Persediaan Trip Ke Bangkok Thailand


Hasrat nak merasai sambutan hari raya di luar Malaysia ini sebenarnya dah tercetus sejak sebelum pandemik COVID-19. Memandangkan hari raya merupakan sambutan yang cukup istimewa dan meriah di negara sendiri, jadinya agak sukar juga bagi saya dan Encik Suami membuat keputusan

Setelah berbincang serta mengambil kira faktor pentingnya sambutan Hari Raya Aidilfitri bersama keluarga besar, maka kami sepakat memilih Hari Raya Aidiladha atau Hari Raya Haji sebagai pengalaman pertama menyambut hari raya di luar negara.
Bangkok, Thailand menjadi destinasi pilihan kami atas faktor berikut :Tak begitu jauh, jadi Encik Suami tak perlu ambil banyak hari cuti tahunan (1 hari cuti umum hari raya + 2 hari cuti hujung minggu + 2 hari cuti tahunan).Saya belum pernah ke Bangkok (Encik Suami pula pernah pergi tapi atas urusan kerja).Melihat sendiri kehidupan komuniti Muslim Bangkok, di mana Islam merupakan agama minoriti di Thailand.Kemudahan pengangkutan awam yang baik di Bangkok.
PEMBAHAGIAN TUGASMenjadi tugas saya mencari segala maklumat perjalanan - mencari lokasi komuniti Muslim, pilihan penginapan, tempat yang akan dikunjungi, tempat makan halal, pengangkutan awam, cuaca dan lain-lain hal berkaitan. Dengan maklumat yang ada, mudahlah saya membuat persediaan untuk ke sana

Simpan hasil screenshot maklumat diperlukan dalam album di galeri telefon.
Segala maklumat diperolehi menerusi carian internet - baca blog, tonton YouTube dan grup Facebook - Backpackers Buddies Malaysia (antara tempat di mana saya dapat banyak maklumat berkenaan Muslim dan makan halal). Taip saja keyword di bahagian ‘search’, kemudian bacalah segala perkongsian dan komen ahli grup sampai berpinar mata 😵‍💫. Info yang saya rasa berguna, terus screenshot supaya senang nak rujuk. 
Tugas Encik Suami pula uruskan pembelian tiket penerbangan, membuat tempahan penginapan, beli tiket aktiviti di Klook, beli insurans perjalanan dan tukar duit Baht


TIKET PENERBANGANTiket dibeli sekitar 5 minggu sebelum tarikh berlepas menerusi Trip.com. Encik Suami pilih dua syarikat penerbangan berbeza, bolehlah merasa dua lapangan terbang berbeza di Bangkok

⏵ Pergi naik Thai AirAsia | Rabu 28 Jun 2023 | Penang - Bangkok | 1 jam 50 minitBerlepas 2 petang di Penang International Airport dan tiba 2.50 petang di Don Mueng International Airport

⏵ Balik naik Malaysia Airlines | Ahad 2 Julai 2023 | Bangkok - Kuala Lumpur - PenangBerlepas 6.40 petang di Suvarnabhumi Airport dan tiba 9.55 malam di KLIA Terminal 1 (2 jam 15 minit) | transfer 1 jam 40 minit | berlepas 11.35 malam di KLIA Terminal 1 dan tiba 12.35 tengah malam di Penang International Airport (1 jam)


PENGINAPANSekitar 4 minggu sebelum tarikh pergi, kami buat tempahan bilik hotel di Noursabah Boutique Bed-Bangkok. Penginapan di komuniti Muslim yang terletak di Phetchaburi 7 Alley, Ratchathewi. Jarak hotel ke masjid cuma 180 meter dan banyak pilihan makanan halal di lorong tersebut. Tapi kami cuma dapat buat tempahan untuk dua malam saja. Tempahan penuh untuk dua malam berikutnya

Jadinya lagi dua malam tu kami buat tempahan penginapan di KC Place Hotel Pratunam yang terletak di Ratchaprarop Rd, Ratchathewi. Jarak sekitar 1.9 km dari hotel pertama

Kedua-dua hotel ini terletak tak jauh dari stesen tren - Phaya Thai Station dan Ratchaprarop Station. Mudahlah kami nak bergerak ke mana-mana sebab cadangnya memang nak naik tren je sepanjang di Bangkok


ITINERARIDah ada tiket penerbangan dan hotel, barulah saya buat itinerari. Keutamaan diberi kepada solat sunat hari raya dan solat Jumaat, kemudian masukkan aktiviti utama dan selebihnya barulah aktiviti sampingan lain. Aplikasi Google Maps sangatlah membantu dalam membuat itinerari sebab nak tengok jarak, masa dan jenis pengangkutan yang boleh kita naik

Itinerari kami tak padat dengan aktiviti dan hanya tertumpu di kota Bangkok, lebih kepada santai-santai nak mengenal ‘wajah’ Bangkok. Itinerari hanya sebagai panduan, boleh ubah ikut keadaan semasa


INSURANS/TAKAFULKami ambil TripCare 360 Takaful - Platinum untuk suami isteri


TIKET AKTIVITI DI KLOOKKami bercadang nak naik bot menyusuri sungai Chao Phraya, jadinya terus beli di Klook sebab harga ditawarkan lebih murah berbanding beli di kaunter bila sampai sana. Boleh refund kalau tak jadi naik bot


