Mubarak atau sebagainya. Untuk sudut ramadan ni, boleh lah buat bersama anak-anak, ini lebih menyeronokkan dan lebih bermakna. 
Ini antara tip mudah yang ibu-ibu boleh praktiskan sebelum bulan Ramadan tiba. Perlahan-lahan anjak masa mereka menghampiri waktu sahur dan berbuka. Ibu-ibu juga perlu lakukan secara kreatif, dan tidak melakukan secara memaksa. Ikut suasana keluarga dan keselesaan kita. Kita para ibu lebih tahu apa yang sesuai untuk anak dan keluarga kita 
Sediakan buku sticker untuk mereka catat amalan di bulan Ramadan - My Ramadhan Sticker Book
Buku Sticker Ramadan ni, sangat membantu ibu-ibu mempengaruhi anak. Mereka akan lebih teruja dan semangat melakukuan ibadah di bulan Ramadan. Antara kelebihan buku sticker ini, ianya adalah glossy, tidak mudah koyak dan basah jika terkena air. Tahan lasak, jadi memang sangat sesuai untuk anak-anak





Saiz buku yang besar, memudahkan anak-anak pegang dan membawa kemana-mana jua. Buku sticker ini bersize A4. Dan ianya mengandungi 270 sticker yang menarik dengan info hadith, fun fact dan Al-quran. 




Tahun 2021, mommylin belikan semua anak-anak buku sticker ni, mereka seronok sangat nak penuhkan buku ni. Antara yang mereka rebutkan adalah cukupkan waktu solat. Baguskan? ianya bukan sekadar ada ruangan untuk berpuasa, tapi ada solat, zikir, taraweh dan sedekah. Bahagian sedekah tu, mommy sekalikan dengan amalan mulia. Contoh tolong kemas rumah, tolong jaga adik dan lain-lain, ikut kreatif masing-masing. 
Berminat untuk dapatkan buku ni, boleh klik link ni ok... >> link <<
Pesanan buat ibu-ibu diluar sana. Semat dalam hati kita, kita ajar anak berpuasa bukan untuk seksa mereka. Tapi melatih mereka, untuk menjadi muslimin dan muslimat yang soleh, solehah. Mommy pernah dengar ceramah ustad Wadi, bila dia bagitahu ramai anak remaja tidak berpuasa, dan mereka tidak rasa bersalah atau berdosa. Sedangkan puasa itu adalah Rukun Islam kita. Tak sempurna rukun islam kita, mampukah kita untuk kejar syurga? 
Dapat sesuatu? Jom kita muakan misi Ramadan 2022 kita. Selamat mencuba. 
Salam Sayang, Mommylin...



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.mommylin.com/2022/02/tip-mudah-ajar-anak-berpuasa.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
First Time Jaga Anak Berkhatan Doktor Beri Tip Mudah Nak Cepat Sembuh

First Time Jaga Anak Berkhatan Doktor Beri Tip Mudah Nak Cepat Sembuh

papar berkaitan - pada 15/2/2022 - jumlah : 201 hits
Cuti sekolah tak lama lagi mesti ada yang ambil kesempatan nak khatankan anak Memang tak dinafikan kaedah sekarang buatkan luka pada tempat khatan sembuh dengan cepat tapi untuk ibu yang pertama kali nak jaga anak berkhatan tentu ada gusarn...
Balut Angkat Kepala Sikit Elfira Loy Kongsi Tip Mudah Nak Bagi Anak Makan Ubat

Balut Angkat Kepala Sikit Elfira Loy Kongsi Tip Mudah Nak Bagi Anak Makan Ubat

papar berkaitan - pada 16/2/2022 - jumlah : 225 hits
Memberi anak makan ubat ketika usia anak masih kecil sememangnya agak menyukarkan Pelbagai cara untuk memujuk anak namun anak semestinya lebih bijak menangkis Tak mudah tapi inilah yang dilalui setiap ibu Bagi pelakon Elfira Loy dia punya c...
Makan Berselera Berat Tak Naik Dr Kongsi Tip Berkesan Tambah Berat Anak