TUKARAN MATAWANG BAHTKami tukar duit sebanyak THB 10,000 di Hasani Munawarah Exchange, Simpang Ampat, PP. Tambah sikit dengan duit Baht yang ada dalam simpanan, jumlah tunai yang kami bawa sekitar RM1,500

Kadar tukaran semasa THB 100 = MYR 13.60

Selain bawa dokumen hard copy, saya screenshot jugak semua dokumen penting dan simpan dalam album di galeri telefon.
Kami tak bawa bekalan makanan sebab yakin tak terlalu susah cari makanan halal di Bangkok. Saya dah senaraikan kedai makanan halal yang nak dicuba, atau kalau tak jumpa jugak kita masih boleh beli makanan tertentu di 7-Eleven

Pakaian pula kami bawa jenis ringan dan nipis sesuai dengan cuaca di Bangkok yang katanya lebih panas berbanding di negara kita. Bawa juga portable travel bidet untuk urusan di tandas awam









Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ujieothman.blogspot.com/2023/07/persediaan-trip-ke-bangkok-thailand.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Noursabah Boutique Bed Bangkok Ratchathewi Bangkok Thailand

Noursabah Boutique Bed Bangkok Ratchathewi Bangkok Thailand

papar berkaitan - pada 10/7/2023 - jumlah : 210 hits
Noursabah Boutique Bed Bangkok hotel penginapan kami untuk dua malam pertama di Bangkok Sebuah hotel milik Muslim yang terletak di lorong kawasan penempatan komuniti Cina dan Muslim Thai Bangunan hotel setinggi 6 tingkat tersergam di antara...
Investing In Real Estate In Thailand A Guide To Properties In Phuket

Investing In Real Estate In Thailand A Guide To Properties In Phuket

papar berkaitan - pada 7/7/2023 - jumlah : 364 hits
Thailand has long been a popular destination for vacationers but recently it has also become a hotspot for investors looking to buy villas with a terrace in Thailand The country s tropical climate beautiful beaches and The post appeared fir...
2 Killed 10 Injured As Overpass Collapses In Bangkok

2 Killed 10 Injured As Overpass Collapses In Bangkok

papar berkaitan - pada 11/7/2023 - jumlah : 266 hits
At least two persons were killed and another 10 injured after a segment of an overpass under construction collapsed at Lat Krabang district in Bangkok yesterday evening A 500 m section of the elevated overpass under construction collapsed o...
Makan Di Khlong Hae Seafood Buffet Halal Hatyai Thailand

Makan Di Khlong Hae Seafood Buffet Halal Hatyai Thailand

papar berkaitan - pada 6/7/2023 - jumlah : 282 hits
Assalamualaikum dan salam sejahteraApa khabar rakan rakan dan pembaca sekalian Alhamdulillah semoga semua dalam keadaan baik baik sahaja Kali ini aku nak kongsikan pengalaman aku makan steamboat buffet yang sedap meriah dan begitu menyelera...
Thailand S Rice Exports To Surpass 8 Million Tonnes This Year

Thailand S Rice Exports To Surpass 8 Million Tonnes This Year

papar berkaitan - pada 30/6/2023 - jumlah : 160 hits
Thailand s rice exports rose by 14 4 in the first four months of 2023 a Thai government spokesman said PETALING JAYA Thailand is on track to remain the world s second largest rice exporter with a target of more than 8 million tonnes in expo...
9 Best Recommended Hotels In Hat Yai Thailand

9 Best Recommended Hotels In Hat Yai Thailand

papar berkaitan - pada 24/6/2023 - jumlah : 370 hits
What are the best recommended hotels in Hat Yai If you are planning for a year end vacation in Hat Yai Thailand this would be a great help for you So please refrain yourself from booking a hotel for your vacation before you ve seen our list...
Gunakan Akun Pro Server Thailand Gacor Mudah Menang

Gunakan Akun Pro Server Thailand Gacor Mudah Menang

papar berkaitan - pada 24/6/2023 - jumlah : 185 hits
asli slot online server Asia bisa dipercaya yaitu suatu basis taruhan online yang menjajakan akun spesial buat main slot online Basis ini mempunyai rekam jejak selaku satu diantara pemasok pelayanan terpilih di Asia dalam soal permainan slo...
Pagi Aidiladha Di Bangkok

Pagi Aidiladha Di Bangkok

papar berkaitan - pada 12/7/2023 - jumlah : 177 hits
Catatan Trip ke Bangkok Hari Kedua Khamis 29 Jun 2023 Waktu solat Subuh di Bangkok seawal pukul 4 34 pagi Pukul 4 pagi saya dah kejutkan Encik Suami supaya bersiap untuk berjemaah Subuh di Masjid Darul Aman Masjidnya dekat sangat dan berada...
22 02 23 Lost World Of Tambun Day Trip Mak Jemah

22 02 23 Lost World Of Tambun Day Trip Mak Jemah

papar berkaitan - pada 22/6/2023 - jumlah : 311 hits
22 02 23 Tambun Trip With Mak2 Org Healing Pegi Pantai Sungai Awok Healing Pegi Themepark Kasi Jadilah Ceritanya Hahahah Alhamdulillah Well Spent InsyaAllah Next Trip Kasi Jadi Yaww Rezeki ni bukan hanya pada duit dan harta tapi juga pada m...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik

Jangan Risau Gadis M Sia Bimbang Bf Terlalu Akrab Dengan Sepupu Perempuannya