Makan Berselera Berat Tak Naik Dr Kongsi Tip Berkesan Tambah Berat Anak

papar berkaitan - pada 14/2/2022 - jumlah : 229 hits
Anak makan berselera tapi berat anak tak naik cantik Menyusu pula tak ada masalah makan pun ok cuma masalahnya berat anak macam statik je Senang cakap umur dengan berat tak seimbang Dalam hal ini ada berkongsikan tip kepada ibu ayah yang ad...
Anak Suka Pukul Orang Kena Ajar Tu Salah Risau Bawa Ke Besar

Anak Suka Pukul Orang Kena Ajar Tu Salah Risau Bawa Ke Besar

papar berkaitan - pada 16/2/2022 - jumlah : 171 hits
Tak dinafikan ada sesetengah anak kecil memang suka buat orang Mereka rasa benda itu seronok untuk dibuat Kadang kadang ibu ayah pun mereka pukul jika ada rasa tak puas hati tentang sesuatu Anak mungkin tak tahu perbuatan itu tak elok jadi ...
Tip Mudah Untuk Hadir Dan Sukses Temuduga Kerajaan

Tip Mudah Untuk Hadir Dan Sukses Temuduga Kerajaan

papar berkaitan - pada 14/2/2022 - jumlah : 279 hits
Sebelum kita bermula dengan Tip mudah untuk hadir dan sukses temuduga kerajaan jom kita ihat dulu Jadual Temuduga SPA Terkini Senarai Penjadualan Temu Duga Tarikh Temu Duga 21 Februari 2022 25 Februari 2022 Tarikh Temu Duga 20 Februari 2022...
Makanan Berasaskan Oat Baik Untuk Si Kecil Ini Resepi Mudah Mama Kongsikan Sekali Rasa Anak Mesti Suka

Makanan Berasaskan Oat Baik Untuk Si Kecil Ini Resepi Mudah Mama Kongsikan Sekali Rasa Anak Mesti Suka

papar berkaitan - pada 18/2/2022 - jumlah : 244 hits
Oat memang baik untuk si kecil mama banyak khasiat yang terkandung di dalamnya yang baik untuk tumbesaran si kecil Tapi kadang tak tau apa hidangan yang boleh mama sediakan menggunakan oat untuk dimakan oleh si kecil Jom cuba resepi daripad...
Hiburan Ini Lah Realiti Suri Rumah Wanita Luah Bukan Mudah Untuk Handle Anak Berbalah

Hiburan Ini Lah Realiti Suri Rumah Wanita Luah Bukan Mudah Untuk Handle Anak Berbalah

papar berkaitan - pada 16/2/2022 - jumlah : 190 hits
Baru baru ini tular di laman satu perkongsian oleh pengguna yang dikenali sebagai June Erniey telah meraih perhatian orang ramai apabila dia berkongsi realiti kehidupannya menjadi suri rumah Menerusi video yang dimuat naik oleh June dilihat...
Cara Mudah Tukar Domain Blogspot Ke Dotcom 2022

Cara Mudah Tukar Domain Blogspot Ke Dotcom 2022

papar berkaitan - pada 8/2/2022 - jumlah : 239 hits
Cara Mudah Tukar Domain Blogspot Ke Dotcom 2022 Domain merupakan idaman setiap blogger yang serius dalam dunia penulisan blog Ada banyak jenis domain seperti com my net xyz dan lain lain Antara domain yang paling popular dan digunakan denga...
11 Syarikat Telekomunikasi Mudah Alih Di Malaysia 2022

11 Syarikat Telekomunikasi Mudah Alih Di Malaysia 2022

papar berkaitan - pada 8/2/2022 - jumlah : 798 hits
11 Syarikat Telekomunikasi Di Malaysia Dalam artikel kali ini kami senaraikan list 11 syarikat telekomunikasi di Malaysia dalam tahun 2022 Senarai ini kami hasiilkan untuk membantu pembaca iAwani kenal dengan syarikat syarikat telekomunikas...
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

Merry Christmas 2024


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


How To Plan A Stress Free Family Vacation

Wan Rosdy Insentif Kecemerlangan Pendidikan Kerajaan Pahang Sedia Peruntukkan Sebanyak Rm1 Juta

Keropok Ikan Tamban Trengganu Nipis Dan Sedap

Tapau Mfc Fried Chicken

Yuzu Cha

Usah Terikut Ikut Provokasi Pihak Tertentu Pertikai Pelantikan Tun Musa